Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamiku Paling Sweet

Rate this book
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

791 pages, Paperback

First published November 1, 2014

203 people are currently reading
2659 people want to read

About the author

Anjell

15 books2,243 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
974 (58%)
4 stars
429 (25%)
3 stars
194 (11%)
2 stars
46 (2%)
1 star
36 (2%)
Displaying 1 - 30 of 132 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews58 followers
March 23, 2016
Novel untuk dilepaskan Rm 15berminat bolehlah PM..

Qisya terpaksa menjadi pengasuh kepada cucu rakan baik ibunya semasa cuti semester, walaupun berat hati tapi Qisya tiada pilihan.Entah bagaimana tiba2 Qisya terpaksa berkahwin dgn anak rakan baik ibunya. Maka bermula lah kehidupan Qisya sebagai seorang isteri dan ibu tanpa rela. Mampukah Qisya menerima Izz Haikal sebagai suami dan Hafiy sebagai anak...

Mungkin kerana sedikit kecewa dgn TPI jadi tidak meletakkan harapan yg tinggi dgn kisah ini tambahan pula saya agak allergic dgn tajuk novel yg ada perkataan "suami" "isteri" ini.

Sejujurnya cerita ini memang mampu menarik minat saya sedari awal lagi.POV yg digunakan penulis kali ini amat berkesan dan patutlah penulis pilih POV1.Barulah ada unsur-unsur kejutan dan Izz Haikal boleh jadi lebih manis lagi ya tak?.Bersetuju dgn review N,hero drama Korea pon kalah,tapi saya dapat rasa Aura Adam Mukhriz disini,bertambah lah tahap suka saya itu.

Diakui novel ni agak mendatar sedikit,sampai lah dihujung-hujung cerita banyak pula rahsia yg terbongkar,rupanya ada kisah disebalik tragedi kahwin paksa mereka berdua,agak dramatik dan berjaya buat saya menitiskan air mata.Diluar jangkaan dan saya up kan bintang untuk itu.

Untuk penulis saya harap pertimbangkan semula pengunaan perkataan "terajang" di naskah akan datang.Monolog dalaman heroin juga harus diberi perhatian,sama mcm apa yg terjadi dlm kisah playboy.Lain-lain saya sebenarnya dah mula sukakan penulis ni sejak baca EC jadi faham-faham je lah ya.

4* Untuk Izz Haikal :-P
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
May 21, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Suami Qisya is indeed paling sweet! Memang one in a milliom lar. Hero drama Korea pun tak sweet macam ni. Kau hado???

Personally, I thought this novel is leaps and bounds better than Eksperimen Cinta. Sejujurnya N dah lupa storyline untuk Eksperimen Cinta. But I have a strong feeling that Suamiku Paling Sweet is one of those novel yang N akan ingat with fondest memory for a very long time.

This time, Anjell berjaya ‘menyedut’ N ke dalam jalan cerita. Boleh dikatakan setiap perasaan yang dirasai oleh Qisya, N turut sama rasa. Time dia benci and sakit hati dengan Izz, N pun sama sakit hati dengan Izz. Bila Qisya dan boleh terima Izz, baru lar N rasa Izz ni sweet. My favorite scene is the volleyball scene. Walaupun part tu hanya tiga mukasurat, tapi comelnya teramat~!

Another plus to this story is the supporting characters, especially Hafiy, Hakimi and Abang Q. Pada N, Hakimi and Q banyak membantu mengembangkan personaliti Qisya dan Izz, manakala Hafiy pula menambahkan lagi gula dalam cerita Qisya dan Izz. Pendek kata, Hafiy, Hakimi dan Abang Q memang daebak!
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 1, 2015
Suamiku Paling Sweet nih lebih seswai jadi Suamiku Paling Penyabar...

Sabar sungguh Izz Haikal melayan kerenah Qisya Iris. Ye lah Sya tu cinta pandang pertama dia, apatah lagi Sya gadis yang berjaya memikat hati Hafiy anak saudara yang dianggap seperti anak sendiri selepas Hafiy menjadi yatim piatu. Hafiy ni boleh dikatakan penyeri cerita SPS ni. Comel! Nak cheese cake memanjang. Cara Izz dan Sya nih kahwin masih tema kahwin paksa, ye la dah kena tangkap basah. Tapi macam mana diorang ni kena tangkap basah tu mungkin pemangkin untuk pembaca meneruskan pembacaan. Yang tak sabar seperti Cik Pah, jgn tiru. Cik Pah langkau bab 48 terus. Pastu baru sambung part diaorg kena kahwin. :D

Untuk yang tidak logik bagi kisah ini adalah permulaan bagaimana Sya sanggup menjadik bibik dan pembantu rumah di rumah Izz sedangkan Sya juga daripada keluarga berada waima atas nama membantu kawan mama. Macam tak berapa nak terima, tapi ye lah penulis berhak melakarkan imaginasi beliau.

Agak lambat Cik Pah nak kesan tang mana sweetnya Izz selain sweetnya dia belikan Sya kereta mewah ... $$$ . adakah merujuk kepada senyumannya yang sweet?
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
February 22, 2015
Cerita dia oklah. Rasanya tak pernah try buku author ni or maybe lupa kalau2 dah pernah baca buku yang lain. Tak pasti dimanakah klimaks cerita ini. Adakah ketika Maya serang Qisya dan pecahnya berita hubungan sebenar Qisya/Izz atau ketika Qisya tahu perihal sebenar disebalik kahwin ekspress mereka atau ketika Izz accident atau ....still thinking.... DIMANAKAH KLIMAKS? Atau cerita ini memang dicipta dengan niat untuk flat?
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 26, 2014
yess...Izz Haikal mmg sweet..bukan setakat sweet tapi..rasanya dia mmg lelaki yg sempurna..untung si Qisya...

penguat dlm cerita ni tentulah Hafiy!! sgt cute..hehe.. cerita ni memang x membosankan..sampai ke akhir..bila nk last tu rasa sedih pulak bila nk berpisah dgn cerita ni..hihi..

thanks Anjell utk kisah yg sweet ini..:)
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
March 21, 2017
Dek penangan dramanya, dicari juga novel ni. Terima kasih kakak baik hati sebab sudi pinjamkan.
Gara-gara tak sabar nak tahu penamatnya, saya tekad nak baca novel ni. Ada pro dan kontra untuk drama dan novelnya.
Novel. Ketebalannya agak melelahkan. Dengan sikap Qisya yang tak pasti dengan perasaan sendiri. Itu satu. Hal kedua pula, Qisya ni memang kaki merajuk. Aduhai. Mujurlah sabar Izz tu tinggi. Adegan-adegan romantiknya tu boleh tahan juga buat mata ni terjuling ke atas. lol

Drama. Pelakon-pelakonnya kurang disebut-sebut. Terutama Syafiq Kyle, jarang dia dapat watak romantik. Yang mengikat mata untuk terus tengok drama ni kerana air tangan pengarahnya, Zul Huzaimy (ni fav. actor kut) dan si comel Hafiey. Alololo, comelnya dia bila sebut please Tok ma. Acik kat luar skrin ni yang cair. lolol

Pendek kata, di dalam cerita ni bukan suami Qisya saja yang sweet. Malah, abang, mama Qisya, Hafiey, Tok ma, Hakimi pun sweet.
#paklongsweet
#tokmasweet
#paksusweet

:D
Profile Image for Jeona Lee.
18 reviews1 follower
March 21, 2024
emm so draggy, sampai ada page yg sy skip huhuu tapi still gaya penulisan dan laras bahasa anjell still the best cumaaaa tu laa sangat meleret buat sy boring on off . Cari tang mana yang sweetnya si Izz ni sebab macam biashe-biashe je bagi sy, hati sy x berapa nak terbuai or ada rama-rama dalam perut huhuuu
Profile Image for Nurfadzillah.
9 reviews1 follower
February 26, 2015
so sorrryyyy rate this 2 stars only.
terpanggil nak beli sbb tengok mcm sgt bertahan d chart Popular & MPH
dan di FB ramai yg puji2.
So i look for those yg nak let go this novel - tak nak beli yg baru sbb mahal & tebal
when i start reading it rasa nk tido. Looking for what makes it liked by so many readers?
found nothing instead i was annoyed with the heroin.
the kid hafiy is too much sweet for a kid --- over exaggerating!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,528 reviews1 follower
January 3, 2019
Memang sweet habislah heronya si Izz tu.. Gigih pula melayan perangai tak cukup matang si Qisya.. Melulu je ambil tindakan.. Tapi tu lah.. kalau perkahwinan tu dibina dengan cara tak betul, berahsia bagai.. Peritlah sikit.. Kalau Izz berterus terang, mungkin kuranglah konfliknya.. Dah jadi tak sweet pula.. Tapi memang menggembirakan hati Sha yang membacalah..
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
November 30, 2014
awesome jgk anjell yg ini..
izz haikal is so sweet.. cair cair dgn watak dia..
sebuah karya yg tidak berat dan buat kita asyik
menyelak helaian demi helaian..
qisya iris pon not bad.. dalam keras ada lembutnya..dia matang walaupun towards the end mcm senang je nak termakan cakap si danny.. pape pun memang izz lelaki idamab kalbu..
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
February 10, 2015
Book #13 - 2015

First of all, I have to apologise. Sebenarnya saya patut menghabiskan pembacaan taaaapi... I cannot lah. The best I can do was reading till page 352. Saya tak berapa berkenan dengan buku ni. At first I thought mungkin this book might be great. Ye lah sebab ratingsnya my gash! Very convincing. But you know, setelah membacanya, I got to the point "hmm... What next?" This books lacks that. Mungkin it's just my feelings.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
February 12, 2017
#22
Malas nak tulis panjang2 sebab dah terdelete tanpa sengaja review asal. Urgggh!!! Cuma nak bagitahu novel ini novel tulisan Anjell yang paling saya minat. Tak stress baca. Berharap drama yang bakal ditayangkan sebaik novelnya. Tahniah Anjell!
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
April 7, 2022
Wataknya seindah tajuk novel. Izz Haikal memang husband material habiss 💯 Membaca karya Anjell yg satu ini pasti akan membuatkan korang melting tak sudah. Wujudkah insan begini dlm dunia penuh tipu-tipu ni? Nak satu boleh
Profile Image for SS.
527 reviews6 followers
January 4, 2019
Setelah dibelek list buku yang ditulis Anjell. Ini buku pertama yg ika baca. Bila dah namanya pertama. Ika akan automatik 'terima' apa saja yg dibaca.

Honestly, watak si Hero, Izz Haikal. Dia sweet, romantic, caring & protective. Maka, bila ada semua elemen ni, watak hero dapat A+ dari ika. Kahkah. Sanggup sabar dan terima pe'el isteri separa matang dia. Yg perangainya suka larikan diri. Apa saja nak larikan diri. Dari situ kita nampak la betapa tak matangnya si Qisya. Mungkin faktor umur jugak. Eh tapi ada je umur muda berfikiran matang. Ah lupakan je isu tu. Yg penting, larikan diri tak dpt selesaikan masalah unless kau berhadapan dgn masalah tu. Solve it no matter what happen.

And of course, penyeri cerita ni sampaikan dah habis baca pun. Masih terasa sayangnya dekat si Hafiy ni. Kalau takda si Hafiy ni mungkin akan hambar jugak storyline. Love you Hafiy ❤️ Suka jugak dgn watak Hakimi. Teringat em apa nama eh. Pelakon rambut kembang yg nyanyi lagu 'kamulah wanita, pujaan hatiku, kamulah wanitaaaaaaaa'. Haha tak ingat nama apa. Terimagine Hakimi muka mcm pelakon tu.

But overall, just nice. Kalau rasa mcm tak boleh nak layan cerita ada watak heroin yg separa tak matang. Jgn baca haha. Kalau boleh, silakan.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 8, 2017
beli dah setahun, bila drama dah mula tayang kat tv, bru aku terhegeh-hegeh nk baca. haha...

aku tak tahu drama SPS best ke tak sbb satu episod pun aku tak pernah layan. dan bila aku baca SPS ni, sungguhlah ia punya storyline smooth jer. light conflict. cuma kdang2 aku meluat jugaklah dgn perangai Qisya yg agak annoying sikit. nasiblah watak Izz cool aje, taklah sakit sgt hati aku ni. haha...

alasan aku tak bagi SPS 5 bintang sbb aku rasa kisahnya biasa2 aje. sweet overdose. tu jer laa. best tu memang best, malangnya aku krg suka sgt kisah sweet2 ni. aku prefer novel yg bermain dgn emosi pembaca, yg boleh buat air mata ni meleleh gituuu. bru boleh feel... haha.

sape2 yg suka kisah sweet2, sgtlah dialu-alukan baca SPS ni...
Profile Image for Claire S.E.
51 reviews5 followers
June 16, 2019
Sweet sangat..mula2 rasa geram jugalah dengan Qisya..asyik menguji kesabaran Izz..tapi akhirnya happy ending..
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
June 17, 2015
should I said the hubby is too sweet to be truth? hahaha...but still I enjoy it every moment..this is second book I baca dari anjell after tundukkan playboy itu. what can I say? tpi surely shows much more improvement in emotion n writing style although the klise type is still there. overall I enjoy both book and because of hafiy and sifat kekeluargaan yang tinggi dalam this book ( hakimi n izz) I am willing to give 4 stars
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
November 6, 2014
toingg berpinar mata marathon SPS

jgn ditanya knp 2* aje
MB pn xtau kenapa
mayb to annoying dgn sikap qisya
what to do she only 22 dah kena kahwin kn hehehe
nasib la izz tu tabah je melayan si qisya ni
konflik pun tak heavy


overall ok je story dia mcm tajuk sweet aje

Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
January 2, 2016
POV yang penulis ni guna memang buat aku rasa aku ni Sya. Hehehe!

Ya Ampun! Mana nak cari lelaki macam ni? Sempurna tak hengat! Terbuai betul. Tahniah penulis. Cerita santai walau tebal. Tak too much drama. Steady!

Lelaki sweet gini ada. Aku pernah nampak sorang. Dah jadi laki orang dah. :D
Profile Image for Syikin.
39 reviews7 followers
November 6, 2014
I like this novel.. Tak sakit kepala baca.. Tahniah cik penulis
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
December 13, 2014
Best pulak cerita ni.. Rasanya lagi best dari buku yang pertama.. Lagi satu, cerita ni menggunakan POV1.. Dan aku selesa dengan POV1 yang penulis gunakan...

1 review
January 5, 2015
Agak worst dari buku Anjell before this. Konflik agak klise and kalau skip2 ms tak jd masalah kot..to me tak bleh jd koleksi peribadi la..so sorry..
Profile Image for Raheem.
11 reviews
June 13, 2015
rasa nak pengsan nk habiskn bacaan
tapi dah hampir 4 bulan beli akhirnya smpai jugak ke TAMAT
smpai terlupa tang apa novel ni
lalalaaaa
cerita mendatar - climax tak ada

Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
March 23, 2017
5 *

sweet tahap potong kaki izz ni...sabar sgt melayan karenah isteri n hafiy...suka smua watak dalam cite ni...
Displaying 1 - 30 of 132 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.