Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kau Tak Sayang Aku Ke?

Rate this book
“Moon tahu tak, kat bulan pun boleh ada gempa.”

“Kenapa tiba-tiba ni?”

“Sebab nama awak kan bulan? Awaklah gempa dalam hati saya.”

*

Hidup Moon - seorang influencer dan model popular - penuh glamor. Hanya satu yang dia tiada; cinta. Apabila Joe, lelaki bermulut manis muncul dalam hidupnya, Moon terus jatuh hati. Bagi Moon, Joe itulah cinta sejati yang dicari-carinya selama ini.

Namun, hati Moon retak seribu kala cintanya putus di tengah jalan. Dengan jiwa yang lara, Moon membawa diri pulang ke kampung halaman.

Tanpa disangka, ada kejutan lain pula yang diterima Moon di sana. Rupanya, Odah sahabat lamanya turut menyukai lelaki yang sama!

“Tolonglah, buka mata hati tu. Sayang tu sayang juga. Tapi nanti kau menyesal.”

Cinta datang dan pergi, tetapi persahabatan yang jujur akan setia di sisi. Namun, Moon tetap ragu-ragu; adakah dia patut memperbaiki cinta yang penuh janji, atau jujur mempertahankan persahabatan walau menyakitkan?


Novel Kau Tak Sayang Aku Ke? karya Kamalia ini merupakan pemenang Sayembara Novel IMAN 2024.

342 pages, Paperback

Published May 1, 2025

3 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Kamalia

17 books77 followers
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.

Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.

Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.

Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.

Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.

Menulis membantuku memindahkan beban dalam dada.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (15%)
4 stars
23 (50%)
3 stars
15 (32%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
June 7, 2025
Jangan nilai buku ini melalui tajuknya sahaja. Nampak tajuk macam sweet-sweet, macam keanak-anakan, kan? Tapi cerita ini sebenarnya sesuai untuk pelbagai peringat umur. Ada kisah persahabatan, high school drama sikit, ada kisah keluarga, ada misteri orang bunian.

Pada bahagian awal, kita ditunjukkan dengan watak Moon yang kemaruk bercinta. Pandai penulis gambarkan watak angau bercinta, sampai kita pun rasa eh annoyingnya minah ni macam dia sorang bercinta.

Selepas putus cinta, Moon balik kampung. Bahagian kat kampung ni saya suka sebab watak-wataknya lebih ramai dan pelbagai. Banyak drama; macam mana Moon nak sembuhkan hatinya, macam mana Moon selepas berjumpa semula dengan bekas kawan baiknya Odah, apa yang membuatkan mereka putus kawan dan macam-macam lagi.

Watak-wataknya menghiburkan. Semua ada suara masing-masing, jadi kita nampak keunikan setiap hubungan dan cara mereka berkomunikasi. Dialog-dialog yang digunakan pun saya suka. Ada yang effortlessly funny. Kemudian, di sebalik semua drama di atas, ada pula misteri Moon, keluarganya dan kampungnya. Menuju pengakhiran, memang susah nak letakkan naskhah ni. Nak cepat-cepat habiskan bacaan.

Saya suka bagaimana penulis tulis watak Joe. Memang, untuk escapism kadang-kadang kita cenderung untuk memilih watak lelaki yang jelas green flagnya. Tapi novel ni dekat dengan realiti.



Saya puas hati dengan pengakhiran cerita ni. Kesimpulannya, walaupun nampak macam ringan, banyak juga pengajaran yang penulis ingin kongsi dalam novel ni. Bacalah.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
July 19, 2025
”Hanya satu saja harapan yang tidak akan mengecewakan manusia, iaitu berharap pada Dia sepenuhnya. Hanya itu saja.”

“Sebaik-baik tempat berlindung hanyalah Dia. Sebaik-baik tempat meletakkan harapan hanyalah Dia. Sebaik-baik tempat untuk manusia mengadu segala keresahan hanyalah Dia.

Kerana Dia, Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Baik terhadap setiap hamba-Nya.”


Jangan terpedaya dengan cover yang comel dan comedic ini sebab kandungannya totally opposite.

Slice-of-life, the pain of losing your first love because dia lebih mengutamakan kerjayanya, second chances dalam membaiki persahabatan yang lost dan cerita bunian.

This is a good story but could be better kalau diselitkan sikit quotes or nilai Islam (sebab watak Islam tapi jenis selalu tak solat) tentang terlalu meletakkan harapan yang tinggi dan mencurahkan segala perasaan pada seseorang sampai angau dan lupa diri sendiri.

Tetapi bila dekat ending, kita dapat tau jugak kenapa Moon bersikap demikian kepada Joe.

Masa dia putus cinta, dia macam dah hilang waras dan hilang diri - end of the world. I memang ingin slap her awake 😂

Yang paling aku geram ialah Joe - laki tak guna. Cis!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
September 21, 2025
62/2025

-Kau Tak Sayang Aku Ke?
-Kamalia

Buku ini boleh saya kategorikan sebagai bacaan ringan dan santai. Tiada apa yang perlu dibebankan saat membaca buku setebal 300+ halaman ini. Berkisar tentang Munah@Moon yang jatuh cinta pandang pertama pada Joe. Namun, tanpa disangka hubungan itu putus di tengah jalan. Sehinggalah takdir menemukan mereka kembali. Tapi, kali ini bersama Odah, sahabat lama Moon. Sudahnya, bagaimana pengakhiran kisah antara mereka?

Bagi saya buku ini kurang 'rasa' pada saya. Seperti ada yang tidak sampai pada hati saya sepanjang pembacaan. Dari segi gerak cerita, bagi saya masih menarik. Walau apapun, ini hanyalah pendapat peribadi saya. Lain pembaca, lain pandangan. Apa-apa pun tahniah buat penulis untuk karya ini.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
July 27, 2025
Cerita ni ada bittersweet ending dan mungkin orang yang baca novel untuk melayan fantasi bercinta… korang takkan suka novel ni. Tapi untuk someone yang suka karya realiti, aku suka

Laki macam Joe ni memang ada. Bak kata satu lirik lagu tu… “Lelaki…. Tak guuuuuuuna.”
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
September 7, 2025
Mula-mula nampak buku ni, saya dah jatuh hati dgn cover buku dia. Ilustrasi dia comel betul macam komik. Tajuk pun mengundang rasa untuk baca. Macam cringe tapi comel hehe..

So firstime jugalah baca dari penulis ni. Tulisan dia sedap betul. Santai je baca tahu2 dah habis. Cerita pun ringan tak berat, tentang cinta si Moon yg terhenti di tengah jalan. Dah lah tak pernah bercinta, bila dah sayang benar, orang buat gini pula. Merana betul hidup si Moon.

Tak cukup kisah cinta, hubungan sahabat dgn Odah pun tak baik2 sejak 5 tahun. Bila dia cuba nak bertegur dgn Odah pun , Odah macam mengelak. Takkan tak rindu dah bersahabat lama, duduk pun sekampung.

Tak banyak sgt saya nak ulas sebab cerita terlalu chill. Sesuai buat hilang stress dan santai2 tepi pantai. Apa yg saya setuju dgn cerita ni, benda yg kita nampak baik tu tak semestinya yg terbaik buat kita. Kadang itu yg membawa keburukkan. Begitulah sebaliknya. Selamat membaca!

Profile Image for gabbyy.
23 reviews3 followers
June 10, 2025
Cerita ni bermula bila Moon, pempengaruh terkenal kecewa, patah hati dengan Joe. Ingatkan Joe nak ajak kahwin rupanya Joe memilih karier dari cinta. Moon ni balik kampung untuk rawat hati. Bila kat kampung, terjumpa semula kawan baiknya Odah. Ada benda yang tak settle antara mereka rupanya.

Saya suka penceritaan dalam ni. Dia cam smooth je. Mula rasa annoyed sikit dengan sikap Moon yang tak habis2 tak boleh move on dengan Joe😆. Joe pun lahaiii. Nak tunjuk kat parents yang menjadi seorang jurugambar pun boleh pergi jauh. Masa pertemuan semula Moon dengan Odah tu, saya tertanya-tanya sebab apa la dorang ni bergaduh, sampai seorang merajuk, seorang macam bawa diri.

Dalam hati "janganlah berebutkan lelaki😂" fuhhh nasib bukannn. Bila masuk pasal bunian, saya cam "aaa perlu ke nak tahu kerja si Joe ni?" yesss perlu! nanti hujung-hujung dapat kupas masalah keluarga Moon🥲.

Akhir sekali, pls baca karya ni! seronok! Moon nak melindungi Odah dari kecaman netizen. Odah pula ingat Moon ni tak sayang kat dia, mungkin sebab tu kot tajuk buku ni begitu🤭
Profile Image for Ika.
Author 14 books53 followers
July 28, 2025
Suka dengan karya Kamalia dan yang ini tidak mengecewakan.

To me this is a light read tapi “berisi” & bahasa yang sedap. Mungkin dari tajuk kita ingat cerita cinta tapi ianya hal-hal biasa di sekeliling kita. Lupa diri bila bercinta adalah hal biasa 👻 dan isu bunian dalam cerita ini juga menarik :) sesuatu untuk kita khadam & fikirkan, betul atau mitos 😘

Profile Image for sebijinanas.
49 reviews6 followers
August 30, 2025
cerita best? not bad. storyline pon agak lain daripada lain. cuma tak boleh blah pasal bunian. its so lame and cliche. watak semua best cumanya kurang dari segi wow factor. taktau apa yang kurang tapi ada something yang missing buat aku rating 3 je.
Profile Image for Nad.
375 reviews
August 4, 2025
alahai aku dengan penulis ni memang kurang ngam betul.
sebab watak novel dia aduh. (beringin pun sama)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.