“Eh, minah budu. Aku tak hinginlah ayah aku kahwin dengan mak kau!”
“Hello, budu tu bagus untuk gut health tau!”
*
Ini kisah dua manusia: Fida si gadis tomboi dan Nia si gadis diva yang perangai mereka bagai langit dan bumi.
Andai mereka orang terakhir yang hidup di bumi sekalipun, mereka tak mungkin akan berkawan.
Apabila mama Nia dan abah Fida memberitahu yang mereka telah berkenalan dan ingin berkahwin, Nia dan Fida panik! Buat pertama kalinya, Nia dan Fida berjumpa satu titik temu — kedua-duanya lebih rela dibesarkan dalam keluarga ibu bapa tunggal.
No way! Kita tak boleh sama sekali jadi adik-beradik!
Ketika mereka berkomplot untuk membatalkan perkahwinan itu, berlaku satu kejadian yang telah membuatkan mereka serba salah.
“Fida, betul ke apa kita buat ni? I tak nak mama I sedih.”
“Aku … tak tahu …”
Antara kehendak sendiri dan orang lain, mampukah mereka menurunkan ego demi kebahagiaan insan tersayang?
omaigod is it a sign to not read any Melni books anymore? she so bored. storyline dia buatkan aku cepat ngantuk and tak berkembang. everything can be predict too well. macam cerita drama tv3 samarinda. so bored. not even have a plot twist. it will be good if u can hidupkan lagi watak ii sampingan like Luth and Mak Su. they both punya characters can be really improtant for moral support. sorry Melni. i dont think ur best is good for me
Plot cerita macam tengok drama dulu-dulu, yang cliche, yang kau boleh expect what will happen next. Human interaction dalam buku Cukuplah Sekali Sakit Ini sangatlah canggung & nampak dibuat-buat *demi plot*.
Pergaduhan antara Fida & Nia pun childish dan tak matang, which is weird sebab mereka ialah uni student yang berumur 23 tahun. Kebencian Fida pada Nia petty dan untuk menggelar Nia "Minah Budu" pun tak cukup strong. I get it Melni cuba untuk potray Fida sebagai seorang perempuan yang tomboyish tapi Fida turn out becoming a very rude person yang throw away insult to everyone.
Overall, buku ni boleh dibaca tanpa menggunakan sebarang kapasiti otak dan penggunaan Bahasa yang mudah untuk difahami. Cuma character and plot execution yang lemah membuatkan buku ni mundane dan boring. Jadi, cukuplah sekali ini baca buku Melni :(
Novel ini membawa premis yang sangat simple dan sederhana - 2 gadis dari latar personaliti bertentangan - Fida si tomboi dan Nia si diva, berdepan kemungkinan menjadi adik - beradik apabila ibu dan bapa dorang merancang untuk berkahwin.
Jadi apa yang diketengahkan melalui novel ini berpaksikan a collection of minor conflicts antara Fida dan Nia yang menjadi titik tolak kepada pelbagai situasi dramatik yang cuba digarap dalam bentuk naratif Slice of Life.
CUMA, sayangnya, the execution part by Melni sangat longgar dan jauh daripada meyakinkan untuk membina pengalaman membaca yang betul - betul berkesan.
Sebagai sebuah karya Slice of Life, novel ini sepatutnya menampilkan karakter yang berkembang secara halus dan realistik, emosi yang autentik, suasana yang hidup, serta naratif yang mengalir tanpa bergantung kepada konflik besar atau plot twist yang sensasional. Dan secara keseluruhannya, tidak satu pun berjaya memikat aku untuk bertaut sehingga usai bacaan.
First of all, karakter Fida dan Nia ni langsung tak di-set dengan kematangan yang sepadan dengan latar usia dorang sebagai pelajar universiti. Perwatakan dorang sebenarnya sangat childish dan menjengkelkan - dengan pertelingkahan yang tak perlu dan reaksi yang berlebihan untuk kebanyakan situasi, seolah - olah budak sekolah rendah. Konflik yang Melni bina hampir semuanya bersifat luaran dan dramatik, bukan introspektif, menjadikan aku waswas dengan psychology stage dorang ni. Ini pantang pertama - psychological setting yang tak rational dan karakter yang tak likable.
Yang kedua, dari segi gaya penulisan - naratifnya terlalu repetitif. Melni ada satu kecenderungan untuk menjelaskan semula apa yang telah dinyatakan dalam dialog, seolah - olah dia risau aku tak mampu memahami subteks. Dialog yang panjang dan penekanan berlebihan terhadap emosi yang sudah jelas menyebabkan pembacaan aku jadi berat dan tak organik. At times, aku terpaksa ulang baca perenggan yang sama beberapa kali, bukan sebab kompleksiti naratif, tapi sebab ia gagal mengikat fokus aku. This is frustrating. Ini petanda bahawa novel ini tak berjaya membina hubungan emosi dengan aku, walaupun sesudah berkali - kali aku mencuba.
Aku bebetul terasa macam membaca diari 2 watak yang bermusuhan tanpa sebab yang kukuh, dan aku dipaksa berkali - kali untuk menerima premis tu tanpa sokongan naratif yang meyakinkan. Terlalu mundane dan superficial dari segi emosi, suasana dan jalan cerita.
Sebagai novel ke-2 selepas Senyum Yang Tersembunyi, aku rasa Melni masih belum mampu menggali kedalaman psikologi dan emosi watak yang hendak dibawa untuk diceritakan, dia masih terlalu banyak “telling” berbanding “showing”. Aku sentiasa ada niat untuk menyokong penulis lokal, tapi dalam kes ini, aku terpaksa DNF pada 75% selepas 2 kali mencuba (kali pertama pada 25%). Even Senyum Yang Tersembunyi pun jauh lebih baik dari segi keseimbangan emosi dan naratif.
Mungkin aku akan cuba habiskan baki 25% pada masa akan datang, tapi buat masa ini, Cukuplah Sekali Sakit Ini.
Novel ini bagi aku satu pengalaman membaca yang lembut, jujur, dan penuh perasaan. Apa yang paling aku suka adalah cara Melni membina hubungan antara anak dan ibu bapa. Hubungan rapat Fida dengan ayahnya, dan Nia dengan ibunya, betul-betul buat aku tersentuh. Ada banyak babak yang buat aku rindu keluarga sendiri, rindu suara mereka, rindu hal2 kecil yang selalu kita tdk hargai.
Cerita ini secara tak langsung mengajar aku sesuatu yang penting: ibu bapa kita pun manusia. Mereka bukan sekadar tempat kita bergantung, tapi mereka juga ada hati, ada luka, dan mereka layak dapat kebahagiaan mereka sendiri. Kadang2 kita terlalu sibuk dengan dunia sendiri sampai lupa untuk sokong kebahagiaan mereka. Novel ini mengingatkan aku bahawa kasih sayang bukan hanya tentang menerima, tapi juga memberi, terutama kepada orang yang selalu ada untuk kita sejak dulu.
Dari segi gaya penulisan, novel ini santai, emotional, dan seronok dibaca. Slice-of-life dia terasa ringan, tapi tetap ada isi dan mesej yang melekat di hati. Bagi aku, melni berjaya bagi keseimbangan antara momen yang sedih, lucu, dan penuh harapan.