Jump to ratings and reviews

100 Amalan Nabi Dalam Sehari: Andai Rasulullah Bersama Kita

Bayangkan andai Rasulullah ﷺ ada bersama kita hari ini.

Bagaimanakah jika baginda melihat amalan kita? Adakah baginda akan tersenyum, atau mungkinkah baginda akan bersedih?

Kita inginkan syurga dan syafaat baginda tetapi sejauh manakah kita berusaha untuk mengikuti sunnah baginda?

Bagaimana pula dapat kita contohi baginda di tengah hiruk-pikuk dunia moden yang serba pantas dan mencabar ini?

Dalam kesibukan dan kekalutan kehidupan harian, kita sering rasa hilang arah. Hati terasa penat, fikiran kusut, dan jiwa seakan kosong. Kita tahu hidup ini perlukan lebih daripada sekadar rutin. Kita dambakan ketenangan, kedekatan dengan Tuhan, dan makna sebenar dalam setiap langkah yang kita ambil. Tetapi, bagaimana untuk bermula?

Buku 100 Amalan Nabi Dalam Sehari hasil karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman hadir membawa kita kembali kepada sunnah Rasulullah ﷺ sebagai panduan hidup yang menyeluruh. Setiap amalan yang dihimpunkan bukan sekadar ibadah, tetapi cara hidup yang dipenuhi rahmat dan hikmah, dari pagi yang penuh keberkatan sehingga malam yang mendamaikan jiwa.

Dengan bahasa yang mudah difahami dan pendekatan yang praktikal, buku ini membawa kita menelusuri satu demi satu amalan harian Nabi ﷺ agar kita dapat mulakan hari dengan sunnah, dan mengakhirinya dengan keberkatan.

223 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Zaharuddin Abd. Rahman

24 books92 followers
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman obtained a Bachelor's Degree in Usul-ad Din from Malaya University, Malaysia and Master's Degree in Fiqh and Usul al Fiqh from University of Yarmouk, Jordan. He graduated as one of the top students from the master's program. In the past, he used to serve the nation in various positions: as a Shari'ah Executive at Ingress Corporation Berhad, a research Fellow in one of the academic research centers, the Senior Shari'ah Compliance Manager at RHB Islamic Bank Berhad, as well as the Head of Shari'ah at Asian Finance Islamic Bank Investment, Trinidad, Deutsche Islamic Bank Berhad,Malaysia, Yasmin Holdings and many more.

In the beginning of October 2007, he joined the College of Economics and Management of the International Islamic University of Malaysia (IIUM) as one of the teaching staff. He is currently (2008-2011) pursuing his doctorate degree in Syariah and Islamic Finance at Unversity of Wales, UK under the supervision of Prof. Dr. Mawill Izzidien, a Muslim scholar from Iraq.

As for his writing development, he is one of the columnists of Sunday Metro, Solusi, and the i-Magazine, as well as the editor of the Iktisad magazine. Furthermore, he used to reach out to the public in discussing various issues on Shari'ah, economics and Islamic banking through different channels such as the Ikim.fm, TV9 and RTM.

To find further about the author and his development, feel free to browse through his personal website at www.zaharuddin.net

(Source: Telaga Biru)

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (60%)
4 stars
9 (36%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
4 reviews
August 5, 2025
Suka dgn guidelines masa yg diberi utk memudahkan kita ikut sunnah nabi dalam rutin harian kita.. and setiap hadis dicatit dgn details sama ada sahih or daif..
Profile Image for Shafiqahsamin.
251 reviews4 followers
July 25, 2025
Yang paling aku suka sebab sususan bab ikut timing. Dari pukul 430 pagi sampai malam. Semua amalan tersusun elok ikut waktu. Penulisan tak bosan. Aku tak sedar tau2 dah habis baca. Walaupun dah habis baca satu round. Aku tau aku akan kembali lagi sebab nak ambil amalan2.
Profile Image for Syafiqa.
145 reviews10 followers
May 29, 2025
Beautifully written. A good reminder.
Profile Image for Hasliza Rajab.
235 reviews8 followers
August 17, 2026
Buku ni lebih kepada diari, catatan harian yang merangkumi amalan-amalan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW bermula sewal pagi dan berakhir dengan waktu tidur. Penulis menghimpunkan antara 100 amalan Nabi SAW yang disusun mengikut rutin. Pendekatannya praktikal dan mudah untuk kita sendiri amalkan dalam kehidupan seharian.

Dalam buku ini, penulis bermula dengan waktu seawal jam 4.00 pagi, iaitu waktu Nabi SAW memulakan hari Baginda dengan bersuci dan melakukan ibadah-ibadah sunat, sehingga waktu menjelang Subuh.

Melalui buku ini juga, saya mendapat beberapa ilmu baru iaitu sunnah ini terbahagi kepada dua kategori. Yang pertama sunnah tasyri'iyyah, iaitu perkataan atau perbuatan Nabi SAW yang menjadi sumber hukum syarak. Contohnya seperti solat 5 waktu, cara berwuduk, dan lain-lain lagi. Keduanya ialah sunnah ghayru tasyri'iyyah, ianya melibatkan perbuatan atau kebiasaan Nabi SAW yang tidak berkaitan dengan hukum syarak. Contohnya seperti cara Nabi minum, cara Nabi berjalan, cara Nabi berpakaian. These are new info for me!

Kalau diikutkan, mudah sahaja untuk kita teladi sunnah-sunnah Nabi SAW, dalam buku ini lengkap dengan doa-doa yang boleh kita baca sebelum melakukan sesuatu amalan, dan juga sumber-sumber hadis sahih yang menerangkan tentang amalan tersebut.

Tanda kita sayang Nabi SAW, bukan sahaja dengan memperbanyakkan selawat dan menyebut nama Baginda, buku ini mengingatkan saya tentang cara yang paling praktikal yang boleh kita lazimi..sebagai salah satu tanda kita sayang dan sentiasa mengingati Nabi SAW. Hatta dalam urusan kehidupan kita seharian pun, boleh jadi asbab untuk kita mendekatkan diri kita dengan Nabi SAW.
2 reviews
May 21, 2026
Suka sebab ada disusun oleh waktu, dan ada banyak doa doa yang kita mungkin jarang dengar. Boleh cuba amalkan. Dan nampak bagaimana hidup Nabi SAW bukan semata mata solat dan quran, ada waktu dengan keluarga dan masyarakat juga.
Profile Image for Liana Taj.
39 reviews2 followers
July 12, 2025
Buku ini lengkap mengupaskan tentang rutin harian Rasulullah SAW, daripada pagi semasa Rasulullah SAW baru bangun tidur, sehinggalah malam, ketika Rasulullah SAW hendak tidur.

Yang menariknya, kupasan setiap rutin Rasulullah SAW dibahagikan mengikut waktu.
Setelah membaca buku ini, saya dapat lihat bahawa betapa berdisiplin dan seimbangnya hidup Rasulullah SAW.

Baginda bukan sahaja banyak beribadah, tetapi juga menitikberatkan aktiviti bermasyarakat dan masa dengan keluarga.

Antara bahagian yang paling menarik perhatian saya adalah tabiat pemakanan Rasulullah SAW, yang sangat-sangat berbeza dengan tabiat pemakanan kita (sayalah sebenarnya).

1. Baginda SAW tidak pernah mencela makanan yang tidak disukai.
Kita? Termakan makanan tidak sedap di restoran, mungkin sudah tulis ulasan panjang di Google Review.
2. Baginda SAW makan menu yang sama berbulan-bulan asalkan makanannya berkhasiat.
Kita? Ulang lauk yang sama 2 hari pun mungkin sudah rasa muak dan hilang sabar.
3. Rasulullah SAW berhenti makan sebelum kenyang.
" Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulangnya" (Riwayat al-Tirmizi)
Kita? Selagi belum kenyang selagi itulah kita tak berhenti makan, malah sudah kenyang mungkin dipaksa makan lagi. 😭😭
4. Kebiasaan baginda SAW hanya makan dua kali sahaja sehari, dan kebiasaan makan malam baginda hanyalah makanan ringan (kurma).

Kalau kita bersungguh-sungguh ikut sunnah pemakanan baginda SAW, mungkin kadar penyakit kronik di Malaysia dapat dikurangkan, InsyaAllah.

Akhir sekali, saya suka dengan pendekatan yang disyorkan penulis. Kalau kita tak mampu ikut semua sunnah, jangan tinggalkan semua.

Mungkin ada beberapa sunnah yang kita tak mampu ikut atas kekangan pekerjaan, masa dan sebagainya.

Tetapi, kita boleh cuba lakukan beberapa sunnah mengikut kemampuan dan 'upgrade' mengikut keselesaan kita.

Alhamdulilllah, buku yang sangat bermanfaat dan patut menjadi rujukan kita sebagai umat Islam.❤️
Displaying 1 - 6 of 6 reviews