Non-fiction Korea Selatan yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Pada saya, terjemahannya bagus.
Esok, Saya Akan Terus Berjalan oleh Dancing Snail, terjemahan oleh Shafiqah Azman.
Sebuah karya yang penuh refleksi dan motivasi, yang penuh makna dan memberi inspirasi untuk terus melangkah.
Ada hari yang terasa berat, ada langkah yang seakan buntu. Tetapi buku ini mengingatkan bahawa perjalanan tidak berakhir di titik suram; kita boleh terus melangkah, satu tapak pada satu masa, mengingatkan bahawa setiap perjalanan ada nilainya, walaupun langkah kecil, ia tetap membawa kita ke hadapan.
Buku ini membawa pembaca menyelami perjalanan emosi yang jujur dan mendalam, merakam detik-detik sukar serta harapan yang sentiasa ada. Dengan ilustrasi yang ringkas tetapi sarat makna, Dancing Snail menyampaikan mesej yang dekat dengan hati.
Pada pendapat saya, terjemahan oleh Shafiqah Azman dapat dirasakan kelancaran bahasanya, menjadikan setiap bait kata seperti bisikan lembut yang menemani.
Untuk sesiapa yang sedang mencari kekuatan dalam kepenatan hidup, bagi sesiapa yang pernah merasakan kesukaran dalam kehidupan, buku ini mungkin dapat menjadi sumber kekuatan yang membisikkan tak apa untuk berehat, asalkan "Esok saya akan terus berjalan..."