“Siapa kita sebenarnya kalau dunia tidak melihat paras rupa?”
Dari kecil sehingga dewasa, perkara pertama yang mudah untuk ditegur orang tentang diri ialah rupa fizikal kita.
“Pendeknya kau.”
"Muka kau bulat sangat."
“Kena kuruskan sikit badan, baru senang nak dapat suami.”
Maka kita berhempas pulas, berusaha pelbagai cara untuk “mencantikkan” diri, agar lebih diterima masyarakat dan tidak ditembak dengan kata-kata yang menghiris hati. Tak kurang juga berharap agar tidak hanya dipandang cantik luaran saja.
"Biar muka buruk, asalkan perangai cantik."
Namun, salahkah kalau kita mahu menjadi cantik? Bukankah cantik akan membuatkan kita lebih istimewa dan bahagia?
Dalam buku Semuanya Untuk Cantik ini, para penulis mengajak kita untuk merefleksi kembali "erti cantik" yang telah banyak mempengaruhi kehidupan, sehingga terkadang kita terlepas pandang pada perkara yang lebih memberi makna pada diri.
Diri anda sekarang ini; adakah ia diri anda yang sebenar atau hanya sekadar persona yang anda cipta supaya diterima dunia?
not going to lie, upon seeing that a plastic surgeon would have a say in the book, i was hesitant to pick it up. i’ll admit that i don’t have the best opinion of them, considering all the botched botox and lip fillers on people I’ve been seeing every time i scroll on my tiktok fyp.
however.
i am very glad that dr. fatimah is surgeon who’s aware of her power when she comes across vulnerable people susceptible to ridiculous beauty standards. i also appreciated that she emphasized the role of the people in her profession to educate, and not to wholly profit off of people’s insecurities.
and then we have arlina’s portion of the book—so honest and so raw. i feel seen by what she wrote. unlike her, i was never fat. however, i was bullied immensely for my facial features, and the whole experience messed up my outlook in life completely. her coping mechanisms also resonated with me—the one where she said that she still thinks she’s ugly and is now simply trying to learn to accept it. hello? twins?
our way of dealing with our trauma and insecurity might be unorthodox to most, because yeah, who wants to live their life thinking they’re ugly? however, objectively speaking, i am not and will never be beautiful to beauty standards. so, what’s the point of moaning over it? only by accepting it will i ever be able to move on and work on other important facets of my life.
it sucks and i do have my days where i will cry to god. but i’m only human and a work in progress. i wish everyone who struggles like me all the best.
Buku ini sangat relateable dengan stigma sosial di kebanyakan negara sekarang. Termasukla Malaysia ni. I’m shocked that as this is her 1st book, penulisan Arlina sememangnya sangat Raw dan itu yang membuatkan setiap kisah dan pengajaran yang diceritakan sangat mudah dihadam dan dibaca. I really like the book contents. Dr.Fatimah pun banyak memberikan sisi pandangan professional yang sgt membantu untuk membuka mata masyarakat di luar tentang pretty privilege ni. I don’t have much words to say. I easily finished reading it for 2 days. That is how interesting i found this book
Penulisan Arlina sangat jujur dari hati, ‘vulnerable’ dan ‘raw’. Apabila menulis dari hati, tidak hairan ada sisi gelap, pesimis dan inferior yang keluar melalui tulisan kerana hati bukan hanya menyimpan hal-hal indah tetapi hal buruk dan kegelapan yang kita pendam. Keberanian untuk menyelam dan mengenali sisi diri yang ini ialah permulaan untuk sembuh dan menerima diri. Kerana tiada manusia yang sempurna.
Jadi penulisan Arlina boleh jadi agak gelap dan ada bahagian yang kurang menyenangkan saya tapi bak kata dia, ‘Jalan sembuh setiap orang berbeza,’ —itu saya perlu setuju. Bagi saya buku ini bukan buku klise yang mahu kita mencintai diri seadanya dengan ‘cantik itu subjektif’ tetapi seperti tagline, buku ini lebih kepada teman kepada perjalanan kita menerima semua sisi diri.
Buat mereka yang segan untuk mengaku yang mereka mementingkan paras rupa atau diet dan bersenam bukan untuk sihat tetapi untuk kurus semata kerana takut dihukum sebagai ‘petty’ —buku ini untuk kalian.
Saya lebih terkesan dengan bahagian Arlina kerana penuh dengan emosi dan psikologi, manakala Dr. Fatimah lebih kepada menambah konteks dan realiti dunia semasa berputar isu kecantikan. Agak kurang sinergi antara dua bahagian mereka.
Kepada Arlina (walaupun awak tak percaya apa saya tulis ni), sejujurnya saya memang rasa awak cantik. Saya suka senyuman awak. Semoga awak boleh menyayangi diri senjiri dengan seikhlas hati tanpa syarat sebagaimana selayaknya.
Tulisan dari seorang doktor pakar pembedahan plastik dan seorang pempengaruh. Doktor Fatimah tulis more to pengalaman dia sebagai doktor dan pesakit-pesakit yang datang.
Arlina tulis more to pengalaman sendiri sebagai..i would say sebagai mangsa kepada tanda aras kecantikan yang ditentukan masyarakat. Dia punya negatif tu buat aku terfikir dengan siapa lah dia berkawan sepanjang hidup dia, masyarakat yang macam mana lah dia membesar sampai dia boleh mendewasa menjadi seorang yang sebegini. Aku tak pernah terfikir pun ada orang tanya soalan yang macam tu, bagi komen yang sebegitu. Tapi sebagai pempengaruh, tak pelik pun lah. Sebab netizen akan bercakap ikut sedap mulut. Itu harga sebagai pempengaruh. Tapi itu semua pendapat yang dia dapat selepas jadi pempengaruh. Sebelum tu? Faham tak betapa sedihnya kehidupan dia lalui sampai dia membesar menjadi seorang yang negatif. Tapi aku setuju. Aku pun rasa aku tak cantik haha. Cuma sampai situ je lah fikiran aku. Tak de lah ayat2 seterusnya yang macam, "aku tak cantik, tak layak disayangi, takde siapa suka aku."
Sebagai orang yang tak terpengaruh dengan arus kecantikan luaran, buku ni ajar aku tentang impak kata² kita terhadap orang. Jadi, jaga percakapan anda.
Dan. Cantik itu memang subjektif. Ada je orang ingat kita cantik. Walaupun orang tu matanya rabun (ie orang tua), dan cuba tanya kanak-kanak, selalunya dia kata kita cantik je. Haha. Boleh lah tu dari tak ada.
"Semuanya untuk cantik". Saya suka tajuk dia dan penceritaan falam buku ni faham untuk dihadam dan di amati. Saya pernah lalui dalam author buku ni dan apa dia cakap itu betul. Saya suka quote ni "Hampir semua perkara dalam dunia ini mementingkan rupa, namun rupa paras bukanlah segala-galanya"