Jump to ratings and reviews

Mencari Makna Hidup Melalui Bisnes

'Untuk terus bertumbuh tinggi, terkadang kita perlu turun ke bumi.'

***

Ramai menyangka bahawa dunia bisnes berkisar semata-mata pada soal untung dan rugi. Namun bagi penulis, bisnes membawa makna yang jauh lebih luas — ruang untuk belajar tentang jatuh bangun kehidupan dan bagaimana ia mengajar kita bergantung sepenuhnya kepada Tuhan.

Memang kejayaan sesebuah perniagaan sering diukur melalui angka dan strategi. Tetapi di sebalik semua itu, wujud satu teras yang amat jarang disebut: ketekunan dan keteguhan hati untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari. Teras ini memungkinkan kita bukan sahaja untuk berjaya, tetapi juga mengalirkan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling.

Lihatlah bagaimana Abdurrahman bin Auf RA menggunakan kekayaannya untuk memberi kepada umat. Begitulah bisnes seharusnya dilihat — sebagai jalan menumbuhkan potensi dan memberi makna.

Inilah semangat yang dibawakan oleh Dr. Nur Aisyah Zainordin, pengasas IMAN. Melalui buku ini, beliau berkongsi kisah jatuh bangun, nilai dan inspirasi — agar lebih ramai melihat bisnes sebagai jalan untuk memperkasa diri dan memberi erti kepada ummah.

170 pages, Paperback

Published January 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Nur Aisyah Zainordin

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (37%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
1 review
October 23, 2025
saya suka buku ni sebab penulis membawa kita melihat bisnes dari sudut perspektif islam. banyak buku motivasi dari barat yg bila dibaca kita tak dapat nilai islami yg dibawa. saya suka pd part idea menyusun 10 dekad kehidupan dan peringatan bahawa dalam harta kita ada hak org lain juga
1 review
September 27, 2026
Buku motivasi yang bagus untuk seseorang yang nak bangkit dari jatuh.

Kenapa saya just bagi 4 bintang sebab masih rasa ada yang kurang tak puas saya baca.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews