Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lawak Kampus (Novel) #3

Lawak Kampus: Unboxing Berpuaka

Rate this book
Di sebalik keterujaan unboxing, si patung puaka menanti tuannya...

“Hei, kau mahu hidup kau berubah?”

Mulut Labubu mula bergerak-gerak. Bagaimana ia boleh bercakap dan bergerak seperti makhluk hidup?!

Semuanya berubah menjadi pelik sejak Cikgu Noodle tersalah membeli patung Labubu. Apa yang diterimanya adalah Lababun! Tanpa disangka ia patung Labubu hitam yang mempunyai aura gelap, mampu menguasai hidup atau mungkin nyawa Cikgu Noodle.

“Labubu! Apa niat sebenar kau buat ni?” - Froggy.

Keadaan Cikgu Noodle bertambah kacau apabila turut menjadi buruan pemiutang akibat sikap borosnya yang di luar kawalan. Entah bagaimana cara untuk menghalau entiti berpuaka dalam dirinya. Tambah kelibut ada campur tangan bomoh internasional. Memang haru-birulah jadinya...

Ikuti kisah seram komedi yang melanda SMK Lawak Kampus. Mampukah mereka atasi gangguan puaka Labubu?

Paperback

First published May 1, 2025

1 person is currently reading
2 people want to read

About the author

Iqbal Rafiuddin

17 books42 followers
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (75%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for SS.
527 reviews5 followers
July 17, 2025
..berwarna hitam malah tidak comel.
Muka seperti Pot Of Greed (Yu Gi Oh) - senyuman besar berwarna kuning.

" Tu bukan Labubu. Tu Lababun" - Vaness

Mengisahkan tentang Cikgu Noodle si rambut emo. Jadi, dia perasan barang yang dia beli dan unboxing di dalam kelas tidak mendapat sambutan yang mengalakkan dari student dia. Semua tak teruja. So, dia teruskan misi mencari something yang menarik untuk dia beli dan show off dekat dalam kelas.

So, Cikgu Noodle dapat tahu trend Labubu yang viral satu dunia. Jadi, dia pun cari la Labubu di merata tempat tapi sayangnya semua sold out. Sampailah dia terjumpa satu seller yang nak jual preloved Labubu. ☝🏻 Know know masa unboxing dalam kelas. Itu bukanlah Labubu tapi ..? Hidup Cikgu Noodle memang huru hara la selepas tu. Apa yang terjadi seterusnya?

Keseluruhan Lawak Kampus Unboxing Berpuaka ni berkenaan dengan Cikgu Noodle. Korang tahu kan perangai Cikgu Noodle yang sangat diva, perasan and shopaholic. Yang kita nak highlight pasal shopaholic. Tak kisah la kedai fizikal atau online. Dalam cerita ni, Cikgu Noodle hardcore betul membeli secara online. Scene courier hantar parcel and student Cikgu Noodle masuk dalam rumah dia memang kelakar. Nampak betul la kaki shopping.

Best. Tak tipu. In one sitting je boleh habiskan. Tambah pula, writing style penulis memang ngam untuk novel LK. Tak nampak macam terlalu mencuba untuk buat kelakar.
Genre seram komedi ni memang sesuai sangat dengan LK. Sinonim la dengan kelakar. So masa baca memang terkekek kekek jugak gelak. Perangai dieorang semua walaupun tak divisualkan pun. Boleh terbayang dalam kepala.
Siap jumpa bomoh la apa la untuk pulihkan Cikgu Noodle. Suka la dengan love hate relationship between teacher & student. Gaduh gaduh tapi sayang.

Sebenarnya, cerita ni lebih dari tu. Sedih juga mengenangkan sejarah kenapa Cikgu Noodle boleh terjebak dengan masalah shopping. (Ini pun main highlight juga). Banyak je pengajaran boleh diambil dari kisah ni. Nampak obvious betul perangai boros Cikgu Noodle sampai sanggup berhutang, beli unnecessary things & tak tahu bezakan kehendak dan keperluan. Ada juga backstory utama. Kena baca okay ☝🏻

Tips: For those yang tak pernah baca komik Lawak Kampus. Kalau nak baca novel lawak kampus ni boleh je. Takda masalah pun. Tapi mungkin korang akan blur blur ayam sekejap la. Kita sarankan untuk sekurang-kurangnya baca la 1-2 komik Lawak Kampus untuk kenal karakter dan perangai setiap karakter. Sebab dalam novel memang direct terus cerita.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
June 6, 2025
Taktau kenapa buku yang ni buat saya dapat imagine betul2 jalan cerita dan semua babak dalam ni. Haha. Serius best kalau buat movie. Maksud saya buat movie animasi laa, kartun gitu. Lagi2 komik lawak kampus pun memang semua sudah kenal dan sedia maklum. Dari saya sekolah rendah sampai sekarang bekerja, nampak budak2 syok betul baca komik lawak kampus ni. Cuma mungkin ada perbezaan juga lawak zaman kita kecil2 dengan sekarang macam ada sebut dalam buku ni, perihal spiderman lakonan Tob Maguire. Ayat "Maaf Gen Z." Haha. Akhir skali, tak sangka buku ni bukan semata tentang unboxing, tapi lebih daripada itu. Sob sob. Moga kita semua sembuh daripada trauma dan kesepian serta kekecewaan. Uhuk.
Profile Image for Ezrin.
57 reviews
June 22, 2025
Weh kelakar! nanti nak baca buku yg lain jugak dalam series ni.
Profile Image for Aisyah  Farhanah.
22 reviews2 followers
June 6, 2025
Kisah pasal Cikgu Noodle yang suka beli barang online. Sikap dia membawa mudarat sampai terpaksa berhutang. Kemudia Cikgu Noodle akan buat unboxing dalam kelas.

Anak murid dia tak teruja. Sebab cikgu terlalu boros. Rupanya ada sebab disebalik sikap Cikgu Noodle.

Saya suka pembinaan watak dan backstory Cikgu Noodle. Cerita dia banyak komedi, tak seram. Dengan gelagat anak murid Cikgu Noodle yang huru hara lagi. Pecah perut gak 😂

Cerita ni solid 5 bintang. Sangat bagus.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.