Pendahuluan buku pun dah best dah. Especially part - Ketika Islam Merubah Jahiliah. Buku ni bermula dengan kurun ke 18 Masihi, kisah 3 kurun derita setelah melalui seribu tahun kemanisan.
Basically peradaban Islam terbahagi kepada 3 fasa utama. Fasa klasik (650 - 1258), fasa medieval (1250 - 1800), fasa moden (1800 - sekarang).
Pemikiran umat Islam terbahagi kepada 3 kelompok. Golongan yang memisahkan agama dengan kehidupan seharian, golongan memperkasa Islam seiring zaman, golongan yang berpegang kukuh dengan sunnah dan alquran.
Alfu Sanatin II juga memaparkan kisah kerajaan Pattani mengalahkan kerajaan Siam pada kurun ke - 17, mencetuskan dendam hingga ke kurun seterusnya. Nak menangis baca part ni. Keganasan Siam pada ketika itu hampir sama kejam seperti Mongol membakar Baghdad ;( Tapi maruah Melayu Pattani tetap tidak boleh dibeli. Tak cukup itu, diserang Kedah pula.
Sejarah mencatatkan pada tahun 1170, jumlah Yahudi yang tinggal di Palestin hanya lapan orang. 8 orang! Penganut Kristian tidak memberi muka kepada bangsa Yahudi. Sehinggalah Sultan Salahuddin al-Ayubi berjaya mendapatkan semula Baitul Maqdis semasa Perang Salib kedua, barulah Yahudi menarik nafas lega. Catatan Napoleon ketika menyerang Palestin pada 1799, orang Yahudi meningkat kepada 5000.
Ketika pemimpin Islam sibuk merebut takhta, menyebarkan dakyah, menyerang sesama sendiri, menumpahkan darah, masing masing bermimpi menjadi khalifah yang memerintah, perjanjian Sykes-Picot, Deklarasi Balfour menjadi pemula segala polisi memperkukuh zionis di bumi Palestin.
Rakyat Palestin diusir dari satu negara ke satu negara yang lain. Jika dahulu, itulah nasib yang menimpa Yahudi, siapa sangka pada era 70-an, itulah yang menimpa umat Islam Palestin dan pada 1975, ramai rakyat Palestin berpindah ke Lubnan.
Sebuah negara kecil yang dahulunya menjadi kubu kuat Kristian, Allah naikkan menjadi penebus maruah umat Islam Palestin. Berjaya jadikan Israel tidur dengan mata yang terbuka.
Sejak perang yang bermula 7 Oct 2023, Israel mengalami penurunan KDNK lebih RM1 trillion. Hutang meningkat sehingga RM700 billion.
Antara info yang aku nak share:
- Barat telah banyak terhutang budi dalam bidang keilmuan serta ketamadunan empayar Islam.
- Kalau pernah tengok or baca Angel n Demon, kita akan dapat sedikit gambaran mengenai usaha gerakan bawah tanah dalam bertempur dengan gergasi agama mereka.
- Pembinaan ISTAC tu asalnya dibina untuk menghidupkan semula Baitul Hikmah di Baghdad macam zaman khalifah Harun al-Rasyid
- Tanzimat kerajaan Turki Uthmaniyyah, merujuk kepada kesedaran pembaharuan atau reformasi.
- Mustafa Kamal Ataturk mensekularkan Turki, mencondongkan dasar mengikut acuan Barat.
- Arus sekularisme turut melanda Iran, Afghanistan, Tunisia, Syria, Lubnan, Mesir n Iraq.
- Penghujung kurun ke-20 menyaksikan kejatuhan era sekular.
- Perang dingin menyaksikan Shah of Iran bercinta dengan Soraya Esfandiary Bakhtiary
Antara topik menarik dalam buku:
- Pertempuran Arab - Israel
- Syria melalui zaman kudeta
- Kisah Eli Cohen
- Entebbe Hijacking n Agent Sadness
- Kisah para syuhada