Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Arif Yang Wangi #1

Yang Arif Yang Wangi

Rate this book
Tiada manusia yang terlalu suci sampai tiada masa silam, tiada manusia yang terlalu berdosa sampai tiada masa depan.

Arif Farhan dan Jasmin, takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tak terduga. Mereka mengharungi detik dan waktu bersama-sama. Dari hutan ke pulau… dari pulau ke bandar. Tanpa sedar, mereka jatuh cinta.Namun, banyak perkara perlu ditempuh. Cinta bukan mudah bagi mereka berdua meski sentiasa bertemu. Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah saling memendam perasaan antara satu sama lain.

“Dia adik I. Adik tetap adik. Sebagai abang, I cuma nak pastikan dia dapat yang terbaik. Tak lebih daripada itu.” ~ Arif Farhan

“Dia kesian kat aku. Orang macam dia, takkan nak jatuh cinta dengan aku. Kalau dia nak jatuh cinta, dari dulu lagi dia dah jatuh cinta dengan aku. Tapi, dia tak pernah kata apa-apa pun…” ~ Jasmin.

Hidup ini, kadang-kadang… lain yang dirancang, tapi lain pula jadinya. Sukar menduga hidup apabila takdir Maha Esa lebih bijak mengatur hidup kita.

512 pages, Paperback

First published November 1, 2014

1 person is currently reading
45 people want to read

About the author

Fizziany

38 books25 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (22%)
4 stars
29 (54%)
3 stars
9 (16%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
March 23, 2016
Naskah untuk dilepaskan Rm10
Berminat sila PM

2.5 Bintang

Mungkin kerana meletakkan harapan yg agak tinggi untuk kisah ini,
kerana bab permulaan tu je dah buat saya seram,Gila tak seram di tengah2 kepekatan malam di jalan yg sunyi tiba2 pangg!! terlanggar ssuatu
dari situ cerita bergerak dgn lancar dan saya mula jatuh suka.

Tapi bila cerita ini akhirnya ke arah kisah komedi romantik, tak seperti yg saya harapkan mungkin,saya rasa saya hanya terus membaca sebab nak tahu apa yg bakal terjadi kepada dua watak utama,sampai lah ke garis penamat. Pada saya ia sebuah kisah yg sedang-sedang sahaja tidak menjadikan saya terlalu beremosi dan tidak juga berjaya membuat saya tergelak berguling-guling dgn keletah Ariff,(walaupun rasa mamat ni klakar dan juga penakut bab penakut tu saya suka comel je).
Secara keseluruhan masih sebuah kisah yg mampu menghiburkan hati.
Profile Image for Sakinah.
17 reviews2 followers
November 7, 2014
Cerita yang mampu mengembalikan mood membaca saya yang hilang entah ke mana. Cerita yang membuatkan saya tak boleh nak letak selagi tak habis dan juga cerita yang buatkan saya gelak sorang-sorang di dalam komuter. terima kasih penulis. :D
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 14, 2020
comelnya jasmin ni. permulaan kisah, arif tanpa sengaja terlanggar jasmin dalam hujan lebat. kemudian dia sambung pergi bercuti ke tioman. tapi bila nurse call suruh ambik jasmin kerana tiada siapa yang menjemput, bermula kisah mereka.

arif simpati dengan jasmin tambah bila tahu kisah sebenar anak orang asli itu. padanlah rupanya seperti anak kacukan, rupanya ayahnya tidak ketahuan, lebih tepat mubaligh kristian yang masuk perkampungan orang asli ketika itu kerana mahu menyebar agama kristian.

mama dan papa arif pula teruja bila mendengar kisah jasmin. lalu jadilah jasmin anak angkat mereka...

kisah sangat menarik. akak bantailah peram bertahun novel ni bersama karya puan Fizziany Ahmad yang lain. tapi elok juga, ada sambungannya yang baru terbit tahun lepas. so boleh terus baca.

beb, kadang-kadang perasaan hati ni kena luah. kena beritahu. yang suka, yang tak suka. apa yang hendak dibuat, yang rasa segan.

begitu jugalah tentang cinta yang mekar dalam jiwa. kalau sama-sama suka tapi masing-masing dok pendam, kan rugi masa?
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
January 6, 2015
Bagi penggemar novel yg romantik & sweet2 novel ini mungkin bukan pilihan yg baik tp bg penggemar novel yg inginkan cerita yg santai tdk terlalu berat ini pilihan novel yg baik...
Tentang arif & jasmin diketemukan dlm satu kejadian yg tdk disgka...
Kisah perjalanan hidup Jasmin yg byk mengharungi cabaran disebabkan status yg dimiliki...
Juga tentang Arif yg sgt baik hati & sentiasa berada disisi Jasmin saat diperlukan...
Yg paling penting apa yg ingin disampaikan dlm novel ini sejauh mana penerimaan kita terhadap seseorg yg tidak mempunyai hubungan darah & juga menerimanya seadanya

Highly recommended...To writer keep it up...



Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
January 29, 2015
indah sungguh cerita ni , dah lama tak sungguh2 khatam satu novel dalam masa 2hari hhehehe
I like ..lepas ni kalau penulis ni kelua novel baru sure sambar hehehe
jalan cerita best xde klishe macam cerita lain asyik kahwin paksa jer .
start baca tak sabar2 nak abskan

p/s :kelaka gila bila si Arif yg cemburu dgn Jas smpai sanggup pi ngintip kt zoo .hahaha ..
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,534 reviews41 followers
August 15, 2022
Cerita Arif Farhan seorang most-eligible-bachelor CEO muda yang berkaliber di syarikat ayahnya dengan seorang Jasmin yang tidak sengaja dilanggar oleh Arif dalam perjalanan ke Tioman. Siapa Jasmin? Saya bayangkan penulis yang juga seorang yang kelihatan keras hati, sesuka hati meng'crown' Jasmin sebagai seorang gadis 21 tahun yang secantik model dengan pan Asia look, 8A dalam SPM, hormatkan orang, baran boleh tahan, maknanya dia bukan jenis perempuan stock mengada-mengedik-menggoda lelaki (macam lah itu saja nilai seorang wanita). Jasmin juga merupakan anak seorang wanita orang asli hasil hubungan luar nikah dengan seorang mubaligh.

Dalam sedang membaca buku ini, malam tadi saya ikuti sesi FB Live penulis yang nampaknya amat jarang beliau lakukan. Beliau kelihatan kepada saya kerap 'lost for words'. Mungkin kerana beliau sudah lama tidak ada sesi seperti itu dan beliau juga kurang sihat malam tadi namun pertama kali saya lihat dan dengar dan cuba baca watak seorang Fizziany, saya semakin sukar untuk percaya bahawa cerita Maya Sakta dan Ratu Agniasari yang kebaboom itu ditulis oleh beliau. Apa agaknya yang berada dalam kotak fikir beliau sewaktu membayangkan perjalanan kisah watak-watak dalam bukunya? Saya sebenarnya amat tertarik untuk mengenali penulis ini selepas selesai baca buku ketiga dari kisah dongeng Epik Cinta.

Rupanya ada Yang Arif Yang Wangi 2.
Nasib baik watak utama belum mati ya, jadinya banyak cara penulis boleh berkreatif membawa haluan buku siri kedua. Kalau macam Arjuna Barata, bila watak-watak utama Bimadewa dan Arjuna mati, nak sambung siri, mungkin penulis perlu perah otak lebih lagi untuk fantacise. Then again, penulis ini bagi saya amat tinggi bakatnya.
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
December 8, 2014
Apa yang akan jadi bila si bujang-yang-tak-mahu-kahwin-sebab-belum-pernah-jatuh-cinta tersesat di tengah malam seorang diri di dalam kereta ?

Apa pula yang dia pilih untuk lakukan bila secara tak sengaja, terlanggar “sesuatu” yang meluru keluar dari semak samun di kiri kanan jalan yang gelap pekat ?

a. Cabut lari
b. Baca ayat kursi banyak-banyak
c. Jadi berani, pegang steering lock dan keluar dari kereta
d. Jadi gentleman, because Encik Arif kita ni memang seorang yang budiman

Jasmin, si damsel in distress, diselamatkan oleh Arif dan bermulalah satu platonic relationship yang manis.

Manis dan indah buat Jasmin, kerana buat pertama kali dalam hidupnya, dia dilindungi dan diberi perhatian oleh seorang "abang" yang menerima dirinya tanpa banyak persoalan. Bahagia dan manis juga buat Arif kerana dalam hatinya, tiada lain yang dia mahukan selain memberi keselesaan buat Jasmin. Lagipun, Jasmin itukan sangat muda..umpama seorang adik..eh ye ke ?

Betullah kata-kata bahawa hidup ini banyak rahsia. Dari Tioman ke Mersing dan seterusnya ke Kuala Lumpur, Jasmin dibawa masuk ke dalam hidup keluarga Arif. Hidup Jasmin yang dahulunya serba sunyi dan kosong, dipenuhi dengan sinar kebahagiaan dan kasih sayang. Dia ditatang bak seorang anak manja tanpa mengira asal usulnya. Pada Arif dan kedua ibubapanya, Jasmin adalah amanah yang harus dijaga.

Tapi, hati yang dahulu hanya mahu melindungi dan menjaga seorang adik mula goyah apabila Jasmin di-makeover. Datang pula teman baik Jasmin dari Tioman yang membuat “adik”nya itu tak lekat di rumah. Hai..itu la Arif, dah terang mahu bersuluh lagi rupanya dia. Tak pasal-pasal dia yang dahulunya Mr Cool jadi Mr Jealous. Sanggup terjah zoo, tempat paling trauma baginya semata-mata nak skodeng Jasmin. Sanggup pasang spy untuk ikut ke masa sahaja Jasmin pergi dengan alasan risau. Risau betul, yang Arif ni kan ?

Bila dah tak sanggup nak pendam perasaan lama-lama, maklumlah hati asyik risau takut bunganya dikebas orang, barulah Arif buat satu tindakan drastik yang terus sealed his and Jasmine’s fate forever walaupun ada persoalan “she loves me, she loves me not” dan “does he love me, I think not”. Act first, think later ye Arif..hehehe.

Biarlah apa manusia sekeliling nak berkata, tiada hinanya kita sesama manusia walau apa juga asal keturunan kita kerana prejudis itu hanya di mata insan-insan biasa tetapi tidak padaNya. Siapa kita, busuk atau wangi hati kita ini bergantung kepada diri kita juga. Jika kita memilih untuk melihat yang indah, maka harum mewangilah hidup kita. Pilihlah untuk menjadi seperti Arif, yang pandangannya hanya pada sekuntum Jasmin yang wangi.

Congrats Fizziany Ahmad, untuk satu cerita yang simple tapi membuat saya senyum seorang diri. It’s a story that makes me happy :)
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews20 followers
September 11, 2015
Cerita ni mmg simple & bersahaja. Mengangkat latarbelakang heroin yg agak lain drpd kebiasaannya. Sangat menarik & menghiburkan.

Kisah tentang Jasmin, gadis kacukan org asli & Inggeris yg cantik rupawan yg dipelihara oleh nenek serta bapa saudaranya. Dilahirkan berstatuskan anak tidak sah taraf telah menyebabkan dia sentiasa menjadi subjek ejekan, cacian & umpatan masyarakatnya. Kerana status itu jugalah dia menjadi tempat neneknya melampiaskan kemarahan. Pada suatu malam yg kelam, ketika Jasmin melarikan diri daripada menjadi mangsa nafsu serakah bapa saudaranya, dia telah dilanggar oleh Arif Farhan (Arif) yg ketika itu di dalam perjalanan untuk bercuti ke Pulau Tioman.

Bermulalah perkenalan antara keduanya. Atas rasa tanggungjawab & kasihan, Arif membantu Jasmin mendapatkan pekerjaan di sebuah restoran. Hubungan antara keduanya berlangsung akrab seperti “adik” & “abang”. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Arif menceritakan perihal Jasmin kepada ibu bapanya, Datuk Muhaiyeen & Datin Zaharah, di mana ibu bapanya kemudian bersetuju mengambil Jasmin sebagai anak angkat mereka.

Dari perkampungan di hutan belantara, Jasmin dibawa untuk tinggal di kotaraya. Daripada status “anak haram” kepada status “anak angkat keluarga berada”. Datin Zaharah yg memang kepinginkan anak atau menantu perempuan sebagai peneman, melayan Jasmin dengan baik sekali. Begitu juga penerimaan Datuk Muhaiyeen, beliau senang dengan kehadiran Jasmin sebagai ahli baru dalam keluarganya.

Walaupun Jasmin & Arif telah tinggal sebumbung, namun mereka jarang berkesempatan bersua & berbual mesra lantaran Arif yg terlalu sibuk dengan urusan pekerjaannya. Ada rindu yg bertamu apabila keadaannya begitu. Apabila Datin Zaharah mahu menjalankan misi mengkenenkan Arif dgn PAnya, Wardah, Jasmin disapa gundah. Berpijak di bumi yg nyata, diusir jauh resah yg berkelana. “Aku hanya adik angkat dia.”

Sehinggalah pada suatu hari terjadi perbalahan antara Jasmin & Wardah di mana Jasmin menghilangkan diri setelah itu, Arif menjadi hampir sasau. Jiwanya terasa kosong tanpa Jasmin di hadapan matanya. Betapa dia gagal menterjemahkan rasa lantaran tidak pernah jatuh cinta. Jasmin akhirnya ditemui setelah dijejaki hampir separuh gila.

Kematian nenek Jasmin membuat Arif membuka mata… Jasmin ingin dilindungi sepanjang hayatnya. Kata2 akhir Wardah ketika meletakkan jawatan sebagai PAnya, menyedarkannya hakikat tentang suatu rasa…rasa CINTA..(love is in the air…wah!!!…).
Profile Image for nilam.
363 reviews70 followers
September 25, 2015
BESTT!!! tapi..kenapa ending secoet tu je...x puas!! xpuass...rasa nk suh penulis wat smbungan tambh eding dia sikittt je lg..huhu
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
June 3, 2016
Sekarang ni takde masa nak bagi review.
Tengok la macam mana nanti.
Tak bagi reviewpun takpe kot.
Tengok bintang je.
Haha.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews63 followers
August 29, 2016
saya lebih suka kepala angin kepala batu.

olahan agak lemah, mungkin novel pertama penulis so ada kekurang dalam olahan watak, menjadikan saya kurang menyelami isi hati Jasmeen.

namun, harus diberi pujian kerana penulis berjaya melakarkan kisah anak haram & isu2 masyarakat orang asli, dilema mereka seadanya.

Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
April 12, 2020
Selalunya dalam drama melayu golongan kaya raya ni tak pandang mereka yang hidupnya seperti Jasmin tapi dalam kisah Yang arif yang Manis ni sebaliknya. Penerimaan kedua orang tua arif ternyata di luar jangkaan. Berjaya habiskan dalam masa kurang 24 jam. Konflik nya tak banyak dan tak berat dalam cerita ni. Cuma hero dan heroin masing masing memendam rasa saja. Rugilah begitu ! 😂
1 review
January 2, 2023
want someone like him but hurmm i guess i need to be one for someone first 🥰
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Auditory Hallucination.
29 reviews17 followers
July 6, 2015
YANG ARIF YANG WANGI By Fizziany

Best.

Arif Farhan - Abang baik hati
Jasmin - Cinderella version anak orang Asli

Mula2 baca bab awal tu buat aku takut gila. Ingatkan si Arif langgar jembalang apa dkt hutan belantara tengah2 malam. Hahaha. Cuak gila nak selak muka surat seterusnya. Dahlah aku ni penakut. Haiya! Fizziany, awak berjaya takutkan saya. Hahaha

Aku rasa ending novel ni agak rushing lah. Tapi keseluruhan jalan cerita tak menghampakan. Aku boleh senyum2, gelak2, tapi tak adalah aku menangis sebab feeling sedih tu payah sikit nak sampai kat aku yg hati batu ni. Hahaha. Try again next time. Tapi still, novel ni highly recommended dkt readers yg nak bacaan yg santai aja. ^_^



P/s: tiada manusia yang terlalu suci sampai tiada masa silam
tiada manusia yang terlalu berdosa sampai tiada masa depan

Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
July 24, 2016
Hehehe... i smell jasmine fragrance all over the room. Gladly, i suka dengan character yg diketengahkan Arif & Jasmin. Of how they met and how they learn to know their one true feelings. biasalah mesti ada perempuan villian kan. I rasa comfortable sekali with how this family handles salasilah asal usul Jasmin. next... that latest book from her.
Profile Image for Ayda Razak.
385 reviews24 followers
August 15, 2016
Kerana kekangan masa, 10 hari di ambil untuk menghabiskan buku ni. Gaya penulisan santai, tersenyum sorang-sorang je baca. Berjaya mengurangkan tahap "stress" nak final exam minggu depan. Esok, start study!
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
December 24, 2014
Untungnya jadi Jasmin... cam cinderella lak.. anak org asli yg cantik plak tu.. :)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.