400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya.
Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu. Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka. Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya.
Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung halamannya? Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?
Puja bukan sekadar kisah seram biasa. This book gives you that slow burn horror and creepy.
Penulis Maria Kajiwa memang ada gaya penulisan yang sangat berlapik dan penuh simbolik. Kalau you suka kisah yang buat you fikir buat you curious and gives you that goosebumps slowly crawling up your spine feeling... yes, this is the one.
Cerita bermula dengan suasana misteri dan sunyi macam ada something yang tak kena tapi kita sendiri tak pasti apa. Characters dia semua ada dark past and setiap pergerakan dalam cerita rasa macam penuh makna.
Dah la F baca buku ni masa budak² ni dok main games yang ada soundtrack eerie sebab ada ghost dalam game. Lagilah rasa scary
Banyak eerie vibe throughout the story. Sampai F nak pergi toilet pun berteman 🙈Maria Kajiwa really knows how to play with psychological horror.
Some might find it a bit slow-paced but honestly, that’s what builds the tension.
Ada the truth after the scene buat F terkejut. Tak sangka orang yang kita rapat dan baik adalah musuh sebenar.
Suka dengan jalan ceritanya. Unsur suspen sepanjang membaca naskhah ini membuatkan saya jadi sayang untuk meletakkan naskhah ini selagi tidak jumpa titik tamat (walau harus bersengkang mata). Pakej lengkap, unsur seram dan dibaca pula di tengah-tengah malam memang membuatkan bulu roma meremang!
Suka dengan bahasanya. Penulis bijak bermain dengan ayat/perkataan yang disesuaikan dengan latar zaman (400 tahun dahulu). Pemilihan ayat yang mungkin biasa-biasa tetapi pada pembacaan saya struktur ayatnya kena aja dengan zamannya.
Dan, tiada elemen cinta uda dara! Kerana pada saya, untuk Puja ini cinta (uda dara) dan seram tidak akan berjalan seiring. TAPI cinta dan kasih sayang pada keluarga (ibu dan adik-adik) mengatasi segala-galanya. Suka!
Pengakhiran yang perlukan pembaca membuat telahan sendiri. Ya, sumpahan telah terlerai tapi apa kesudahan pada 'entiti2' yang berkeliaran yang saya percaya (untuk cerita inilah!) perlukan tuan yang baru? Kecuali pendamping Khairul...
Apa-apapun saya sangat puas hati dengan naskhah ini.
Sebuah novel seram keluaran Buku Prima yang best. Jalan ceritanya dirancang dan ditulis dengan baik, lancar jer pembacaan. Cara penceritaan pun terasa dekat di hati dan tak bosan (sehari jer dah habis baca). Unsur2 seramnya biasa2 jer, tapi unsur2 pengajaran yg diselitkan menginsafkan jugaklah. Endingnya pun memuaskan.
Mengisahkan tentang Jimmy (atau Azim), seorang penjenayah yg telah lama meninggalkan kampung halamannya. Dia kembali menjenguk keluarganya di kampung selepas mendapat berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Di sana, dia mendapat tahu bahawa sekumpulan pengamal ilmu hitam cuba menjadikan keluarganya sebagai korban pemujaan syaitan yg telah diamalkan di sana sejak zaman berzaman. Dengan bantuan Pak Salleh, dia bertekad untuk menyelamatkan keluarganya serta menghentikan upacara itu buat selama-lamanya...
Plot yang mantap, jalan cerita yang tangkas. Saya suka kaedah flash back yang digunakan oleh penulis.
Bukan seram yang dihidangkan, bahkan pengajaran dari kisah ketamakan manusia untuk wang dan kuasa. Iblis dan konco-konconya senantiasa tegar mencampuri urusan manusia, agar mereka yang tersesat itu menjadi teman-teman di dalam neraka. Bukan neraka itu sedap atau nyaman, tapi kesakitan yang amat untuk semua makhluk yang menjadi hamba Iblis dan kelak akan menemani para syaitan.
Jimmy atau Azim yang telah lama meninggalkan kampung, akhirnya terbuka hati untuk pulang setelah mendengar khabar kematian ayahnya. Namun, kepulangannya yang dirancang hanya sebentar, bakal menjadi lebih lama dek kerana perkara-perkara yang sedang terjadi kepada keluarganya.
Apa yang terjadi kepada Azim akhirnya menjadi kelebihan buat dirinya. Dengan rangkaian hubungan yang dia ada sedikit sebanyak membantu menghadapi masalah yang sedang dialaminya. Dia juga dapat mencari dalang yang terlibat dengan kematian ayahnya. Malahan kemahiran yang dipelajarinya juga banyak membantu diri dan juga keluarganya.
Dialog adalah antara perkara yang selalu membantutkan atau menambahkan rasa membaca SH untuk sesebuah naskhah itu. SH sangat sukakan naskhah yang mempunyai dialog yang sesuai dengan zamannya. Namun, ini tidak terdapat dalam naskhah ini. Untuk cerita yang mempunyai latar masa 400 tahun lalu, dialognya terasa moden dan tidak sesuai dengan latar masa. Ini membuatkan SH tidak merasakan mereka berada pada latar masa tersebut. Tetapi SH suka dengan pemilihan nama watak-wataknya. SH rasa nama mereka sesuai dengan zaman itu.
Angkara duit dan kekuasaan, semua orang boleh gelap mata. Kecuali mereka yang berpegang kepada kebenaran yang hakiki. Begitulah yang terjadi dengan mereka di Kampung Silak Tua. Bukan seorang dua malahan sekampung. Sanggup melakukan apa sahaja untuk kemewahan dan kuasa.
SH suka dengan perwatakan Johan. Walaupun sudah lama tidak berjumpa namun rasa hormatnya pada Azim amat tinggi. Dia juga tidak berkecil hati dengan segala tindakan Pak Salleh yang mengutamakan Azim yang baru sahaja pulang. Kasihnya pada ibu dan juga adik perempuannya juga sangat ketara.
Membaca naskhah ini hampir membuatkan SH sakit mata. Tulisannya agak kecil. Yang rabun boleh jadi semakin rabun bila membaca naskhah yang menggunakan tulisan yang agak kecil.
...Sangat berpuas hati dengan penamatnya, itu yang Nisa rasa bila tamat saja baca novel ni. Selalunya kisah seram macam ni, hero akan mati...hehe. Okey, Puja adalah karya pertama penulis ni yang Nisa baca..In sha Allah, Nisa akan cuba dapatkan karya beliau yang lain pula nanti. Nisa mula membaca, pukul 10 malam...dan leka menghayatinya sehingga pukul 4 pagi, apabila ada bunyi binatang lompat atas bumbung rumah..(mungkin musang/kucing) barulah Nisa letak buku dan cuba tidur..Tapi, masih terbayang-bayang wajah lelaki tua muka berulat dan sekumpulan manusia tanpa kepala...Pengalaman seram Nisa, pernah ternampak 2 mayat berkafan terbang..itupun mencicit Nisa lari, inikan pula kalau lelaki tua muka berulat tiba-tiba muncul kat sebelah...mahunya tak sempat lari, dah pengsan dulu kot..hehe. Puja, kisah tentang sebuah kampung yang masih mengamalkan upacara khurafat bagi melantik ketua kampung baru. Selagi pelantikan baru belum dibuat, penunggu di kampung itu akan membuat kacau. Cerita bermula, 400 tahun dahulu...tujuh sahabat dari Pagar Ruyung membuka penempatan baru di Kg Salak Tua..Namun kawasan itu berpenunggu, perjanjian telah dibuat dan setiap kali perlantikkan ketua kampung, tiga sekeluarga akan dipancung bagi mendapatkan kepalanya untuk dipersembahkan...Jimmy sudah 15 tahun lari dari rumah, pulang setelah mendapat tahu bapanya meninggal dunia, keadaan bertambah rumit apabila mengetahui, bapanya mati dibunuh dan puaka tersebut mahukan kepala ibu dan adik-adiknya..bagi menyelamatkan keluarganya, dia perlu menyambung tugas arwah bapanya untuk menumpaskan puaka...juga menamatkan amalam khurafat di kampung Salak Tua.Tapi, mampukah dia?.
Otai sememangnya berbisa... Membaca naskah hasil nukilan otai nie membuatkan kta x sabar nk tahu pengakhiran kisah puja ini... Seram... Ngeri... Geli... Menakutkan... Smua ada...
Plot nya bleh dikatakan lancar... Nmpk kesinambungan dr bab ke bab which is i like... Wpun ada teknik imbas kembali... Tp still dpt difahami n jelas...
Peringatan: Review kali ni memang sepenuhnya berdasarkan apa yang Kirah rasa, belum tentu orang lain pun rasa sama tau! Ada juga spoiler, jadi awas!
Puja ni salah sebuah novel terbitan semula yang Kirah sangat excited nak baca. Pertama, sebab review yang best-best dan kedua mestilah sebab cover dia yang sangat mengancam kali ni! Meremang bila tengok dua tiga kali siluet dekat cover depan.
Kisahnya mengenai puaka Batu Silak yang dah memakan ratusan tahun lamanya dipuja-puja. Bermula dengan pembukaan tanah hutan dengan cara meminta perlindungan daripada kuasa selain agungnya Yang Maha Esa, Kampung Batu Silak pun terbentuk dengan perjanjian antara tujuh bersaudara.
Namun, beberapa ahlinya hilang tanpa jejak. Makan tahun, apabila ketua kampung berganti, lesap kembali tiga orang berlainan yang pamit tanpa khabar berita. Di manakah mereka?
Disebabkan satu kejadian, keluarga Alang Budiman berakur janji, takkan sesekali keturunannya menyembah selain pada Tuhan yang berkuasa. Lalu, mereka disisih, dipulau saudara-mara.
Jimmy, anak yang menghilang kerana rasa kecil hati terhadap keluarga, akhirnya pulang ke dakapan sang emak. Namun, kepulangannya menemui kejanggalan dan berakhir dengan misi untuk membanteras kegiatan khurafat yang diamalkan turun-temurun oleh orang kampung.
Tetapi, mampukah dia ... Seorang 'pencabut nyawa' menjadi salah seorang insan yang membawa kebenaran dan menolak kebatilan yang sudah teguh buat sekian lama?
Sejujurnya, Kirah meletakkan expectation yang sangat tinggi untuk novel kali ini. Konsepnya menarik, dan scene yang paling Kirah suka adalah scene pada zaman silam di mana Waki, Alang dan yang lain-lain mula meneroka hutan yang tak berpenghuni tu. Rasanya kalau novel ni memfokuskan scene-scene pada zaman dahulu dengan unsur mistiknya, mungkin akan jadi lagi best!
Cuma, bagi Kirah novel ni sangat draggy. Permulaan sampai akhir, sangat payah untuk Kirah lajukan rentak bacaan disebabkan scene 'penampakan' ada kala berulang-ulang sampai kita boleh predict apa kesudahannya selepas itu.
Banyak juga part yang buat Kirah tak berapa puas. Contohnya bila Jimmy ('pencabut nyawa') dengan mudah jadi orang penting bagi memulihkan kampung dan kegiatan puja. Sedangkan bagi Kirah, character development perlu lebih dimantapkan lagi dengan perubahan Jimmy yang sepatutnya harus lebih berilmu.
Antara part lain yang buat Kirah sangat turn off, bila dalam situasi genting, Johan boleh keluar berdua beli barang dapur sedangkan masa tu dia satu-satunya orang yang sedang diburu!
Banyak plot holes dan lack of character development, ditambah dengan penceritaan yang draggy membuatkan untuk buku Kak Maria kali ni, Kirah tak dapat rasa keseronokan membaca seperti novel-novel Kak Maria yang lain.
TAPI!
Haa ada tapinya. Bagi Kirah, setiap penulis lagi-lagi yang dah menghasilkan berpuluh-puluh novel, pasti ada naik turun ceritanya di hati setiap peminat. Mungkin buku ni tak kena di tekak Kirah tapi sedap di tekak pembaca lain. Begitulah adat resamnya. Jangan tertipu dengan review ini sebab Kirah review berdasarkan apa yang Kirah rasa saja.
Maaf sangat andai review ni mengguris hati mana-mana pihak. Ini sekadar pandangan jujur Kirah sebagai pembaca 🙌🏻
400 tahun lalu, tujuh lelaki dari Pagar Ruyung, Waki, Alang, Sia, Abi, Hitam, Garang dan Ubi cuba mulakan hidup baru. Upacara semah bermula dengan satu perjanjian. Sekali mengambil, selamanya bertuan.
Dah lama nak baca buku ni, sejak @novelismariakajiwa mention Puja merupakan prekuel Kisah Latifah. Kisah Azim @ Jimmy, abang Bahiyah bersusah payah mencari adiknya yang hilang sebenarnya bermula dengan Puja. So, sesiapa dah baca Puja, kena baca Kisah Latifah. Siapa yang dah baca Kisah Latifah, kena baca Puja. Hehe.
Berbalik pada perjanjian tadi kan, so waris keturunan tu akan dipilih dari enam keturunan ikut giliran untuk menjadi ketua kampung. Waris Tok Waki yang jadi penjaga adat akan memastikan segalanya berjalan lancar. Lepas turn Tok Abi, Tok Sia pulak. Tapi kalau ada problem, giliran jatuh ke family Tok Hitam. Then, since now turn Tok Sia, dorang pun calonkan Farish, anak sulung kepada ayah sulung daripada susur galur yang sulung. Proses yang rumit dengan habuan yang besar. Enam keturunan ni ada trust fund yang diuruskan Silak Tua Holdings, pabila gilirannya tiba, anak-beranak keturunan orang yang jadi ketua kampung akan senang sikit la ada monthly allowance.
Yang taknak pikul tanggungjawab ni, waris keturunan Tok Alang je. Keluarga Jimmy rupanya keturunan Tok Alang. Watak abah Jimmy ni keras juga, patut la bertahun Jimmy tinggalkan keluarga, bawa diri demi nak buktikan yang dia boleh berjaya. Terasa dengan kata-kata abahnya. Tapi lama-lama baca, kita akan faham kenapa semua ni berlaku. Betapa teguh pendirian Tok Alang dan waris keturunannya. Mak Jimmy pun seorang yang tabah. Dari awal cerita aku sangat kagum. Sabar menempuh hari sepanjang penantian, sabar dengan suami yang tegas. Risau sekejap pun dah penat, apatah lagi 15 tahun. Lebih banyak cerita yang tersingkap, lebih pedih dan sedih hatiku. Pengakhiran yang mengundang air mata.
Keseluruhannya, novel ni sangat menarik. Highly recommended untuk semua penggemar novel seram dan peminat karya Maria Kajiwa. One thing about Maria Kajiwa, once you read her book, you'll be hooked. You'll always want to explore more of her work. Rasa menyesal sebab terlambat 11 tahun baca buku ni.
I love new knowledge about burung tukang kubur, burung carik kafan n daun sepapan untuk kurangkan bengkak, daun langir dibuat pencuci. Kuih-muih yang menarik, wajik sirat, kuih pepena dan badak berkubang. Also, I gotta learn more about Syeikh Hamzah Fansuri vs. Syeikh Nuruddin Ar-Raniri. Suka sangat segala pengajaran yang aku dapat dalam buku Puja, jatuh sayang pada buku ni.
best, penuh dengan tanda tanya dan debaran. Agak seram juga disesetengah bab. Yang paling utama masih penuh dgn nasihat dan pengajaran seperti karya Kak Maria yg lain. Jangan mensyirikkan Allah dgn sesuatu & sentiasa bergantung harap dengannya. Tahniah penulis.
Puja batu puaka? Yes. Kisahnya 400 tahun dulu ada 7 bersaudara yg lari mencari tempat baru untuk dijadikan tempat tinggal. So nak dijadikan cerita tempat baru tu ada lah ‘benda’nya. Biasalah mainan syaitan, kena janji itu ini , perlukan korban setiap kali lantik ketua kampung.
Berterusan sampailah pada Khairul penjaga baru batu puaka. Keluarga si Azim pula jadi mangsa gangguan. Azim yg dah 15 tahun tak balik kampung, tiba2 muncul lepas tahu ayah dia meninggal. So bongkarlah satu2 rahsia tentang apa yg melanda kampung tu. Gangguan lelaki tua, kumpulan orang tak berkepala.
Jalan cerita memang menarik. Ada sisi puja memuja. Ada gangguan mistik. Tapi korang takkan sakit jantung sgt. Masih terkawal. Misi mereka cuma nak hentikan adat khurafat tu dan sedikit ambil masa untuk kita sampai kepada penyelesaian masalah tu. Lain-lain okay je pada saya. Leka dgn cerita yg disajikan.
Ada sedikit part aksi selain seram. Sebab si Azim ni kerjanya ganas juga. Jadi akan ada konflik dgn gengster2. Mereka juga saling terkait tanpa sengaja dgn hal mistik ni. Melalui siapa? Kenalah baca. Apa pun, tulisan kak Maria yg sememangnya sedap dibaca tak buatkan saya rasa cerita ni meleret. Rasa nak tahu tu ada setiap kali selak. Menarik👍🏻
Karya-karya kak Maria Kajiwa tak pernah menghampakan saya. Kalau hampa sebab hero asik kena belasah sebelum menang tu biasalah, tapi kalau dari awal hero dah menang tak jadi ceritalah.
Kisah PUJA ni adalah kisah tentang sebuah kampung yang mengamalkan upacara pemujaan yang diwarisi turun temurun. Hero cerita ini, Jimmy (dalam kepala saya ada imej Adi Putra, tapi akak MK suka Tony Jaa lagi) pulang ke kampungnya setelah sekian lama menghilangkan diri. Kemunculan dia bagaikan satu harapan untuk penduduk Kampung Silak Tua yang sedang berhadapan kemelut melibatkan waris-waris keturunan di situ yang sebahagiannya menentang dan sebahagian pula menyokong adat pemujaan tersebut. Keadaan menjadi semakin runcing sehingga menggugat keselamatan ibu dan adik-adiknya, maka Jimmy tidak ada pilihan lain selain menumpaskan puaka dan sindiket pemujaan yang semakin mengganas.
Akak MK pandai adunkan elemen tradisional dengan moden tanpa rasa janggal. Buatkan saya teringat cerita Datang Pada Waktunya tulisan kak MK juga. Namun kali ni kak MK bawa gengster bandar masuk kampung. Tunggu-tunggu jugak kalau2 ada scene baju koyak nampak tatu ala-ala drama yakuza jepun My Boss My Hero, tapi sayangnya tak ada. Fight scene memang susah nk divisualkan dengan tulisan. Tapi kalau jadi filem memang saya pergi tengok kat wayang. Syaratnya Adi Putra atau Tony Jaa kena jadi Jimmy.
Kalau tak jadi filem pun tak apa, PUJA masih terbaik.
Terima kasih kak Maria Kajiwa kerana berpenat lelah menghasilkan karya yang sangat menghiburkan saya ini. Saya doakan akak moga dikurniakan kesihatan dan kemudahan untuk terus berkarya, Amin.
Karya kedua MK yang saya baca. Memang tak menghampakan. Saya dengan ini, mengistiharkan MK sebagai salah seorg novelis kegemaran saya. Haha.
Saya suka jalan cerita Puja nie. Tersusun. Walaupun byk unsur flashback, saya xrasa keliru langsung. Setiap peristiwa berkait. Setiap watak ada peranan masing2. Bukan sekadar watak sampingan yg xtahu kenapa dia wujud. Nak kata seram macam Lengloi xdela sgt. Walaupun ada unsur2 itu. Sebab Puja lebih kearah pemujaan dan warisan puaka.
Watak utama Azim mmg win! Dari kejahatan, perlahan2 berubah ke arah kebaikan. Semua bermula dgn kematian ayahnya. Mmg xbosan membaca. Nak tahu lagi dan lagi dan lagi. Dan tiba2 je habis dah. ;p Ending pun sgt memuaskan hati.
Highly recommended to those whom loved horror and thriller. Anda akan berpuas hati!!
Plot cantik, tersusun, senang nak follow. Cuma ada beberapa scene penampakan yang rasa macam berulang sikit. And ending bahagian Tokkai macam eh, dah habis? Rasa tak puas sebab macam terlalu mudah selesai. Nak lagi sebenarnya. Belum puas baca.
Tapi overall memang best! Ada seram, ada emosi, ada nasihat tentang agama, ada pengajaran pasal keluarga dan persahabatan.
Kesimpulannya, tolong laa baca. Rugi kalau tak baca!
Puja. Menceritakan mengenai 7 saudara yang mencari penempatan baru mereka dan apabila sudah ditemui lokasi yang sesuai, mereka diganggu oleh penunggu di situ. Untuk menjauhi gangguan itu, Waki sebagai ketua telah mengikat persetujuan dengan penunggu disitu dan pemujaan perlu dilakukan. Dari situ lah, adat pemujaan itu di teruskan oleh penduduk kampung. Salah seorang daripada mereka, Alang tidak bersetuju dengan benda yang khurafat dan syirik ini, dia berusaha memerangi pemujaan ini dari generasi ke generasi sehinggalah ke generasi Azim. Dahsyat juga cara pemujaan ni, perlukan korban 3 orang manusia, kena minum darah manusia 3 mangkuk, kena berendam dalam najis kelawar sambil baca mantera, kena sula kepala manusia di lembing. Yucks! Baca rasa mengerikan.
Buku seram mistik gangsterism terbaik setakat hari ni. Gaya penulisan, jalan cerita, emosi watak-watak yang ditebarkan, suasana penuh misteri, puaka yang digambarkan, semua terbaek bagi saya. Engaging dan penuh kepuasan bila sampai ke hujung, macam baca buku-buku siri Sunan RAM. Lawak bila bayangkan si Fairisy yang tak tahu apa-apa, educated tapi tak reti nak stand up against upacara mengarut sebelum ditabal jadi ketua kampung. Dungu to the D. Manusia macam ni pun ada. Seram gila bila bayangkan apa jadi kepada Khairul di hari-hari terakhir hidupnya. "Kalau kau apa-apakan mak dan adik aku, aku akan hancurkan batu puaka tu. Aku bersumpah, batu puaka kau tu akan rata seperti padang!" ~Jimmy yang saya respect kerana dia seorang yang luhur budi walaupun gangster.
Hebat plot diatur penulis. Semuanya make sense kecuali kes betrayal Lokkai-Manjoy-Tang, yang itu saya rasa tetiba sangat. Tapi iyalah, dah tahu ada pengkhianat bila Pakkai mati ditembak polis dan jewelery rompakan tetiba hilang. Cuma tak sangka si dia yang punya kerja. Aisya-Jimmy pun tak berakhir dengan sweet love happy ending, cuma yang ini meningkatkan lagi respect saya terhadap watak Jimmy. Sebelum ni buku MK yang saya pernah baca ialah Suara Tengah Malam, yang berbanding Puja, tak seram langsung.
PUJA • Saya nak jual RM15. Maria Kajiwa Novelis Suara Tengah Malam. Seram tak? Korang yang decide.
Sangat suka novel ini. I believe it's the best by Maria Kajiwa. Jalan cerita dia penuh dengan suspense. Buat kita bertanya-tanya tentang apa yang bakal terjadi. Tahniah, Maria Kajiwa kerana dapat tulis cerita yang begitu best.
Meh nak citer.. Novel Puja oleh Maria Kajiwa ini memang best.. Memang ohsem.. Terbayang-bayang lagi tubuh tanpa kepala.. Orang tua muka berulat-ulat.. Mujurlah baca waktu siang.. Itupun terbawa-bawa dalam ingatan.. Keseraman yang luar biasa.. Walaupun novelnya x tebal tapi rasa apabila membaca membuatkan seolah-olah membaca novel yang sangat tebal.. Novel yang sangat mengikat.. Menceritakan mengenai pemujaan yang dilakukan secara berterusan.. Melakukan sesuatu yang syirik, memang mengundang malapetaka..
Bila kau dah start membaca, elok kau sudahkan baru terasa keseraman berganda.. Bermula dari perkataan pertama hingga perkataan terakhir.. Emosi kau pasti bertukar menjadi rollercoaster... Berdebar-debar.. Penuh rasa ingin tahu.. Keterujaan yang sangat berganda..
X percaya??? Silalah baca.. Tapi peringatan lah ye.. Kuatkan semangat tau... Wakakakakaka.. (Gelak jahat nie)..
Setiap kali bertukar ketua, pasti ada yang hilang. Jimmy balik kampung, konon nak cari tenang, tapi yang datang? Hantu tanpa kepala, gangguan maghrib, rahsia keluarga & dunia persilatan lama. 🤯
Cerita ni campur seram, gore, aksi & emosi. Part kepala kena penggal tu... memang 🤮. Tapi yang buat aku sebak – mak Jimmy. Dia tak marah suami dia walaupun patut. Dia enggan anak-anak: mengulang kesilapan suaminya..
Baca buku ni kalau kau suka: ✔️ Seram yang bukan hantu semata ✔️ Aksi & perebutan kuasa ✔️ Kisah keluarga yang twisted tapi menyentuh hati
Tak semua warisan patut diteruskan. Ada yang patut ditamatkan. Merungkai Misteri kematian bapa Jimmy. Puja buat kau fikir, bukan sekadar takut.
Ini merupakan novel kedua dari penulis yang aku baca selepas Lengloi. Novel ini mengisahkan tentang amalan pemujaan yang berlaku di kg Silak dan bagaimana Jimmy berusaha menentang amalan tersebut setelah ibu dan adik-adiknya dipilih sebagai korban kepada puaka batu Silak. Bagi aku,novel ini amat menarik dan tidaklah terlalu menyeramkan. Tahap keseraman bagi aku 4/10.. huhuhu.. novel ni jugak ada unsur aksi dan saspens. Almaklumlah Jimmy tu seorang gangster.. gangster melawan puaka.. macam x real tapi berjaya digarap dengan sempurna oleh penulis...
Jalan cerita okay lah. Senang hadam. Karekter tak complicated - suasana kampung.
Blablablablabla. Tapi ending si manjoy tu macam watepak? Susah2 kau cari jimmy kt kampung, sanggup kena tembak sedangkan awal lagi dah berpaling tadah?
Kejadahnya.
Ending boleh sempurna bila ketepikan soal manjoy, tang and the geng. Bila karekter tu wujud masa pembaca rs cemas dlm menghayati jimmy sdg berusaha buang lembing tu, sgt2 spoil suasananya. Plot twist penulis boleh diperbaiki lagi.
Overall.. 80/100
This entire review has been hidden because of spoilers.
suka cerita ni dan lebih menarik dr karya sblm ni, suara tgh malam. puja- gabungan seram dan aksi menghidupkan Jalan cerita. jalan cerita pun tak terlalu pantas dan tak juga perlahan. pendek kata, tak boring.
Ini kali pertama membaca novel hasil penulis Maria Kajiwa. Terasa dekat dan masuk ke dalam jiwa kerana masih berlaku dalam realiti . Bagaimana ada sebahagian dari kita yang masih bergantung kepada sesuatu... Seharusnya kepada Allah saja tempat kita bergantung dan memohon perrtolongan.
Good book really!! Made me change my view on all the other "buku prima" novel. Dulu, kalau tengok novel-novel "buku prima", mesti rasa entah apa-apa la novel noh, bajet nak ikut mainstream sangat. But now it all had changed thanks to PUJA.~~
"Kalau dia terus x sedar lg mcm ni, tgklah nanti. Dia akan jd manusia yg x berguna. Tak usahkan nk menolong kita nanti, menyusahkan kita adalah. Silap² jd penagih dadah mcm budak² kat kg ni. Habis shj sekolah terus msk hutan cari dadah". 😭😭😭😭 Sy nangis masa Pak Manap ckp mcm ni kat Jimmy. Sbb sy pernah dgr exact word kwn sekolah sy, arwah ayah dia ckp mcm tu dkt adik dia. Tp alhamdulillah adik dia berjaya menjadi org tp tidak Jimmy.
Jimmy membawa diri dari Kampung Silak Tua selama 15 tahun dan menjadi pembunuh (gangster) di KL. Sampailah Jimmy terserempak Kak Misah & Kak Misah bgtau Jimmy, ayahnya Pak Manap dah meninggal dunia. Haaaa dkt sinilah bermulanya kisah seram bila Jimmy kembali ke kampung.
Kampung Silak Tua ni dibuka oleh 7 bersaudara, Waki, Alang, Garang, Abi, Hitam, Ubi dan Sia selepas mereka lari dari Samatrah. So masa nk buka kg ni, Waki telah berjanji dgn syaitan utk mengikut ke semua hajat²nya termasuklah membunuh 3 org, tengkorak yg dibunuh tu, dicucuk di lembing dan dipuja dan darahnya perlu diminum oleh org yg memuja tu. Eiii, nk termuntah bila terbayang 😵💫😵💫.
Yg paling sedih, Waki sanggup membunuh Garang dan 2 anak² dia. 😭😭😭 Kejam betul pastu boleh diam jeee bila semua org ke hulu ke hilir cari Garang yg hilang. Dan ini menjadi adat tradisi utk susur galur 7 saudara ni di Kampung Silak Tua kecuali keturunan Alang. Jadinya, bila ketua kg meninggal dunia, dorg kena lantik ketua yg baru dan start ritual memuja tu. Sementara nk tunggu ke pelantikan ketua tu, mcm² perkara ghaib yg berlaku di Kampung Silak Tua.
Jadinya pada zaman moden, bila ketua kg meninggal dunia, dorg kena lantik ketua yg baru dan start ritual memuja tu. Sementara nk tunggu ke pelantikan ketua tu, mcm² perkara ghaib yg berlaku di Kampung Silak Tua. Paling geramnyaaa, syaitan tu dia akan pilih 3 org ahli keluarga yg wajib dibunuh utk gunakan tengkorak mereka utk start puja ni. Dasar 😈 😈!Haaa nk tahu siapa yg kena pilih sila baca🤣🤣🤣 Sy x nk geram sorg².
Khairul ni agak bodoh sedikit ea, boleh dia tawarkan darah dia utk jd makanan syaitan tu semata-mata nk jd kuat. PADAN MUKA semua org lari dari ko! Ish, emosi pula baca.
Ni kali kedua bila sy baca karya Maria Kajiwa sy terkena gangguan sedikit😅😅. Seriousss seram gila tiba² tengah baca dgr benda berlari atas bumbung rumah dan nmpk kelibat masa pergi tandas😭😭 Pengajaran jangan baca cerita seram bila pi bercuti atau tmpt baru kecuali mmg seorang yg berani🤣🤣🤣 PADAN MUKA! X pasal² tidur berselubung selimut.
Tapi tu laaa sy suka baca cerita seram sbb hidup perlu warna warni (mcm x da kaitan kan) 🤭😅🤣. Sbb tu lmbt share review sbb kita demam🤣🤣🤣🤣🤣. Sgt recommended sbb mcm² emosi, nilai² pengajaran yg dpt, mana tahu tiba² dpt sergahan kecil dari ........🤭🤭🤭
"Semua ini satu kesilapan. Tapi saya bersumpah, cucu cicit saya pun takkan tunduk kepada iblis itu. Biar tidak berkuasa, biar tidak berharta, namun taat saya tetap pada Tuhan Yang Satu." . "Alang tidak akan mampu mengalahkan dia." . "Sekali dua mungkin saya tewas. Tapi saya percaya ada keturunan saya yang akan dapat menewaskannya. Kalau bukan sekarang, esok lusa, Kalau bukan setahun, mungkin seabad jua. Lawan tetap saya lawan." .
My goodness! Selepas 10 tahun, buku ni masih sedap dibaca. .
Ni genre mistik sebab related with saka and puaka. Seram tu takde la sangat. Aku yang penakut ni pun boleh baca dengan tenang. .
Ceritanya, 400 tahun dahulu, 7 orang sahabat telah melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk mulakan hidup baru. Tetapi waktu nak bersihkan tapak tu, ada gangguan yang muncul. Tapi berjaya ditenangkan dan mereka hidup dengan tenang. Tapi, selepas itu, seorang daripada mereka, dan 2 anaknya telah hilang tiba-tiba. Dan, sejak itu, Puja ini bermula. .
Di waktu sekarang, Jimmy, seorang gengster telah balik ke kampungnya selepas dia mendapat tahu ayahnya telah mati. Itupun dia balik dengan perasaan benci terhadap ayahnya sebab dulu, Jimmy lari dari rumah akibat sering dimarahi oleh ayahnya. Tapi, itulah, marah tanda sayang. .
Jimmy balik ke kampung, dengan harapan sekadar balik sekejap saja. Tapi, tanpa disangka, dialah harapan untuk memusnahkan kisah puja 400 tahun dahulu yang setiap zaman, diperjuangkan, namun tidak berjaya. .
Bagaimanakah Jimmy, seorang yang sudah lama terpesong dengan ajaran Islam, untuk membantu keturunannya membebaskan tanah mereka daripada sumpahan bertahun lamanya? Dan sekaligus menyelamatkan nyawa ibu dan 2 adiknya yang bakal dikorbankan puaka tersebut? Dan menentang Khairul, waris keturunan yang masih berpegang teguh pada amalan puaka? .
Buku ni best ya guys. Sebab aku ni cuak gila. Rasa yakin tak yakin je Jimmy ni mampu. Sebab dia dahlah dah lama tak solat semua tu. Kesimpulannya, aku duk hadap adrenaline rush sepanjang baca buku ni. .
Awal-awal baca, rasa blur la sikit sebab tetiba watak ramai gila. Tapi lepas tu, best weh! .
Oh ya, comel je Jimmy dengan Aisya, walaupun di akhir cerita, kisah dorang tu open ending je la. Nak cakap yang genre mistik pun, bunga-bunga cinta tu ada.
Saya tak boleh nak bandingkan PUJA dgn buku-buku seram yang lain dari segi genre seram itu sendiri kerana buku seram yg saya pernah baca hanyalah 3. Tetapi saya boleh bandingkan dari segi penceritaan & gaya bahasa.
Jujur, penulis & buku yang ditulis pada sedekad dua yang lalu sangat berbeza dari segala sudut. Bahkan nama-nama penulis juga indah disebut. Seperti MARIA KAJIWA. Sedap bunyinya.
PUJA membawa kisah seram, kekeluargaan, persahabatan & keagamaan. Tidak semata-mata untuk menakutkan pembaca. Turut juga memberi pengajaran & peringatan kepada pembaca tentang amalan khurafat yg hanya memberi padah di kemudian hari. Nikmatnya hanya seketika, balasan selamanya. Walaupun plotnya melompat dari satu garis masa ke garis masa lain secara rawak & dari satu babak ke babak lain, saya tidak keliru.
Penceritaan PUJA ini sangat terperinci & padat kosa kata. Bahasanya mudah difahami, tidaklah sastera, namun bila kita baca rasa “penuh”. Kita tahu buku itu ditulis bukan hanya sekadar untuk menulis & menjual tetapi ikhlas untuk berkarya. Ada jiwanya.
Dari segi emosi, saya dapat memahami perasaan Azim yg merajuk 15 tahun lamanya; Mak Jiha yg merindui anaknya; Bahiyah & Johan yg hidup serba kekurangan; kekesalan Pak Manap salah cara mendidik anak; kemarahan Pak Salleh terhadap mereka yg syirik; orang kampung yg tertekan dengan gangguan puaka tersebut; ketakutan Zaid menyaksikan perlakuan Khairul & pelbagai lagi.
Namun, kekurangannya pasti ada. Apabila kebanyakan peristiwa sama yg terjadi diceritakan kepada 3, 4 orang watak, saya rasa terlalu “repetitive” & akhirnya plot menjadi “draggy”. Babak penting terasa lambat datang, momentum menurun. Sudahnya impak klimaks itu kurang dirasai. Tambahan pula, terlalu ramai watak yg terlibat membuatkan saya sedikit terganggu untuk mengingati siapa dia & perkaitan dengan fokus utama cerita (7 saudara, 7 keturunan). Jika buku ini dikurangkan ke 350-400 m/s, sy pasti beri 5*.
Akhir sekali, PUJA membuatkan saya muhasabah diri dari sudut rohani, terutamanya dalam menekankan “setiap perkara berlaku ada hikmahnya”, “tidak terjadi sesuatu perkara itu secara sia-sia”, “tetaplah beriman kepada Allah SWT kerana DIA pemilik segalanya, bukan BATU SILAK TUA”.