Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Tukang Jahit & Encik Rebutan

Rate this book
“Untungnya aku, dalam ramai-ramai, dia pilih aku — padahal dia tu Encik Rebutan!”

Nama aku Intan Zahra. Anak tunggal kesayangan mak. Aku dilahirkan selepas hampir enam tahun usia perkahwinan mak dengan ayah. Namun berita gembira itu dibalas dengan berita yang menyedihkan. Isteri kedua ayah turut melahirkan anak. Namanya Qistina. Seluruh tumpuan diberikan kepada Qistina. Ayah langsung tak pandang aku.

Tahun demi tahun, aku sudah dewasa dan bergelar wanita. Aku fikirkan, ujian emak sudah berakhir tapi ternyata tidak. Aku pula putus tunang dengan Aryan. Aku lebih risaukan emak. Mesti dia sedih.

“Relakslah, mak. Baru putus tunang. Belum putus kepala.”

Kononnya aku hendak pujuk emak. Tapi bila tahu Aryan bernikah dengan Janna, terus aku naik angin. Janna, adik tiri aku merangkap adik Qistina! Terus aku teringat yang Aryan ada hutang aku tujuh ribu ringgit. Tak bayar, siaplah!
Satu hari, ada seorang doktor kacak buka klinik di sebelah kedai jahit emak. Entah kenapa dia macam berminat nak kawan dengan aku. Doktor Zuhri namanya.

“Hai, sayang.”

Mak, tolong mak! Ada orang panggil anak mak sayang! Bahagianya.

Tapi aku musykil, kenapa dalam ramai-ramai wanita di luar sana, Doktor Zuhri sukakan aku? Apa ada pada aku ni? Masak pun jarang-jarang.

“Saya pun terlupa nak beritahu doktor. Saya memang tak berapa pandai memasak.”

“Saya cari isteri, bukan saya cari tukang masak.”

Lagilah aku terasa bagai dunia aku yang punya. Memang lelaki idaman Malaya. Tapi tak lama selepas tu, aku dapat amaran yang keras daripada Qistina, adik tiri aku tu.

“Kau sengaja goda Abang Zuhri sebab kau tahu dia bakal tunang aku. Kau kena tinggalkan juga Abang Zuhri. Kalau tidak, aku akan bunuh diri!”

Ah, sudah, ugut bunuh diri pula. Kenapalah keturunan perampas ini selalu buat masalah dengan bakal jodoh aku? Patut aku biar atau mengalah saja? Tambahan pula bila ayah masuk campur minta aku tinggalkan Doktor Zuhri yang sudah mula curi hati aku…

345 pages, Paperback

Published July 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Airisz

10 books131 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (20%)
4 stars
17 (29%)
3 stars
19 (32%)
2 stars
6 (10%)
1 star
4 (6%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,420 reviews258 followers
June 18, 2025
Setiap tahun F tunggu karya Airisz. Karya Airisz ni more untuk rakyat² marhaen. Kadang² penulisan penulis seperti Nueen.

Heroin yang strong, suka melawan. Karya Airisz mesti ada watak mulut puaka dan hasad dengki. Similiarity tu ada pada karya² Nueen.

Readers lain kata tak sama orangnya. Berbeza atau sama F tetap suka karya sebegini.

Kali ni karya ni tak focus pada watak Zuhri dan Intan semata². More kisah keluarga ayah Intan dan isteri ke2.
Profile Image for Pink.
242 reviews25 followers
July 2, 2025
Best tapi manjang gaduh je. Kurangnya cerita pasal hero heroin. Rasa macam si doktor ni watak sampingan lak.
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews23 followers
June 2, 2025
Buah tangan penulis memang saya nanti²kan bila pbkl. Sangat limited. Setahun sekali. Dan yeahh penulisan Airisz memang tak lari dari Nueen. Namun walau orangnya berlainan ataupun sama, saya tetap suka. Cerita yang dekat di hati masyarakat.

Kali ini persoalan cerita agak rumit. Semuanya berkaitan penyondol. Dah menyondol sang ayah, anaknya si Janna pula menyondol tunang si Intan. Walau sedih, Intan tetap lepaskan sebab dia sendiri tak tahan dengan perangai Aryan. Tak lama lepas tu anak penyondol lagi satu nama Qistina pun sibuk nak menyondol Zuhri, bakal suami Intan. Aduhh

Hidup mak tiri Intan ni memang tak tenang agaknya. Biasalah dah buat salah. Dah jadi b**i haruslah hidup tak keruan. Ada je benda yang dia tak puas hati. Semua kesakitan yang anak² dia dapat pasti dia nak kaitkan dengan Intan sampai beria pulak paksa Intan mengalah dan menarik diri untuk berkahwin dengan Zuhri.

Sang ayah pun satu. Poligami. Tapi sikit pun tak ada keadilan. Bukan je dengan isteri. Dengan Intan anaknya sendiri pun dia tak pernah ambil peduli. Itu belum lagi segala nafkah. Memang tak lah dia memberi. Namun kifarah tu tetap ada kan. Bila dia sudah lumpuh dan sakit, isteri baru dan anak²nya sikit pun tak mahu menjaga. Sudahnya dia terdampar la kat rumah ibunya yang telah tua itu.

Biarlah orang nak cakap Intan itu anak derhaka sekalipun. Bagi saya itu tindakan Intan yang sewajarnya. Jangan ingat derhaka itu hanya ada pada anak. Ibu bapa juga ada yang derhaka dengan anak. Itulah contoh ayah si Intan tu la. Dah pengakhiran usia baru dia sedar betapa teruknya perangai isteri muda dia tu. Padan muka.

Penulis sebenarnya tidaklah terlalu fokus pada kisah cinta Intan dan Zuhri. Fokus cerita ini more to pada konflik di antara Intan dan juga keluarga baru ayahnya. Ada sahaja benda bodoh yang dibuat oleh mereka. Nasib lah Intan itu cool dan pandai melawan. Tidaklah asyik dipijak kepala. Yang best part untuk scene bertekak memang Zuhri pass pada Intan untuk setelkan😂😂😂

Endingnya saya rasa puas. Masing² sedar dan insaf. Itulah. Bila kita telah jatuh teruk, masa itulah kita pandai muhasabah diri. Kalau tidak tu sombong nak mampus. Berlagak pun ya. Apa yang pasti hidup ini janganlah sibuk nak menumpang kesenangan orang. Carilah rezeki sendiri. Biar masa kita jatuh miskin kita tahu macam mana mahu meneruskan hidup.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
June 9, 2025
Finished reading within 3 hours... aura Airisz punya pasal. Havent been reading for quite some time tapi disebabkan buku Airisz, laju je reading.

Typical Airisz book. Santai n stress free. Bukan buku Airisz kalau takde heroin mulut puaka n manusia pendengki tahap gaban la kan.

Cuma kali ni i see that emphesization is on the dialogues n the dialogues are actually quite redundant. I understand that the 3 manusia tu are d**n stupid tapi tu lah... cam simpankan lah sikit stupidity dia. Kesian lak bila pikirkan kestupidan diorang ni...

Moral of the story:
Hidup ni kena banyak bersabar
Hidup ni toksah bertunggangkan RM
Hidup ni toksah menongkat langit
Hidup ni bodoh simpan2... Jgn tunjuk sangat. malu tgk dek orang...
Hidup ni keras... Jadi kita pun kenek keras. Betul... kita jangan buat orang. Tapi kalau semedanggg orang buat kita.. Eh, kita manusia kot. Ada jugak level2 kesabaran kannn...
Lagi satu, iman tak boleh diwarisi tapi apparently stupidity BOLEH

okeh sekian my review for now. Lama dah tak mereview, I miss it!
Profile Image for SS.
580 reviews12 followers
June 10, 2025
Saya pilih buku terbaharu Airisz untuk baca sebab lama penulis tak keluarkan buku. So saya teruja. Saya perasan buku kalini agak nipis compare dengan buku beliau yang lain. But itsokey. Bukan itu yang saya nak highlight.

Ditinggalkan ayah ketika usia masih mentah & ibunya diceraikan hanya disebabkan orang kedua. Intan tahu. Dia & ibunya kena melangkah kehadapan tanpa melihat ke dibelakang lagi. Saya kagum dengan semangat mereka. Malah siap ada kedai jahit sendiri & katanya kalau nak beli kereta mewah pun mampu hshs. Tapi humble je dieorang. Hidup pun secara sederhana. Macam pandai cari duit la senang cerita and tak harap satu sen pun dari sesiapa.

Karakter Intan agak lantang bersuara. Saya rasa mungkin sebab dia anak yang dibuang ayah sejak kecil. Jadi dia nak taknak kena juga menjadi seorang gadis yang berani mempertahankan perkara yang tidak betul dan tidak biarkan diri sewenang-wenangnya ditindas. Perangai keluarga tiri Intan pula memang jenis tak makan saman. Dan ayahnya juga sama naik. ☝🏻 Orang macamni takda ubat selain kena ajar cukup-cukup.

Saya suka je bila Intan melawan mak & adik tiri dia.
Dia tak tapis. Dia terus bidas. Sampai kadang nampak keluarga tiri dia terdiam terus tak tahu nak balas apa hshs. Padan muka. Mak Intan natural. Dia kalau nampak benda tak betul. Dia akan tegur & nasihat. Dia bukannya all the time nak jadi fighter. Hshs.

Dalam ni pun ada banyak je benda kita boleh point out.
Isu hutang ✔️
Dah tahu berhutang taknak bayar.

Family tiri Intan memang all the time nak cari gaduh. Tak kira masa and tempat pula tu. Konflik antara dieorang ni memang memonopoli keseluruhan jalan cerita.

౨ৎ Zuhri pula-- entahlah saya rasa watak dia macam tak beremosi sangat. Sorry 🙏🏻 Cuma yang saya tahu dia seorang yang ada pendirian tetap dan tegas. Perempuan (obviously Qistina) yang dia tak berminat. Memang dia cakap tak minat. Dan always ada di side Intan.

౨ৎ Saya rasa ada banyak pengulangan dialog dalam buku ni. Balik-balik benda yang sama diperkatakan. Malah, kalau dilihat. Mereka gaduhkan benda yang sama. Everytime gaduh secara face to face atau call. Itu je la topiknya. Tak pasal Dr Zuhri, kahwin, Qistina & bunuh diri dll.

౨ৎ Plus, macam tak berkembang sangat dari segi latar tempat.
౨ৎ Hal sensitif seperti bunuh diri acapkali dipetik.

౨ৎ Dan saya tak boleh rasa chemistry antara watak hero dan heroin. sho kering. I dun know how to explain this term. Tapi faham tak. Maybe sebab fokus utama penulis sepenuhnya nak menceritakan pasal masalah keluarga Intan. So scene cinta Intan-Zuhri memang tak banyak and feel butterfly tu auto tak sampai.
Profile Image for Cutie_pie28.
570 reviews12 followers
May 28, 2025
Cerita ttg keluarga nie mmg sy suka.. and plus FL yg berani dan lantang bersuara.. Intan dan mak die tggl berdua and dorg buka kedai jahit.. mak die bercerai ngn ayh die masa umur 10thun.. sbb di desak oleh bini kedua.. ngn bini kedua ade 2org ank perempuan..

Hidup mereka baik shj tanpa gangguan..Intan pernah bertunang.. tp tk lama putus tunang.. dan Aryan tu kahwin ngn adik bongsu die- Janna.. die terima berita tu dgn tenang.. sket pun tk meroyan sbb die tau lelaki tu jenis mcm mane..

Hidup die kembali tk tenang setelah ade seorang doktor buka klinik di sebelah kedai jahit.. nnt lama² dorg rapat..
rupa² nye Zuhri sepupu ngn Qistina(adik Intan).. haa ape lgi.. mmg meroyan laa Qistina bile dpt tau Zuhri rapat ngn Intan..

Setiap watak yg jahat ade balasan nyaa.. mmg puas hati.. tp cume tk puas scene Intan dan Zuhri yg sweet² mcm tk byk..
Profile Image for Mohd Ashmunir.
214 reviews3 followers
November 28, 2025
My personal rating… I gave it 5* sbb jln cerita yg sgt laju dan x bosan… and paling penting… watak utama dia, Intan nie x lembik… dia berani lawan… nie baru best sbb sya klau watak heroin lembik sya jd mcm… tlg lah jgn tulis novel yg melemahkan watak wanita… don’t make them looks so weak and being to dependent with men… in reality byk wanita luar sana kuat… apa2 pun love this story… btw rsanya yg bagi rating x tggi nie sbb x da lovey dovey sgt kot… but I’m ok…
Profile Image for nrrafitah.
118 reviews4 followers
June 23, 2025
Buku Airisz jarangla tak baca, memang dinantikan setiap masa. Tapi kisah kalini dia macam…

Aku tak boleh brain dengan perangai depa ni. sorang-sorang menyakitkan hati, geram akuuu!! Cakap jenis takdak common sense🤬 Mak tiri,adik, kak tiri semua species beban!!
Kisah Intan dengan Zuhri agak flat, buku ni memang lebih fokus kepada masalah mereka berbanding kisah Intan dan Zuhri. Yang paling best Intan yang kaki melawan balik, strong and savage! Overall okayla, habuan nak bebai boleh layan 😂
Profile Image for Diniy Qistina.
245 reviews7 followers
December 22, 2025
Setelah 4 tahun penantian, akhirnya penulis Airisz kembali dengan buah tangan baru. Walaupun excited sangat tunggu, tapi rasa sayang jugak nak baca. Sebab bila dah habis baca novel ni, ia bermakna tak ada dah novel Airisz yang saya belum baca lagi. Entah berapa tahun lagi perlu tunggu karya seterusnya. 🥺
Tapi akhirnya tetaplah kena baca jugak. Tak baca kita tak tahu. 🙈

Jujur kata, saya masih berpegang dengan pendapat saya sebelum ni iaitu penulis Marissa dan Airisz adalah orang yang sama. Gaya penulisan mereka serupa dan gaya blurb mereka pun sama. (Tahu ramai yang kata Airisz dan Nueen ni macam orang yang sama tapi saya tak dapat nak setuju sebab saya tak pernah lagi baca mana-mana karya Nueen. 😬)

Tambahan pulak gaya penceritaan novel ni sama dengan novel latest Marissa. Masih menggunakan POV 1 tapi ceritanya lebih memfokuskan tentang heroin dan keluarganya. Interaksi antara heroin dengan hero tak berapa nak ada sangat. Hero tu sudah serupa watak sampingan dah. 😅

Dari tajuk novel ni kita sudah tahu yang heroinnya, Intan Zahra merupakan seorang tukang jahit. Hero tu atau Doktor Zuhri jadi Encik Rebutan sebab menjadi rebutan Intan dan adiknya, Qistina. Intan ni ada 2 adik perempuan yang sama ayah tapi lain mak. Diorang memang seteru sejak azali lagi. Dari awal cerita sampai habis cerita memang bingit dengan jeritan mak tirinya (Mahani), Qistina dan Janna je. Allahu! Bertekak je manjang. 🥲✋🏼

Setelah mak tiri sondol ayahnya dari maknya sampai mereka bercerai, mak tiri dan anak-anaknya tak habis nak ganggu kehidupan Intan dan maknya. Ayahnya pun sama naik je sebab dia tak pernah anggap Intan sebagai anak kandungnya sejak lahir. Memang ayahnya sayang habis lah kat anak-anak isteri keduanya lagi-lagi dengan Qistina. Perwatakan Intan ni pulak boleh saya katakan sebagai realistik. Tak baik mana sampai orang boleh sesuka hati pijak. Tapi tak adalah jahat sampai tak berhati perut. Satu peluru anak beranak tu bagi, sepuluh peluru dia balas balik. Memang dia pantang diusik lagi-lagi jika melibatkan maknya. 😌🤌🏼

Untuk Doktor Zuhri tu tak tahu nak cakap apa sebab walaupun dia tu male lead tapi dia serupa side character je. Tak boleh nak puji tapi tak boleh nak marah dengan kewujudannya. 🥹
Profile Image for Booku Puspita.
71 reviews1 follower
January 19, 2026
Rasanya penulis yang berjaya buat kita nak baca semua buku dia ialah Airisz. Setakat ni, beberapa karya Airisz yang kita baca memang semua best dan ya, tajuk pun memang tak lari dari identiti “Cik-Encik”. Itu dah jadi trademark dia, hehe.

Cerita kali ni lain sikit dari karya Airisz yang lain. Lebih fokus pada kisah Intan & keluarga baru ayah dia (aka penyondol). Serius, dari awal sampai habis memang buat naik hantu 😤

Watak Intan dalam ni? LURVEEEE 🫶 Dia jenis melawan, tak bodoh & sabar dengan orang yang cari pasal. Lama dah tak jumpa karakter perempuan yang buat kita rasa puas macam ni. Memang padan muka ayah, mak tiri & adik-beradik tiri dia.

Mak tiri & adik-beradik tiri Intan ni memang spesies buat darah naik. Hari-hari ada je akal nak kacau Intan & mak dia. Tapi Intan bukan jenis telan bulat-bulat dia lawan balik. Biasalah… yang menyondol, melahirkan generasi penyondol juga 🙃 Mak tiri sondol ayah, adik tiri pulak sondol pasangan Intan. Tapi puas hati gila dengan balasan yang diorang dapat.

Doktor Zuhri pula walaupun tak terlalu di-highlight, tapi dia memang support system terbaik untuk Intan. Dia faham situasi & emosi Intan. Intan nak melawan family sana? Silakan. Nak tolong pun? Terpulang. Sebab yang rasa sakit tu Intan, bukan orang lain.

Kesimpulannya, keluarga baru ayah Intan ni memang… bopeep dalam semua hal. Kita suka ayat ni… ‘Jangan ingat derhaka itu pada anak. Ibu bapa pun ada derhaka pada anak.’

Jangan asyik salahkan anak je bila dia tak ikut apa yang kita nak. Kadang-kadang, luka tu datang dari orang yang sepatutnya lindungi kita.
Profile Image for Kalel A.
48 reviews
February 19, 2026
⭐️⭐️⭐️⭐️ (4/5)
😌✨ Straightforward, satisfying, and low-key stress-relieving

I enjoyed this book so much, mainly because of Intan (FL). She works as a tailor, and her personality? Chef’s kiss. Straightforward, sarcastic, strong, and very good at arguing — every comeback she throws is so satisfying to read. Honestly, reading her scenes felt like releasing bottled-up stress 😌✨

Zuhri (ML) is a doctor who just moved next to Intan’s tailor shop. He’s kind, calm, and steady, but also has a strong personality that balances Intan really well. What I liked is how natural their relationship feels — no dragging, no overthinking. They get together in a very “go with the flow” way, which suits both of them perfectly.

The story itself is simple and straightforward. It’s not heavily focused on romance, but more on family drama and real-life conflicts. There are a lot of arguments — and surprisingly, they’re all very satisfying. If you’re looking for a book to let out some stress and enjoy sharp dialogues, this one delivers 💬✨

That said, I did wish there were more Intan–Zuhri moments. Their scenes together are quite limited — not enough for my heart 😭💗 — but whenever they do appear together, it’s cute, soft, and totally blush-worthy. Their relationship feels mature, healthy, and grounded, which made it even more enjoyable.

Overall, this is a refreshing, no-nonsense read filled with strong characters, satisfying arguments, and meaningful lessons. Simple, realistic, and quietly comforting — with just enough romance to make you smile 💕📖
1 review
June 8, 2025
Bagi saya, cerita ini menarik untuk dibaca. Satu bacaan santai bertemakan kekeluargaan. Walaupun bertemakan konflik keluarga, tapi penulis menggunakan unsur humour. Sesuai untuk sesiapa yang mencari bacaan santai tanpa melibatkan emosi yang berat.

Cuma, tajuk novel ini tidak menggambarkan kisah di dalamnya. Saya mengharapkan cerita ini berkenaan kisah cinta cik tukang dan encik rebutan tetapi cerita ini lebih menceritakan tentang masalah cik tukang jahit bersama keluarganya.

90% cerita adalah cik tukang jahit dan keluarga tirinya. Hanya 10% kisah antara cik tukang jahit dan encik rebutan. Encik Rebutan seolah-olah hanya sekadar watak sampingan dalam novel ini.

Agak kecewa kerana saya sangat meminati karya-karya Cik Airisz. Novel-novel lain masih ada isu kekeluargaan tetapi kisah antara hero heroin masih point utama. Tetapi tidak novel ini

Cerita ini menarik untuk dibaca. Saya menyukainya cuma sahaja jalan ceritanya tidak seperti yang digambarkan melalui tajuk dan sinopsisnya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 21 books112 followers
June 13, 2025
penyampaian penulis ini santai walaupun kalau nak diikutkan intipati ceritanya agak berat juga. suka dengan watak intan. anak dari penceraian ibu bapa yang tak hanyut, tambah ada seorang mak yang sangat bertanggungjawab.

kisah mak tiri dan adik-adiknya itu memang jadi rencah yang sedapkan jalan cerita. apa saja milik intan, memang janna dan qistina mahu terutama lelaki. lelaki ramai dalam dunia ni, tak perlu berebut. akan ada jodohnya juga nanti. bagus intan!

part ayah intan. hmmm... sedih juga. sebab awalnya asyik ikut telunjuk mak tiri intan tapi akhirnya, luar jangka.

bagusnya sebab intan dan emaknya bukan jenis cemburu, bukan jenis berdendam dan sangat baik. kadang-kadang aje intan tu membalas. itu pun sebab dia rasa dia perlu terangkan hal sebenar tambah lagi kalau ada yang 'usik' emak dia.

kisah doktor zuhri tak lebih dari seorang lelaki yang menjadi rebutan. lebih kurang tak ada apa sangat watak ni. wow tak ada tapi bolehla kata nak bagi sedap cerita. kalau tak, mana ada watak lelaki lain yang qistina, anak mak tiri intan tu rebutkan, kan? sikit-sikit nak bunuh diri. lawak sungguh.

overall, menarik dan sedap dibaca.
Profile Image for Syukri.
190 reviews10 followers
July 23, 2025
3.5

Kisah Intan Zahra yang penuh dengan dugaan oleh keluarga tirinya. Intan merupakan anak tunggal kesayangan mak, dilahirkan selepas hampir enam tahun usia perkahwinan mak dengan ayahnya. Namun berita gembira itu dibalas dengan berita yang menyedihkan. Isteri kedua ayahnya turut melahirkan anak,Qistina. Ayahnya langsung tak ambil berat dan seluruh tumpuan diberikan kepada Qistina.

Premis cerita walaupun ditindas oleh keluarga sendiri tapi Intan sangat kental, strong woman character. Bukan mental je tapi mulut pun kental. Seronok baca karakter jenis yang melawan balik apa orang buat kat dia.

Dan jalan cerita pun tak macam biasa yang hero kena goda dengan perempuan lain tapi ni tak, Zuhri pun tak suka dengan perangai Qistina

Cuma dari awal sampai dah nak habis novel asyik bertekak je so agak macam berulang sikit walaupun benda yang digaduhkan tu benda lain
Profile Image for Kern.
46 reviews5 followers
June 2, 2026
Ini novel pertama Airisz yang aku baca. Novel beliau yang lain nampak macam ramai peminatnya, mungkin aku tersilap pilih buku untuk mula kenal penulisan beliau. Cover buku ni menarik, warna dia pun cantik. Tajuknya cik Tukang Jahit dan Encik Rebutan. Aku sangka si lelaki tu ramai peminat tapi sebenarnya sorang aje yang merebut dia dari FL.

Mostly novel ni cuma ada pergaduhan Intan (FL) dengan mak tiri dan adiknya (seayah lain ibu). Mulanya tunang dia dirampas Janna. Kemudiannya Dr. Zuhri pula direbut Qistina.

Intan ni agak lantang bersuara dan tak takut nak bergaduh kalau dia tak salah. Cuma itulah, bosan asyik bergaduh aje. Tak cukup bergaduh depan2, bergaduh dalam telefon pula. Ada isu yang diutarakan contohnya isu berhutang tak reti bayar dan isu ayah abaikan anak, sampai satu masa ayah sakit dan anak pun tak nak ambil tau.

Maaf, DNF.
6 reviews
May 15, 2026
The book title is soooo misleading. 98% of the story is FL fighting with half sisters & step mother, the ML is almost nonexistent and has no function throughout the whole book even though the title of the book is literally his character, so expect no romance AT ALL. There is no chemistry between FL and ML, know know he propose and said he's been in love with her for so long, and that's it, I read like 80% of the book and just don't feel like finishing the book. At this point I'm just annoyed at everyone in the book and the author for writing it this way. Might as well change the title to 'cik yang di anak tirikan', so I know not to expect a love story with the ML and at least won't be as annoyed. 2 stars because of the misleading book title.
Profile Image for Hani.
13 reviews
June 14, 2025
sorry sangat pada penulis untuk rebiu ini. beli online sebaik sahaja ada dalam sopee publisher. teruja sebab dah lama penulis tak keluarkan karya beliau yang baru. nipis, nipis sangat berbanding yang sebelum sebelum ini tapi masih bersangka baik sebab penulisan sebelum ini memang suka. semua buku beliau memang dibeli, tapi yang terbaru terasa macam plot dah lost, keterujaan tu tiada, hilang. mungkin lain pembaca lain selera tapi bagi someone yang telah baca kesemua penulisan beliau, yang terbaru ini tidak seperti yang dijangkakan. hanya sekadar pendapat peribadi.
Profile Image for Belle.
17 reviews
February 16, 2026
banyak pengajaran yang saya dapat bila baca buku ni. buku ni tak banyak sangat pasal doc zuhri, dia lebih kepada keluarga mak tiri, gaduh gaduh etc.

geram tau tak baca buku ni. keluarga belah sana tak pernah nak nampak salah sendiri dan selalu tuduh orang tanpa bukti. walaupun dah memang terang lagi bersuluh itu salah dia, takmau juga mengaku kalah. eee boleh baran tau baca hahahaha

alhamdulliah ending yang memuaskan (happy ending). so sila lah baca kalau korang suka yang ada orang ketiga, gaduh gaduh, fl yang ganas, perempuan yang tiada maruah diri etc
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
August 2, 2025
Hampir letak tepi tapi sebab mampu lagi baca, kita habiskan cuma byk sya skip. Nak tahu ending. Had high expectation for this book sbb kebanyakan reviews yg sya nmpk kata best. Awal-awal baca mcm "oh, menarik" tpi bila dah msuk tgh sikit, "hmmm, ooookayyy???" smpailah penamatnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for amani.
4 reviews
June 17, 2026
best cerita ni tak baca pasal cerita pasal male lead pon more kepada cerita female lead yg kuat & kental hadap cabaran dalam hidup dia,,bukan typical fl yg cepat mengalah dia ni kuat melawan suka baca😍😍 banyak pengajaran jugak ⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for tv_na.
9 reviews
October 27, 2025
Novel was such a let down😭 I was very excited to buy this novel and read. Tapi last last it just revolved around the female lead only, while in the cover page, the male lead is placed. Looking at the cover page u might expect the story to have a balance of male and female lead, but the story 80% revolved around the female lead and how she faced her struggles. If you’re a person who likes to read books on how to face or overcome internal conflicts/ struggles then this is ur book. But if ur reading this book expecting romance, then maybe don’t.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews