“Aku hanya mahukan seorang putera raja yang bisa membuatkan dunia ini berhenti berputar, jarum masa berhenti sesaat, jantung berhenti berdegup kemudian semuanya bergerak pantas. Dup! Dap! Dup! Dap!” Tiada siapa yang akan faham dengan impian Audra Laily ini. Semua orang menyatakan impiannya itu hanya satu angan-angan kosong. Memang Audra suka berangan, tetapi dia pasti angan-angannya itu adalah satu impian yang pasti.
Pertemuan kali pertamanya dengan Zack membuatkan Audra membenci lelaki itu. Tanpa mereka mengenali antara satu sama lain, lelaki itu sudah mula memperlekeh impiannya. “Tuan puteri sedang menunggu putera raja mana untuk datang ambil tuan puteri?”- Zack.
Itulah ayat pertama yang diucapkan Zack pada pertemuan pertama mereka. Ayat yang penuh dengan sindiran itu menyebabkan jantung Audra semakin berlari dengan laju walaupun pada hakikatnya lelaki itu hampir sahaja membuatkan dunianya berhenti berputar dan jantungnya berhenti berdegup. Pertemuan itu berakhir apabila Audra bertindak menanduk hidung Zack dengan kepalanya. Lantas terus melarikan diri. Namun, diari miliknya telah tertinggal di situ.
Melalui diari itu, Zack mula menjejaki siapa diri Audra yang sebenar. Semakin mengenali Audra, semakin hatinya tertaut. “Kenapa awak pandang saya macam tu, Cik Audra? Apa saya dah buat jantung awak berhenti berdegup? Kemudian, berdegup dengan laju. Dup! Dap! Dup! Dap!” Angan Audra untuk bertemu dengan seorang putera raja yang bisa membuatkan jantungnya, dunianya, berhenti seketika kemudian bergerak dengan pantas telah menjadi kenyataan. Sayangnya, lamaran yang dibawa oleh Zack untuk menyunting dirinya sebagai ratu hati datang daripada Syed Zikri dan bukan Zack sendiri. Kenapa saat hatinya sudah terpaut kepada Zack, hadir Syed Zikri menjadi penghalang? Namun, kenapa Syed Zikri tidak pernah berani menyuarakan isi hati sendiri, hanya menggunakan bayang Zack? Siapa Zack? Siapa Syed Zikri?
Amboi, cerita yang sangat menarik. Plotnya lain dari yang lain dan jalan ceritanya sangat lancar hinggakan sukar untuk ditinggalkan. Asyik nak menyambung bacaan aje.
Sejarah Zack sangat menyedihkan, tetapi perwatakannya tetap yang terbaik. Saya suka cara penulis menceritakan masa silam Zack tanpa perlu mendalami sejarah pahitnya, semuanya secara imbas jadi dapatlah fokus diberikan pada masa sekarang. Tahap keikhlasan dan ketekunan Zack untuk mengenali Audra sangat manis, walaupun dia perlu berbohong.
Perwatakan Audra dan cara dia pertahankan angan-angannya cukup menambat hati pembaca, lagi-lagi kerana dia seorang yang masih boleh membezakan antara alam fantasi dan realiti. Angan-angannya tidak bermakna dia tidak berjaya dalam pelajaran mahupun career.
Bak pepatah Inggeris, "Dreams do come true..." Beautifully written, thank you!!
novel ketiga penulis tapi novel keempat yg i baca. honestly emma rusdi is one of my favourite author. tapi entah kenapa cerita beliau yg ini macam kurang umphh sikit. zack, sang hero cerita ni pernah muncul kt novel terdahulu Takkan Pernah Hilang. tak seperti novel dahulu, novel kalini macam ada yg tak kena. mungkin kisah fairytale tak serasi dgn jiwa i. just my two cents~