Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tunjukkan Aku Satu Bintang

Rate this book
Terkadang Tuhan hanya menyatukan cinta, bukan untuk memiliki selamanya.

Kisah mereka bukan biasa, lebih dari luar biasa. Mereka bertemu dalam komplot pembunuhan dan penculikan yang terancang sehingga terkandas lama di pulau terpencil. Dari benci menjadi sayang, akhirnya mereka jatuh cinta dan curang dengan pasangan masing-masing.

Xander tidak sedar langsung penakluk hati lelakinya ini bukanlah malaikat yang melindungi. Cinta Xander menjadi senjata untuk Angel memusnahkannya. Setiap masa hatinya dipenuhi keinginan untuk menculik, mengugut, dan membunuh lelaki ini.

Aku tak izinkan kau bertunang atau berkahwin dengan mana-mana perempuan. Haram bagi kau mencintai orang lain! Aku akan memburu kau sampai mati! – Angel.

Namun pesona dan karakter lelaki ini bagai hujan cinta yang memadamkan api benci dan amarah dalam dada Angel. Dia sanggup berbuat apa saja untuk memiliki lelaki ini, namun segalanya berubah tiba-tiba.

Aku milik perempuan lain yang sempurna. Aku tak kenal kau! Kita tak mungkin bersama! Kau Presiden Persatuan Ultraman. Aku Ketua Persatuan Raksasa. Mustahil! – Xander.

Xander menjadi orang asing dalam sekelip mata! Apa sebenarnya yang telah berlaku? Penyiasatan Angel, seorang peguam yang bijak dan berani tidak sengaja membawa dia ke misteri yang lebih besar.

“Esok kita akan pergi dari pulau ni.”
“Pertemuan kita sampai di sini aja. Esok, sebaik kita sampai kat tanah besar, kita jadi orang asing. Kalau jumpa lepas ni, aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. Kita lupakan semua yang telah berlaku.”
“Are you sure?”
“Yes.”
“Kenapa tak minta aku bertanggungjawab?”

Paperback

First published February 1, 2021

1 person is currently reading
31 people want to read

About the author

Nass Alina Noah

21 books56 followers
Wan Nor Arsalina Wan Yunoh

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (29%)
4 stars
8 (29%)
3 stars
4 (14%)
2 stars
5 (18%)
1 star
2 (7%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 21, 2021
Ni first time aku baca novel daripada penulis otai. First aku tertarik bila tengok cover dia, sangat cantik. Second bila baca blurb, ada combination romance+action. So aku decide untuk membeli
.

Kisah bagaimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Xander atau turut digelar Firaun. Sebab apa? Sebab perangainya. Dia menjadi target bunuh oleh kekasihnya sendiri, Cherry. Tapi kenapa? Mujurla dia diselamatkan oleh Angel
.

Mereka terdampai di sebuah pulau ketika Xander cuba dibunuh oleh orang suruhan Cherry. Berminggu mereka duduk disana, dan setelah diselamatkan Angel berpesan , selepas mereka tiba di daratan anggapla mereka tidak mengenali satu sama lain. Namun malam sebelum mereka diselamatkan, satu hubungan telah tercipta di pulau
.

Cherry bengang pabila mengetahui Xander masih selamat. Angel mula merasakn yg dia sayangkan Xander setelah apa yg mereka lalui
.

Start pada sini, aku dah mula penat membaca kisah hubungan antara Xander dan Angel. Berulang flashback dan current situation. Sehingga kekadang aku lost jalan cerita ketika membaca dialog2 watak. Bagi aku terlalu meleret. Kalau penulis make it simple, it more better. Pembaca takkan hilang minat untuk mengetahui kisah Xander-Angel
.

Ia sebuah kisah yg agak menarik. Tapi bila kisah Xander-Angel terlalu panjang, aku mula penat dan start skip2. Tapi bila dah masuk part teka-teki, aksi, misteri ambik alih, aku mulai seronok untuk membacanya
.

Apapun tahniah penulis. Semoga terus maju dalam bidang penulisan
.
Profile Image for Miss Anonymous.
12 reviews2 followers
July 2, 2022
Sejujurnya, saya tak tau nak bagi 3 ke atau 4 bintang. Cerita yang a bit boring pada awalnya, tapi semakin menarik bila nak ending.

Hampir 3 minggu ya untuk saya habiskan novel ni 😩 Mungkin sebab novel tebal, jadi mood nak membaca tu entah ke mana. Cover dia sangat cantik. Tebal pulak tu. 700 ms ye.

Ada certain dialog yang saya tak faham, itu dialog siapa. Before this, faham je tu dialog siapa bila author tak cakap pun tu siapa yang tengah cakap. Tapi novel ni, agak memeningkan sikit. Dia macam... 'ni sape yang tengah cakap ni? Angel ke Xander?' Haaa.. camtu.

Pastu, ada certain part tu, ahhh mahu pecah kepala dibuatnya. Tengah syok layan scene sekarang, tetiba masuk scene 2 tahun lepas tanpa apa2 warning 😩 At least, bagilah tahu, cam... 'masih segar dalam ingatannya tentang kejadian 2 tahun lepas'. Ni tidak, tetiba je masuk, pastu letak nama lain pulak tu. Dari Xander kepada Mr Bentley. Jadi kat sini, saya ingatkan Mr Bentley tu watak baru. Rupanya tu Xander jugak, just gelaran lain yang Angel bagi kat Xander. So, a bit confusing la kat sini 😩

Ending dia agak mencabar jugak. Nak2 habis baru rasa enjoy baca novel ni. Scene sebelum ni rasa macam meleret sangat.

Dan untuk pengetahuan awak semua, Xander ni bukanlah macam hero pujaan hati yang lain. Dia bukannya jenis yang sweet, yang mampu membuatkan hati wanita berbunga-bunga. Dia ni, rasa nak bagi terajang pun ada la. So, novel ni bukan bergenre romance kut. I don't think so. Rasanya, novel ni lebih kepada misteri, action, domestic violence, physical abuse.

Yang penderaan tu, bukan Xander buat kat Angel ye. Tapi Xander yang alami. Jadi, nak tau pasal cerita ni, bolehlah baca novel ni. Worth your money or not? Bagi saya, takde istilah tu dalam kamus hidup saya. Sebab saya penggemar buku. Jadi, tiada rasa menyesal beli novel yang menghampakan lepas baca. Hehe! Jadi, janganlah awak rasa menyesal beli sesuatu buku bila ia tak menepati citarasa awak. Okey? Kita support author, insya-Allah mereka akan improve untuk next novel 🥺
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
September 17, 2022
Storyline tidak smooth..bnyk flashback..ke depan ke belakang tanpa warning..pastu bnyk sangat gelaran/panggilan utk satu watak..xander, sultan, firaun, presiden persatuan ultraman,mr bently,jack sparrow, prince charming..keliru dgn nama2 ni.

Yg lebih menganggu pembacaan d ms 491 Cherry menggelar Angel sbg anak Sabahan iaitu perempuan murahan yang sanggup merampas kekasih, tunang dan suami orang. Gelaran itu di ulang-ulang d ms lain anak Sabahan ms.554 dan Budak Sabah ms.555..sy rasa ini suatu penghinaan utk orang2 Sabah..dan tidak wajar utk seorang penulis mmbuat label begini berdasarkan sentimen kenegerian..
1 review1 follower
June 7, 2021
At first i bought this book dekat shopee sebab the cover cantik but when i started to read this book i cant stop. And i just want to know the ending very bad until i finish this book in 5-6 hours. I just want to say to the author.. 'i love you and also your books and im hoping you will publish another book soon!!'🦖
38 reviews1 follower
June 28, 2021
🌟4.4🌟
Mula² saya tk boleh nk catch gaya penulisan dia.. lepas tu boleh la slow².. first time, sy baca novel dgn gaya penulisan sperti ini.. dan salah satu sebb lain sy tkleh catch jalan cerita mungkin sebb sy bca time ngantuk.. hahaaha..
Jalan cerita best.. ganas heroin nya😂😂👍 tkleh blah Angel ni peguam tpi selalu buat jhat dekat hero.. HAHAHAHAHAHA sian.. hero pulak selalu buat dek.. menyakitkan hati jugak ye dengn perangai hero ni.. memg betul la heroin gelarkan dia 'sultan firaun' HAHAHAAHA LOL.. mula² sy kesian dengn Angel ni.. mmm. yelah terhegeh-hegeh kejar cinta hero.. tpi hero buat dek.. sbr laa nak..

Ramai gak penjahat dlm citer ni..😂👍 mula² kakak lepastu adik... tmbh pulj watak antagonis ayahanda.. eee keji bebenor perangai sekor²..

oh btw,, sy tk phm,, sebenarnya hero ngan heroin ni cerai ke tk?? 🤨🤔
100 reviews3 followers
Read
September 12, 2023
Notahanyauntukku

Rasa tak jujur dengan diri sendiri sbb aku save library aku di sini sbgi 'read'. aku buat begini supaya aku tak terkena untuk baca buku ni sekali lagi.Sebetulnya aku baca separuh je..tu pun aku beria cuba nak habiskan tapi x boleh tahan lagi so aku noktahkan sahaja dipertengahan novel.Sangat jarang ye aku buat macam ni.Tapi aku happy sbb tak peru rasa terseksa n buang masa kerana banyak lagi buku atau novel yang punya isi dan ilmu.apapun citarasa smua orang berbeza.jika tak best bg aku boleh jadi best bg org lain.
1 review1 follower
Read
May 16, 2021
OK Mls nk review panjang2....
Cover book Dia sgt cantik
Jln penceritaan yg thriller Dan byk ilmu pengetahuan yg blh Kita bljr Dan kisah penceritaan yg lain drpd lain....
Overall OK je
Profile Image for Dahlia reads.
35 reviews2 followers
September 24, 2022
DNF.
aku takleh habiskan cerita ni masalahnya novel duk terperap dalam almari dari Disember. entah lah rasa bosan sebenarnya cerita dia.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.