Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Dia Mahu

Rate this book
*ENCIK SEDERHANA – Rehan Makhtar

Untuk menjadi isteri Fateh, Yuyu perlu penuhi tiga syarat :
1) Bertunang tak lebih 3 bulan
2) Hanya majlis kesyukuran saja
3) Tak boleh make-up

Yuyu melopong habis. Tapi, dia tak mahu kalah. Dia juga punya syarat :
1) Bertunang hanya 2 minggu
2) Tak boleh tidur bersama selama mana dia tak sedia.
Dan, Fateh jatuh rahang dengan syarat kedua bakal isterinya. Tapi, dia hanya senyum menerima kerana syarat dia itu adalah untuk syariat. Dia juga yakin, Yuyu akan mengerti. Biar bersederhana kerana dunia namun berlebih demi akhirat.

*TERCIPTA UNTUK DIA – Emy Roberto
**********************************************
Didi dan Dian. Dua sahabat yang punya sejarah cinta berbeza.
Salah siapa jika cinta sudah beralih arah? – Didi vs Aladin
Nak ikut kata hati atau ikut apa saja yang papa mahu? – Dian vs Ameer

Masing-masing perlu memilih. Dan antara mereka akan ada yang harus menelan kecewa. Kata Didi, we can only choose one. Not even one and a half. Kata Dian, Andai ada jodoh, adalah. Andai tak ada, lupakan saja.

Paperback

First published April 1, 2015

Loading...
Loading...

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,045 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (27%)
4 stars
48 (39%)
3 stars
29 (23%)
2 stars
8 (6%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews104 followers
May 6, 2015

Encik Sederhana
2/3 naskah YDM ini adalah kisah En Sederhana dan Yuyu Ikan Yu. Sangat bersederhana menguruskan walimatulurus kerana syarat-syarat yang ditetapkan si pengantin lelaki (Fateh) adalah untuk bertujuan mengikut syariat sedangkan si pengantin perempuan (Yuyu) mengimpikan perkahwinan yang mengikut masa kini, kahwinkan hanya sekali seumur hidup. Yuyu juga turut menetapkan syarat bagi melepaskan diri buat seketika sementara mengenali bakal suami. Kisah mereka sangat manis untuk panduan pasangan yang baru berkahwin apatah lagi perkahwinan mereka adalah aturan keluarga.

Apa yang berlaku 10 tahun sebelumnya dan selepas berkahwin boleh diagak jalan cerita tetapi mesej yang ingin disampaikan penulis kepada pembaca sangat kesampaian. Terima kasih Rehan Makhtar untuk kisah yang banyak memberi input kepada pembaca. Bersederhana hal duniawi tetapi berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat untuk bekalan akhirat dan sama-sama membawa orang tersayang ke syurga Allah. Jom sempena bulan Rejab yang tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan kita perbanyakkan amal ibadat dan berubah menjadi lebih baik. Sisi gelap yang ada kita tinggalkan, fokus untuk masa sekarang dan hadapan selagi masih sihat dan bernyawa. Buat sikit-sikit dan terus beristiqamah. Sungguh Fateh contoh lelaki soleh pilihan ibu-ibu untuk dibuat menantu. Berkenan Cik Pah tihtih


Tercipta Untuk Dia

Selepas baca kisah Dian-Eagil-Ameer seperti rasa tak puas, seperti kisah mereka tergantung walaupun dah tahu siapa dihati Dian. Ye la bagaimana penerimaan bapa Dian terhadap pilihan hati dan apa pula kesudahan kisah lelaki yang bukan menjadi pilihan Dian. Haiiii Cik Pah ni memang tak sesuai tau baca cerpen.

Didi sahabat Dian, macam pernah dibaca nama dia terselit dalam cerpen mana ye yang ada pengakhiran yang baik selepas ditinggalkan Aladin. Emmmm entah sudah lupa atau tersalah orang.


Kata Cik Pah:

2 tajuk untuk 3 kisah cinta yang berbeza. Yang mana yang kita mahu? Tepuk dada tanya iman.
Profile Image for Mai.
312 reviews59 followers
May 27, 2015
Encik Sederhana 3.5*

Kisah ini mcm memang makanan RM bahasanya melankolik,maksud tersirat tersurat teguran,peringatan. Tidak dinafikan mampu menyentuh jiwa. Sederhana tapi sempurna.

Tercipta Untuk Dia 3*
Entah mengapa kurang gemar dgn sikap Dian. Maaf Dian saya sign up utk TeamAmeer siap2. Lebih tertarik dgn kisah Didi yg ditinggalkan kekasih hati harap ada sambungan kisah Didi sahaja nanti erkkk.

Yang Di mahu~
ada dua kisah di dalam naskah ini, tapi Encik Sederhana-(Rehan Makhtar) lebih memonopoli naskah ini dan Yang tercipta untuk Dia-(Emy Roberto) terlalu singkat sampai saya kena baca balik Prolog sbb tidak berpuas hati.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
September 14, 2019
Beli dengan harga yang agak pricey walaupun preloved.But still acceptable la. Idok lerr melampau lampau macam sesetengah novel tu. Mungkin sebab status limited edition. (Haih xtaula nape ramai suka buat keluar novel LE. Pastu melampau lampau jadinya harga lepas tu. Kalau saya sebagai pembaca,senang je. Best saya buat koleksi, tak best saya letgo je xkisahla LE ke x) .Ok yang ni nasib baik la berbaloi jugak dengan harganya.

Encik Sederhana 4*
- Macam biasa buah tangan RM pastilah ada isi yang mdidik jiwa. Wujud ke Encik Sederhana di alam nyata? InsyaAllah ada. Bukan encik sederhana je, encik tenang encik sabar encik sweet semua dapatla kat Muhammad Al-Fateh ni.. Haihh manisnya percintaan Ayuni n Fateh ni. Walau ada ujian melanda tapi bila hati itu redha dan kebergantungan pada Allah itu tinggi, insyaAllah semuanya baik-baik aja..

Tercipta Untuk Dia 2.5*
- Macam berlawanan dengan citer pertama kerana yang ni pergaulannya agak bebas. Tapi kenapa rasanya kisah Didi itu lebih menarik berbanding Dian. Haihh tertanya-tanya apa alasan sebenarnya si Aladin ni boleh berubah cinta begitu sahaja walaupun nampak sangat mencintai Didi. Potong * sebab endingnya macam tergantung. Dian balik nak berkahwin then tamat. Saya terpaksa belek semula epilog awal2 untuk tangkap balik apa yang berlaku. So maknanya diorang belum berkahwin selepas Dian dah tamat belajar. So sebenanya Dian dengan siapa?? 😂

Ok novel ni dah lama. So sebenarnya ada sambungan ke x kisah Didi n Dian ni?tanya sebab saya xfollow novel ER
Profile Image for Mslvoe.
2,221 reviews223 followers
October 20, 2022
Karya RM awal² baca dah ngantuk. Seriously asal F continue baca je sure mengantuk. Maybe badan letih kot.

Awal² memang slow la. Dah kawin tu, after jumpa kawan² yuyu barulah ada rancaknya.

Karya Emy okaylah jalan cerita dia.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 9, 2015
2 Cerita dalam 1 Novel

Cerita 1# En. Sederhana ~ Rehan Makhtar (3*)

Pertama kali baca karya Rehan Makhtar, saya suka!
Suka pada cerita ini. Cerita yang ada 'isi'.
Suka pada Yuyu si Ikan Yu. Ayumi yang tegas tapi tetap ada sisi manjanya.
Suka pada Muhammad Al-Fateh yang telah berubah menjadi insan yang lebih baik daripada 'semalam'.
Suka pada cara Fateh mendidik Yuyu.
Plot yang tersusun kemas, bahasa yang tersusun cantik membuatkan saya terpaku mengadap cerita ini sekali hadap!

(nota pada diri sendiri: harus kena cari novel Rehan Makhtar selepas ini!)



Cerita 2# Tercipta Untuk Dia ~ Emy Roberto (1 1/2*)

Entah kenapa, mengadap cerita ini saya asyik terbayang yang negative sahaja -__-

Mungkin bila saya tahu bahawa penulisnya non-muslim, saya rasa sedih. Bukanlah cerita ini tak bagus. Tidak! Tak ada apa yang 'salah' dengan cerita ini, tapi apa yang menyucuk hati saya adalah... hubungan mereka agak 'open'. In terms of bertepuk-tampar, tanpa ada had. :(

Atau mungkin kerana watak-wataknya adalah Melayu yang sinonim dengan islam, jadi saya inginkan mereka dijadikan 'watak baik yang patuh syariat'.

Dan saya terfikir, adakah inilah gambaran Melayu di mata non-muslim? Walau hakikatnya memang nyata, tapi dalam hati saya tetap ada rasa sakit. :(


***

Saya rasa kombinasi ini tidak matching. Cerita pertama yang cukup baik yang boleh kita cadangkan pada anak-anak remaja kita baca, tapi terbantut untuk cerita kedua yang saya tak ingin anak remaja saya baca!

Cukup-cukuplah tv menayangkan cerita yang 'lepas-bebas', tak kan novelpun nak tambah juga? Jadi, sumber mana lagi yang boleh kita tunjukkan nilai baik jika semua jalan ada sahaja onaknya.

Andai karya-karya anda tidak mampu mendidik pembaca, jangan pula menggalakkan... Ya, penulis melayu (islam) pun ada je yang tidak peka dengan isu ini. :(

Maafkan saya. Saya benar-benar rasa sedih! :(
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,083 reviews379 followers
June 16, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Encik Sederhana:
Bukanlah nukilan Rehan Makhtar kalau tak terselit sedikit pengajaran disebalik jalan cerita yang romantis. Tema kali ini adalah tentang hidup secara sederhana walaupun diri mampu untuk berlebihan. Pendek kata, beserderhanalah di dunia, berlebihan di akhirat. Suka sangat dengan watak Fateh yang sangat humble, penyabar dan bertolak ansur. Nak suruh ibu masuk meminang boleh?

Tercipta Untuk Dia:
Entah kenapa antara Eagil dan Ameer, N lebih tertarik dengan Ameer walaupun watak dia is describe sebagai seorang lelaki yang agak poyo. Kalau nak dibandingkan siapa yang lebih baik, N rasa kedua-duanya sama saja. Taklah sebaik mana kerana mungkin sudah terpengaruh dengan kehidupan di negara asing. Cuma mungkin N rasa pengorbanan Ameer yang datang dari jauh untuk berjumpa dengan bakal tunang (walaupun dia sedar kehadirannya mungkin kurang disenangi) sangat menyentuh hati.

PS: Lepas ni nak cerita tentang Ameer pulak, boleh? Tapi tak mahu dia dengan Dian. He deserves someone better!
Profile Image for matchataro.
183 reviews28 followers
March 18, 2025
baca Encik Sederhana dari RM je. comella cerita ni!

— arranged marriage, ml engineer x fl chemistry teacher, he fell first and harder, love after marriage

buku dah ada bertahun, baru sekarang nak baca. underratednya Muhamad Al-Fateh ni HAHA dalam bebanyak hero karehan i can say that hes one of most greenflag😮‍💨🤏🏻 before kahwin kemain asyik perli harmless dengan Yuyu wkwkwk kelakar🤣 tapi lepas kahwin mai aiiii😔☝🏻 his loyalty, his words of affirmation top tierrr, supportive and understanding husband, pysical touch dia takyah cakap la ekkk eiii, cara dia didik Yuyu afufufufu mana nak cekau Fateh satu niiii. tak puas hati sebab tak mention jelas career Fateh tapi detail gak tunjuk cara dia buat kerja so saya assume dia engineer

plot pon macam tajuk, very lightread stress free and takde conflict berat. ada la part yang boleh jadi better tapi sebab ni buku lama so saya abaikan je. a romcom from RM indeed tapi penuh dengan nasihat dan input. cuma part last tu je la tak jelas apa yang kengkawan sekolah Ayuni cerita pasal pengorbanan Fateh sampai Yuyu berubah fikiran pasal kerja dia tu
Profile Image for Nur Afiqah.
30 reviews3 followers
January 13, 2019
Honestly, i bought this novel because one of the writers is Rehan Makhtar.

Baca dua kisah ni macam langit dgn bumi. Satu berlatarbelakangkan jalan cinta berlandaskan syariat... Satu lagi kisah 'bebas' sungguh.

Encik Sederhana - Saya tak boleh move on. Harap sangat, saya pon dapat jumpa Encik Sederhana saya in reality. Saya jatuh cinta pada Muhammad Al fateh.

Tercipta Untuk Dia - Bebas sungguh dunia Dian dan Didi ni... Takut saya nak menggambarkan.. 😅 Tapi, masih saya enjoy baca kisah ini. Ada pengisian yang boleh saya ceduk 😁
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
Read
February 26, 2017
Selesai baca karya dari Rehan Makhtar.. Okay, boleh masuk.. Tapi tak dapat nak teruskan baca karya Emy Roberto.. Tak tau kenapa.. Tengok muka surat pertama tu je dah rasa stuck.. Lepas tu mula la main selak-selak muka surat.. Lepas tu, tutup..

*TBC lagi..
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
October 5, 2022
Encik Sederhana by RM. Mula2 baca agak slow. Lama2 dah dapat rentak arghh bestnya! Menyesal sbb boleh rasa nak stop baca. Salah mood aku.

Sukanya dengan Fateh n Yuyu. Matang giler. Tapi tengah2 baca dapat predict dah plot cerita ni.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
September 12, 2021
[BOOK 111]

Yang Dia Mahu.
.

Buku ni antara buku yang lama aku biarkan tergantung sepi. Aku dah baca sampai Encik Sederhana, lepas tu, bila baca beberapa bab awal Tercipta Untuk Dia, aku mengantuk ke busy ke buat apa entah, terus letak tepi. Sekarang la baru sambung baca.
.

1. Encik Sederhana by Rehan Makhtar.
.

Disebabkan Encik Sederhana ni, aku baca dah lama sangat, aku pun dah ingat-ingat lupa. Yang aku ingat, Encik Sederhana dan Yuyu. Dorang ni, takde la kenal before kahwin. Pastu Fateh ni, bagi macam-macam syarat pulak. Contohnya, tak nak bersanding. Tak boleh pakai inai. Yuyu ni nak memberontak, tapi tak berani. So, dia kenakan syaratnya pulak.
.

Moral of the story is sentiasalah bersederhana dalam apa jua keadaan.
.

p/s: umi aku makan banyak gila cempedak. Siap buat goreng lagi. Lepas tu, mengadu sakit badan la pulak. Hurm. Umi aku tanya, bukan ke makan buah tu bagus untuk kesihatan? Haih, aku jawab, memang la bagus. Tapi makan sederhana je. Jangan makan banyak. Sebab tu sakit badan. Nak kena carikan sorang Encik Sederhana untuk jadi menantu umi aku ni. hahaha
.

2. Tercipta Untuk Dia by Emy Roberto.
.

Ni cerita Ameer-Dian-Eagil. Ada terselit juga kisah Didi aka Dara dan Aladin (buku Kutunggu Dudamu). Aku rasa cerita Didi lagi banyak daripada Dian.
.

Dian ni nak dijodohkan dengan Ameer, anak kenalan keluarganya. Tapi Dian tak nak. Lepas tu, kat Russia, dia jumpa Eagil, pastu jatuh cinta. So, macam mana?
.

Hurm, sebenarnya, aku takde la team sape-sape. Tapi bila melihatkan kesungguhan Ameer datang Russia untuk melawat Dian, aku jatuh cinta. Tiberr. hahaha..Aku rasa Dian tidak berlaku adil kepada Ameer. Dengan Eagil, dia layan je. Apa niii. Hurm, kesian Ameer.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
July 23, 2015
Book #69 - 2015

biasalah kalau buku jenis 2 in 1 ni. you just have to compare. a very good combo actually. my favourite authors tapi in this book, saya lebih suka Encik Sederhana.

Encik Sederhana is a good book to read and will make you reflect on your life. saya pernah baca and it goes something like this,

"why spend ribu-riban ringgit on a handbag when it has the same function dengan bag yang berharga less than 50"

memang betul jugak kan? kind of a slap in the face. huhuh. this book is all about being "sederhana" manusia ni selalu ambil peduli tentang what other people think. tapi yang binasanya diri sendiri jugak.

as for Tercipta untuk dia, bukannya tak best. i just thought perhaps it's too short, the story sebetulnya ada potensi untuk menjadi one great read. macam tergantung. i'd hope to know more about Azmeer, and te courtship of eagil. maybe there's a sequel?
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 5, 2015
Encik Sederhana

Uwaaaa... I'm touched... Definitely jodoh made from heaven... Ngeeeee.. Suka kesederhanaannya, suka kemesraanya. And x leh lupa moment kejatuhan itu.. Masyaallah... Rasa jantung sendri dah berdebar tahap petala.. Mujur masih ada disisi...


Tercipta Untuk Dia

Setiap kali baca kisah Didi & Aladin, hati cukup mudah untuk terluka... Sentiasa disajikan dengan worst ever situation that we might have to face. Uhuks... Pity both, but ya, Al just move on. Love is no more. Who are we to criticise. Uhuks...

But Dian with Eagil, its fresh!! Great story, great coincidence, great of everything.. Hehehe
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
February 10, 2016
i) ENCIK SEDERHANA
REHAN MAKHTAR
338 ms
Fateh dan Ayuni hendak dijodohkan. Fateh mengenakan syarat dan ayuni tidak mahu mengalah juga mengenakan syarat. Ayuni merasakan yang Fateh teramatlah kereknya cuma kata-kata yang keluar dari mulut Fateh membuatkan hatinya menerima dan bersetuju untuk disatukan.. tidak salah, sememangnya fateh seorang suami yang amat memahami dan disenangi. Segalanya mudah dan fateh sentiasa memudahkan ayuni. Sehingga musibah melanda... mampukah mereka menghadapi dugaan?...

sememangnya suka dengan cara penyampaian puan penulis. Sesiapa yang ikuti hasil karya puan penulis boleh nampak graf menaik yang terlukis.. even cerita ini.. ringkas, menarik dan padat dengan pengajaran.. cara olahan yang lembut menggerakkan emosi pembaca mengikuti alunan cerita.. kisah cinta yang tak rugi untuk dihayati...
bintang? ****


ii) TERCIPTA UNTUK DIA
EMY ROBERTO
187ms
didi, putus cinta bila aladin memilih sasha sebagai isteri walaupun mereka bagai nak rak bercinta... dian, hendak dijodohkan dengan ameer namun hatinya lebih lekat kepada Eagil. JODOH... rahsia yang tidak diketahui oleh manusia... bercintalah bagaimana rupa sekalipun tapi bila tiada jodoh maka tiadalah.. larilah sejauh manapun tapi jodohnya ada akan bertaut juga....

ada terasa seperti tergesa hendak menyudahkan kisah ini.. maaf ya puan penulis.. idea best, cumanya mungkin terbejat kerana bukan stand alone punya novel.. ada rasa yang tidak sampai di hati cuma satu part yang betul2 tersentuh, bila ameer tidak dipedulikan kehadirannya di kursk oleh dian.. haa.. yang tu memang terasa sangat... kesian pada ameer...
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 4, 2017
Encik Sederhana
Ayuni & Fateh

Ayuni: Dia pernah cakap lelaki itu adalah lelaki yang jahat. Yang nak rosakkan anak dara orang. Yang tak layak dijadikan suami.

Fateh: Zaman remaja dengan darah yang begitu menggelegak. Jika tak diherdik oleh mulut comel ni dulu, boleh jadi dia terus jadi puaka. Jadi sampah pada agama sendiri.


Tercipta Untuk Dia
Dian & Eagil Ridzuan

“Dan mereka merancang, ALLAH juga merancang, dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang.” (Surah Al-Imran:54)
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
May 22, 2016
I was reading this at super speed. mengalahkan hermione granger*huh*i wish. ltd edition tag really brings out the cat in me. but then, not really. Rehan Makhtar - Most of her writing saya dah baca. Surprise-surprise, I'm impress. Tapi, ayat jiwang dia so ironi. Beberapa hari lepas saya didatangi oleh seorang rakan dengan kisah realiti sama. Sama weh. so cia cia cia~ Emy Roberto, pertama kali baca penulisan dia. I'm a bit lost. Siapa Dian, Didi, Ameer, even Aladin lampu ajaib pun ada?? Saya perlu baca karya panjang dia. Well, sesiapa yang tak dapat beli buku ni masa PB1M tahun 2015. Worry not. Pergi Pepustakaan Negara Jalan Tun Razak. Level 7. Ada satu copy you all boleh baca, syaratnya super speed reading. Coz no borrowing guys. Dan pastinya korang nak balik sebelum library tutup kan? Kalau ni bad review, salahkan library rules. Nak buat macam mana, sayang. You can't have it all. :))
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
May 19, 2016
En sederhana by RM.

Seperti biasa, aku tak akan kecewa bila baca karya RM. Karya dia yang penuh dengan isi, dan kebaikan yang boleh diambil. Gaya penulisan RM amat membeli jiwa. Aku kagum cara dia mengolah cerita.Penuh dengan kelembutan yang sampai hati kita boleh rasa. Aku suka watak Fateh dan Ayuni dalam cerita ni. penuh dengan kesederhanaan. .

Emy roberto -best! Tapi mcm Ada yg tergantung.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
May 9, 2015
Congrats RM & Emy Roberto.. memang best
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,592 reviews42 followers
June 23, 2016
Finished reading Yang Dia Mahu in between trying to complete Projek Seram Wad....Not easy.

Still, let's write something just so that I'd be able to remember at least bits and pieces of the book after 3 months haha!! The leading girl's nickname in the 1st short story in YDM is Yuyu; rides a bicycle to and from school, admired by many especially boys at her school, one of the best students, slapped a naughty samseng-like boy who likes her a lot and says words which would later change his life bearings, Yuyu grow older then became chemistry teacher by training, very much loved by her students as she-never-scolds-her-students, entered into a marriage arranged by parents of her future husband's and hers, slowly falls in live with her husband she thought she never knew before.....The second story in Yang Dia Mahu is more interesting, the lives of bubbly Malaysians / doctors to be in Kursk / Moscow. I think the characters were well developed...in short; this guy loves that girl and the girl's Dad wants her to marry that guy, yet the girl doesn't love that guy but instead met someone else at the airport and fell in love, at the first sight. It is a story of the twenty-somethings, of course the love crises seem immature to this Mom of teenagers. Stubborn yet cool-headed & pretty likeable characters.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 5, 2024
Yang Dia mahu adalah kompilasi dua cerita. Untuk cerita Encik Sederhana oleh Rehan Makhtar, banyak pengajaran dan ilmu serta nasihat buat pembaca.
Mengisahkan Ayuni dan Fateh yang berkahwin mengikut syariat Islam. Yuyu tak kenal Fateh tapi setuju berkahwin demi kedua orang tua mereka. Sebaliknya, Fateh telah 10 tahun mengenali Yuyu dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk jadikan Yuyu isterinya.
Keseluruhan jalan cerita menarik juga dengan jalinan kekeluargaan yang sangat menyentuh perasaan saya. Cuma penceritaannya agak perlahan dan sedikit hambar. Begitu juga tergantung sepi akan pekerjaan Fateh yang tidak jelas. Sampai Fateh kemalangan di tempat kerja pun saya tak dapat teka jawatan Fateh.
Cerita yang kedua pula, Tercipta Untuk Dia oleh Emy Roberto agak straight forward.
Ameer adalah bakal suami pilihan keluarga Dian. Mereka akan disatukan selepas saja Dian tamat pengajiannya di Rusia. Tapi Dian telah jatuh cinta dengan Eagil Ridzuan ketika mereka terjumpa di lapangan terbang di Rusia. Dian khuatir papanya tidak suka Eagil kerana papa Dian sudah lebih dulu kenal Ameer.
Saya suka dengan gambaran dan suasana di Rusia yang dipaparkan oleh penulis.
9 reviews1 follower
June 7, 2015
Ok...sebenaqnya 5 bintang tu..especially for rehan makhtar's novel..Encik Sederhana..Seriously,En.Sederhana is the best book that i ever had!
Yg Tercipta Untukku tu..Hmm..i dont knowlaa kan..Tak tahu awattt x dpt masuk crita tu..Aku beli YDM pn sbb memang mnt dgn nvel RM...Baca,mmg tngkp leleh laa dgn Fateh..Sngguh,dia sgt bersederhana dan kesederhanaan itulah yg buat aku suka gila!Berhari-hari mood En.Sederhana ni melekat kat aku..Huwaa.Serius best!Lappp u laa Fateh!

But,unfortunately..For Tercipta Untukku..I just read about one or two pages only..Haish..tak tahulah kenapa..memang x masuk..Sorry sgt2..maybe saya bukan penggemar crita yg fesyen mcm tu..

Tapi it's okay laa because Encik Sederhana tu da half of the novel...Bkn separuh lagi!3/4 dan berbaloiii...
Harapan yg tk mngkin trcapai(kot):Daku nak Encik Sederhana ada nvel dia sendiri.Tak moo la cmpuq dgn crita lain...Kejap jaa abis..Sobs..sobss..

apa2pun..I love Encik Sederhana so much!Triple muah for Kak Rehan and double muah for Fateh&Yuyu
Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 21, 2016
2016 - #Novel34

Encik Sederhana (Rehan Makhtar)
Permulaan cerita macam bosan sikit laa tapi bila dah mula kahwin menarik untuk teruskan bacaan. Serius best. Banyak kebaikan boleh dijadikan tauladan. Banyak pengajaran yang dipelajari. Serba sedikit dapat ilmu daripada hiburan semata-mata. Suka cara Fateh mendidik Yuyu, kata-kata Fateh sangat menusuk qalbu... i love this story.

Tercipta Untuk Dia (Emy Roberto)
Kak Emy suka benar buat cerita yg pengakhirannya kurang pasti. Kesian Didi sebab hilang cinta. Rasa macam nak marah and pukul Aladin tapi betul laa hati tak boleh dipaksa. Dian pula, rasa marah juga bila dia boo layan si Ameer tapi hati dah suka Eagil kan.

overall it's awesome... pengajaran dan hiburan kita dapat.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
June 15, 2015
Hanya sukakan novel mini daripada Rehan Makhtar. Sayang, cerita yang baik sebegitu sepatutnya kena beri peluang ramai orang yang membacanya sebab banyak input agama yang boleh perempuan guna bila nak buat majlis kahwin atau menjadi seorang isteri.

4 reviews
January 10, 2017
Berminat untuk dapatkan novel Yang Dia Mahu? sila hubungi lawati blog http://villanoveluntukdijual.blogspot...

Novel ini mengandungi 2 kisah dari dua penulis. kisah pertama mengenai seorang jejaka yang sudah lama menaruh hati pada si gadis dan tiba-tiba dijodohkan oleh ibu bapa dengan gadis yang di minati. Bagai orang mengantuk disorong bantal la ibaratnya. Namun beberapa syarat telah diletakkan untuk si gadis sekiranya mahu berkahwin dengannya..

Kisah kedua hasil tulisan Emy Roberto. Berlatar kehidupan dan cinta antara remaja yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Kisah yang ringan dan menghiburkan antara mereka.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 23, 2015
RM 4☆
karya dia memang tak boleh nak cakap tak best ssh.. hehe

EMI 2.5☆
dah lama tak baca karya penulis jalan cerita yang menarik tapi sekali lagi y y y y... rushing ke???? jatuh merundum mood saya
Profile Image for Ilman Nafia.
47 reviews
March 31, 2016
NAK LET GO RM21 include postage :D

Encik Sederhana : Ok la.Best jugak.Huhu.

Tercipta Unt Dia : potong bawang la.Haha T.T .Sedih sbb ameer patah hati.Tapi tak puas hati sbb pendek sgt.Ya la,,Mini novel kan.

:. apapon,, Tahniah sis Rehan Makhtar and Emy Roberto :)
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
May 28, 2015
fateh...dlm warak2 pun..kelakar jugak..yuyu selalu kene bahan...bestt jugak..baca yang rehan je..emy roberto xbaca..rasa tak kene ngan jiwa pulak yg tu..heheheh..tapi novel emy sblm ni..bestt.. mungkin ni sbb cerita pendek..
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
April 21, 2016
En Sederhana yg mmg sederhana. Kisah yg penuh dengan ilmu..kudos rehan.

Dara n Al kisah cinta yang tk kesampaian..rasanya smp ke hati. huhu...
Didi-Amer-Eagil - ku tak bisa memilih..
well done emy! splendid as always
Displaying 1 - 30 of 33 reviews