Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Kerana Terpaksa... Aku Relakan

Rate this book
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

772 pages, Paperback

First published July 1, 2012

57 people are currently reading
887 people want to read

About the author

Umie Nadzimah

16 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
325 (48%)
4 stars
200 (29%)
3 stars
96 (14%)
2 stars
32 (4%)
1 star
15 (2%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Akibat dengki dan iri hati, kebahagiaan yang dikecapi Indah Halina (Indah) berkecai sekelip mata. Fitnah dan rancangan jahat si ibu tiri dan si kakak tiri pada hari pernikahannya menyebabkan Indah dihalau oleh bapanya. Rancangan Zawati (kakak tiri Indah) meninggalkan Indah di hentian R&R tu satu kemenangan buat Zawati dan ibunya sebab berjaya rampas tunang dan bapa Indah sekaligus dalam tempoh 24jam.

Memang kesian dengan Indah ni tapi dari sudut yang lain sebenarnya ia satu kelebihan pula. Pertemuan Indah dengan Dato' Safiya sewaktu dalam kepayahan itu bagaikan suatu rahmat buat Indah. Dato' Safiya berkenan sangat dengan Indah walaupun hanya bertemu beberapa kali. Indah kemudiannya diangkat menjadi salah seorang ahli keluarga Dato' Safiya.

Memang pada mulanya, anak-anak teruna Dato' Safiya yang bertiga tu agak sukar nak menerima kehadiran Indah dalam keluarga mereka. Iyalah, entah dari mana asal usulnya, tiba-tiba ibu mereka bawa orang luar masuk dalam keluarga mereka. Tapi, bila melihatkan kegembiraan ibu mereka dengan kehadiran Indah, mereka akur dengan situasi itu. Tajul Razin (Abang Zen) adalah orang yang paling anti dengan Indah pada mulanya. Tapi bila hati dah berbunga, wah memang cair dengan layanan Abang Zen pada Indah ni. Hehe.

Dalam masa yang sama, anak kedua Dato' Safiya, Tajul Fahin (Fahin) juga sibuk nak cucuk jarum. Cuma dah terlewatlah sebab hati Indah dah terikat pada Abang Zen. Ikutkan rekod playboy si Fahin ni, takkanlah dia mudah nak berputus asa kan? Fahin ni pandai memanipulasikan kelemahan ibu dan abangnya untuk dapatkan Indah. Namun, siapa yang bakal jadi pilhan Indah? Atau sebenarnya siapa yang 'layak' untuk bersama Indah? Fahin? Bekas tunangan Indah, Saiful Azam? Atau masihkan Indah mengharapkan Abang Zen sebagai imam dunia akhiratnya?

Pembalasan untuk Zawati dan ibu tiri Indah? Memang tragik, lebih-lebih lagi bila bapa Indah dah tahu hakikat kebenaran.

Komen saya: Sebuah garapan yang agak menarik pada saya sebab penulis pandai bawa kita merasai mood watak-watak yang ditonjolkan. Saya sendiri terasa ke'gedik'annya bila membaca mood gedik Indah dan Abang Zen ni. Haha. Cuma ada beberapa adegan lepas laku yang saya rasa tak perlu untuk ditonjolkan dalam buku ni. Hmm, mungkin penulis nak tunjukkan betapa manusia ni selalu leka dan alpa bila dilamun cinta tapi saya tetap rasa ia tak sesuai untuk dipaparkan. Apa pun, saya sukakan kisah ini dan tahniah juga buat kak Umie Nadzimah atas kelahiran buku ketiga ini. :)
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
January 5, 2015
Kerana Terpaksa... Aku Relakan merupakan novel ke-dua daripada penulis Umie Nadzimah (UN) yang I baca, and not sure buku penulis yang keberapa. I think yang ke-tiga... I baca novel ne selepas novel pertama beliau, "Pilihan Mama".

Honestly, I prefer novel pertama UN sebab I lebih suka dengan cerita dari sudut pandang watak utama daripada penulis (usually, I don't prefer this). For this second novel, penulis menulis menggunakan sudut pandang orang ketiga, which I think sedikit confusing, especially with all three Tajuls tu. Sometimes, need to re-read to make sure certain scene tu from siapa.

Plot dan jalan cerita yang interesting. Terlalu banyak plot, and like the first novel, terlalu banyak watak yang berkait. Somehow not making any sense, but still work... I feel that the plot about Indah's mom should be developed lebih awal. The timing made it all seemed somehow weird. Semasa Yazid hampir berterus terang tu juga timbul cerita about Indah's mom.

I love that penulis made the main male character quite similar to the main character in "Pilihan Mama"; Tajul Razin seorang lelaki yang hormat dan sayang pada mamanya, and he would do ANYTHING for her. No other women can made his mother come second. Seriously loved that.

I found the three Tajul's way of addressing one another quite... interesting. I would prefer it if they kekalkan panggilan Abang, instead of "bro" yang somehow rude to me. It's like a way to address a friend. I can fully accept they menggunakan I and you, since I know certain family using those to address one another, even from a mother to her anak-anak. I do hate hearing that... tapi kalau diantara siblings, I can fully accept. It's a bit polite than "kau" dan "aku".

Watak yang paling I suka -- Tajul Zahim. Diam-diam berisi... I think he's the mature one in the family, tetapi jenis tak suka masuk campur and jenis tak suka bercakap. Loved his tagline... "Orang seni..." and Indah's reaction to his thoughts was pretty amusing.

I love the transition of Fahin's character. I love in the end, he saw how much his brother had suffer in order to "save" their family... and pasangan dia tu, I dah predict awal lagi. Maybe I read too many novels, so I selalu can guess who end up with who. Tapi... if I failed in my prediction, I tend to hate the book.

I suka dengan watak Safuan. He's the kind yang sangat-sangat loyal and walaupun mempunyai perwatakan lembut, he's a trusted secret-keeper. I suka dia keep everything to himself about his boss... even dengan someone close to him pun dia tak cakap. Really, really love his character. Again... his pasangan... dah expect awal. hehe

Watak-watak antagonis yang menjadi. Really like Indah's action towards them in the end. Every character in this novel was written well. Enough said...

Nothing more to say... semasa baca novel, memang dah banyak nak dikritik, but always lupa after reading the happy ending.

A very much recommended book. I heard there's gonna be a second novel. Novel jenis drama ne, I tend to avoid, so I might not beli the novel. Kalau novel berkait, I would definitely buy... like if ada novel about Tajul Zahim. I would buy it in a heartbeat.

Four stars. Minus one sebab I think ada some part tu felt sooooo long.


Sinopsis:

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 7, 2012
Indah Halina ditinggalkan oleh kakak tirinya, Zawati dan kawannya Yazid di R&R Tapah pada hari dia sepatutnya dinikahkan dengan Saiful Azam. Tanpa duit dan dalam kesedihan, terjumpa dengan Dato' Safiya dan anaknya Tajul Razin. Indah pulangkan telefon kepunyaan Dato' Safiya dan budinya dibalas dengan duit. Dengan duit itu, Indah dapat pulang ke rumah. Tetapi sesampai saja disana, dia dimarah serta difitnah oleh Zawati dan ibu tirinya. Lalu dia dihalau dari rumah. Dari situ, bermulalah perjalanan hidup Indah. Dia diambil tinggal dan berkerja dengan Dato' Safiya. Dan bermula juga percintaannya dengan Tajul Razin. Percintaan mereka dicuba dengan kehadiran Tajul Fahin, Illyana dan permintaan Dato' Safiya yang hendak melihat perubahan dalam hidup anak keduanya, Tajul Fahin. Tapi ketentuan Tuhan telah menetapkan bahawa Tajul Razin dan Indah bersatu. Perkahwinan mereka, dari awal telah dicuba dan mengakibatkan Indah terlantar di hospital berbulan-bulan lamanya kerana perbuatan Yazid. Namun, dalam keaadan tidak sedar diri itu, Indah dapat melahirkan anak yang comel yang dinamakan, Indah Safiena. Ayahnya pula dapat diubatkan dari cengkaman ilmu hitam ibu tiri Indah dan akhirnya, ayah Indah dapat bertemu dengan ibunya Indah kembali. Zawati serta Yazid juga dapat balasan yang setimpal. Akhirnya, Indah bangun dari koma yang lama dan semua dapat bersatu kembali.
Poetic justice...
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
November 4, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Jalan ceritanya agak menarik. First time N rasa syahdu bila baca part akad nikah. Apa tidaknya, susah betul dorang ni nak dapat bersama. Baru jer propose, Tajul Razin terpaksa menjauhkan diri.

I would've rated this book higher had:

1. The english editor buat kerja;
2. Perkataan 'bro' dan 'sis' digunakan dengan betul. The word 'bro' tak translate to abang. 'Bro' hanyalah kata lain untuk 'dude' dan 'mate' (untuk Australian). Mat saleh pun tak panggil abang atau kakak kandung dorang 'bro' dan 'sis', jadi kenapalah kita yang nak memandai? Buruk sangat ke perkataan abang atau kakak? Sikit-sikit tu N boleh terima lagi. Tapi bila sering saja digunakan, N jadik geli pulak sebab rasanya dah macam ayat cool tak menjadik.

Satu lagi, ini hanyalah personal preference tapi N kurang senang apabila adik-beradik menggunakan kata ganti nama 'I' dan 'You'. Tak kiralah setinggi mana pun your darjat, N rasa aku-kau lagi sesuai dari I-You. Again, ini hanyalah personal preferences :)
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
April 6, 2014
http://novel-online.com/index.php?rou...

Sinopsis dari saya:

Kisah Indah seorang gadis yang diperdaya kaka tirinya saat akhir hari pernikahan ya dengan tunang pilihan keluarganya. Dia dibuang keluarga. Pasrah dan dia terpaksa membawa diri berkelana hingga terjumpa dengan seorang datin yang amat penyayang... Mcam citer cinderella...

Anak datin mulanya tidak langsung menyukainya dan menganggap Indah sebagai sworang bibik, tetapi Datin mengambil Indah menjadi anak angkatnya kerana budi bahasan dan kesopanan Indah.

tajul Fahihin atau Tajul Razin? Indah jatuh cinta pada si abang.... Tetapi memdapat tentangan dari si adik... Masing2 berebut, tapi si abang sebagai abang berkorban untuks i adik....

Saat Indah mengharap kasih si abang, si abang pula melarikan diri... Emosi Indah tergugat, sementara itu kakak tirinya pula sudah pun mengahwini bekas tunang Indah, tetapi hati busuknya ingin Indah terus susah. Kakak tirinya merancang menghapuskan Imdah....

Suspens, umie naziemah membawa saya terbuai-buai dihanyutkan perasaan terumbang ambimg... Syabas
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
May 23, 2014
Beli n baca semata2 nak tau ending novel ni sbb drama dah start tayang kat tv. Hmmm... as usual. Nothing special pasal novel ni. Kisah adik abang berebut perempuan. Dendam tak sudah. Apa2 pun novel ni punya jalan cerita yang tersusun. Tu je.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
May 26, 2014
Puas hati tak? Ada cerita Cinderella moden versi diolah.
Okey, sebenarnya ku suka cerita ni. Sangat! Walaupun ini bukan 100% Cinderella moden mahupun ala2 Bawang Putih Bawang Merah. aku rasa heroin terlalu sempurna... yela siapa tak nak jadi budak 'bertuah' dan talented sentiasa walaupun masih muda. Buat berangan sajalah... Of course Datuk tu suka kat dia, untuk anak dia jugak kan? Cliche la jugak pikir balik...

Masa konflik dengan adik-beradik tu aku takle terima, cepat2 la kahwin dah wajib pun dah (wait! sebelum tu dorang ada lupa daratan sekejap masa bercinta kan? Ish2). Dah kahwin, buat men tarik tali, dah sudah, terus bahagia xleh? Geram!Macam2... Watak 3 beradik tu patut dikembangkan lagi. Komunikasi antara diorang ke...aku nak cerita adik bongsu tu lebih. Ewah, demand!

Sebenarnya saat ak baca novel ni xle tahan menyampah dan geram. Jadi novel ni sangat baguslah kan? Sebab boleh keluarkan emosi pembaca.
Penceritaan yang matang...
-----
26.05.2014
Apa yang aku tulis kat atas ni pun aku tak paham. Yang aku ingat masa baca novel ni dulu aku sangat puas hati. Patutlah dah jadi drama pun~
Profile Image for Diniy Qistina.
158 reviews5 followers
February 13, 2025
Dari awal cerita sampai ¾ cerita rasa 🙄 dan 😒 pada kesemua watak dalam ni. Dari watak utama ke watak sampingan, macam tak ada yang menyenangkan jiwa.

Indah ni, dari luaran tidak dinafikan nampak baik dan polos, tapi tangan & hati dia selalu bertindak bertentangan dengan apa yang mulut dia cakap. Kat mulut cakap, “Eh haram bersentuhan, bukan mahram.”. Tapi bila Zen sentuh dia biarkan je malah suka pulak tu. “Eh laki perempuan tak elok duduk berduaan.”. Perlakuan dia sendiri masalahnya suka letak diri dia berduaan dengan lelaki bukan mahram. Pastu ada jugak babak yang Indah seorang anak dara pergi masuk bilik lelaki (which anak² teruna Dato' Safiya. Indah ni dia PA Dato' Safiya. Tapi tinggal sekali dengan keluarga Dato' Safiya). Ada hari weekend tu dia merajin pulak nak mengemas bilik diorang. Eh, rumah tu dah ada dua orang pembantu rumah tau. Awat kalut sangat nak mengemas bilik orang lain? Kemas bilik sendiri sudahlah. Dah dia dengan beraninya masuk bilik orang lelaki seorang diri, tuan bilik pun ada dalam tu (bukan hero)... Hhhmmm... Yang saya paling tak puas hati sebab perwatakan dia wanita bertudung, tapi kenapa dia sewenang-wenangnya biarkan diri disentuh, dipegang dan dipeluk lelaki bukan mahram? Dia pun sama naik suka-suka pegang lelaki. Pastu bermonolog dalam hati, dia suka (di/ber)buat macam tu. Apakah? 😵‍💫

Belum lagi part dia punya benak ubi tu. Silap-silap ubi pun rasa insecure dengan dia. Dia tak serik tau. Walaupun macam²kejadian buruk (bala sebenarnya ni sebab degil sangat) dah berlaku setiap kali dia keluar berdua dengan lelaki bukan mahram, dia masih lagi berani ikut diorang berduaan. Dengan Tajul Razin (hero), Tajul Fahin (adik hero) & Saiful (ex-tunang). Suka cari penyakit pastu lepas kena akibat, mulalah blur²ayam. 🙃

Tajul Razin pun sepesen je. Mulut kata lain, hati dengan tangan bertindak lain. Tangan dia ni serious nak kena kena sebat kasi berbirat. Tak reti duduk diam! Dia ni sebenarnya red flag tapi acah green flag! Yiiiih!!! 🤡
Serious rasa nak humban 2-2 tu dalam laut.

Tajul Fahin dan Dato' Safiya? Fahin selfish, dia selalu fikir apa yang dia nak mesti kena dapat. Dato' Safiya rasa dia sayang anak² dia sama rata, tapi secara tidak sedar dia lebihkan Fahin dari Razin. Razin selaku anak sulung dah korbankan macam²sejak dia remaja demi mamanya, tapi demi Fahin dia minta Razin putus dengan Indah dan bagi Fahin peluang untuk dengan Indah. 💆🏻‍♀️

Entahlah... Baca versi novel ni menyesakkan jiwa betul. Dulu tengok yang adaptasi drama tidaklah rasa sesesak ini 😔. Rasa macam novel ni agak draggy pun ya. Banyak part kita skip baca. Lebih mencari dialog untuk dibaca. Razin-Indah punya merenyam tu tahap wajib kronik dah. Tak paham kenapa tak cepat² kahwin. Naik berbulu betul mata ni dengan mulut dan tingkah laku masing². 🥴
Ada jumpa review kat Goodreads yang lebih kurang berbunyi, “Kerana Terpaksa (cinta punya pasal)... Aku Relakan (disentuh lelaki bukan mahram). 😌

Novel ni ada sekuel dia pulak. Tapi tak apalah. Nanti-nanti jelah kita baca. Kesian jiwa ini. 🤕⚡
Profile Image for Farhana.
18 reviews4 followers
April 3, 2014
Apa yg saya suka mengenai novel ini ialah ianya mempunyai idea/jalan cerita yang menarik dan banyak dialog di dalamnya yang boleh membuatkan pembaca tersenyum simpul dan/atau tergelak besar.

Apa yang saya kurang suka: Walaupun ideanya menarik, tapi bagi saya plot cerita ini terlalu berselirat. Garapan yang kurang kemas antara scene membuatkan kadang-kadang kita keliru masa kejadian itu berlaku. Ada juga scene yang kurang masuk akal. Mungkin saya sahaja yang rasa begitu. Dan seringkali juga kita lihat Indah berceloteh sendiri dan assume apa yang orang lain fikir.

Sejujurnya saya mengambil masa hampir 1 tahun untuk menyudahi novel ini. 2-3 kali terhenti sebelum menyambung pembacaan. Novel ini bukannya tak bagus, tapi kadang-kadang kita jadi bosan dengan permainan emosi yang berlebihan.
Profile Image for Missfelisha Leez.
1 review
January 30, 2015
Tak semua orang bole redha dan terima takdir hidup.. hakikhatnya hidup ini sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk ujian..
Indah orangnya kuat.. sentiasa ada halangan untuk mengecap kebahagiaan.. tapi dia tetap bersabar.. dan akhirnya kebahagiaan miliknya..
Satu pengajaran dalam novel ini..
Redha dengan ujian.. inshaAllah bertemu kebahagiaan..
Nice!
Profile Image for Zufar.
16 reviews
April 28, 2020
Cerita tanpa moral. Kerana terpaksa (atas alasan dorongan cinta), aku relakan (tubuhku disentuh). Kesedaran dalmam cerita ni ada. Tapi sangat rapuh. Acah-acah je. Terlalu nak mengkedepankan jiwa cinta remaja sehingga membawa kepada mesej-mesej yang tidak baik. Akhirnya, hanya keinginan nafsu yang terlunas diakhir kisah.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 30, 2014
I <3 this novel very much!!!
I <3 Tajul Razin's character!!!
Profile Image for A-t.
24 reviews5 followers
June 15, 2013
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.Ayahnya sendiri tidak menerimanya..

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
Kakak and mak tiri Indah mmg mcm puaka..gler punya jahat..la ambil tunang Indah..tinggalkan dier kat R&R sehelai sepinggang..Indah dibuang keluarga..
Ending beshhh..
154 reviews2 followers
August 6, 2018
Interpretasi puan Umie Nadzimah kepada 'kisah tertua dunia' yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas - pergaduhan (dan pembunuhan) dua beradik kandung - tapi takdelaa tragis sangat macam kesudahan kisah Cain-Abel (atau Qabil-Habil), takpun untuk 'millennials' kisah Superman-Lex Luthor/Batman-Joker, hehe...

Hero: abang Zen, superman, jiwa halus berseni, sanggup berkorban apa saja; tapi kalu dah superman memang ada kryptonite-nya - dalam cerita ni ibu kandung; memang dasat lagi ngeri gaklaa cobaan ke atas hero sampai kena bertindak agak luarbiasa jugak laa

Heroin: Indah, suka kasi nama kereta kat kucing, segala benda tragis dia kena hadap, mujur tak jadi 3 suku

Antagonis kepada hero: Tajul Zahim Fahin (silap sikit, pasal nama macam dekat2 sama, hrmmm), mamat sengih (a.k.a Joker laa tu kut) tapi emo terlajak - pasal tu laa kut pompuan2 tak minat nak buat dia jadi laki; semua plan dia nak tackle/rampas heroin gagal - pasal kebanyakkannya level budak tadika je

Antagonis kepada heroin: Bapak (useful idiot), mak tiri (wicked witch, literally...), adik tiri (pelacur berhati busuk yang kuat mendengki kat heroin), macai adik tiri (useful idiot no. 2)

Watak2 sampingan: mak hero merangkap mak angkat heroin (superwoman, kryptonite dia mamat sengih), besfren heroin (tomboy ganas merangkap kaki pukul untuk heroin) , besfren hero (sotong merangkap penyimpan mohor besar hero), bekas tunang heroin (cuckold - takde perkataan melayu yang sesuai...)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 8, 2015
best jugak rupanya novel nie.. dok tolak ketepi lepas tau diadaptasi, tapi bila buku ni jer yg ada kat meja ofis pagi tadi jadinya tarik dan baca jugakla... tak mengecewakan. Jalan ceritanya padat walaupun kisah klise anak orang kaya hartawan jutawan yang sombong ego jatuh cinta dengan perempuan biasa namun cantik jelitawan bak bidadari. Perkembangan cerita pun cantik walaupun ada sesetengah bahagian agak meleret tapi masih ok. Dah nama pun novel cinta, ayat sweet mueet tu memangla ada..

Indah halina difitnah oleh emak dan kakak tiri sehingga menyebabkan dia tidak jadi berkahwin dan dihalau oleh ayahnya sendiri. Dalam kepayahan mengharungi hidup dia bertemu dengan dato sufiya yang baik hati dan amat sayang pada dirinya. Cumanya anak dato iaitu tajul razin mencurigai dirinya. Namun begitu sifat dan perwatakan indah sering kali mencuit hati tajul razin sekaligus meruntuhkan ego dalam dirinya. Muncul tajul fahin anak kedua dato sufiya yang begitu tertarik pada indah. Dalam masa yang sama juga datang ilyana yang jelas nyata menunjukkan rasa cinta pada tajul razin. Bagaimana kisah ini seterusnya?...
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
Perbezaan drama dan novel? Macam drama lebih mendebarkan. Heh.

Terdapat beberapa bahagian novel yang bosan dan meleret. Saya pun lebih banyak skip sebab dah tonton dramanya. Tapi sebab novel dah ada dekat rak buku, rasa rugi pula kalau kumpul habuk. Tapi tu la, feel kurang sikit dari dramanya.

Plotnya; Indah ditinggalkan oleh kakak tiri di R&R, yang sudah terpikat dengan bakal suami Indah, pada hari pernikahan. (Sedikit tak logik kenapa malam nak bernikah, siangnya baru nak balik.) Disangka sudah menconteng arang ke muka keluarga, Indah dibuang si ayah.

Indah berkelana di KL dan pertemuan demi pertemuan dengan Dato' Safiya, Indah dijadikan PA. Anak sulung Dato', Tajul Razin yang pada mulanya membenci Indah, akhirnya jatuh cinta pada gadis itu. Tapi Tajul Fahin, anak kedua Dato', turut terpikat pada Indah. Fahin berikrar akan berubah menjadi lelaki baik sekiranya Indah menjadi miliknya dan Razin pula rela undur diri.

Relakah Indah menerima Fahin sedangkan hatinya milik Razin?
Profile Image for Zaiton.
6 reviews
June 18, 2014
Baru je beberapa hari yang lepas baca novel ni. Dari segi penulisan agak bagus. rasanya boleh diperbaiki untuk lagi bagus. Dari segi jalan cerita, rasanya cerita macam ni sudah seperti ala2 cinderella. Dah biasa dengar pun. Apa yang paling z suka sekali adalah watak tajul razin dalam cerita ni. Tpi bila BACA WOWWWWW… memang kagum sngat.. dengan watak Tajul Razin. Cuma ada beberapa part yg terlebih nafsu kelakiannya tu. Hahaha biasa la orang bercinta. Begitu juga dengan watak indah. cuma yang saya tak berapa minat masa dorang bersanding lepas dapat anak. hmm mcm pelik je... itu cuma pendapat saya saja. oh ya masa baca novel ni ingatkan x de kisah mak indah rupa-rupanya dipanjangkan lagi. not bad jgak la lgipun bleh tau psal mak indah.
Profile Image for Seri Qadijah.
105 reviews4 followers
December 28, 2014
Oh i have many things to talk abt this book. Its a disappointing read after loving the drama series so much. Even the one thing i was dying to know (abt who Indah's mother is) is an anti climax. Remind me again why i stopped reading malay novels for so long. i have to thank the director/scriptwriter of the drama for having a better vision of how the story and the characters should be.
Profile Image for YnFznh.
2 reviews
December 12, 2014
Life is full of challenges.. I learnt alot from this book.. Never ever feel sad of d challenges that is given.. Cos at the end of it, u will get the happiness that u never thought of.. Alhamdulillah.. This book really teach me how to appreciate the people around me.. Thank you!!!
Profile Image for Almiza.
5 reviews2 followers
September 11, 2012
cerita yang menarik, cuma... bab 65 (pg 697) sangat2 sama dengan novel 'Sweet Sour' dari Nasz.. hemm.. kebetulan??
1 review2 followers
May 29, 2014
best jalan crite
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.