“Kurang ajar! Kau ni gila ke apa?! Suka hati cium orang. Sini Malaysia bukan Mexico bebas nak cium anak dara orang!” – Inas Harliana
Inas Harliana seorang gadis yang periang dan sering tersenyum. Kisah cintanya bermula bila dia disuruh menghantar kuih kepada jiran depan rumahnya. Pertemuan dengan anak sulung jirannya telah mencatat sejarah hitam buat gadis itu.
“Kenapa kau kerap sangat datang rumah aku hah, perempuan pelik? Kau cuba nak ngorat aku ke?”- Uwais Faqih
Uwais Faqih pengidap penyakit mental. Pada mulanya kewujudan gadis bernama Inas langsung tidak memberi kesan. Namun hanya kerana sebuah senyuman, jantung yang beku kembali cair.
“Hahaha…Inas,Inas. Tapi tak apa kalau orang lain tak nak, abang nak!”- Uwais Faqih
“Inas tak nak ke suami sendiri yang menyambut anak Inas nanti?”- Uzir Fattah
Uzir Fattah adik kepada Uwais dia telah lama menyimpan cinta kepada Inas. Sering kali isyarat hati dihantar kepada gadis itu namun Inas menolak dengan alasan dia tak ingin berkongsi suaminya dengan pesakit di hospital.
Antara abang dan adik, mana satukah akhirnya telah Inas pilih? Mungkinkah ketiganya terus terluka atau antara mereka ada yang mengundur diri?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Jalan cerita yang agak menarik tapi sayang sekali pengolahannya kurang memuaskan. And it was poorly edited. Ada spelling error and punctuation placement pun ada yang tak betul.
Mungkin aku terlalu menaruh harapan yang tinggi disebabkan label LE di hadapan buku ni, jadi bila jalan cerita tak seperti yang diharapkan memang agak mengecewakan.
Pada awal cerita aku menyampah yang amat dengan heroin,Inas yang suka menyibuk dan tak tahu malu masuk bilik anak lelaki jiran siap bukak phone orang bagai. Langsung tak hormat privacy orang. Bila dah lama2 baca dah boleh hadam sikit.
Dalam kisah ni rasanya hampir 90% daripada scene berlaku di tempat yang sama iaitu kawasan rumah Uwais dan Inas. Kalau tak Inas yang pergi rumah Uwais, Uwais yang pergi rumah Inas. Kalau ada scene yang berlaku di tempat lain pun hanyalah diceritakan dalam bentuk imbas kembali dan tidak diperincikan dengan jelas.
Kekuatan novel ni hanya pada dialog yang jelas yang membuatkan aku faham storyline nya walaupun backgroundnya kabur.
Ada kejutan di akhir cerita, aku sangkakan Uwais ni gila sebab terlalu kecewa dengan ex-wife dia dan tak boleh terima bila ex-wife die curang dengan kawan baik sendiri, rupa2nya ex-wife dia yang bomohkan Uwais sampai jadi macam tu sebab tamak nakkan kedua-dua lelaki tu dalam hidup dia. Tamak betul ex-wife dia ni.
Tahniah buat penulis Domi Nisa untk CSMP...tajuk yg sangat kena dengan cerita..best cerita ni dan ku suka gaya penulisan penulis...citer yang agak santai..Sifat gediks dan selamba seorang gadis yang meminati mamat psiko...dalam diam cinta berbalas..ada sedikit konflik...bahasa yang santai dan mudah hadam...namun ada sedikit typo aku abaikan...jalan citer yang menarik dan ada kelainan yang tersendiri..Namun maaf sungguh cover ni tidak langsung menarik minatku...4* untuk CSMP yang best dan ohsem!!