Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia...Sebelum Aku

Rate this book
Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal.

"Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah

Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah?

Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah?

“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan
“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim

Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu.

Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?

692 pages, Paperback

First published November 1, 2014

3 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Cik D

3 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (26%)
4 stars
14 (24%)
3 stars
24 (42%)
2 stars
4 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
May 30, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Satu lagi stok buku berendam air mata...

Sedih betul liku hidup Nazim dan Wiya. Dibuang keluarga, dibuang kerja, keguguran anak dan akhir sekali Wiya yang disahkan menghidap penyakit kanser yang sudah pun berada di peringkat keempat.

Despite the hardships, cinta mereka kekal utuh. Dan kerana cinta mereka inilah, Wiya mahu berundur diri agar suami tercinta dapat mengecap kebahagiaan yang tak dapat Nazim rasai bersama dia. Lalu, muncullah Ainan dalam kisah cinta mereka.

Jika N perlu meneka apakah tema novel ini, jawapan N adalah keikhlasan dalam percintaan dan berkasih sayang. Sikap ini ditonjolkan dalam keperibadian Wiya dan Ainan. Apa saja keputusan yang dibuat oleh Wiya adalah demi kebahagiaan suaminya dan Wiya benar-benar sayangkan madunya. Begitu juga dengan Ainan. Mereka seumpama adik-beradik yang berkongsi suami.

Tapi pada N, the strength of the story adalah the relationship between Wiya dan Nazim. Sakit Wiya, sakitlah Nazim. Bahagianya Nazim, bahagialah Wiya. Cinta mereka memang betul-betul ke nafas terakhir. Walaupun Nazim sudah mempunyai isteri kedua, Wiya tetap menjadi cinta pertamanya yang tak boleh digantikan oleh sesiapa.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 20, 2015
4* sblm Kak Wiya menghembuskan nafas terakhir
3* selepas Kak Wiya meninggal, ngengada Ainan merajuk minta dipujuk dan dilayan padahal suami awak tu kerja dik oiii

Banyak salah ejaan
Sayang jadi saying
Tetiba je nama Aakif jadi Aiman
Perkataan Dengki banyak sangat dihujung-hujung cerita, ada macam tak kena dengan ayat.
Profile Image for Rouge.
27 reviews
May 5, 2015
To be honest. Saya Suka akan pendekatan ceRita yang anda cuba ketengahkan. Sungguh!!! at least something yg lain sikit TETAPI

Maaf YA cik writer. There's valid reasons why u only get 2stars. Kalau ikutkan hAti mcm nak bagi 1star ja. Tp mcm tak patut la plak kan. Penat-penat bersengkang mata Pulun buat dalam masa 3 bulan. Maaf YA pernilaian saya bukan hanya takat isi and melting melting Sahaja. Melting kalau kena pada "masa" Dan "tempatnya", Dan masih ada "logika". It's really fine with me. Okeyla, Tak Nak ckp banyak.

Plots yang saya umpakan "bak katak puru Kena air kapor".

Bahasa yang penuh tunggang langgang.

If possible cuba "memperpanjangkan" jangka hayat MSS anda sebelum di publish. Saya percaya anda boleH buat yang lebih baik dari ini jika anda prolong MsS anda at least for 6mths or more. (Maaf Mungkin anda ada valid reason kenapa your MSS Siap zup zap Mcm flash)

Prolong yang cuba saya kata kan biarlah prolong yang berisi. Jika anda Betul Betul seorang writer mesti anda dapat "tangkap"apa yang maknanya.

Selamat menulis lagi Dan lagi. Moga sukses YA!

Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
May 14, 2015
Selesai sudah....
Punya la lama baca....
Sebab cerita air mata jadi lama, nak baca tempat awam, nanti orang tengok.

Kisah kekeluargaan....kisah bermadu...
Nak ada watak macam Nazim Rais ni didunia rialiti mungkin 1 dalam 1 juta kot
Watak Adawiyah dan watak Ainan memang saya suka.

Tahniah buat penulis. Untuk buku ni. Harap ada lagi karya dia masa hadapan.

p/s : tak puas hati baca sebab..tak da sambung baby lahir hehe
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
December 3, 2014
Dia sebelum aku

AMARAN: JANGAN BACA BUKU INI DI TEMPAT AWAM, SEBAB AWAK AKAN MALU SENDIRI BILA MENANGIS BAGAI NAK RAK! Sila cari tempat yang sembunyi dan tenang.

Kepada siapa yang cakap, tak nak baca cerita yang mengisahkan lelaki bekahwin dua, hidup bermadu, dan tak nak baca buku ni, ANDA SANGAT RUGI.

Tahniah diucapkan kepada Cik D, penceritaan mengenai hidup berumahtangga, bermadu dan kahwin tanpa restu orang tua, berjaya dikupas dengan sekemasnya. Dengan membaca naskah cerita ini, berlapang dada, buka hati dan minda, buang jauh-jauh, anggapan yang orang berkahwin dua itu hanya mengikut nafsu, lelaki gatal, perempuan perampas yang mengoda, pasangan yang mengambil kesempatan atas kecuaian pasangan. Buang segala anggapan yang negatif, yang selalu di momokkan dan untuk pertama kalinya baca dengan minda dan perasaan positif.

Mengisahkan Nazim, seorang usahawan berjaya yang rela putus hubungan dengan kedua ibu bapanya, kerana pilihan hati, jodohnya Adawiyah tidak direstui. Ujian demi ujian yang terpaksa mereka tempuhi selepas memutuskan hubungan dengan keluarga, dan yang kemuncaknya bila Adawiyah keguguran ketika mengandungkan anak mereka dan didapati mengidap barah, cerita ni agak slow dam berjela tetapi, sungguh berpuas hati kita membacanya, segala masalah satu persatu berjaya dirungkaikan, segala rasa ada didalam nya, rasa sakit, sedih, pahit, manis, gembira, duka dan ceria.

Percayalah, sememangnya kita ingin kehidupan yang sempurna, serba serbinya seperti apa yang kita mahukan, tetapi perancangan Allah SAW, adalah yang terbaik, jodoh Nazim bersama Ainan , atas paksaan Adawiyah, yang sudah berputusan harap unuk sembuh dan sangat menginginkan menyediakan kebahagian untuk suaminya Nazim bila dia sudah tiada. Ainan pulak jenis yang sangat lembut hati dan mengikut kata, kalau hati dan akal fikiran was-was dan tidak mahu dituduh merampas suami orang atau membelakangi ibunya d kampung, tetapi kerana kesiankan Adawiyah yang dah diangkapnya sebagai kakak, dan nazim yang bersifat, baik, perihatin dan bertanggungjawab berjaya membuatkan ainan jatuh cinta kepada suaminya sendiri.

Ibu ainan pulak, Mak Biah pada mula kita baca dari blog IKP, kita salah anggap yang dia ni ibu yanag kejam dan gila harta, tapi bila dah baca sebenarnya dari naskah ini, barulah, memgerti yang bila dia marah tu bukan bermaksud dia benci, tetapi, tegas dan tak nak memanjakan - anak supaya anak2 biar menjadi manusia, jangan memalukan keluarga.

Banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini, terutama sekali situasi rumahtangga yang bermadu, kehilangan dan kesungguhan kita didalam nak mencipta kebahagian diri kita sendiri, tidak ada kejayaan dan kebahagiaan yang boleh kita capai tanpa usaha dan berkomunkasi dengan baik. Nazim sebagai ketua keluarga, kadang2 tersilap langat membuatkan hati isteri2 nya terguris tetapi cepat sedar dan membaiki kekhilafannnya, Adawiyah yang buat kita rasa geram kerana mendera perasaan dan kasih sayang nazim kepadanya, sampainya hati membuatkan nazim begitu, dan ainan pulak, sebagai isteri kedua yang merasa rendah diri, seringkali rasa bersalah kerana mencintai suami orang dan merasa telah merebut suami orang, kadang2 mengada-ngada, manja tak bertempat, merajuk menyakitkan hati, tetapi memang patut pun dia rasa begitu, kerana seringkali sentiasa beralah dan mengembirakan hati orang lain, biarpun hatinya sendiri merasa sakit dan sedih.

Penyuntingan yang kemas dan padat walaupun ada beberapa minor typo yang berulang-ulang seperti saying=sayang, kita sangat berpuashati dan tidak rugi rasanya membeli dan membaca buku ini.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 4, 2015
It was ok!

BUT...


Tiada apa yang 'outstanding' dalam naskhah ini pada saya.

Kisah Ainan, gadis biasa yang cuba di'luarbiasa'kan oleh penulis, yang cuba diangkat oleh penulis sebagai anak gadis yang polos dan baik hati. Lantaran kesempitan hidup dan harus menanggung keluarga di kampung kerana dia anak sulung, membawa Ainan bekerja di rumah pasangan suami-isteri sebagai 'pembantu' menguruskan si isteri yang sakit. Kisah tentang Nazim, si suami yang harus menjaga Adawiyah si isteri yang mengidap kanser tahap 4.

Kisah bagaimana daripada seorang anak gadis, Ainan dipinang oleh Kak Wiya untuk turut sama 'menjaga' suaminya dalam ikatan yang halal. Perkahwinan Ainan-Nazim yang terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan Mak Biah, ibu Ainan. Kisah bagaimana Adawiyah yang terpaksa menahan rasa cemburu (walaupun pada awalnya dia yang memulakannya) apabila melihat sang suami bermesra dengan wanita lain di depan mata. Kisah bagaimana dua hati yang pada mulanya berkahwin atas tiket menunaikan hasrat Kak Wiya yang hanya menanti hari (mati), mula bercambah rasa suka/kasih tatkala ijab dan kabul terlafaz. Bagaimana Ainan sebagai isteri kedua yang harus mengenepikan segala yang dia suka, demi permintaan kak Wiya dan demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Nazim.

Pendek kata naskhah ini sebenarnya banyak konflik yang melibatkan hati dan perasaan. Hati seorang anak yang dibuang keluarga kerana memilih wanita yang bukan pilihan si ibu. Hati seorang anak menantu yang tidak direstui. Hati seorang isteri yang harus menanggung sakit dan menunggu mati. Hati seorang suami yang sering dalam dilema lantaran karenah si isteri. Hati seorang isteri kedua yang beranggapan dia perampas kebahagian wanita lain... pendek kata naskhah ini jika digarab sebaik mungkin, pasti bisa menyentuh setiap hati pembaca dengan konflik-konflik yang melanda hidup setiap pelakunya.

Tapi sayangnya... setiap kesedihan Adawiyah tak mampu saya selami. Polosnya Ainan tidak mampu membuatkan saya terikat dengannya. Setiap kebaikan hati Nazim tidak berjaya memikat hati saya. Bahkan watak-watak sokongan seperti Mak Biah si ibu yang pada awalnya digambarkan sebagai seorang yang tamak saya tak nampak di mana tamaknya (kecuali minta duit untuk yuran si adik tapi alih-alih buat beli barang kemas!). Datin Mazni yang cuba dipotretkan sebagai seorang ibu/mertua yang kejam, tak cukup kejam di mata saya (kerana, kenapa dia senang-senang boleh terima Ainan sebagai menantu sedangkan perkahwinan kedua Nazim juga bukan dengan wanita pilihannya!). Bahkan watak Malik yang cuba dijadikan 'watak hitam' dalam hidup Ainan juga agak longgar dan tidak berjaya di mata saya (saya rasa watak Malik jika ditiadakan juga tidak menjadi masalah yang besar - hanya sekadar menambah konflik dan memanjangkan 'rajuk' dalam cerita ini).

Watak dan perwatakan agak bercelaru (atau kepala saya yang bercelaru ketika membaca naskhah ini). Kadang-kadang saya tidak tahu siapa yang bercakap. Ainan dan Nazim sepesen sahaja nadanya. Di suku terakhir cerita, agak membosankan dengan mainan tarik tali dan adegan merajuk yang tidak sudah-sudah antara Ainan dan Nazim. Bila rajuk Ainan sudah terpujuk, Nazim pula sambung merajuk. Bila rajuk Nazim sudah reda, Ainan pula merajuk... adoiii. Penat!

Dan apa yang lebih menyakitkan hati... saying, saying, saying ada di mana-mana! -__- (sakit mata memandang, sakit lagi hati yang membaca!)



Ok full stop!
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
January 20, 2015
Ainan Saffia tidak menjangka yg pertemuannya dengan pasangan suami isteri, Nazim & Adawiyah dalam satu kejadian ragut, telah mengubah jalan hidupnya. Atas dasar perikemanusiaan, Ainan tanpa sengaja terjebak ke dalam kisah pilu pasangan tersebut apabila dia setuju mejadi pembantu untuk menguruskan Adawiyah yg sedang menderita kanser servik tahap keempat.

Di pihak Adawiyah, dia menganggap yg derita penyakit yang ditanggungnya adalah kifarah ke atas dirinya yg menjadi punca Nazim dibuang keluarga lantaran tidak dapat menerima dirinya sebagai menantu ekoran status yatim piatu yg dibawanya. Kerana menyedari betapa besarnya rasa cinta suami kepada dirinya, Adawiyah yg ralat kerana tidak dapat berbakti kepada suaminya itu nekad untuk mencipta jalan bahagia buat suaminya agar suaminya itu tidak merasa kehilangan serta menjadi terumbang-ambing setelah kematiannya kelak. Maka dia membuat sebuah permintaan gila dengan mendesak suaminya menikahi Ainan.

Demi tidak mahu menghampakan permintaan si isteri tersayang , demi kasih sayang bercampur simpati Ainan terhadap Adawiyah & demi menzahirkan keceriaan di hari2 terakhir seorang Adawiyah, maka bersatulah Ainan dan Nazim meskipun tanpa ikatan perasaan antara mereka.

Sementara di pihak Ainan, penyatuannya dgn Nazim tidak membawa sebarang perubahan. Dia sedar duduk dirinya dalam hati Nazim. Namun dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai isteri selain ikhlas berbakti kepada Adawiyah yg dianggap seperti kakak. Keikhlasan tersebut & keceriaan Ainan telah menjentik tangkai hati Nazim sehingga jatuh sayangnya kepada Ainan meskipun cintanya kepada Adawiyah tidak pernah luntur. Sehabis daya dia cuba berlaku adil kepada kedua2 isterinya.

Bahtera mana yg tidak dilanda gelora. Apabila Ainan disahkan mengandung, Adawiyahlah yang paling gembira sedangkan Ainan masih menganggap dirinya sekadar pihak ketiga dalam hubungan Nazim dan Adawiyah. Adawiyah pula memberikan ruang yg sepenuhnya kepada Nazim bersama Ainan sehinggakan menolak Nazim mendatanginya. Penolakan tersebut nyata membuat Nazim berjauh hati lantas tercetus kedinginan dlm hubungan mereka sehinggalah akhirnya Adawiyah menghembuskan nafas terakhirnya.
Nazim yg dibaluti rasa bersalah yang tidak terhingga atas kedinginan hubungan yg tercipta sebelum pemergian Adawiyah terus meratapi kehilangan isteri pertamanya sehingga mengabaikan isteri keduanya. Ainan merasakan dirinya tidak diperlukan lagi apabila tiada lagi Adawiyah untuk diurusi lantas membawa rajuk hati lantaran sikap Nazim yg tiada peduli.

Apakah nasib Ainan & bagaimanakah kehidupan Nazim setelah ketiadaan Adawiyah? Akan terleraikah ikatan pernikahan mereka? Apakah nasib bakal bayi mereka? Akankah Nazim kembali ke pangkuan keluarganya?

Sila dapatkan karya ini jika nak tahu kesudahannya, jika nak tau tentang erti pengorbanan & keikhlasan, jika sukakan kepelbagaian emosi di dalam satu naskhah.
Profile Image for Issofea Keisha.
45 reviews4 followers
December 10, 2014
Cik D kenapa awk buat saya nangis tersedu sedu huhuhuhu....tahniah kerana berjaya mnghsilkn novel yg meruntun jiwa. Semoga terus berkarya ya...❤️x tau nk komen ape dh...semua watak dlm novel ni punya kekuatan trsendiri...hebat...
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
January 6, 2015
Aku tidak akan pernah lupa siapa yang membawa cinta, kerana kedua-dua kamu memegang hatiku, kedua-dua kamu ratu hidupku ~ Nazim

Carilah bahagiamu. Aku sudah tidak mampu memberikannya dan aku hanya mahu melihat kau tersenyum seperti dahulu sebelum ajal menjemputku ~ Adawiyah

Aku hanya insan yang hadir selepas dia, tapi janganlah kau remukkan hati ini dengan bayangan dia kerana sesungguhnya aku tulus ikhlas menyayangi kalian berdua ~ Ainan

Tiada yang terkurang di dalam naskhah ini. Saya cuba menyelami dasar hati seorang Adawiyah yang telah putus asa dan tahu ajalnya akan hanya mengecewakan Nazim. Nazim yang selalu ada di sisi dari dahulu, suami yang sangat setia. Suami yang sanggup berkorban untuknya. Walau senyum Nazim masih seperti dahulu, hangat kasih yang tidak pernah berubah..Adawiyah mahu Nazim mencari hidup baru supaya derita pemergiannya tidak begitu ketara.

Tidak kira siapa “dia sebelum aku”, Ainan hanya mahu mengembalikan sinar kebahagiaan di mata Adawiyah. Tulusnya hati gadis ini, sanggup mengorbankan zaman gadisnya hanya untuk bergelar madu. Namun, bukankah madu itu ada manisnya ? Manis apabila madu saling menyayangi, manis apabila madu sama-sama berkongsi suami yang berusaha untuk berlaku adil dan manis apabila dapat membahagiakan Adawiyah dan Nazim. Melihat senyum Adiwayah dan mendengar gelak tawa Nazim sewaktu mereka bersama sudah cukup baginya.

Tatkala diusul untuk bernikah lagi, Nazim bersungguh menolak. Cintanya hanya pada Adawiyah. Namun dia mengajar hatinya untuk menerima Ainan, demi Adawiyah. Segala-galanya untuk Adawiyah. Cintanya terbahagi dua, sama rata. Adawiyah yang hadir dahulu membawa cinta namun Ainin yang hadir kemudian mengembalikan sinar kebahagiaan. Tidak ada istilah 1st wife, 2nd wife kerana pada Nazim kedua-duanya dia sayang, kedua-duanya dia cinta setulus jiwa raga.

Aduhai..mungkin betul perumpamaan ini. When someone else’s happiness is your happiness, that is the meaning of true love.

Cinta siapakah yang benar-benar ikhlas ? Ketiga-tiganya pada saya. Walau jasad terpisah dari nyawa, Adawiyah tetap insan yang menyatukan Nazim dan Ainan, dan bahagia di dalam hatinya di bawa hingga ke syurga. Dia tetap tersemat sebagai insan yang membawa cinta ke dalam hidup Nazim dan orang yang menghadirkan cinta ke hidup wanita selepasnya, iaitu Ainan.

Kalaulah ramai lagi lelaki seperti Nazim di luar sana...
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
March 28, 2015
Sebuah cerita yg sgt-sgt melankolik. Novel yg berendam air mata. Tapi tidak pada saya. Haha! Jiwa kental katanya. Rasa kesian dan simpati saya lebih tertumpah pada Adawiyah rasanya walaupun kadangkala rasa apa yg dia buat kat Nazim tu mcm menyakitkan hati. Tapi pada saya, kalau saya jadi Adawiyah pun, utk kebahagiaan suami , kena jugak dera perasaan diri sendiri. Ainan pula, dia seorg gadis yg menurut dan sentiasa mengalah. Sangat-sangat polos. Nazim pula? Hmm! Dia tersepit antara Adawiyah dan Ainan. Ohh complicated sgt hidup seorg yg bernama Nazim ni. Satu yg saya tak tahan ialah, bab2 awal yg Adawiyah suruh Nazim kahwin tu, masa tu saya rasa dialognya sepesen je. Maaf ya. Itu apa yg saya rasa. Tapi at the back, dah menarik dah. Tak puas sebab endingnya tak smbung sikit kisah bila Ainan bersalin. Apa-apa pun keep it up writer! :D All the best for your writing
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
December 27, 2014
yup mmg best..! masa mula2 nk bc.. mcm...hmmm... mcm xsggp je sbb cite bermadu2 kan.. tp pastu dh start bc..mmg xlepas! best! mmg sedey gak la.. memula sy xsabar bila lah isteri tua nk mati.. (kejamkan?!) tp bile die meninggal.. mak ai.. berjurai2 air mata!! huwaaaaaa!! sedey kot!
tp mmg novel ni best.. silelah bc.. xrugi!
28 reviews
December 30, 2014
kisah hidup ainan yg sedih sebab dia tak dpt sambung belajar ... masa2 mcm ni rasa diri sendiri beruntung sebab dpt sambung belajar

apepun..selamat berkarya lagi cik D ^_^
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 5, 2023
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih saya turutkan
Perumpamaan ini sesuai betul untuk Nazim Rais. Pada saya, satu dalam seribu kalau nak jumpa suami mithali macam Nazim.
Sebenarnya kan, saya paling tak suka baca novel yang ada poligami. Tapi naskhah ini terkecuali kerana situasi serta kepentingan yang berlainan buat saya teruja dengan plot yang unik ini.
Pada Nazim, cukup hanya ada Adawiyah, isteri yang sangat dicintainya setelah Nazim dihalau dari rumah oleh Dato’ Rizman dan Datin Mazni kerana enggan berkahwin dengan Rania, sepupunya.
Adawiyah pula seorang anak yatim piatu yang hanya ada suami tempat dia bergantung harap kerana sakit kanser yang dihidapinya.
Pertemuan tak sengaja Nazim dengan Ainan Saffia semasa menolong Ainan dari peragut telah merubah hidup Ainan. Mulanya Ainan ditugaskan menjaga keperluan Adawiyah. Siapa sangka permintaan terakhir Adawiyah agar Ainan menjadi madunya.
Nazim marah dan bantah permintaan Adawiyah namun alasan dan rajuk Adawiyah buat Nazim beralah dan terpaksa nikah juga dengan Ainan demi isteri tercinta.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita yang bertemakan kekeluargaan ini agak menarik, mengenali sebahagian makna hidup, pengorbanan dan kasih sayang.
Pembaca boleh menangis sama dengan luahan hati dan perasaan Nizam setiap kali dia dipulaukan Adawiyah apabila ingin dekati Adawiyah.
Cuma ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan.
Walaupun tak banyak watak namun cukup rempah ratusnya untuk hidupkan jalan cerita ini. Selain itu, bab Mak Biah dan Nisa sekodeng Ainan dan Nizam di kampung sangat mencuit hati saya.
Syabas Cik D untuk novel pertama ini!
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
September 5, 2017
"Letih!"

Tur jer la yg terlintas semasa nak review novel ni..

Permulaan hingga ke plot nampak tersusun cantik jln ceritanya. Nampak watak Ainan yg matang wpon gambaran usia masih muda dlm sekitar 20an lagi berbanding watak Nazim & Aadawiyah yg mungkin berusia 30an.

Tapi dari plot hingga penutup...
Semakin bosan..bosan..& bosan. Penulis bagaikan terkejar² utk menamatkan cerita.
Watak Ainan yg matang dh jd macam kanak² 2 thn jerrr. Adoiii hai, pembawakan baby ke??

Watak Nazim tak mengambarkan seorang ahli perniagaan yg berjaya pun, sepanjang pembacaan bagaikan seorang pekerja biasa jerrr.

Jln cerita setiap bab dah tak seiring. Dlm 1 bab ada macam² cerita yg tak tahu manakah pangkal & hujungnya?.

Cadangan kepada penulis, hadiri Bengkel penulisan & banyakkan membuat kajian serta banyak menimba ilmu penulisan dgn penulis² yg telah lama bertapak & juga yg berjaya bagi menghasilkan karya yg lebih bermutu.

**Maaf mungkin komen ini ada menguris perasaan, tapi ambillah positive ye stp yg di komen itu.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 13, 2015
ketebalan buku tidak menjamin cerita yang padat.. adakala terasa pernafasan sendat nak menghabiskan pembacaan yang tersekat-sekat.. idea yang dicetuskan memang agak menarik dan boleh dijadikan iktibar namun bila cerita yang digarap terlalu terperinci adakala ianya menjadi meleret dan meleweh buat pembaca jadi senget pembacaannya dan mungkin akan ada mula untuk melompat zebra kalaupun tak dapat nak lompat zirafah... keterperincian yang terlalu halus itulah yang boleh merudumkan semangat pembaca untuk membaca dan takut akan ada yang terus letak buku itu ke tepi dan takkan berpaling pada buku itu lagi... haha!!.. kan dah merepek nie...

kisah ainan yang menerima tawaran untuk menjaga adawiyah yang sakit kanser tahap empat. namun begitu melihat kepada keperibadian dan kebaikan ainan, adawiyah terus meminta agar nazim menikahi ainan dengan harapan dapat mengembalikan kegembiraan nazim yang dibuang keluarga kerana menikahinya. pada mulanya ainan tidak bersetuju dan nazim membantah keras kehendak isterinya namun setelah diasak banyak kali dan melihat kepada kemerosotan kesihatan adawiyah, maka mereka bersetuju dengan niat hanya mahu menggembirakan adawiyah. namun hati perasaan siapa yg dapat menjangka. sayang antara ainan dan nazim timbul dan setelah ainan mengandung adawiyah makin menjauhkan diri dari nazim. ainan menjalankan tugas menjaga adawiyah sesempurna mungkin dan dia amat menyayangi adawiyah namun sehingga akhir hayat adawiyah dia masih tidak dapat memujuk adawiyah untuk bercakap dengan suami mereka.. ada juga terselit kisah ibu nazim yang mahu menjodohkan nazim dengan rania walaupun tahu nazim telah bernikah dengan ainan. Hmm.... seterusnya.... adalah lagi konflik jiwa yang timbul....
65 reviews13 followers
May 23, 2016
Nazim words "Aku tidak akan pernah lupa siapa yang membawa cinta, kerana kedua-dua kamu memegang hatiku, kedua-dua kamu ratu hidupku" these shows the love he have for both of his wife.

When i was ask to purchase the book I was skeptical as it looks similar to cintaku 100% by Nozi, but nevertheless I still read it, yes the similarity is cervical cancer, asking to marry her husband, coming to be second wife staying in the same house, but there are some that CIK D have manage to get me interested....

Ainan to all after the death of Adawiyah keeps us on our nerves but maybe the writer put as such as she is young and without experience.

Keep on continue to write CIK D but don;t need the mussy lovey hero...

CIk D is my home state writer, thus she will always be in my heart dearly.

Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
May 18, 2015
permulaan yg sedih bila isteri nazim ada penyakit barah tahap 4..isteri dia mintak kawen ngan ainan ..ainan yg baik ht,.mengikut saja...cuma ainan jenis mudah berprasangka tak elok pada nazim..geram gak rasa..pdhl nazim tu syg giler kt dia..
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 21, 2016
Cerita yang bagus but I still hate polygamy even if the husband is fair in treatment. Walaupun halal tapi tak digalakkan.

Hati isteri2 dab suami hanya Allah saja yang tahu. Cinta pertama dan terakhir..aduhai...sedihnya.

..
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.