Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya.
Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan.
“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Sufyan “Saya dah serik dengan awak.” – Izyan
Memang Izyan serik. Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali. Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. Izyan yang tidak mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Apatah lagi, dia sudah punya seseorang yang lebih baik dari Raif.
Tapi masalahnya, kenapa rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa saat bertemu Raif? Adakah cintanya pada Raif masih bersisa? Siapakah yang akan dipilih Izyan? Si duda yang sering buat jantung dia tidak tentu hala rasa atau si teruna yang sayangkan dia separuh mati?
Saya suka juga lah kisah ini, walaupun ada beberapa perkara yg agak menganggu.
1.Tajuk,tajuknya yg agak *segan nak angkut buku di tempat2 awam 2.Sepertimana tajuknya sebegitulah kisahnya.selepas 3 tahun Raif muncul kembali dgn misi memujuk Izyan yg dtinggalkan dgn tanda tanya,mengapa dia diceraikan.Teknik imbas kembali tidak menganggu pembacaan cuma penulis seolah-olah lupa dgn perincian watak terutama karakter Raif. 3.Permulaan agak meleret tapi dihujung-hujung tu mcm2 perasaan timbul selagi tak abis baca tak senang duduk plak.
Secara keseluruhan ermm sayanglah kisah ni mcm boleh jadi lebih baik tapi ada ssuatu yg hilang disini.
Sejujurnya, saya sangat sakit hati dengan sikap Izyan. Sikap Izyan ni bukan lagi perengus, dia juga cepat melatah, mudah terasa, melenting, kalau tak meninggi suara dia akan terjerit2 bila tak suka, tak kira di mana dia berada dan boleh dikatakan for a 26 yrs old, dia kurang matang dlm menguruskan her personal life.
Saya tabik spring kat Mira yang berani menasihati Izyan tentang Zahin..dan saya suka juga sikap Zana yg berani mengaku perasaannya terhadap Zahin ke Izyan walaupun berbohong pada awalnya. Unlike Izyan yg selalu berdalih jadi bukan salah Zana kalau dia dianggap perampas. Cuma bila dia sebut pasal keluarga itu je buat saya sedikit tersinggung. Other than that, Zana is fine. Zahin pula dah terang lagi bersuluh sebenarnya dia lebih mencintai Zana dan perasaannya terhadap Izyan adalah lebih kepada ingin memiliki semata2 not love. Mungkin sebab Izyan ni cantik or jelita seperti yg diperkatakan berkali2 di dlm novel ini.
Orang kata tak suka cakap biar jelas. Ini tidak. She kept leading Zahin on. Nasib baik Raif ni masih sayangkan Izyan, kalau tak dah lama dah dia biarkan 'si kepala batu' tu bersenggama dengan Zahin dalam keadaan khayal. Kalau benar terjadi she deserved it. Bila orang tegur marah.
Raif, dalam niat melindungi tanpa sengaja dia mendera emosi isterinya. Ya, dia tersangat ego dan sinis..kerap melaser..walaupun persaannya terhadap isterinya masih kabur (nafsu or love), dia masih bertanggungjawab. Setiap kali Izyan bertanya bukan dia tak beri penjelasan cuma Izyan yg tak faham dan mudah terasa. Akhirnya, for the lack of understanding ia bawa kepada kemusnahan rumahtangga mereka. Punca penceraian mmg tak logik bagi kita tapi mungkin pada orang yg ingin hidup senang takkan boleh terima. So sebelum ditinggalkan Raif mengambil keputusan untuk meninggalkan agar Izyan bebas dari dibelunggu masalah kewangan yg dihadapi Raif dan mencari kebahagiannya sendiri. Raif terlupa bahawa Izyan sebatang kara yg dah biasa dengan hidup serba kekurangan dan boleh berdiri di atas kaki sendiri.
Dia mengambil masa 3 tahun sebelum hunt her down nak pujuk hati Izyan. Why 3 yrs? Mungkin sebab biz. Nak bankrupt seminit je dah boleh, nak bangunkan biz makan tahun. Bila dia dah stabil, dia cari Izyan untu memberi penjelasan, Izyan mengelak dan marah tak mahu dengar, bila Raif rasa tak bersedia lagi dia memaksa..begitulah hampir ke penghujung cerita. Izyan betul2 mendera perasan Raif..lucky demi merebut balik cinta Izyan Raif bertukar watak menjadi sabar..tapi biasalah si Izyan ni dah tahu kebenaran masih bongkak dan ego sebab dia tak yakin dengan cinta Raif terhadap dirinya..she wants to be swept off her feet agaknya..
Raif, Mira dan Zahin tak pernah anggap diri dia bodoh. Mungkin selepas ditindas dia terlalu menjaga hati sendiri. Jadi bila orang mengatakan sesuatu dia terasa dan akan ulang ayat Awak ingat saya ni bodoh ke?
YA!!! AWAK SEORANG YANG BODOH, BUTA HATI, IZYAN!
Kalau takde orang nak cakap biar saya je yang cakap bukan Izyan tahu..hehehe. Banyak perkataan ulangkan..saya pun tak tahu nak guna perkataan lain.
Kesian juga lah dengan Izyan, kerana marah dan rasa tidak puas hati yg masih berbekas oleh kisah lama, segala apa yg dilafazkan atau tindakan yg dia ambil nampak tidak wajar. People like Raif can cause a smart person feeling dense and leave them with a sense of being useless or inferior. Make them or break them.
Memang sesuai pun. Apa kita dapat bila baca buku ni:-
1~ Izyan dan Raif ni kahwin muda. Raif ni ego dan sombong. Yang dia tahu kalau suka terus kahwin. Bagus juga kahwin muda ni. Cuma terlalu ego sangat payahla. 2~ Cara Raif sayang Izyan ni lain sikit. Pelik pun ada. Suka sendir dan apa yang Izyan buat semua dia bidas dengan kata yang berbisa pada telinga dan hati Izyan. Patutla Izyan makan hati berulam jantung. 3~ Akhirnya perkahwinan mereka tak sampai setahun. 5 bulan sahaja bertahan. Pastu Izyan diceraikan tanpa sebab yang munasabah. 4~ 3 tahun berlalu. Raif kembali mencari dan menjejaki Izyan semula. Misi dia hanya satu. Nak jadikan Izyan isteri dia kembali. Kat sini kita boleh lihat macam-macam cara yang Raif guna untuk tawan hati Izyan. Tapi sayangnya. Hati Izyan dah beku. Izyan yang sekarang bukanlah yang dahulu. 5~ Baru kau tahu Raif. Nak dapatkan sekeping hati Izyan cukup payah sekarang. Tambah pula kena bersaing dengan Zahin. Bos tempat kerja baru Izyan. Zahin ni dah lama suka dekat Izyan. 6~ Kisah Zana, kawan baik merangkap kaean satu rumah yang boleh dikatakan kawan makan kawan. 7~ Zahin dengan perangai dia yang menyampah pula tengok. Tamak. Gedik. Mama Zahin yang tak suka janda. 8~ Umi dan Ayah bekas mertua Izyan yang sporting dan baik hati. 9~ Mira dan Syafiq kawan yang Terbaik.
*Nak tahu kisah keseluruhannya. Dapatkan buku ni. Yang pasti gelagat Raif,Izyan,Zahin dan Zana. Buat kita rasa macam-macam dalam naskah ni. *Tahniah buak Kak Sofi untuk buku terbarunya. p/s:- baru tahu kenapa cover buku tu ada lelaki pakai tali leher.
Apa yang saya saya suka... mmg Kak Sofi pandai bermain dengan perasaan saya. Rasa sedih, rasa marah... rasa nak menjerit kuat2. Cara flash back pun sangat menarik... selalunya saya sgt tak suka baca cerita flash back ni.. spoil pasal dah tahu apa nak jadi. Tapi kak Sofi berjaya bawak saya lari dari semua tu. Tapi... Geram gila dengan Raif... rasa mcm nak ambil buku tu baling kat dia.. Boleh?
Congrats Kak Sofi.. mmg karya yang patut ada pada semua peminat kak Ana Sofiya.
Seyesly lepas baca rasa nak duku jer Mr. ngan Mrs. Raif nie. Depa nie kena hantar pi kelas komunikasi. Kalu tidak, Failed! Hehe... Both x faham each other, tp at the end, bila dah talak, br nak sedar. Huhuhu...
Si Zahin tue lagi sekian hal. Bukan takat sengal, kelabu asap, benggong, aptb!!!! Aduhai... Dlm lurus pun ada bodohnyer. Xde pekdah wei member nak jd yg ke2 ke3 ke4 if dia blh sentiasa jadi yg pertama dan the only 1. Oleh itu, masuk kete tulun. Masuk gear reverse and please back off. Hahaha
Zana and mira. Mcm yin yang. Sorang putih seorang lagi gelap. Yg gelap tue mmg senantiasala ku akan sakit hati. Even member ok, nie yg jembaca x bape nak okey. Uhuks. Menyampah!!!
Cerita ni paling ditunggu. Keluar tak silap masa tengah SPM or habis SPM macam tulah. Last baru dapat.
I like cerita pujuk memujuk. hehehe... Lagipon I rasa Raif sangat sweet masa pujuk Izyan. Cuma Izyan sangat keras hati nak terima Raif semula. But ending happy.
Ni karya kak Sofi yang kedua yang saya dah baca after Tiada Yang Lain. Yang itu sedih, yang ini more catchy & nakal. Takde konflik berat.
Boleh cuba baca. Lain orang Lain citarasa. But for me this novel best!
Suka cerita ni! It suits the title so well. I love watak zahin. Kerana wataknya berjaya membuatkan saya rasa sangat meluat! Hehe bengang sangat lah dia tu and soooo tamak! Haha dan pemikirannya tak matang. Terbayang watak raif tu dengan pelakon zul ariffin!
KPJ dari kak sofi @ ana sofiya…citer yg pd saya menarik dan ada kelainan juga! Yalah ..dorang dah berpisah 3 thn ... kemudian baru en ex galak nak pikat balik pn ex…alahai…haru betul!
Mmg ada pengajarannya dlm citer ni ..kisahnya Raif berkahwin krn dah suka walau usia masih muda! Tak kisah pun kahwin muda ni tp kenalah betulkan niat! Tp raif ni mcm longgar rasa kasihnya..mcm tak bersungguh … layanan pun tak mesra mana…semua itu buat Izyan tersinggung dan mkn hati sendiri!
Sudahnya berpisah jua Raif dan Izyan.... dan selepas 3 thn, Raif dgn semangat dan yakin mahu mendapatkan Izyan semula! Wohooo…tidak semudah itu ya Raif…Izyan sudah tersakiti jiwanya! Bermulalah usaha gigih Raif menarik perhatian dan menambat jiwa Izyan!
Hadirnya Zahin mengugat yakin Raif…Zana si talam dua muka juga berjaya melengahkan Izyan utk membuka peluang lagi kpd Raif!
Tapi klu jodoh tidak kemana kan? Bahagia sesudah derita…itulah akhir mereka… dan rupanya ada rahsia kenapa Raif menceraikan Izyan kala rumahtangga mereka berusia 5 bln sahaja! Oowhhh Raif…mmg teruk la dia ni..cuba terus – terang tak la Izyan fikir mcm2..tak la sampai bercerai..tapi klu tak bercerai tak adalah pulak tajuk buku ni KU PIKAT JANDAKU! Kan? Kan?
Keseluruhan? Citer yg menarik dan saya puas membacanya! Karya kak sofi tdk pernah menghampakan saya! Ttp sokong dan sukakan hasil tgn kak sofi! Insyaallah..
mmg bersungguh raif nk pikat janda dia ni cerita ni x meleret TAPI kan ... asalkn lmbt sgt raif dgn izyan ni berbaik ... raif ceraikn izyan sbb dia muflis. adakah blh diterima ? maybe lah kot . sya ingatkn raif ni dulu ada penyakit sbb tu dia ceraikn izyan. skrg dah sembuh baru cari izyan. mungkin juga penulis lupa or sengaja x bgi jawapan knp lps 3 thn bru raif cari izyan .. soalan ni memang buat pembaca tertanya-tanya ..
zahin ni ank mak. adoi lah .. mak nk dia kahwin dgn zara tpi hati kt izyan. at the same time dia ada hati "sikit" dkt zara. nak zara nak juga izyan .. tamak !!
Cerita diantara Izyan dan juga Raif. I suka watak Raif yang betul2 nak memikat Izyan tetapi I betul2 sakit hati dengan Zahin yang sangat bengang dan terlalu mengikut nafsu. Overall not bad dan santai untuk dibaca.
kisah duda janda yang menarik jugak. si perempuan yang bersifat polos dengan lelaki yang bersifat ego. bila ego yang keterlaluan menyebabkan si polos jadi mangsa... setelah 3 tahun berlalu, raif muncul kembali dalam hidup izyan tetapi dalam versi yang cukup berbeza. dalam masa yang sama izyan mula rapat dengan zahin. kenangan amat pahit membuatkan izyan membutakan hati dengan semua perubahan terhadap diri raif. sifat zahin yang amat kontra menyebabkan izyan menerima zahin. ini membuatkan raif menukar strategi dalam memikat izyan.. apakah strateginya?.. berjayakah raif?
susunan plot cerita yang memang menarik. flashback menguatkan jalan cerita. bahasa takdelah berbunga mana tapi masih dapat menarik perhatian pembaca.. yang suka buku genre macam nilah.. hehe.. yang tak suka, abaikan lah ya... tapi, ada pengajarannya... jangan ego sombong leh tak?.. hehe....
selepas membaca suami sebelah rumah, saye berkobar2 membeli ku pikat jandaku dan tiada yang lain.
Sungguh. saya tak berapa suka buku ni. Sy baca langkau2.
Banyak pertanyaan tidak dijawab.
KENAPA, si suami mengambil masa yang lama untuk memujuk jandanya? KENAPA, si dia tidak berterus terang kepada si isteri tentang masalahya? KENAPA, si janda terima kembali si duda dengan begitu saja? dan mcm2 kenapa lagilah. Cara tulisan dan gaya percakapan pun saya tak suka. hmmm
aduh. sori kak ana. saya sukakan buku kak ana yg suami sebelah rumah but not this book.
I just love rafi!!! hahah...hmmm..I guess penulis cuba tonjolkan that communication playing major part in marriage..because of lack of communication la marriage banyak fail..yup..tapi si rafi ni pun extreme betul!! muflis n terus ceraikan bini sebab xnak susahkan bini..grrrr...tapi in real world yg penuh materialistic people ni tak mustahil benda ni berlaku yer dak? ?
tentang buku ni ... kisah yg buat saya geram kat watak Raif. kenapa ? sebab dia buat keputusan sendiri ikut suka hati jiwa dia aje ... bila Raif berubah saya mula rasa annoying pulak.. haha
apepun .. cerita yg menarik tahniah utk cik penulis ^_^
sinopsis best,.tp bila baca,.tak berapa nk best sgt...izyan yg mudah percaya kat zahin..walhal,.dh nmpk perangai zahin yg over..nak kawen ramai2..izyan nak,.yg mak dia kenenkan pun nak..tamak haloba..
buku yg agak menarik juga dan masih mampu membuat saya tidak berhenti menyelak.. jalan ceritanya santai x berat sangat.. cuma nak tunggu klimaks tu lambat sgt.. tapi pengakhirannya sy suka..