Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapten Jane: Bintang Langit Malam

Rate this book
“Cukuplah kau ada sebagai penguat semangat aku…” – Raef Aarfan.

"Kau sayap aku yang baru…” – Aysannur.

Seorang langit. Seorang lagi laut. Bila dua dunia ni bertembung, tiba-tiba hati pula yang tak ikut SOP.

Kapten Aysannur bukan calang-calang wanita. Juruterbang pejuang, tegas, dominan, dan keras kepala—semua sebab dia belajar untuk jadi kuat sejak kecil. Tapi kuat macam mana pun, bila impiannya ke pasukan elit bentala digagalkan oleh seorang tentera laut, dia hilang sabar.

Lelaki itu?
“By the way, aku Tazan—my call sign.” - Raef
“Tarzan? Yang bergayut atas pokok tu?”- Aysannur

Itulah Left. Komander Raef Aarfan—lawan jadi tunang, tunang jadi teka-teki. Aysa tak pernah rancang nak jatuh cinta, tapi takdir tak pernah minta izin.

Antara operasi rahsia, latihan bersama dan satu insiden cemas di Kepulauan Natuna… Aysa mula melihat sisi Raef yang dia tak sangka ada. Lembut di balik tegas. Setia di balik selamba.

“Aysannur, sudikah kau permudahkan urusan kita… dan validkan rasa aku?” - Raef

Tapi cinta bukan senang bila masing-masing bertugas demi negara. Bila Aysa dipanggil ke Lubnan dan Raef pula dihantar ke medan, mereka diuji sekali lagi, antara tanggungjawab dan rasa, antara laut dan langit.

Ini bukan sekadar cerita cinta tentera. Ini tentang dua insan yang belajar menerima, melepaskan dan memilih untuk tetap kembali… kepada satu sama lain.

528 pages, Paperback

First published June 1, 2025

3 people are currently reading
50 people want to read

About the author

Rey Amane

2 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (50%)
4 stars
23 (38%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
October 14, 2025
3.5 ⭐️

Tahniah untuk penulis di atas debut pertama. Sedap dibaca penulisannya tak rasa kekok untuk novel pertama. Tapi.. mungkinlah sebab sebelum ni I dah baca 3 buku full action & hanya ada sikit romance berturut-turut and bila baca cerita yang romance lebih menguasai dari aksi I agak lambat sikit nak on ‘enjin’ tu dan rasa agak ‘lambat’ plotnya nak bergerak. Graf bacaan I hanya naik semasa Raef & Aysa terperangkap di Pulau Natuna Besar. Banyak juga details berkenaan cara handle pesawat.

Untuk perwatakan Aysa, I selalu nampak yang Aysa kalau bercakap tu tak sepadan dengan apa yang dia praktikkan.
Contoh, Raef nasihat jangan bertindak ikut emosi tapi Aysa brush off cakap dia tak emosi pun tapi diteruskan panjang lebar bercakap dengan penuh emosi 🤣

‘Dekat kem jangan campur aduk hal personal.’ - Aysa

Tapi dia juga yang selalu campur adukkan. I mean kalau nak keep profesional tu kalau dah berjumpa buatla cara yang sepatutnya. Dah pula kalau Si Raef tu pangkat lagi tinggi (not to be misogynist here). Bukan ke kena lagi hormat tapi lagi sinis cara bercakap adalah. Sikit-sikit nak marah. Apa nak dimarah sangat tu I pun heran (lainlah awal bab tu bila ada salah faham sikit tapi itu pun ada salah Aysa juga kan?). Dan I agak kurang senang dengan sikap Aysa yang ego, baran tak bertempat, agak biadap dan semua orang kena faham dia due to trust issues & childhood trauma yang Aysa hadapi. Namun, pendirian seorang Aysa tetaplah saya bangga. Tak gentar & bila bertindak tu memang berani matilah. Aysa patut bersyukur ada Zaitun & Ah Wei untuk bangunkan Aysa dari terus tenggelam dengan fikiran ‘me, me & me only’. Tapi, nasib baiklah ada development untuk character Aysa kalau tak memang I bagi criminal side eyes sampai endinglah.

Untuk Raef, saya agak bersetuju dengan satu review yang mengatakan cara Raef bercakap tu tak mengambarkan seseorang yang berumur seperti 32 tahun. Dan, kadang-kadang tu rasa macam agak ‘soft’, ekk macam mana ehh nak explain tapi macam itulahh apa yang I rasa. Maybe sebab Raef digambarkan seorang gentleman tapi bila bercakap macam agak ‘soft’ & macam kebudakkan sikit. Tapi I tabiklah dekat Raef boleh ada rasa bersabar yang maha tinggi dengan perangai Aysa. I kalau jumpa orang yang baran tak bertempat ni memang tak cakap banyak, bye bye je lah.

Overall, as a debut novel, you did great Author!

p/s - Sebenarnya saya rasa lagi bersemangat nak tahu kesudahan kisah Ayah & Ibu Aysa serta Ibu Zaitun (so sorry I terlupa nama dorang). Macam lagi menarik untuk dikembangkan.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 28, 2025
trope(s) — hate to love, strong MC, found family, arrange engagement, reverse grumpy x sunshine, slowburn build up, woman empowerment, their mothers are bestfriend.

📝 Sebuah kisah tentang dua anggota tentera dari langit dan laut, yang dipertemukan antara misi, tanggungjawab, dan hubungan yang telah diatur. Cerita ini mainly pasal Aysa, perjuangannya dan tanggungjawab sebagai anak, sebagai tentera, dan sebagai wanita dalam dunia seragam.

watak — Jane dan Tazan 🦁🌳 im obsessed with this duo dynamic my parents your honour!!

Kapten Aysannur — our ironlady, airforce pilot aka singa jadian. Dekat kem dia lain memang garang and bold habis, dekat rumah terus jadi perempuan melayu terakhir sampai Raef panggil dia ada split personality tapi tengoklah siapa yang head over heels dengan singa ni🤣 Anak sulung yang keras dan egonya tinggi, sangat sukar untuk didekati. The way her character is described is so well written and consistent. the grudge she kept about her father tapi dalam masa yang sama ayah dialah idola dan inspirasi dalam dia meneruskan perjuangan sebagai tentera. Pendirian Aysa patut dikagumi, aspire to be her cause this woman right here deserves my respect😮‍💨✊🏻 bila kahwin dia tunjuk sisi lemah dia depan Raef tu i sekali sebak eiii comel tau kapten sorang ni sebenarnya🥹

Leftenan Komander Raef Aarfan — navy with call sign Tazan. Real mans dont give hints, they man up. i love when Raef terus terang cakap dia suka Aysa nak kenal Aysa walaupon Aysa banyak kali tolak tapi dia tak give up ya! i suka gila bila Raef is aware how strong Aysa as a woman and daughter, he doesn’t try to outshine Aysa but he matches her and I LOVE HIM for that!!😮‍💨 penulis sangat bijak menulis watak Raef even bukan kisah tentang dia sbb ni mainly about Kapten Jane, tapi kehadiran dan tindakan Raef honestly beri kesan yang besar dalam perjalanan emosi Aysa. Bagi I Raef bukan sekadar Aysa's love interest, tapi turning point yang bermakna jugak.

Raef indeed a walking forest! Rada je ayat mengayat dan mengusik Raef bagi🤣 love his words affirmation and how he always adore Aysa. the way he describe Aysa macam bintang waktu langit malam sangat on point! Bayangkan Aysa maki ke tumbuk or reject dia tapi dia anggap Aysa sangat menawan HAHAHAHA HES SO DOWN BAD I CANT DEFEND THIS MAN😭

plot — oh to love every single chapter, langsung takde bab yang bosan untuk baca, seimbang action dan romance also the mystery about why Aysa despise her father so much. nilai kekeluargaan, berdamai dengan takdir, and the build up of how Aysa berdamai dengan diri sendiri, buka ruang untuk diri sendiri hugs Aysa🥹🤍 the execution pasal Aysa ni buat kita sangat faham dengan setiap tindakan dia. and lets talk about how domestic all the dialogues in this book lurve gilaa! it was realistic especially conversation and relationship Aysa dengan adik dia, Zaitun. i love their sisterhood so much🥹🤍 kudos kepada penulis dengan latar military yang sangat details dan langsung tak nampak tryhard or over-exegerrated. segala jargon dan SOP yang buat saya amaze betapa banyak ilmu yang penulis ada.

the line when Raef said:

"Dan walaupun seseorang wanita itu opinionated dan independent, itu bukanlah kekurangan dia. Dia cuma melindungi diri sendiri dengan cara yang tersendiri. So, pasangan dia kenalah man up, opinionated ten times more! Sebab tu abang tak pernah putus asa. Kalau tak, susah nak tame, lagi-lagi singa macam sayang ni. Kan?"

CHEFKITHSSS A REAL MAN HERE!

this doesnt feels like a debut helllooo HIGHLY RECOMMENDED THIS BOOK BECOME ONE OF MY BEST READ THIS YEAR🫶🏻
Profile Image for Mslvoe.
2,075 reviews200 followers
May 29, 2025
4.8 stars

Thanks pada manusia-baik yang hantar buku ni tanpa note. Tercari² jugak dalam plastic tu, kotlah salah hantar tapi nama memang betul nama saya... terima kasih sekali lagi

Aysa digambarkan seorang wanita yang kasar, keras kepala, ego & panas baran. Dikenali as singa dikalangan² tentera dimarkasnya.

Disebabkan sikap panas baran dan menumbuk seorang bentala laut, Aysa ditukarkan ke skuad lain.

Membara hatinya tidak dapat join bentala. Masa baca naskah ini 2x pengawai mentioned tentang ayahnya Mejar Arwan.

Tertanya² F apa yang terjadi pada Mejar Arwan? Kenapa Aysa yang sayang ayahnya boleh berubah hati bila ayahnya khianati Aysa dan umi.

Raef, handsome anak orang kaya boleh lak suka Aysa yang keras kepala ni. Sebenarnya dah lama mereka bertemu tapi tak sedekat ini. Raef ni la yang Aysa tumbuk tu.

Tak sangka ibu² mereka kenal satu sama lain. F suka sikap mama Raef.. humble dan kelakar. Sweet pulak scene dalam kereta tu bila mama bersama dengan Raef. Kita boleh jangkalah Raef ikut sikap siapa.

Bukan senang nak tackle Asya. Raef tak putus asa.. mula² as kawan.. then kawan kongsi masalah.

Asya bukan tak suka Raef. Dia sebagai anak sulung tanggungjawab dia menjaga Atun dan umi. Dan satu lagi Aysa rasa tak sekufu lantaran family Aysa ada masalah yang dia cuba lindungi.

Umi nak satukan Aysa dan Raef. Aysa taknak, tak habis² setkan kepala "sebab umi". Tapi bila dah jadi tunang ada rama² dalam perut dok menari² bila tengok Raef.

F suka relationship Aysa dan Raef. Sorang degil panas baran, sorang lagi happy go lucky, sweet² suka senyum. Raef ni memang senget orangnya.

Aysa ni memang jual mahal. 3x Raef beri hint, last² Raef buat keras. F rasa incident mereka berada di pulau Natura la yang mengukuhkan lagi rasa cinta Aysa pada Raef.

Diaorang kahwin. Sekeras² hati Aysa tu ada jugak lembut bila suami pergi operasi & diam berbulan²... rasa rindu.. mudah nangis. F suka kalau dipanjangkan lagi moment tentang diaorang ni. Tak cukup lak rasa

Korang cubalah naskah dari penulis ni. Her style of writing pun smooth. Nanti ada cerita tentang apa yang ayah, umi dan diri atun lalui.

F teringat ayat Raef "seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan untuk melindungi secara sah." Cuma itulah F tak boleh terima or susah nak terima bila ujian itu datang. Pengorbanan umi terhadap suaminya dan Atun sangat hebat.

Scene adik-beradik arwah Mejar Arwan tu macam takda closure. Dapat ke balik geran tanah yang Faizal tu curi? Apa jadi kat keluarga itu?

Scene pegawai wanita tengking Aysa pun F tak berapa suka. Kenapa kaitkan dengan Mejar Arwan? Kenapa biarkan pegawai wanita tu bicara? Sebab F rasa pegawai tu marah guna emosi.. tak professional.
Profile Image for chelsannereads.
179 reviews3 followers
July 30, 2025
NOVEL KAPTEN JANE : BINTANG LANGIT MALAM BY REY AMANE

Genre : Romance + Action
Trope : FL Air force pilot + ML Navy
Pages: 538
Rating: 4.5/5 🌟

Sedikit sinopsis tentang buku ni seorang langit, seorang lagi laut. Bila dunia bertembung ada je yang digaduhkan. Si Raeff pula suka mengusik malah si Aysannur pula garang sampai diberi gelaran singa jadian. Pertemuan pertama mereka tak seindah pasangan yang lain. Baru jumpa raeff tumbuk aysa, aysa tumbuk raef balik. Itupun sebab raef tak tahu yang aysa ni perempuan. 🤣 Lepas tahu tu terus dari situ raef terus mengusik si aysa ni.. usik punya usik hati pula terpaut pada si gadis.. sampailah satu insiden cemas berlaku dimana helicopter yang dinaiki oleh mereka terhempas di lautan berdekatan Kepulauan Natuna... Disitu hati dan perasaan mereka diuji..

My thoughts ✨

I like this book ✨ kalau korang suka watak FL yang tak lemah dan kuat melawan, read this book! This book is for you. Aysa ni anak sulung and dalam buku ni penulis cuba potray watak anak sulung yang banyak berkorban dan banyak tanggungjawab. Aysa banyak benda yang dia pendam. Nampak tegas di luar tapi dalamannya rapuh. Muncul pula Raef si ML yang suka bercakap and mengusik si aysa memang asyik gaduh ja lah kalau berjumpa.. Raef ni memang mulut manis lepastu green flag 💚 pula tu😩 cara dia mengorat si aysa ni hahahah lawak plus sweet 🤍 if you need something light to read right now you should pick this book🙈 this book will boost your mood back untuk teruskan membaca 😜 Ending novel ni ok je for me tapi bila dah habis baca tu rasa macam.. eh, ini je ke? Hahahaha I have no more words to describe what I felt while reading this book🥺💕 yang penting korang kena beli buku ni for light reading best sangat²😍
1 review1 follower
May 30, 2025
Alhamdulillah already read. What can I say u must read this book coz, it's different from another book I've been read. The action, the plot, the character, the scene overall is perfect. I love the way the main character not to easy fall in love and they get through advanterous journey together. Get this book and try to read. U will feel the adventure..not only romance purpose. The story telling u about being brave and empower.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
July 12, 2025
Best laa cerita nie.. more to action.. part romance tu sket² ajee..

Aysa ni tentera udara.. die orang nye kasar, ego.. di panggil singa oleh rakan² yg lain..

Terjumpe ngn Raef - (tentera laut) di tmpt latihan.. dri jdi musuh ke tunang.. mak dorg berkawan baik.. dan mak Raef mmg suka ngn Aysa nie..

Raef mule² tk percaya ngn Aysa sbb kt tmpt keje Aysa watak nye lain, bile kt lua watak die nmpk lembut.. mmg laa Raef suke..

Lepas dorg tunang Aysa down.. dan die buat keputusan utk putus.. mmg mak Raef dan Raef sendiri tk nk putus..

Satu kejadian melibat kn Aysa, Raef, Bob dan Deniz terdampar kt pantai Naruna.. dri situ Aysa dan Raef rapat..

Lepas dorg kawin, masing² sibuk ngn kerja sampai tk jumpe berbulan..

I think i need more of Aysa dan Raef..
Profile Image for Zafrishasy.
24 reviews3 followers
November 15, 2025
Kapten Jane

📚 𝖪𝖺𝗉𝗍𝖾𝗇 𝖩𝖺𝗇𝖾
🖋️ @reywrites_

“𝘾𝙪𝙠𝙪𝙥𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙖𝙠𝙪…”

Takdir menemukan Kapten Jane dan Tazan di sebuah medan pertarungan. Nyawa menjadi taruhan, cinta menjadi batasan. Adakala rindu datang menyapa, namun pantas ditepis jiwa. Adakala bicara manis membuahkan rasa, namun si kental hati tidak pernah terleka.

“𝙆𝙖𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙥 𝙖𝙠𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙧𝙪…”

-

Dek sikap baran Aysanur, dia sekali lagi gagal menjadi anggota Bentala Udara selepas membelasah Left. Komandon Raef semasa latihan. Hidupnya selama ini hanya berpusat pada langit, perlahan lahan berpusing apabila Raef mula muncul dalam hidupnya.

Kisah tentang tentera udara dan tentera laut yang penuh dengan aksi dan cinta ini, membuatkan aku tak senang duduk, dan leka membaca. Pergaduhan demi pergaduhan, aksi demi aksi, perlahan-lahan menimbulkan rasa cinta dalam jiwa Raef Aarfan. Suka benar bila mereka bergaduh tak kira masa. Sikap lembut Raef, sikap keras kepala Aysanur😇

Tapi, Aysanur ni dahlah garang, agak baran pulak tu. Berbeza pula dengan karakternya sewaktu di rumah yang membuatkan Raef kenal sisi lain seorang Kapten Jane. Begitu jugalah sebaliknya. Sisi lain Raef yang Aysanur tak pernah jangkakan.

Bahagian yang agak sedih adalah sewaktu kebenaran tentang adik Aysanur sendiri dengan ayahnya. Walau sebenci mana Aysanur pada lelaki itu, tidak dapat dia nafikan, cintanya pada langit, adalah kerana ayahnya. Background story of Raef sendiri pun, agak sedih sebenarnya🥲

Bahagian akhir cerita selepas mereka berkahwin tu - adalah part paling fav😝sukalah watak Aysanur yang sebenarnya manja, dan mulut manis Raef dari awal. Siapa suruh tinggalkan isteri selepas sehari berkahwin. Dah kena tinggal lama dengan Aysanur🤣

Kudos to penulis sebab tulis cerita ini dengan jayanya. Tidak hanya pada cinta, tapi juga pada aksi-aksinya. Sedap gaya penulisan, dan plot penceritaannya. Rasanya ini buku debut penulis, tapi dah berjaya tulis buku sesedap ini🫶🏻

Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke-68. Semoga merdeka ini menjadi hari terindah untuk dikenang, dan segala jasa-jasa pejuang tanah air tidak pernah dilupakan🫡🇲🇾

#zafreads
2 reviews1 follower
June 1, 2025
Best sngt cerita ni.siapa yg minat action+romance yg seimbang boleh baca cerita ni. 50% action + romance 40% + comedy 10%.tak menyesal saya grab.terima kasih Karya Seni terbitkan cerita ni.mamat ni green flag.

Kisah Aysan aka Kapten Jane , anak sulung dari 2 beradik.Di rumah dia lain,di kem lain.tempat kerja dia digelar singa jadian.haha.di rumah dia anak yg baik.semua yg dia buat demi umi.ada sebab dia jadi mcm tu.

Raef aka Leftenan Komander Raef atau dalam misi digelar Tazan.pertemuan pertama,dlm latihan unit khas dengan satu tumbukan di muka.Mereka ni suka berlawan.

Banyak kali terjumpa,buatkan Left.Komander tersuka tanpa sengaja.mula lah jadi mat jiwang bak kata Kapten Jane.Abang Bentala suka sungguh mengusik cik adik singa...cik adik ni tak suka abang Bentala.tak pernah putus asa abang Bentala mengorat dia.

Mcm sinopsis dibuku,mereka bertunang.macam mana boleh terjadi,kena baca lah...dlm tempoh bertunang,macam2 terjadi.paling saya suka,mereka terkandas di satu pulau.bukan berdua,bersama rakan kerja sekali.disebabkan anak buah lain tercedera,mereka berdua perlu cari pertolongan.dkt sinilah mereka kerjasama dlm menyelamatkan nyawa.sapa minat dots boleh beli cerita ni.tapi tak dak lah scene mcm dots tu.cuma ala2 je.

Cerita ni tiada org ketiga or keempat.cerita pasal struggle hidup masing2.jadi saya suka lagi cerita mcm ni.dapatkan Leftenan Komander Raef pecahkan tembok yg dibina Kapten Jane ?

I give 10/10.nak tau lebih lanjut belilah buku ni.hehe.jln cerita tak pernah bosan bagi setiap bab.tolonglah beli buku penulis ni.takkan saya sorang je jadi fans abang Bentala dan adik Singa Jadian ni.happy ending.

Tahniah author utk karya sulong ini.tak menyesal baca karya author.semoga buku author mendapat sambutan dan dikenali ramai.
1 review
June 3, 2025
Pertamanya, sy nak ucapkan tahniah kpd penulis Rey Amane. Tahniah kerana sudah menghasilkan karya military yang logik dan berasas.

Sebuah cerita yang penuh dgn pengtahuan military yang baik pd pndgn sy. Bukan shj menceritakan tentang semangat juang seorang yg bergelar tentera tetapi di sebalik perjuangan itu ianya mempunyai kisah hidup seperti orang lain.

Kapten Jane yang degil, ego tetapi di sebalik semua itu dia mempunyai sebabnya sendiri. Raef yang hadir dlm hidupnya wlpn berkali-kali ditolak. Kasih syg dlm sebuah kekeluargaan yg disematkan atas dasar menghormati seorang insan bernama ibu.

Cerita ini bermain dengan emosi. Antara keluarga, cinta dan negara. Di sebalik seorang wanita yg keras hatinya, hadir seorang lelaki yg tenangkan jiwa. Tidak mengenal erti putus asa sehingga Aysannur jatuh cinta. Raef merawat luka lama hingga Aysa bertekad utk terus melupakan semuanya.

Keseluruhan cerita buatkan emosi sy tidak stabil dan bacalah Kapten Jane kerana ianya bukan sekadar cerita. Jane & Tazan milik negara manakala Aysannur hanya milik Raef Aarfan.
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
July 29, 2025
Kalau korang suka novel yang bertemakan kententeraan, aku rekomenkan korang untuk baca novel ni sebab ML dia Bentala Laut manakala FL dia kapten airforce
.

Kapten Aysannur aka code name Jane. Anak sulung. Keras kepala, garang dan berani. Dia sanggup ambik risiko untuk menyertai Tentera Udara walaupon ditegah oleh uminya. Sebabnya? Dia ingin mencari jawapan tentang apa yang diperjuangkan oleh arwah ayahnya Mejar Arwan. Dia mengikut jejak langkah ayahnya. Tapi disebalik watak keras kepala Aysa, tersimpan sebuah cerita yang sukar dikongsikan
.

Leftenan Komander Raef Aarfan aka call sign Tazan. Bentala Laut. Anak kedua. Soft spoken, greenflag dan positif. Ayah serta adik beradiknya terlibat dengan tentera
.

Pertemuan antara Raef dan Aysa dalam keadaan yang tidak baik. Disebabkan Raef, Aysa gagal dalam pemilihan Bentala Udara dan dia ditukarkan ke skuad lain. Sebab tu dia sangat anti dengan Raef. Tapi dah macam jodoh. Mereka kerap bertemu tanpa diduga. Membuatkan Raef mulai jatuh hati pada Aysa. Walaupon Aysa ni garang hingga digelar singa, tapi Raef lebih mengenali Aysa. Dalam garang2 Aysa ada terselindung cerita yang pedih.Aysa membenci ayahnya. Bagi Aysa, ayahnya pengkhianat. Kenapa? Kena cari jawapan dalam naskah ini
.

Ini kisah perjuangan. Perjuangan seorang anak sulung terhadap umi serta adiknya. Perjuangan seorang tentera dalam melaksanakan tanggungjawabnya pada negara. Janji taat setia pada negara. Perjuangan seorang lelaki demi menghalalkan seorang wanita. Banyak lagi kalau nak sebut tentang perjuangan dalam naskah ini
.

Naskah ini balance antara cinta dan aksi. Dimana fokus penulis terhadap ketenteraan dan hubungan antara ML dan FL sama rata. Penulis juga banyak memperkenalkan aset2 tentera dalam naskah ini dimana aku rasa beliau buat kajian dan bukan menulis semborono tentang tentera. Tahniah untuk itu. Disamping beliau menulis, beliau selitkan fakta2
.

Aku rekomenkan tak korang baca novel ni? Eh mestilaaaa. Walaupon ni first novel penulis, tapi aku rasa jalan cerita smooth sampai ke hujung. Takde buat aku stress or sakit kepala dgn jalan cerita yang tunggang langgang.
Profile Image for Aira Zira.
105 reviews2 followers
June 17, 2025
Novel aksi dan cinta yg saya sangat approved!✅

Orang gila je yg boleh tangkap cintan dgn si Aysannur ni. Dah la garang macam singa, tak mesra alam pula tu. Orang lain nak dekat pun tak berani, tapi beza pula dgn si abg Bentala a.k.a Raef a.k.a Tazan.

Si Aysa panggil dia tarzan je sebab mulut dgn perangai sama2 naik. Mengalahkan orang tua. Membebel je Raef ni. Pantang jumpa ada je nak buat Aysa sakit hati dgn loyar buruk dia.

Tapi depa ni memang comel weyh, walaupun Raef je yang beria. Kadang tu mcm tgk cerita hindustan, bila part aksi2 dgn perangai gila2 si Aysa. Raef pun pening kepala layan Aysa yg mcm berani mati ni. Main terjun2 tebing pula dia! Haha

Tak puas baca! Boleh tak request penulis buat buku kedua? Rasa mcm nak lagi layan kegilaan si tarzan dgn singa jadian ni. Lagi2 bila singa berjaya dijinakkan! Manja dgn abg Bentala tu yang comel sgt! Haha

Respect dgn penulis sebab berjaya buat cerita melibatkan ketenteraan. Detail penulis bagi bila part di pangkalan atau operasi. Kita yang baca like ‘wow hebatnya ilmu tentera dia’. Tak bosan baca ye! Tahniah penulis Rey Amane!
Profile Image for Nunaahmad.
11 reviews
July 24, 2025
Satu percubaan yang baik walaupun ia merupakan novel pertama penulis. Sebuah novel aksi dan hujung2 diserikan dengan bibit2 cinta Jane & Tazan.

Jane
- Wanita yang terpaksa kuat dalam segala Hal. Breadwinner family. Anak sulung. Sanggup berkorban walau hatinya tersiksa. Namun akhirnya kalah juga dengan takdir yang dicipta buatnya.

Tazan
- Personaliti yang berbeza dengan Jane. Saling melengkapi antara satu sama lain. Sabar dan sanggup menunggu si Jane walau ditolak berkali -kali 🤣.

Tahniah buat penulis. cuma pengakhiran yang agak ringkas. Perlu penambahbaikan part yang akhir. Semoga penulis terus bersemangat untuk menghasilkan karya yang bermutu.
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
June 4, 2025
A must read book!
Profile Image for Ain Camina.
22 reviews
July 16, 2025
4.5⭐️

Aysa yang kepala batu, Raef yang sweet sampai potong kaki. Sepak angin selalu baca part Raef nak mengorat Aysa. Suka buku ni sebab female lead yang tak lembik. Girl crush sangat. Jalan cerita ada lah cliche sana sini. Tapi cerita ni tak focus dekat sayang berlainan jantina ja. Sayang family, adik beradik. Jalan cerita nampak yang penulis buat research dulu tentang tentera sebelum menulis. Takda lah main tulis ja.

Memandangkan ni buku debut penulis, sangat sangat good job! Semoga penulis terus menulis karya-karya yang baik macam ni lagi! ❤️❤️❤️❤️
Profile Image for Elurine.
85 reviews2 followers
July 7, 2025
Jane & Tazan dari unit air force dan navy bertemu tanpa sengaja dalam saringan bentala udara. Jane yg bercita cita ingin mengikut jejak langkah ayahnya utk menjadi pejuang barisan hadapan bentala akhirnya terhenti begitu sahaja disebabkan si Tazan. Pertemuan pertama je dua dua tu dah kena tumbuk 🤣 sorang dkt pipi sorang lagi dkt perut HAHAHAHAAHAH. Jane tu mmg berdendam habis sebab sikit je lagi dia nak dapat join bentala udara.

Tapi kisah mereka tak terhenti di situ, makin nak dielak, yg itulah makin kerap muncul depan muka Aysa. Banyak kali pulak ada kerjasama antara airforce dgn navy. Nak tak nak aysa terpaksa akur dan memberi kerjasama. Yg member sorang lagi tu apa lagi kemain suka lah sbb dah jatuh cinta pandang pertama. Semudah itu yek 🫵🏻

Aysannur— nama pun cantik macam tuannya sendiri. Bukan setakat cantik, tapi berani sampai digelar singa di kalangan kawan kerja. Sorang pun tak berani nak dekat kecuali si Tarzan tu. Boleh pulak raef tu ajak berkawan, sebabkan aysa pun nak tutup mulut raef terpaksa lah jadi kawan tarzan tu seminggu 🤣 asal jumpa je gaduh dua orang ni. Aysa ni luaran nampak teguh tapi dalamannya sangat rapuh 🥹 keadaan membuatkan dia terpaksa kuat dan teguh di hadapan orang yg dia sayang. Nak tengok air mata dia jatuh, mmg idok ler 🥹 hanya raef je pernah lihat air mata aysa dan tahu kekurangan aysa.

Raef aka Tarzan seorang yg tiba tiba je muncul dalam hidup aysa. Awal awal jumpa je member dah fall in love. Jatuh cinta dengan pendirian aysannur. Aysannur bukan tipikal perempuan yg mudah mengalah. Raef sukakan wanita yg berpendirian yg boleh buat semuanya sendiri. Walaupun macam tu taste si raef ni, dia tetap tak mampu nak lihat air mata aysa. Dia tetap mahu menjadi pelindung aysa. Sedaya upaya dia rela disakiti daripada aysa disakiti 🥹 part raef dukung aysa dalam keadaan dia pun sakit tu 🥹 dua dua sama sama rela berkorban utk masing masing. Banyak betul liku perjalanan dua orang ni.

Buku yg boleh kira saya suka tapi kurang sikit bila masuk dialog ml sbb obviously boleh tahu penulis tu seorang perempuan. Bagi saya dialog ml tu tak nampak macam seorang lelaki? Susah lah nak jelaskan tapi itu apa yg saya rasa. Sbb dkt sini raef ni ikutkan umur dah 32 tapi dialog dia tak seakan dia dah umur 32. Ada yg menunjukkan dia gentleman tapi kebanyakannya dialog tu mcm kita boleh teka yg penulis tu perempuan.

Overall tahniah penulis utk karya pertama! Teruskan menulis sebab karya pertama dah cukup menarik dan penulisan cantik cuma mungkin boleh kurangkan penggunaan bahasa indonesia. Tak banyak tapi better gunakan bahasa melayu sbb lebih cantik dan sedap.

Sesiapa yg sukakan genre tentera (50%) dan romance (50%) sesuai baca buku ini 🫵🏻 seorang pejuang udara, seorang lagi pejuang laut.
Profile Image for Meya.
3 reviews2 followers
September 30, 2025
4/5 ⭐️

Kurang 1 bintang sebab scene kapten jane dengan Lt Komander Tazan sikit sangat after kahwin. I suka character growth Aysa yang mula untuk terima yang dia tak perlu pun pendam semua benda sorang-sorang. walaupun lama nak tunggu dia sedar tu tapi macam worth it lah.

Masa Aysa menangis macam orang tak betul depan Raef tu kan, I pun nangis and gelak sebab tengokla apa si Raef buat sampai Kapten Jane si singa jadian tu tiba-tiba boleh jadi cengeng macamtu🤣🤣 Hence why i need more of their marriage life. Tak cukup! I want to see their struggle to keep their responsibility with family and job. Moga-moga ada la sekuel untuk cerita ni.

Another thing I suka is bila author bagi detailed scene waktu bekerja pasal tentera tu, sebab I selaku orang awam yang tak tahu menahu selok belok tentera jadi sangat amazed ye. Sampai tertanya dia ni askar ke? Sebab cara author tulis tu memang power. Salute.

Overall, best! Cukup rencah even annoyed sikit dengan perangai Aysannur. Tapi di sudut lain, I faham je kenapa dia jadi macamtu. I mean wujud je orang keras kepala macam Aysa tu in real life kut.

If you like action-romance, this book is for you! It got me hooked like there is no tomorrow. Tengah syiok baca know-know habis. Rasa terkilan sekejap. Macam eh I baca laju sangat ke? Haha. Nak bagitau la betapa syiok nya novel ni.

Big congratulations to author Rey Amane for her first debut novel. Sumpah writing author macam style fav author dulu-dulu. Lurve!
Profile Image for Nabilah Izzati.
29 reviews
December 4, 2025
SANGAT-SANGAT RECOMMEND BUKU NI 😘😘😘😘

In love dengan relationship Jane@Aysa & Tazan@Raef. Awalnya saya ingatkan mereka akan dipaksa kahwin oleh keluarga, tetapi tak...mereka bermula dengan kenal, bermusuh, kawan, tunang sampailah nikah. Kisah kerjaya mereka pun diceritakan secara detail dalam buku ni, impress mcm mana penulis ni ceritakan detail mengenai kerjaya airforce & navy.

saya sangat2 impress dengan penulisan dan plot dalam buku ini. Kisah kekeluargaan, action & romance between Aysa dan Raef pun just nice sahaja. Tak nampak macam terlalu cepat atau too draggy. Tapi kalau boleh nak bonus chapter kisah mereka di malaysia lepas balik dari Lubnan. Sedih sikit la sbb saya ternanti2 scene tersebut.

Btw, saya tak sangka sangat buku ini hasil karya debut penulis sbb kualiti & penulisan bagus. I will look forward to read your next book ya..
Profile Image for Lyana.
4 reviews
November 25, 2025
Kepada Pencinta Buku, buku ini harus ada dalam senarai bacaan anda!

Buku yang cukup rencah. Berkisar tentang persahabatan, hubungan dan konflik kekeluargaan, kasih sayang antara adik dengan kakak dan dipenghujung cerita ada rahsia keluarga yang terlerai. Tentang langit dan laut, penyatuan dua alam dan dua insan antara tentera laut dan tentera udara. Dendam dan kecewa masa lalu yang membuatkan Aysa bangkit untuk terus menjadi wanita yang berani dan kuat. Apabila berjumpa dengan cinta hati, Aysa belajar untuk menerima takdir, mencari identiti diri dan akhirnya faham akan semua yang berlaku. Raef tidak pernah putus asa untuk menjadikan Aysa suri hati hidupnya.

Cerita dan penulisan yang tersusun. sila baca!
Profile Image for atiq.
32 reviews
September 30, 2025
3⭐

Pembacaan yang menarik dan sangat fast-paced. Raef & Aysannur sangat serasi. Walaupun seorang perangainya yang garang manakala yang lagi satu lembut & suka mengusik.

Dua dua ada kerjaya yang sama, jadi dua dua boleh faham antara satu sama lain dan sentiasa menerima. Mereka banyak terpisah disebabkan kerjaya demi negara.

Raef ni sangatttt lah penyabar orangnya, tetap sabar menunggu cinta Aysa walaupun dah banyak kali kena tolak. Tapi Aysa ni pula jenis yang tak menyambar dan gelabah. Semua benda tak nak. Geram pula kita rasa.

Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
August 17, 2025
Kalau kisah melibatkan ayah dan ibu ni, air mata saya cepat je mengalir. Sebab seperti Aysa, saya juga anak sulung. Rindu ayah. Semoga ayah tenang di sana.

Tak banyak kesalahan ejaan sangat sebab penulis kata dia ada buat semakan terlebih dahulu. Tahniah untuk usaha ini. Saya gembira membacanya.

Dan saya baru tahu tentang kewujudan Kepulauan Natuna. Terima kasih penulis, untuk pengetahuan baru ini. Moga anda berjaya mencapai cita-cita yang diinginkan dan terus menulis lagi cerita seterusnya.
1 review
June 21, 2025
Finished in 1 day! Jalan cerita yang best, tak cliche. Puas hati sangat dgn watak hero n heroin! Banyak knowledge yang saya dapat dari buku! Tak ada 1 part pun dalam buku ni yang bosan or yang saya skip. Thank you author tulis buku yg best ni! Semoga terus maju jaya!
Profile Image for hana..
49 reviews
September 30, 2025
such a perfect book to end my september. easily my best read of the month, ya Allah best gila! my emotion goes 📈📉📈📉📈📉📉📈📈 dari excited for the actions, sebak, gelak, sedih, bestttt! we stan an ironlady x ironman 🥹🫶🏻
Profile Image for Nene.
15 reviews
October 12, 2025
Suka watak fl yang ada pendirian dan kerjaya sendiri. Bukan selalu jumpa fl yang begini. Love the storyline yang direct, and all the characters
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.