Jump to ratings and reviews
Rate this book

Part Time Wife

Rate this book
Dekat ofis, Sofea boleh tahan banyak benda. Stress, deadline? No problem. Tapi ada satu benda yang Sofea tak boleh tahan – Muhammad Hikall.

Bagi Sofea, Hikall tu pahit macam espresso. Muka ketat 24/7 macam bawa puting beliung. Sofea rasa Hikall ada masalah hati dengan dia. Dia senyum pun Hikall tak suka, macam nak saman.

Bagi Hikall, Sofea is a walking mess. Meja bersepah, baju asyik kuning macam kari ayam, obses dengan kucing sedangkan alergi. Bawa kereta macam nak bunuh orang. Paling Hikall sakit hati? Sofea suka sangat menjawab.

Senang cerita mereka langsung tak sebulu. Perang mulut? Itu rutin mereka.

Tapi mereka berkongsi satu rahsia. Luar ofis, Sofea sebenarnya part time wife Hikall. Pelik tapi benar.

“Don’t fall for me. I’m not interested in you.” – Hikall

“Well the feeling is mutual. Saya pun tak berminat dengan awak. Tak ada rasa nak berminat. In fact, I dislike you. I hate you with both my heart and soul. Jadi tak ada ruang untuk saya tiba-tiba suka dekat awak. Kalau saya tiba-tiba gila, tak tahulah.” – Sofea

Hikall yang dingin, Sofea dah biasa.

Hikall yang garang, pun Sofea biasa

Hikall yang menyakitkan hati, lagilah Sofea biasa.

Yang Sofea tak biasa bila Hikall yang dulu dingin, tiba-tiba suam macam musim luruh. Manis, tapi versi tertelan keju. Sofea rasa cringe, meremang bulu roma. Sofea panik!

“Dan tolong hormat ketenteraman hati saya. Saya isteri separuh masa je ok. Don’t mess with my heart.” – Sofea

“What if I want to? Kalau saya memang nak juga kacau ketenteraman hati awak macam mana?” – Hikall

Dengan bantuan Haziq, adik Hikall yang otaknya penuh strategi buaya mat romeo dan Naufal, spy kecil paling berdedikasi, Hikall nekad nak buat sesuatu yang selama ini dia elak – jatuh cinta sekali lagi.

Operasi cupid anti gagal: ON!

377 pages, Paperback

First published June 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Aprilhann

2 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (73%)
4 stars
16 (21%)
3 stars
2 (2%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,216 reviews221 followers
June 4, 2025
I must say... even just from the cover... it gives off super sweet, cozy and dramatic romantic vibes! 🥰

F tak sangka F akan tumbuk angin like so many times... adoii so sweet and juicy la this kind of story. 💘 such a sweet and heartwarming romance.



To me cerita dia unique.

This story screams contract marriage and if you're into those tropes, this could be a very fun ride!



Sofea jadi part time Hikall after being offered by maktok Naufal. Biasalah maktok risau pasal grandson dia setelah kematian Aisyah, Hikall's late wife.

Hikall setujulah sebab Naufal feels comfortable around Sofea. Love love the relationship between Sofea and Naufal is portrayed. Frankly, rasa genuine and touching. Eee geram F dengan Naufal. Dah la pelat, notty lak tu.

With help from Haziq si adik yang romeo, tercipta group operasi cupid untuk tackle Sofea be a real wife to Hikall. F tak stop laughing okay, F hope ada kisah pasal Haziq.. seriously mamat ni full of humor. Best watak dia.

Suka sangat menyakat Hikall yang sebiji cam Tharnos 😅



The story beautifully explores how a temporary arrangement slowly grows into something real



This book is definitely worth reading! Since it’s by Aprilhann, who’s known for her light yet emotional storytelling style, it’s likely to have humor, drama and sweet romantic moments. 💝
Profile Image for N.S.Y.
110 reviews3 followers
February 15, 2026
Dia macam kawin kontrak dan paksa tp tu la Hikall terlalu ego nk mengaku yang dah jatuh suka sayang cinta dekat bini sndiri. Iya la dia kan duda yg konon nya setia dgn arwah bini dia je.. Tp lupa kot hati ni Allah yg pegang.. Sekali jatuh dek Sofea ha anggau ko..

Mula la seketul Hikall cuba nk belakon beku tak peduli tapi bila depan Sofea auto bertukar perangai..

Mula nk start jeles bila lelaki lain rapat dengan Sofea.. (Patut masuk kan skli scene2 Sofea kena ngejas depan Hikall plus Sofea layankan je.. Nak tgk Hikall terbakar).

Sofea pula jenis mess yang sentiasa gembira.. Aura positif dia tuh boleh buat Naufal anak si duda kita dia selesa dan mesra.. Plus Naufal pilih Sofea berbanding daddy ya.. Sofea no.1 daddy no.2..

Nk jelaskan susah baik beli dan baca je terus sbb penting demi misi Cupid 3 beranak (plus Nopal yg tak masuk group) yg seorg nk bini dia jatuh dekat dia, seorg nk menantu demi tambah cucu.. seorg demi anak saudara sbb dia nk bg nama.. dan bakal abang yg request nk 2 adik macam minta gula2.

Light reading dan healing reading la utk yg tak semakkan kepala dengan komplik yg berat..

Yg sy tak suka 1 je.. bhgian epilog.. bila guna POV dari Naufal tp guna ganti nama Sofea as Syofea.. well, Naufal still kanak² kan.. jd lagi elok kalau ganti mana Sofea tuh guna as Mummy mcm dia selalu pnggil.. bila baca bhgian tuh tiba² rasa mcm ehh budak ni rude nya.. 😅 Gituh la..

4/5 stars dan recommended la sngt utk beli dan baca..
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
June 18, 2025
Best dooh!! Penulisan penulis memang smooth.
Rasa selamba je baca dan lucu dengan sedikit cringe.

He fell first and he fell harder!!!

Saya suka yang macam ni. Dan another suka sebab dia ada banyak pov which is my fav. Jadi boleh tahu dua2 watak punya pov + secoet Nopal’s pov😂Cute

Awal2 jumpa dah kene lamar. Disogok pulak dengan wang dan kecomelan Naufal. Time confession pulak..Yang sorang gabra kalahkan nak akad nikah. Yang sorang menjerit macam nampak hantu bila dengar luahan.

Kalau bahagian awal buku lucu dengan gaduh2 Hikall dan Sofea, tengah2 lucu dengan misi Operasi Cupid, akhir-akhir lucu dengan Nopal sebagai perisik🤣
Profile Image for Cutie_pie28.
495 reviews10 followers
June 12, 2025
Cute laa cerita nie.. suka ngn Nopal dan Haziq..
Hikall yg tk suka happy jdi suka bile tgk Sofea..
mmg Sofea jdi penyeri hidup Hikall dan Nopal..

Berkahwin atas sbb Naufal suka ngn Sofea dan tk nk berenggang ngn Sofea..

Keje dlm satu ofis tp lain² department.. nnt Hikall mntk Sofea tukar department sbb Hikall nk curi² tgk Sofea..

Sooo sweet bile Haziq buat group utk satu kn Hikall ngn Sofea.. adoii.. pecah perut baca..

Nnt ade POV Naufal.. sooo sweetttt 🥰
Profile Image for Cik.
217 reviews5 followers
June 17, 2025
Rasanya watak Haziq and Naufal paling best dalam story ni sampai hero and heroin pun kalah.Adoii lah Haziq,gigih buat group whatsapp Cupid semata mata nak mengajar si abang.Suka lah story macam ni,light je tak serabut kepala.Naufal tu comel gila nak adik sampai 11 orang haha.
Profile Image for Chicken.
40 reviews2 followers
August 16, 2025
Story? ⭐⭐⭐⭐
Plot? ⭐⭐⭐⭐
Writing? ⭐⭐⭐⭐
Overall rating ⭐⭐⭐⭐ 4.5/5

Office Romance 🖤💛

Story dia? Emm... terlampau manis, terlampau cheesy! Eii... Ntah la. Saya ni ter-senyum2 mcm kerang busuk baca setiap chapter, part cheesy dia, part manis, part lawak pon ade.
_____________________________________________________

💛Sofea
suka menjawab, suka warna kuning macam sunshine, suka benda comel mcm Naufal dan kucing (tapi alergik dengan kucing), suka bagi nama dekat benda pelik2 ex: kereta Myvi kuning (Cik Bee), keychain kucing kt tote bag (Cik Biah), anak kucing yg diselamatkan kt dlm longkang (Bruce aka si Batman)

Kalau boleh dia pon xnk jatuh hati dekat bossman aka Hikall aka suami rahsia dia, sbb xhabis2 nk cari psal dgn dia. Dia terpaksa terima lamaran pon ats sbb2 tertentu. Sbb apa? Haaa... silalah beli dan baca! 🤣

Aku minat kucing, dia ada masalah."
Aku minat warna kuning, dia ada masalah.
Aku senyum pun dia ada masalah.
Pendek cerita, Hikall mana pernah senang tengok aku.

Kadang dia pon tergoda dgn ketampanan duda sorg ni... opss, suami dia sendiri.
💛"Hai, helo cik hati? Dengar ni baik-baik ya. Kita tak suka bossman, okey? No miss. Liking him is like... a crime. And guess what? Kita bukan criminal, okey cik hati? Mulai hari ini kita officially Hikallphobic."
💛"Tak ada kalau-kalau. Tak ada tapi-tapi. No liking bossman, end of discussion. Case closed."
_____________________________________________________

🖤Hikall
duda hot anak satu, dingin mcm Antartika, suka warna hitam, muka ketat 24/7, suka kutuk dan gaduh dgn Sofea, klau boleh hari2 nk buat dia naik angin.

-Contoh Hikall kutuk warna kegemaran dan keychain kucing Sofea (bernama Cik Biah)
🖤"All yellow? Macam kari ayam."
💛"Being the boss doesn't give you the right to insult my yellow. Jangan nak sesuka hati abuse kuasa bos awak."
🖤"It's not an insult. Just a fact. Kucing tu pun buruk. Just a fact."


🖤"Don't fall for me. I'm not interested in you."
🖤"Keep it that way. Or else you are going to have trouble. Because love is out of our equation, Sofea."
💛"What about us?"
🖤"Us? There is no us. Just you and me, Sofea. You're only my wife on paper. I have no room for love. So, don't get any funny ideas. We will live separately like we do now except when you're visiting" during the weekend. That's the only time we will live under the same roof. And make sure no one at work knows about us. Not even a single soul in this office can know that we're married. If you breach the contract, you will need to pay the compensation. Understood?"
- si Hikall mmg ckp mcm tu last2 ayat dia makan diri dia sendiri. He's the one fell for her first smpai sanggup cr psal dgn Sofea se-mata2 nk tgk raut muka dia🤣
_____________________________________________________

🖤She's a complete mess."
- part ni dia jealous dgn si Firdaus berbuat baik dgn Sofea smpai belanja makan ayam gepuk, dan juga salah satu sbb ialah ramai ingat Sofea masih single, padahal status perkhawinan mereka berdua masih rahsia. Firdaus tertanya juga, si Hikall sukakan Sofea ke sbb hari2 bergaduh dgn dia? Tapi Hikall menafikannya.
_____________________________________________________

🖤"It's just Sofea and her stupid positivity."
- part ni Sofea selamatkan ank kucing dkt longkang smbil basah kuyup dlm kehujanan. Padahal dia alergik dgn kucing tp masih nk jgk pergi selamatkan, sempat bagi nama ank kucing tu (Bruce), lepas tu mintak si Hikall tlong jagakan.
_____________________________________________________

🖤"Miss me?"
💛"Yes, when the pigs fly."
- part ni Sofea dpt video call dr Naufal, cuba rahsiakan dirinya yg x brapa sihat sbb selesema slepas kne hujan. sedaya upaya senyum lemah tp si budak pandai Naufal boleh tau Sofea xbrapa ok sgt. Naufal tanya sbb Sofea xsihat sbb rindukan dia? So, si Sofea bergurau la, ckp dia rindukan daddy dia (Hikall). Sekali Naufal bagitau daddy dia ada je kt sebelah (mesti dh dgr perbualan mereka berdua) haa... kn dh kantoi terlajak ckp.
_____________________________________________________

Hikall masih cintakan arwah isterinya, sbb dia berjanji yg dia hanya bahagia dgn nya, dan bukan dgn yg lain selain Aisyah.
🖤"I'm scared that you're starting to feel right, Sofea. So right."
- Hikall start sukakan Sofea masa mula2 diorg bertemu, tp dia cuba menafikan perasaan dia, tp lama kelamaan hati dia yg beku semenjak kematian arwah isteri mulai cair sbb adanya Sofea yg menyinari kehidupan Hikall n Naufal yg kelam. Dia x sanggup nk lupakan arwah isteri dia sbb dia cinta pertama dan terakhir nya, dan berjanji hanya akn bahagia dgn dia, bukan org lain.
_____________________________________________________

🖤"It's hard without her, ma. I still miss her every day. I miss her so much. So so much. Tapi kebelakangan ni. Sofea. Sofea..."
🖤"She make things easier for both of us. Kall happy tengok Naufal sekarang. I was happy that we had her. And sometimes I was too happy, ma. Sampai Kall lupa janji Kall dekat arwah. Kall jahat ke ma kalau Kall bahagia tanpa Aisyah?"
- sedih tgk dia masih terikat dgn masa lalu, masih rindukan arwah isteri, masih cintakan arwah isteri. Dia rasa bersalah sebab hati dia tiba2 terbuka dan berubah, mula mencintai Sofea padahal dia dah berjanji dgn arwah yg dia hanya akan mencintai dia sbb dia cinta pertama dan terakhir dia.
_____________________________________________________

- Part paling terhibur si Haziq buat group chat Operasi Cupid (tips utk Hikall pikat hati Sofea) 🤳
Senarai ahli: Hikall, Haziq, mama
- Sempat pulak dua beradik bergaduh dlm tu psal tips utk Hikall mengurat Sofea. Kene bahan dlm tu pon ade jgk. Menyempat pulak Haziq dgn mama bg nma ank Hikall (yg belum tentu wujud lg) dgn nama pelik2 dia, boleh pulak dia request suruh Hikall dptkan ank kembar so boleh dia dgn mama bg nama sorg satu. Hamboii, kemain ye mereka! 🤣
_____________________________________________________

🖤"I love you, Sayang Lili Sofea. And I will love you in ever way I can. In every way I know. In every way possible. If you let me do the honor of being your husband."
- ayat dia kemain nachos and cheesy ye. uhuk uhuk! aduh, air mana air!
_____________________________________________________

- Part Sofea tgh cuba pujuk Hikall sbb berlaku slah paham (ehh kejap, ye la tu kot, aku pon pening nk belek balik muka surat)
💛"Berapa banyak keju yang Haziq bagi awak telan, Hikall?"
🖤"Awak suka keju?"
💛"Tak."
🖤"No way. Everyone loves cheese."
💛"I'm not everyone."
🖤"Of course you're not everyone. You're my wife. My Sayang Lili Sofea. Isteri saya..."
💛"Berapa kali awak nak ulang yang saya isteri awak, Hikall?"
🖤"Sampai awak betul-betul percaya yang awak isteri saya. Not just on paper but right here as well. Dekat hati saya."
- emm... dahla. kne pergi klinik cek darah, kot2 ade kencing manis slepas habis baca buku ni! 🤧
_____________________________________________________

- Pandai si Hikall nk kelentong anak dia sendiri, suruh tido awl so that he can sleep with his wife. Siap cakap kat Naufal kalau dia tido awal boleh dapat adik baru. Masa Sofea angkat si Naufal (yg pura2 tertido) bawak pergi bilik, sempat plk budak comel tu tunjuk 2 jari (maknanya dia nk 2 adik baru) dkt Hikall. Eh! Eh! Budak ni. Mcm mintak belikan gula2 je.
- part Naufal berdoa, kemain ye dia sempat mintak adik ramai2, bukan sorg dua, tp 11, nk buat team bola sepak! Nopal oh Nopal! Geyammm akak, rasa nak gomol aje budak ni! Ade2 je, perangai pelik2 berjangkit dari uda dia la tu!🤣
_____________________________________________________

Dah la, x mampu nk taip byk2, tbh buku ni best bg saya, lagi2 si Naufal, kemain comel & cerdik! Eii geram! x rugi grab buku ni kalau nk merasa kemanisan, kemasaman, memang ade part kepahitan sikit. kira macam sekejap ade gula2, cheese, kopi haaa gitu~ Nak baca santai2, ber-sawit2 gitu, rasa nak sepak2 angin (hati2 jangan sepak orang sudah), boleh try baca yg ni. 😌

Pastikan baca dlm bilik, x pasal2 orang pandang pelik2 tgk muka korang tiba2 blushing, senyum mcm kambing, sepak2 angin gitu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Diniy Qistina.
199 reviews6 followers
June 14, 2025
Another cute rom-com story. Sayang Lili Sofea yang terpaksa menjadi part time wife Muhammad Hikall demi si pipi londeh Nopal.

Suka betullah dengan mulut Sofea. Ada je idea dia nak menjawab dengan segala 'serangan espresso' Hikall. 🤣

Hikall pulak naik stress dengan setiap jawapan dari mulut Sofea. Double stress bila Nopal makin terikut dengan Sofea. Triple stress bila adiknya, Haziq pun makin mempengaruhi Nopal.

Suka juga tengok relationship family Hikall lagi-lagi dengan kewujudan group WhatsApp, “Operasi Cupid”. Haziq ni bab menyakat dan jadi tok guru romeo oh la la memang serah ke dia je. Dialah yang terpaling pakar. 😎

Hikall ni mula-mula je sepahit espresso. Lama-lama tu eh eh, makin berkeju pulak ya. Penat nak sengih sambil tumbuk angin. 😌🤜🏼💨

Lagi satu, heroin Hann ni memang pesen suka buat confessing di tempat yang sangat random eh? Luculah. Dia macam tiber, kita pun terkena second hand embarrassment tapi dalam masa yang sama kita suka. 😂🤣😭✋🏼

Eimran definitely got a rival. Tapi, Eimran masih di hati. 🫣🤭🫰
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,011 reviews122 followers
July 7, 2025
Highly recommended!

A simple, straightforward, a spoonful of sugar, full of laughter and tears kinda story.

A heartwarming tale of first and second loves, family and sakit pun boleh hilang bila baca novel ini.

Trigger Warning:
Cuteness overload and asyik gelak macam orang kurang siuman.
Profile Image for HoneyGee.
150 reviews7 followers
February 13, 2026
This book totally cured my thirst for a pure romcom. Sofea and Hikall are a complete mess. Blessed mess, though.

Somehow, FL and ML's interaction reminds me Shooting star drama. Chaos. Sehari kalu tak gaduh, memang tak sah.

It has certain scenes yang macam erkk, but bareable. Overall, was a fun read. Really. Sincerely.
Profile Image for Bookworm93.
20 reviews1 follower
October 30, 2025
Macam yang penulis cakap. Cerita ni ada elemen 3C. Cliche, Cringe and Cheesy. Memang betul² 3C in a good way. Yg mana nak bacaan santai, boleh cuba baca novel ni. Recommend sgt². Love it! 😍
Profile Image for fiy.
108 reviews2 followers
November 12, 2025
TW: Contains spoilers

Tropes– Grumpy x sunshine, secret marriage, office romance, he fell first but he fell harder, romcom.

Buku ni dari bab awal sehingga ke penghujung memang kelakar 🤣😭🫵🏻 berdekah betul ketawa sebab memang kelakar gilaaa. Sorang muka beku antartika doplohpatjam sorang lagi pulak ceria sepanjang masa dan sentiasa ada jawapan hahahahah. Sepatah yg Hikall cakap, berpatah patah yg Sofea balas. Ingatkan ada lah plot twist ke apa kan sbb diorang ni sama tempat kerja tapi officemate tak tahu yg diorang ni dah kawin. Tapi takde pun plot twistnya sbb pembaca kalau baca sinopsis memang dah tahu diorang dua ni dah kawin. Kesemua dalam cerita ni berkonsepkan ceria, happy go lucky kecuali Hikall.

Hikall lelaki beku yg kejenya nak marah doplohpatjam lagi lagi dengan Sofea. Tapi ya Allah sumpah kelakar 🤣😭 waktu diorang rebut lift tu unexpected betul 😭😭 Hikall tu ikutkan lelaki dewasa matanglah sebab dia duda anak satu kut tapi hakikatnya dgn Sofea dia lah yg terpaling tak matang 😭 kejenya nak berebut je dgn Sofea. Ada lah rasa sus tu tapi still dkt hujung baru faham kenapa Hikall jadi budak budak dgn Sofea 🤣. Hikall ni ikutkan dia perfect, on top, green flag, husband material dan ayah yg penyayang cuma bila dgn Sofea je dia meminta sikit bukan sikit tapi byk sbb Sofea selalu naik angin bila berhadapan dgn Hikall.

Sofea seorang mummy express utk Ufal. So, siapa yg baca review ni boleh agak dah kan kenapa diorang ni kahwin 🤣 walaupun begitu, Sofea tak pernah rasa sedih ke apa. Serius cakap hidup Sofea dalam ni nampak sangat sangat bahagia. Walaupun suami express dia menjengkelkan tapi dia tak
pernah rasa terbeban plus syarat Hikall pun menguntungkan dia.

Cuma tertanya gaklah kenapa takde langsung scene dgn family sofea sbb diorang ni ada balik kampung tapi takde pun cerita pasal adik beradik ke mak ayah ke. Kiranya dalam buku ni tertumpu pada hikall dan sofea tapi bila dah setengah buku baru muncul haziq, naufal dan mama. Itupun muncul sbb ada Cupid mission 🤣. Haziq yg terpaling romeo mengajar abangnya utk menjadi romeo alih alih abangnya menjadi romeo sejati dari Haziq. Mula mula grumpy dah hujung hujung tu flirty pulak HAHAAHAH

Watak Naufal mmg comellll 🥹🫶🏻 maybe naufal ni dia pelat sbb kehilangan ibunya. Mungkin dari kesan tu dia tak byk bercakap dan melambatkan percakapan Naufal, boleh terima lah ada lah logiknya. Tapi bila adanya Sofea, perkembangan Naufal semakin baik dan byk cakap dahtu byk tanya pulak sebab genetik hikall kan bijak , adoi teringat naufal request adik tu 🤣😭 walaupun mungkin lah ada yg rasa mcm kenapa buat naufal ni panggil sofea je bukan mummy tapi kalau saya okay je sebab sofea sendiri okay, sofea sendiri gelarkan diri dia kakak tapi hujung hujung tu tukar panggilan mummy gak. Naufal ni dia menurun gak perangai udanya dan semestinya daddynya sbb ada potensi utk jadi romeo dan kuat jeles 🤣 dia boleh cemburu daddy selalu berkepit dgn mummy sofea HAHAHAAHAH daddy awak tu dah angau, mana tak berkepitnya 🤣

Hujung hujung tu ada lah sikit konflik, cuma tulah patutnya hikall lah yg jelaskan kesalahfahaman tu tapi tulah org lain yg jelaskan tapi okay jelah takde manusia yg sempurna. Act satu lagi tak minat sbb hikall ada gunakan kuasa veto dia sekali tapi sebab sekali so pejam mata jelah sbb kelakar yg lain tu menutupi cacat cela yg satu tu.

Sesiapa yg nak bahan bacaan ringan, stress free, romcom, gelak guling guling sila baca ni sebab semua watak dalam ni mmg kelako kecuali hikall je grumpy, yg lain semua kelakar 🤣😭☝🏻
40 reviews
May 12, 2026
⭐️⭐️⭐️⭐️✨ (4.5/5)
💍😂 A rom-com filled with banter, adorable family moments, and enough sweetness to make me scream into my pillow!

Just from the title Part Time Wife, you already know this is going to be a fun rom-com story — and adding a cute 5-year-old kid into the mix?? I was SOLD immediately 😭💗 A handsome single dad + marriage-for-a-child trope?? This seriously feels like something straight out of a Cdrama or Kdrama.

Haikall (ML) is handsome, rich, aloof, and gives off that cold, dark vibe. He rarely smiles and keeps his distance from people… except when it comes to his family 🥺 And then there’s Sofea (FL), a total sunshine girl — cheerful, positive, happy-go-lucky, and basically Haikall’s complete opposite.

The story begins when Haikall’s mother proposes Sofea to become little Naufal’s mother. Both of them genuinely get married, but with one condition — Sofea will become Haikall’s “part-time wife,” marrying him mainly for Naufal’s sake and helping take care of him. They agree not to fall for each other… but fate clearly has other plans 😆💕

What made this story extra fun is the constant banter between Haikall and Sofea. They tease, argue, and bicker every time they meet, and their chemistry is honestly so entertaining. Watching cold and emotionally distant Haikall slowly become softer, sweeter, and even romantic after falling for Sofea made my heart MELT 😭💗 And the way he tries to win Sofea’s heart with help from Haziq (his brother) and little Naufal?? TOO CUTE. Seriously, Naufal stole so many scenes with his adorable presence 🥹✨

One thing that made this book feel extra refreshing for me is the dual POV. This is actually the first book I’ve read that fully shows both Haikall and Sofea’s perspectives, and I loved it so much. Being able to understand both of their thoughts and feelings made their relationship feel more alive, emotional, and fun to follow 💕📖

The side characters truly made the story feel alive — especially Haziq, Naufal, and Haikall’s mother. They added so much warmth, humor, and chaos in the best way possible.

I laughed, screamed, blushed, and even felt heartache during some emotional scenes. The story is lighthearted overall, but it still carries touching moments about love, family, and healing.

A sweet, funny, and comforting romance filled with teasing, adorable family dynamics, and a cold ML falling hard for his sunshine wife 💕📖✨
Profile Image for Bella.
25 reviews
March 15, 2026
‼️ Review may or may not contain spoilers

Sayang Lili Sofea, gadis bekerjaya yang boleh tahan dengan banyak cabaran sewaktu bekerja. Stress? Back-to-back kerja? Last-minute submission? Campaklah kerja sedalam jurang Mariana sekalipun, semua dia boleh cantas dengan mudah. Tapiiii, cuma satu je sumber tak berasas yangg buatkan kesabaran Sofea menipis. Muhammad Hikall aka bossman.

Bagi Sofea, kewujudan Hikall dalam satu planet ruang yang sama pon dah bawa bala. Hikall selalu sangat menguji kesabaran yang dah memang nipis. Cubaan membunuh Hikall? Jangan cakap berpuluh kali, infact beratus dah Sofea bayangkan situasi yang menguja dalam fikirannya - keterujaan setiap kali membayangkan jari-jemari runcingnya mencekik leher bossman setiap kali Hikall cari pasal memang dah jadi rutin harian Sofea. Hikall sarkastik? Sofea dua kali sarkastik.

Bagi Hikall, Sofea is a trouble - meja dia, outfit dia yang serba kari ayam (yellow is her favourite colour btw), mulut murai dia. Everything was a trouble. Kuat menjawab, juga. Sepuluh patah Hikall marah, dua puluh das Sofea kembalikan. Senang cakap. She is a walking mess (mungkin).

Tak perlu dua kali pandang, semua orang tahu mereka tak serasi. Tapiii di balik jelingan tajam Sofea dan sarkastik Hikall, mereka sebenarnya berkongsi rahsia pelik - mereka sebenarnya married couple (yeah walaupun Sofea tegaskan mereka cuma part time couple but still. Husband and wife. To may to... to meh to...

Walaupun berkongsi status, tapii jangan harap Sofea dan Hikall akan berbaik macam drama romantik yang kita tunggu setiap pukul 7. Dalam hubungan mereka, cuma ada gaduh dan...ofc gaduh. Pelik tapi benar, mereka tak cintakan satu sama lain tapi akad tetap diangkat. Reason? Tak lain tak bukan, kerana anak tunggal kesayangan Hikall. Oh wait! Did I say Hikall duda? If belum, then yes. Haikal sebenarnya duda anak satu yang kematian isteri. Seriously, Sofea? Duda mengancam macam tu pon tak tercuit hati. Something wrong somewhere.

Tapi dalam benci, hati Hikall dah pandai mula menderhaka. Dah mula terngiang-ngiang senyuman Sofea, ternanti-nanti jelingan Sofea. Tapii tak mungkin, Sofea is a mess. Plus, takkan hati Hikall tegar nak mendua cinta pertamanya, Aisyah. Atau, Hikall indenial phase. Jadi untuk Confirmation, maka terlaksanalah Operasi Cupid Anti Gagal : Jatuh Cinta Sekali lagi.

Saya suka writing style penulis. Kemas dan tersusun. Buatkan penceritaan jadi smooth dan seronok dibaca. Diselitkan pula dengan punchline yang kena dengan watak, memang best. Watak Sampingan, semuanya menghidupkan rasa. Kalau takde Haziq si Mat Romeo, maka tak terjalanlah operasi abang memikat kakak ipar. Kalau takde Naufal si spy cilik, tak terjadilah kisah Part Time Wife Sofea

Setiap kali Sofea usik Hikall dengan gelaran bossman. Rasa nak gigit Sofea, sebab comel. Now dah nampak, takkan Hikall nak terus buat buat tak faham bila hari hari kena hadap Sofea yang banyak akal.

Sepanjang bacaa, kaki sayaa asyik tendang-tendang angin sebagai kisah bossman dan kari ayamnya ni sumpah comel. Mengekek sebab kelakar? Tak terkira dengan jari sebabb Sofea sumpah random. Apa yang terfikir, zupp terus dia lontarkan. Tak kisahlah Hikall suka atau tak, yang penting dia suka.

Tapi dalam suka, terselit juga emosi sedih. Sebagai perempuan, siapa je yang teringin dicintai dan mencintai. Setiap kali Hikall tunjukkan kesetiaan dekat arwah isteri, Sofea cuma mampu cekalkan hati. Cemburu? Mungkin, tapi Sofea lebih kepada takut. Sofea takut seandainya, dia punca Hikall menduakan cinta pertamanya

Btw saya suggest, kalau nak baca ni. Kena sediakan siap siap coping method - tak kisah lah drama atau buku, yang penting fluffly romance. Kisah Hikall, Sofea (dan Naufal) sedikit sebanyak akan petik suis craving nak membaca something similar hehehehe
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
37 reviews1 follower
March 26, 2026
— 4.8/5 ⭐️

A light read. Heartwarming. Perfection. Memang inilah buku dan jalan cerita yang dicari selepas tengok anime slow burn yang tak hit expectation.

Jujur cakap memang at first I was struggling to adapt with the penulisan sebab buku yang guna first POV is not my cup of tea.

Tapi after reading the first 100 pages, I can't stop myself. I keep wanting to know how their story will end. And honestly? Saya sendiri tak expect saya akan nangis. Bukan nangis sebab ending tak best or sedih, tapi sebab it's too heartwarming. Rasa macam "aww"

Mungkin I was too immersed with the character sampaikan apa saja action Sofea buat dalam buku ni, semua saya setuju hahah. Walaupun penulis bawa POV Haikall untuk backup kenapa dia perangai macam tu tapi saya tetap side Sofea (tiber)

Btw saya sangat happy with the fact cerita ni memang senang nak baca. No putar belit here and there. Could've finished it in less than 24 hours tapi dah sampai bab hujung-hujung tu rasa sayang nak habiskan baca. Rasa macam "I want to read about them more"
Profile Image for Booku Puspita.
52 reviews
September 16, 2025
Sofea ni jenis random gila! Hidup dia confirm takkan bosan. Tengok playlist lagu dia pun dah cukup bukti! Part kena confess lepas tu jerit & terus lari tu, sumpah kelakar + comel gila. 🤭 Dia ni jugak lah sebenarnya penyeri dalam hidup Hikall & Nopal. Tanpa Sofea, hidup dua beranak tu memang hambar lepas kematian ibu & isteri.

Hikall mula-mula memang annoying sebab suka cari pasal dengan Sofea. Siap berebut ayam gepuk kegemaran dia lagi. Tapi bila dah jatuh cinta, terus jadi sweet. Effort dia nak belajar mengorat tu cute habis, sampai boleh cramp pipi sendiri sebab senyum je memanjang. 😆

Tapi paling comel? Confirm Nopal! Banyak betul akal dia nak satukan kak Syofea dengan Hikall. Dari awal sampai habis, sumpah asyik blushing je baca. Rasa macam tengah layan kdrama. Level sweet dia lain macam. Even gaduh pun boleh jadi sweet. 💕
Profile Image for Ayu.
21 reviews
September 8, 2025
Cringey? Cheesy? Tetap takde masalah sebab best gila cerita ni. Penulisan pun best. Storyline simple je tapi kelakar lah ea.

Sofea ni sunshine dan Hikall pula grumpy tahap dewa. Tapi part operasi cupid Ya Allah sumpah dekah je ea.
Cerita ni no stress tapi buatkan kita nangis juga. Sebab terasa Sofea tu macam diri sendiri pulak hahahaha

Recommended!
17 reviews
September 14, 2025
COMELAAAAAA. Sumpah comel gila cerita ni. First time i baca novel yang secomel ini. Setenang ini haha what i mean is cerita ni macam tengok drama. Takda konflik berat. Kelakar. Dia punya dialogue tu pun alahai kelakar yang amat haha. And immediately i terus beli novel lain,one sweet mistake dari penulis yang sama hehehe
Profile Image for justecha.
2 reviews
March 8, 2026
Dari awal sampai akhir buku ni buat aku tersengih. I approve rom-com from Aprilhann. Suka dengan gaya spontan antara Sofea dan Hikall. Walaupun tetiba saja dia kena pinang sebab anak Haikall, Naufal tu suka dengan dia tapi cerita fokus pada kehidupan mereka selepas kahwin. Dan kau tak tahu pun sebenarnya mereka dah setahun kahwin.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for kay ♡.
324 reviews1 follower
October 19, 2025
2/5

honestly, i think i was blinded by the review. buku ni sesuai utk baru yg nak mula baca novel melayu yang romantik, cringy dan klise. i'll say if I were 16 years old, I would probably love this book. Might be at this age plot mcm ni dah tak attracted to me. That's just me, okay? Hehe.
40 reviews3 followers
July 4, 2025
cute, ade nanges sket, kinda feel bad for the arwah isteri cause it feels like everyone lupekan dia towards the end but life goes on ig
This entire review has been hidden because of spoilers.
12 reviews
August 4, 2025
Cite ni cuteee. Buat aku tersengih sorang sksksk. Aku rasa penulis ni pandai tulis cite genre romcom ceni
Profile Image for lisa mukti.
27 reviews8 followers
September 2, 2025
best...saya enjoy baca novel ni..nak tunggu novel seterusnya dari cik penulis..
11 reviews
February 19, 2026
Not really my cup of tea. I guess I was too blinded by the ratings.
Profile Image for Laila.
8 reviews
November 28, 2025
CERITA NOVEL NIE SUMPAH BESTTT DIA BUAT MUKA AKU JADI TOMATO AHHH DAN CERITA DIA MUDAH UNTUK FAHAM. coverrr buku in ON TOP tapi malu sikit ah kalau nk bawak buku nie kat mn mn hihihi
he fell first and he fell harderrr too hard like broo i wish i have a man like this bila.aku baca novel nie aku sumpah aku terasa single giilaaaa AHHHHH. aku abis baca novel nie dalam masa 3 hari je tauu i really like this book. this my new fav novelll.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews