Diya hidup dalam ketakutan akibat ancaman bapanya yang panas baran. Diya berjaya membawa ibunya keluar dari flat bapanya dan menyewa satu unit rumah kedai. Diya menyara hidup mereka berdua dengan melukis mural. Tetapi, bapanya tidak membiarkan mereka lepas begitu saja.
Arjuna mengembara ke dunia sebelah sana bersama bondanya untuk melarikan diri daripada ancaman Mahasura, raja, bapa dan suami yang menuntut ajaran papakerma. Ratu Pertiwi tidak mahu menurunkan kesaktian adilakar kepada Arjua kerana mahu melindungi anaknya. Akibatnya, Arjuna memerlukan bantuan seorang regulakar untuk memilki kebolehan merentas dimensi. Apabila bertemu dengan Diya, Arjuna menyangka dia akhirnya dapat menyelamatkan Lakarloka daripada ancaman raksha-raja Mahasura. Tetapi, Diya ada misinya sendiri.
Narasinga memikul gelaran bendaharawan apabila ratu dan putera mahkota Lakarloka minggat ke dunia sebelah sana. Narasinga sedaya upaya melindungi rakyat jelata demi tanggungjawab. Apabila Arjuna tiba-tiba pulang dengan seorang regulakar untuk menyelamatkan Lakarloka, kesetiaan Narasinga berbelah bahagi antara impian ibunya untuk memerintah, persahabatannya dengan putera mahkota Arjuna serta janjinya untuk melindungi regulakar bernama Diya.
Bertembunglah tiga insan dua dimensi bergolak! Adakah roman ini seindah lukisan?
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Menulis Roman Lakarloka ialah satu guilty pleasure. Saya meneroka satu alam baru yang tidak baru, sama tapi berbeza. World-building Lakarloka satu advencer yang menarik, tapi worldbuilding tak penting kalau pembaca tidak peduli tentang watak-watak dalam cerita. Saya harap pembaca dapat menyelami ketakutan Diya dan konflik jiwa Arjuna dan Narasinga. Selamat berwisata ke Lakarloka. Enjoy!
Roman Lakarloka karya Sri Rahayu Mohd Yusof mengisahkan tentang Diya, pengidap penyakit alopesia parut dan mangsa ‘domestic violence’ yang baru mula bekerja di Lakarloka Painters. Majikannya merupakan seorang wanita kudung, Puan Pertiwi dan anaknya, Arjuna. Suatu hari ketika Diya dan Arjuna sedang membuat kerja melukis mural, mereka berdua secara tidak sengaja termigrasi ke sebuah dunia lain. Dunia tersebut merupakan Lakarloka, dunia asal majikannya. Di Lakarloka, Diya bertemu dengan Narasinga, Nenek Rawa, dan Balu Bendaharawan, dan dia sedikit sebanyak didedahkan dengan situasi di Lakarloka dan perananya sebagai pasangan Arjuna untuk menyelamatkan Lakarloka daripada Mahasura, ayahanda Arjuna.
Latar tempat untuk cerita ni merupakan gabungan dunia moden dan dunia tradisi yang mempunyai elemen magik dalam jalur masa yang sama. Latar dunia moden, spesifiknya, Ampang merupakan dunia masa kini, yang mudah dihadam, manakala dunia Lakarloka merupakan dunia tradisi yang memerlukan sedikit masa untuk difahami. Istilah-istilah yang digunakan tidaklah terlalu rumit, walaubagaimanapun, terdapat lampiran sebagai rujukan pembaca. Personally, saya sukan dengan penggunaan istilah-istilah ini, sebab automatically dapat bezakan antara Lakarloka dan Ampang.
POV Diya membuatkan pembaca dapat menyelami perasaan dan memahami watak Diya sebagai seorang magsa ‘Domestic Violence’ dan pengidap penyakit alopesia parut. Watak Diya diolah dengan baik sekali. Selain Diya, saya menyukai watak Narasinga dan Nenek Rawa. Interaksi antara Diya dengan Narasinga dan Nenek Rawa lebih menarik dan mendalam, berbanding interaksi Diya dengan Arjuna dan Puan Pertiwi.
Konsep portal melalui lukisan bukanlah konsep yang baru, tetapi penambahan syarat seperti adilakar yang ‘cela’ dan regulakar menyumbang kepada plot cerita, menjadikan cerita ini lebih menarik untuk dibaca.
Saya suka mesej ‘ketidaksempurnaan’ dalam cerita ni. Pada mulanya, saya tak faham kenapa penulis highlight penyakit alopesia Diya. Tapi bila sampai ke penghujung cerita baru saya faham.
“Kesempurnaan itu ilusi kehidupan”
Pengakhiran cerita ini bukanlah muktamad, saya percaya ada sambungan untuk kronikel Wisata Dua Dunia. Walupun cerita ni bukanlah cerita romantis, tapi menarik pula nak tahu berkenaan, Diya, Arjuna dan Narasinga, selain misteri tentang bapa Diya, Samudera.
Wisata Dua Dunia: Roman Lakarloka karya Sri Rahayu Mohd Yusop ialah novel fantasi urban yang menggabungkan realiti sosial seperti penderaan domestik dengan dunia magis yang hidup melalui seni. Kisah ini mengikuti Diya, seorang gadis dari Ampang yang cuba membebaskan diri dan ibunya daripada kehidupan yang toksik. Melalui kerjanya di Lakarloka Painters, Diya menemui bukan sahaja harapan baharu, tetapi juga dunia paralel bernama Lakarloka yang hanya dapat dimasuki melalui lukisan.
Latar tempat dibina dengan kuat—Ampang digambarkan padat dan menekan, manakala Lakarloka kaya dengan elemen tradisi dan magis. Transisi antara dua dunia menarik tetapi boleh mengelirukan tanpa panduan tambahan seperti glosari atau peta.
Watak Diya menyerlah dengan perkembangan emosi yang meyakinkan. Arjuna dan Puan Pertiwi menambah dinamik misteri dan empati, walaupun sesetengah interaksi antara mereka terasa tergesa-gesa dan tidak cukup mendalam.
Konsep gapura lakar dan dunia alternatif ini sangat kreatif, namun world-building kadangkala padat dengan terlalu banyak istilah dan tempat baharu tanpa penjelasan yang memadai.
Beberapa bab boleh dipadatkan, dan ada bahagian yang terlalu panjang atau kurang fokus. Namun, mesej tentang keberanian, seni sebagai kekuatan, dan kebangkitan wanita disampaikan dengan jelas.
Dengan penilaian 3.5 bintang, Roman Lakarloka sesuai untuk pembaca yang menggemari fantasi bercorak tempatan, bertemakan perjuangan peribadi dan simbolisme seni.
"Aku tahu kaulah orangnya kali pertama aku melihatmu."
Masa sampai saja novel ni, dan bila baca caption yang tertulis dekat tepi sprayed edges-nya, terus Kirah tertanya-tanya. Ada apa dengan ayat tu?
Pernah tak korang baca cerita fantasi yang boleh merentas dimensi atau alam lain dengan melukis dan ilham lukisan tu datangnya daripada mimpi?
Ya. Kali ni kita disajikan dengan kisah seperti itu.
Diya, hidup dia sangat biasa. Yang luar biasa sedihnya, dia terpaksa menghadap bapak yang tak guna sepanjang masa. Pukul, terajang, maki hamun itu makanan ruji dia dan emaknya. Jadi Diya tanam azam dalam-dalam, aku perlu keluar dari neraka ini!
Akhirnya dia dapat kerja yang sesuai dengan kebolehan dan bakat yang dia ada. Melukis. Di bawah syarikat Lakarloka Painters, dia membantu Arjuna melukis mural yang diminta pelanggan.
Yang anehnya, lukisan mural itu sampai dulu dalam mimpinya. Bila siap saja, entah macam mana mereka boleh 'tersedut' masuk ke dalam lukisan itu bersama-sama.
Nampak macam gila, kan? Ya, memang gila. Lagi gila bila Diya dapat tahu di dimensi sebelah sana, dia harus melawan pemerintah gila kuasa yang menuntut ilmu salah dan menyeksa rakyat jelata! Mahasura namanya.
Macam mana Diya nak keluar daripada masalah ini? Siapa Arjuna padanya sampai mereka berdua boleh berada di Lakarloka dengan merentas lukisan yang rupa-rupanya nyata? Dia yang marhaen di Ampang, Selangor masakan bisa menumpaskan kejahatan yang sudah terpupuk sekian lama?
Haa, cerita ni seronok dibaca gais. Seronok sebab? Sebab Kirah tak pernah lagi baca novel fiksyen yang ada plot macam ni, jadinya cerita ni unik. Kirah suka elemen moden dan tradisional yang dikaitkan dalam dua dimensi berbeza ni. Macam hidup berjiran, ada benda yang kita guna atau kata, sama dengan jiran kita walaupun negara dan adat berbeza. Ada tamadunnya!
Kali ni Kak Rahayu guna POV 1 which Kirah personally susah sebenarnya nak 'masuk' ke dalam cerita tu kalau POV ni digunakan tapi untuk novel ni, senang je nak masuk sebab bahasa yang akak gunakan sangat cantik dan tersusun.
In terms of apa yang boleh diperbaiki, mungkin ada sesetengah part terutamanya part Diya punya naratif tentang 'malangnya' hidup dia selama ni tu agak repetitive. Bila kita dah start fokus dengan dunia Lakarloka, kita seolah-olah undur balik untuk dengar luahan Diya tentang masa susahnya. Bagi Kirah kalau dikurangkan sikit dan lebih fokus pada setting Lakarloka lebih menarik.
Kirah tak sabar nak tahu sambungan untuk novel ni sebab bila tiba dekat penghujung cerita, makin bertubi-tubi plot twist yang akak bagi. Siapa dan kenapaaa? Kena tunggu nak baca sambungannya lagi ni. Semoga cepat-cepat sampai sebab kita curious!!
Ini honest review Kirah, Kirah suka dan enjoy baca cerita fantasi akak kali ni. Harapnya dekat sambungan nanti ada lagi banyak moment dan world building tentang Lakarloka! Ai is lurve.
Pertama sekali. Saya bukan hardcore fans genre fantasi, tapi tidaklah kata tak baca genre fantasi (complicated mood ons). So saya tak yakin saya boleh habiskan buku Roman Lakarloka ni. Sebab bila belek isi kandungan. Ada 60 bab (agak banyak). Tambah pula lepas baca Prolog. Saya macam tak faham sangat. Sebab banyak nama gelaran. Sampai satu tahap nak koyak glosari bahagian belakang. Sebab senang nak refer. Padahal baru Prolog dah jajing sampai macamtu sekali.
Tapi bila masuk Bab 1. Saya rasa perasaan saya lebih tenang gitu. Hshs sebab tu la orang kata jangan nilai terlalu awal. Cuba dulu baca beberapa pages.
Secara ringkasnya, kehidupan Diya tidaklah seindah mana. Gara-gara mempunyai seorang bapa yang sangat panas baran. Dia tahu dia memang kena buat something untuk keluar dari kehidupan toksik tu. Selepas mendapat kerja di Lakarloka Painters. Dengan bantuan dari Puan Pertiwi (tauke Lakarloka). Diya berjaya 'melarikan' diri bersama ibunya. Dari rumah flat puaka membawa mereka menyewa di sebuah unit rumah kedai milik Tuan Angga.
Nak dijadikan cerita. Ada sesuatu terjadi ketika Diya dan Arjuna (anak tauke Lakarloka) sedang melukis mural. Know know tiba di tempat asing. Apa sebenarnya yang berlaku?
Tahu tak apa yang menarik dalam Roman Lakarloka selain dari kita dapat membaca imaginasi penulis merangka dunia Lakarloka itu? The way penulis mencipta karakter-karakter yang sedia ada.
Saya nak highlight watak Diya. Diya merupakan satu watak yang sangat simple. Tidak pula dinyatakan mengenai appearance Diya secara details. Tapi cukuplah dengan menceritakan sedikit kekurangan Diya itu. Kita tahu yang Diya hanyalah seorang manusia biasa. Di Lakarloka. Diya selalu clueless dan rasa curious dengan aurat, waktu solat, pakaian, kebersihan, keadaan sekeliling dan banyak lagi. Itu semua perasaan yang valid bagi seorang manusia biasa. ☝🏻 Tapi she tetap mempunyai kekuatan yang tersendiri. Malah watak Diya memonopoli storyline Roman Lakarloka. Watak sampingan lain mencantikkan lagi jalan cerita.
Cerita memang bergerak laju. Yang lambatnya saya ☝🏻 Sebab di dunia Lakarloka. Gaya bahasa lain, ada istilah tertentu, nama tempat yang banyak, and of course setiap pekara yang diceritakan penulis. Saya kena letak effort untuk imagine. Sebab tu saya ambil masa. Cuma sometimes saya rasa macam agak heavy. Tapi sebagai pembaca. Saya boleh keluarkan point penting yang penulis nak sampaikan.
Percubaan yang baik dari penulis. Sebab saya tahu genre ni makanan penulis. Cumanya? Mengapa ending dia begitu. Saya dah tepuk meja dah tadi hshs. Saya tunggu buku kedua okay Puan Sri 🤝
Baru aku faham kenapa Diya mempunyai penyakit kerak di kepala sehingga memaksa Diya membotakkan kepalanya.. Selama aku baca aku terfikir juga kenapa penulis kerap menyatakan tentang kepala Diya yang botak dan rambut wanita2 di Lakarkola yang cantik dan sangat menjaga rambut.
Rupanya penyakit Diya tu satu kekurangan yang perlu ada pada Adilakar! dan Diya adikalar sejati. Tak seperti Arjuna yang dia perlu diwariskan oleh Ratu Pertiwi. Jika ibunya tak mewariskan, maka Arjuna tiada kuasa. Arjuna yang sebenarnya regulakar kepada Diya.
Pada goodreads baru tahu bahawa buku ni akan ada series. Sebab pada buku macam tak jumpa apa-apa mention yang buku ni adalah siri 1. Tak sabar nak tahu siapa Diya sebenarnya, dan siapa Samudera, bapak Diya sebenarnya di alam Lakarloka.
Diya seorang anak yang sering menjadi mangsa kekerasan ayahnya cuba mencari jalan untuk keluar daripada hidup bersama bapanya. Arjuna pula merentas dunia lain untuk menyelamatkan diri daripada kejaran ayahandanya sendiri.
Sebenarnya SH kagum dengan mereka yang dikurniakan dengan kelebihan dalam bidang seni. Bagaimana lincah dan lembutnya tangan mereka untuk menghasilkan sebuah karya seni yang memukau mata. Maklumlah SH tak ada kelebihan itu, jadi hanya mampu kagum dengan bakat orang sahajalah.
Geram betul SH dengan ibu Diya ni. Diya punyalah berusaha untuk menyelamatkan mereka berdua, ibunya pula seolah-olah mahu menyerah diri. Padahal dia sudah sering menjadi mangsa kekasaran. Namun inilah hakikatnya. Di dunia ini betapa ramainya insan yang menjadi mangsa dera namun masih bertahan dengan si pelaku. Dengan harapan yang pelaku akan berubah.
Pengakhiran cerita ini membuatkan SH ingin tahu lebih lanjut apa sebenarnya latar belakang Diya. Apa rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya. Rasa tak sabar untuk menunggu sambungan daripada kisah ini.
ugh, seronoknya! dah lama tak rasa excited mengembara ke dunia yang baru, gittew! bab prolog buku ni pun beri first impression yang sangat kukuh ya untuk saya teruskan pembacaan.
okay, novel ini mengetengahkan watak seorang gadis ‘tidak sempurna’ bernama diya yang dah penat hidup dalam penyiksaan mental dan fizikal oleh ayahnya. diya nekad untuk bawa ibunya lari dari rumah dan mulakan hidup baru setelah mendapat pekerjaan. namun, apabila dia sangka keputusan yang dibuat itu bakal merubah nasib dia dan ibunya menjadi lebih baik, benda lain pula yang jadi. dia dan anak majikan barunya, arjuna, tiba-tiba merentas dimensi sewaktu sedang bekerja.
saya belajar daripada pengalaman lepas waktu baca novel puteri naga tiberius agar baca dan hadam dulu bahagian lampiran atau glosari supaya lebih faham istilah yang akan digunakan dalam novel ni, & it works ya!
pada awal pembacaan agak terkejut sedikit dan agak janggal dengan peralihan lensa penulisan daripada 3rd POV kepada 1st POV, tapi bila dah baca beberapa bab, dia dah jadi selesa. separuh bahagian pertama sarat dengan world building dan fakta yang perlu difahami, terutamanya apabila arjuna dan diya kali pertama merentas dimensi. separuh bahagiannya lagi waktu baca tu saya dah mula rasa lebih jelas latar dunia lakarlokanya. cuma apa yang terjadi sebelum arjuna dan diya merentas ke dimensi lakarloka semula membuatkan saya a bit down dan rasa frust huaaa :(
saya sumpah nak puji plot twist untuk buku ni sebab sangat unexpected ya! malangnya saya rasa sebelum saya sempat digest plot twist tersebut, jalan cerita tiba-tiba berjalan sangat pantas dan saya perlu baca semula beberapa bab terakhir sebelum saya boleh faham apa yang berlaku di bab epilog. masih banyak yang saya rasa patut dikembangkan, terutamanya tentang latar belakang diya, tapi saya bagi chancelah untuk diceritakan pada buku seterusnya.
overall sangat menarik jalan cerita untuk buku pertama ni. saya lurveeee! semoga berjumpa pada buku yang kedua! (rindu narasinga hmz☝🏻😮💨)
4.2⭐️
terima kasih @penerbitx atas pemberian naskah ini ✨🫶🏻
Habis je baca novel ni, saya rasa tak puas. Macam ada lagi saya kena baca. Adrenalin memuncak bila sampai ke penghujung cerita. Rasa macam tiba-tiba je knockout! Haha
Cerita ni menarik dan best. Kisah fantasi yg boleh merentas dimensi melalui lukisan. Bersama Arjuna dan Diya yg ‘tercampak’ ke Lakarloka dan terpaksa selesaikan kesan yg ditinggalkan 15 tahun dulu. Penggunaan bahasa di Lakarloka memang wow. Walau klasik tapi sedap betul baca. Kalau tak faham google je.
Saya terasa dan terkesan dgn kisah Diya yg berusaha nak larikan diri dari bapaknya yg baran. Sepanjang kelana tanpa sengaja Diya ke Lakarloka, tak berhenti dia fikirkan keadaan emaknya. Sudahnya dia kecewa sendiri dan jadi lebih berpendirian. Kesian Diya. I really feel you dear.
Pilihan telah dibuat. Lebih baik Diya teruskan ke Lakarloka membantu Arjuna. Diya jadi lebih yakin dan berani. Saya suka masa ikut dorang ke sana ke sini dalam Lakarloka. Tiada yg magis tapi keunikan tempat tu sendiri dah mengagumkan. Saya suka Nenek Rawa yg cantik.
Cerita diawalnya pada saya agak perlahan dan mendatar. Selepas keputusan kedua Diya kembali baru cerita nampak betul-betul menarik. Debar, teruja semua ada. So tunggu jelah buku seterusnya sebab saya nak sgt tahu Diya’s life journey yg kedepan. Also the Singa yg sentiasa utamakan Diya! Hehe
After I finished reading, I saw the glossary of characters. It seems that Nek Wulan was indeed in the story, but her name felt so distant, so foreign, that I couldn't even remember when did she first appear. So there, the introduction of this character might be too fleeting, that it doesn't leave a lasting impression for me to remember, and I'm someone who's quite detailed in reading (and spotting mistakes along the way).
Regardless of the shortcomings, nothing could take a star away from this awesome story. I love that the author was inspired by a TV series that I myself happen to have watched and enjoyed.
I just wish that the editor and the proofreader did a better job, though.
Having finished it, I wish there's more to the ending, like Diya's father's origin - the full account. I know it's intentional of the author to leave that hanging. I'm also eager to learn about Diya's next step and relationship with both pivotal male characters, Arjuna and Narasinga. Is there a sequel? Please, please, let there be 🙏🏼
Here's a warning, though. The story can suck you in like a black hole, like a place in its dimension, Nirhujung. I already have other books lined up in my reading list, but this book cut the line like it's nobody's business.
Alangkah indahnya kalau aku boleh merentas dimensi melalui lukisan sahaja dengan kebolehan untuk membuat mural secara perinci atau realisme. Inilah Wisata Dua Dunia: Roman Lakarloka oleh Sri Rahayu Mohd Yusof yang akan membuat anda rasa ingin menemui semula kemahiran seni visual di atas kertas.
Penulisan buku ini, aku boleh rasa aku berada di tempat mereka sambil menerokai dunia watak-watak ini. Indahnya mata memandang, tenangnya mindaku memproses apa yang berlaku. Sekiranya anda mahu cuba membaca fantasi tetapi tidak tahu nak pilih tajuk apa, cubalah buku ini. Ayat-ayatnya sangat senang nak faham & bab-bab dalam buku ini sangat singkat bagi aku. Buku ini pun ada lampiran sekiranya anda terlepas/tidak faham frasa-frasa atau apa yang berlaku di dalam cerita ini.
Aku nampaklah Diya & Arjuna ini, sekiranya mereka mengalami kesusahan, mereka akan bangkit dengan matlamat yang baru dan membuatkan mereka berdua kuat untuk menentang watak jahat dalam cerita ini. Akhir kata, aku ditinggalkan dengan lebih banyak soalan selepas habis membaca buku ini. Siapakah sebenarnya Diya ini? Ada lagi benda yang tidak dilangsaikan dalam buku ini. Keluaran buku ke-2 akan datang?
Fantasi yang realistik. Tentang dunia dua dimensi dengan gerakan waktu yang sama. Watak utama yang. . . normal. Tak sesempurna yang saya pernah baca (terlalu badass, cantik, berambut panjang, kurus tinggi, mata kecoklatan, bibir mungil, leher jinjang). Diya, ya. Seringkas itu juga namanya. Dia berani tapi ada sisi feminin. Berkarakter muslimah dengan usahanya untuk menjaga solat dan aurat sebaik mungkin walaupun sewaktu di dunia yang lain.
Terjawab juga sebenarnya fikiran rawak saya tentang bagaimana kalau watak perempuan datang bulan semasa melalui pengembaraan masa ke zaman lampau, macam mana watak mengurus kebersihan diri dan lain-lain. Sri Rahayu took it seriously to answer it (in a good way!) Pertama kali saya baca fantasi yang munasabah!
Diya mungkin marah sebab Arjuna seakan mahu mempertahankan bahawa mereka dalam situasi yang sama. Arjuna betul, Diya. Hanya dunia, ibu dan ayah kalian yang berbeza.
Dan Narasinga? Saya cukup suka dia. Eh, maksud saya, sikap kesetiaannya akan Arjuna dan sikap melindungi Diya cik perantau. Ada aksi Narasinga yang mencetuskan ketegangan antaranya dengan Diya. Saya tafsirkan si siluman ini sekadar menjalankan tanggungjawab demi menjaga Arjuna dan regulakarnya. (saya harapkan lebih sebenarnya tapi itu tak mungkin terjadi, kan? Huhu) "𝘈𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘬𝘢𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘮𝘶". Rupa-rupanya, itu kata-kata Narasinga kepada Diya.
Juga, berhentilah mengharapkan lebih dari manusia. Kita tak akan pernah tahu apa yang mereka fikirkan.
Akhir sekali,
Dalam perang, awak tak semestinya perlu berbaju besi dan lengkap berperisai pedang. Tolonglah percaya, ya! Raksasa sebesar Mahasura akan lenyap suara dan kuasanya ditikam tirus berus lukis Diya dan Arjuna, ditenggelamkan rentang kanvas berlorek Nirhujung.
Roman Lakarloka, karya terbaru tulisan pengarang kegemaran saya Sri Rahayu Mohd Yusop. Setelah Kronikel Empat Bahtera berakhir, saya fikir saya perlu menunggu lama lagi untuk karya bergenre fantasi beliau. Roman Lakarloka mengubat penantian saya. Tentang pengembaraan antara dimensi, buat saya teringat pada drama bersiri Sliders yang saya tonton waktu remaja dulu. Menariknya, perpindahan dimensi di dalam novel ini berlaku menerusi lukisan. Saya sangat teruja dengan konsep ini kerana saya memang suka memerhatikan lukisan-lukisan pemandangan dan berangan saya boleh masuk ke dalam lukisan.
Saya juga suka kerana heroinnya yang bernama Diya adalah seorang yang praktikal dan perempuan biasa. Contohnya ketika mengembara, beliau risaukan soal tandas dan bilik air serta permasalahan yang mungkin timbul jika datang bulan. Tidaklah si heroin sentiasa segar dan bergaya sepanjang petualangan. Saya tidak mahu cerita lebih-lebih, cukup saya katakan apabila tamat membaca, saya rasa tidak puas. Untunglah rupa-rupanya ini siri pertama 😊. Harap Sri Rahayu boleh siapkan cepat sambungannya.
Apabila membaca Lakarloka, satu hal yang berlaku dalam diri saya ialah - oh, saya berjaya membina imaginasi dengan baik dan menelusuri setiap kembara suka duka Diya sebagai manusia biasa dan manusia dengan anugerah tersembunyi.
Perwatakan Diya sebagai gadis yang trauma, sebagai gadis mandiri dan berani bertindak. Sekali lagi novel Sri Rahayu membangunkan sesuatu dalam diri wanita yang perlu diubati, diambil berat dan beranilah menghadapi apa jua cabaran.
Kisah dua dunia yang penuh realiti dan magis, siapakah yang tak teruja apabila 'diberi peluang' melalui takdir yang berbeza. Dengan lakarloka, segala cerita menjadi satu. :)
Buku ni merupakan sebuah cerita fantasi dua dunia. Cerita ini bukan sejenis time travel ke masa hadapan atau ke masa lampau. Garis masa sama, tapi dua dunia yang berbeza. Menarik untuk diterokai.
Bagaimana mereka mengembara? Jawapannya ada pada rekaan kulit buku. Tapi bukan semua orang boleh. Ada kriteria yang penting dan hanya yang tahu saja tahu.
Jom, aku kongsi sikit tentang novel ini. Okay ceritanya begini.
Diya tinggal bersama ibu dan ayahnya di sebuah rumah. Tapi hidupnya sukar bila perlu menghadap baran ayahnya setiap hari. Diya berharap satu hari nanti, dia boleh bawa ibunya keluar dari neraka dunia ini. Lari dari ayah dan hidup tenang bersama ibunya, berdua saja.
Arjuna merupakan anak kepada Pn. Pertiwi. Mereka berdua menjalankan perniagaan melukis mural. Diya baru saja menjadi pekerja kepada mereka. Tugasan pertama Diya, melukis mural di bangunan masjlis perbandaran dan perlu disiapkan sebelum lawatan menteri ke situ. Diya tidak merasakan apa-apa yang pelik, hingga sesuatu terjadi pada hari tersebut. Diya terheret ke dunia Lakarloka.
Sungguh! Diya bingung dan keliru. Zaman sekarang masih ada orang yang menunggang kuda sebagai pengangkutan?
Cerita ini bergerak laju, tak ada buat pembaca tertunggu-tunggu. Awal ketika prolog, nama-nama watak buat aku keliru, nasib baik masuk bab pertama terus ke Ampang 😆. Lega rasanya, masih di Malaysia. Kemudian, bacaan menjadi laju, macam air yang mengalir. Satu demi satu watak muncul dan memperkemaskan kedudukan mereka. Apa sebenarnya berlaku di Lakarloka, mengapa Diya boleh sampai ke situ dan misi Arjuna.
Lakarloka ini sebuah tempat seperti zaman dahulu dengan seni binaan yang mengagumkan. Bila masuk ke dunia Lakarloka, aku rasa macam cerita Narnia. Dalam cerita Narnia, kan ada kawasan yang beku, sejuk dan penuh misteri milik ratu yang jahat tu. Jadi dalam Lakarloka, ada kawasan gelap dan kelam milik Raja Mahasura. Rakyat Lakarloka yang tidak mahu jadi pengikut Raja Mahasura, mereka duduk di sebuah lembah yang tersembunyi, lembah ini lah yang tenang, cantik dan damai.
Jadi, anda suka cerita fantasi. Buku ini pasti tidak akan mengecewakan anda.