Jump to ratings and reviews
Rate this book

Something Stupid

Rate this book
“Saya dihina awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak, kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad

Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia.

Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya.

Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang.

“Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggungjawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad

“Get lost!!” ~ Zara.

Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara.

Apakah yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?

539 pages, Paperback

First published December 1, 2014

6 people are currently reading
80 people want to read

About the author

Dekna Lee

13 books45 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (23%)
4 stars
25 (29%)
3 stars
23 (27%)
2 stars
13 (15%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,034 reviews377 followers
January 4, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

It was just okey for me. Pada N, part flashback mereka di UiTM lagi best berbanding part present. Maybe because after sometime N mula rasa Zara ni taklah cerdik and sangat kebudak-budakan. Nak buat si suami ceraikan dia, pegi pakai baju seksi and pergi kelab malam. Bijak dan matang sangat!

The last 40 pages or so are a waste of time. Semua part yang involve Aiman dan Zarina sangat cheesy and menggelikan.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews23 followers
October 5, 2017
Alkisahnya cerita yang sudah cantik plotnya tapi tidak disampaikan dengan baik oleh penulis.

1. Dalam sesetengah cerita, imbas semula tu bagus sebab mengukuhkan lagi karakter setiap watak. Tapi dalam cerita ni, tak perlu. Sebagai contoh, setakat nak maklum si Zarina ni gedik 6 tahun lepas, boleh tell dan tak perlu show. Gedik tu sendiri dah boleh bayang macam mana.

2. Dalam imbas semula tu juga hubungan Zara, Aiman, Irsyad dan Zarina dimaklumkan oleh penulis. Makanya momen jeng...jeng...jeng...tu tak ada berbanding semasa hubungan Irsyad dan Shila diketahui.

3. Untuk lebih memahami Zara, saya baca artikel terbitan Utusan Malaysia pada tahun 1998. Syabas saya ucapkan kepada penulis kerana hampir 80% kesan yang ditulis dalam artikel tu ada pada Zara. Tapi sayangnya saya tidak mampu berpihak kepada Zara kerana sikapnya yang terlalu cepat menilai. Malahan sebelum kejadian lagi, Zara ni seolah negative thinker.

4. Pertemuan semula Aiman dan Zarina menjadi penguat untuk saya meneruskan bacaan. Sayangnya, Mr Cool Aiman telah bertukar menjadi Mr Playboy Aiman. What the heck?! Dan sikap Zara yang masih prejudis pada Zarina walaupun dia tak jumpa Zarina yang baru, buat saya letih.

Makanya, 4 perkara ini yang membuatkan saya mengimbas novel ini tanpa menghayati sepenuhnya. Saya tak dapat connect dengan setiap watak. Amat kritikal bagi saya untuk at least connect dengan Zara sebab dia heroin.

Dari artikel yang saya nyatakan di atas, selalunya ada 3 kemungkinan terjadi pada mangsa iaitu:-
A. Mangsa mendekatkan diri dengan Allah
B. Mangsa cuba membunuh diri
C. Mangsa menjadi individu yang bertindak liar

Hmmm....which one is Zara again?
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
November 26, 2014
siapa yg suka cerita romantik2..bolehlah baca novel ni.. Irsyad ni memang lah romantik bila dah kawin dgn Zara..

smpai Zara konon nak buat suami dia terseksa tp dia yg awal2 tergoda..tp tetap ego smpai suami dah mrajuk larikan diri baru padan muka..hehe..

honestly..lg suka novel dekna lee yg Jodoh Sebelah Pintu dari yg ni.. tp tetap akan tggu novel dekna lee lepas2 ni..:)
Profile Image for SS.
514 reviews5 followers
May 28, 2019
Ini ,second novel dari Dekna Lee yang ika baca. Satu benda yg ika suka dari penulis ialah cara penceritaan dia. Tak bosan. Sebab once dah start baca, tak boleh stop maknanya penulis tu berjaya la tarik perhatian utk teruskan pembacaan. Storyline dia simple. Sesuai untuk bacaan santai. Novel cinta yg tak sarat & berat. Tak menyerabutkan kepala hotak sangat dgn karakter perempuan kaki nyendel annoying watsoever.

Okay, first of all. Sentuh perempuan lebih dari sepatutnya atas sbb cemburu dan tercabar tu memang tak patut lah. Tak smart lansung perangai! Dan mana-mana perempuan pun tak blh terima. Sama je la mcm kes Zara & Irsyad. Zara sbnrnya punca Irsyad marah emo sampai dia out of control. Tapi Irsyad tetap salah la sbb dia takda cara lain ke nak tunjuk marah dia tu? Boleh je kot tumbuk batu bata ka apa ka kan?

And lepas 6 tahun, Irsyad struggle cari Zara sbb nak tebus kesalahan. Which is for me. Okay good. Sbb kau sedar salah kau and kau nak bertanggungjawab & kahwin dgn Zara. Tapi citer dia mmg Zara layan mcm sampah la. Zara boleh dikatakan childish lepas dia kahwin dgn Irsyad. Ego tinggi melangit padahal dalam hati tak. Pfft.

Irsyad tetap sabar layan isteri dia. What else? 🤷🏻‍♀️ Dia kena sabar la sebab pandai buat pandai tanggung la bro. Cumanya, dah kahwin. Nak lari mana? Lagi lagi bila org tu betul sayangkan kau. Of course effort dia nak memujuk tu terlebih lebih. Penulis banyak la belanja part sweet dlm novel ni. Lagi-lagi masa dekat Bali. Hee

Suka la part throwback yg penulis bawa. Part depa belajar dkt Uitm. Rindu pulak nak belajar. Tiber. Nice. Last but not least, i love Ami so much. Cute gila okay. Fall in love haha.
5 reviews1 follower
March 27, 2015
mmg xsyak lg..pnulis wanita sespisies yg suka create kisah mcmni mnunjukkn smkin rmi xde hrga diri,,.....
sbb?? phm2 sndiri klau da suka sgt+mngidam bkawen dgn progol...
skrg bru aku phm knp remaja pompuan makin rosak sbb baca nvl...
heiii..kot yee pn rekaan, agk2laa...xbole ke bt cte yg angkat mrtabat pompuan??? cuti2 blja ni, ingt nk abeskn ler bce nvl yg manfaat,
gila btul ble sne sni ada yg rekomen ke aku bce nvl ni..sjk dua mnjk aku asik dpt nvl2 yg cnta cintun dgn progol+ngndung2 ank luor nikohh...
bce sinopsis,...men selak2 skli llu...tema bcinta dgn progol...babk 18+ bkn men kncang...
pnulis xpdn mude ank dre...tp tlis cm expert je wt keje ni??

aku yg lki ni risau jgk klo adik2 aku tbaca krya mcmni...
&aku xkn bg la adik2 pompuan aku bce..kang slp2 hncur sbb tpngruh....xnk ah pkran drg pn ikt rosk sama....
awtla nvl skrg da xmcm dlu2?? nvl yg jauh lg baik xde lk dpt anugerah best seller...yg jual mruah pmpuan sndiri yg dpt..tulis nvl biar ler yg didik masyrkt, ni tidok,..didik msyrkt spy kwen dgn progol jgk yg diajarnyer...

sentp? xyah sntap ahh klo ada laki ejek2 mruah pmpuan...
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
October 20, 2018
ya. memang ada yang tak suka isi novel bila si perogol berkahwin dengan yang dirogolnya. seolah-olah macam nak menggalakkan pula. macam ni lah, kita pusing cara lain. kita manusia adalah pendosa. tapi setiap pendosa masih berpeluang memohon ampun dan semestinya perlu ada rasa sesal dan bertaubat sesungguh hati.

begitu juga dengan watak irsyad. enam tahun dia menanggung sengsara mencari ke mana zara. dengan mummy qhilahnya tempat dia meluah rasa berdosanya. langsung tak pandang pada wanita lain kerana rasa berdosa yang menghantuinya.

imbas kembali oleh cik penulis cantik Dekna Lee, zara dan aiman belajar satu tempat bersama irsyad, shila dan zarina. waktu belajar, bolehlah kata cinta main-main. irsyad dah lama suka dengan zara. tapi zara sangat beku. cuma dengan aiman saja dia sangat mesra. perkara itu menimbulkan cemburu tak bertepi pada irsyad tanpa dia mengetahui yang aiman itu ialah abang zara.

zara juga, wataknya sangat keras waktu itu. mencabar kesabaran irsyad sebagai lelaki. banyak kali. bukan sekali dua. bila dah berlaku banyak kali, itu yang buat irsyad sangat tercabar dan waktu itulah perkara durjana terjadi.

manusia ni ada ego. biasalah. bila kesabaran diduga berkali-kali memang mampu memecahkan tembok kesabaran. itu yang berlaku pada irsyad. zara lari dan terus menghilang.

bahagian selepas mereka bertemu kembali dan berkahwin juga mula-mula sangat memerlukan titik kesabaran yang maksima buat irsyad. ditengking herdik oleh zara, ditumbuk lumat oleh aiman bila tahu kisah sebenar. dan permulaan perkahwinan yang amat negatif buat zara hingga membuat irsyad nyaris mengalah. seterusnya... dah masuk kisah romantik, i malas nak kisahkan you... hehe...

kehidupan ini memang akan banyak dugaan dan pancaroba. sabar, memang mudah dilafaz tapi amat payah untuk dipertahankan bila ego ada. moga yang baik-baik buat semua...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,524 reviews1 follower
July 29, 2018
Layan novel cinta.. Watak utamanya Zara dan Irsyad.. Bila amarah dan cemburu menguasai hati, tindakan yang salah diambil.. Zara pun sengaja membangkitkan perasaan marah seorang lelaki sedangkan dalam hati ada cinta.. Konflik yang timbul antara mereka berpunca daripada sikap tak nak bertanya dan berterus terang.. Salah faham yang timbul berlanjutan hibgga 6 tahun.. Pertemuan semula, membibitkan ikatan perkahwinan.. Walaupun hati kata sayang namun disebabkan ego, macam-macam yang berlaku.. Garapan yang menarik walaupun rasa macam nak hempuk je kepala si Zara dan Irsyad tu..
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
June 12, 2016
Finally!! Managed to read to the end.

Read this just to appeased my curiousity...hehehehe...so that in the future, when I see someone's review or updates, I would know what to expect.

Light, fluffy reading. Suitable for those who want to only read without having to think about anything. Who would accept anything without asking any questions. Just want to drown in the romantic scenes featuring the main characters. Who would need clarifying if you could be on the cloud 9?

Using the BIG MISUNDERSTANDING issues, so memang tak ke mana-mana la. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Tiada (atau sedikiiit saja) perkembangan watak. From the start during their college years to 6 years later, charecteristics watak tu sama. Macam x grown up dari college days even though memiliki kerjaya yang hebat. Yes, I know, even the so called adult pun still macam budak-budak juga perangainya, tp once dah masuk alam bekerja, perubahan tu akan terjadi dengan sendirinya. You would know from the way they act, sama ada orang tu dah bekerja atau still stuck in their teenage days.

And beware!!! Part bilik tidur quite explicit, so I would not recommend this for those yang masih pakai uniform pergi sekolah. Baca buku2 yg boleh tolong buat ayat2 karangan yang bagus dulu, habis sekolah it's up to you to decide.
Profile Image for Iman Nadia.
53 reviews5 followers
July 29, 2022
Urgh... Sorry red flag. Try hard untuk baca but tak boleh. Memang boleh agak pun heroin dengan hero akan bahagia di akhirnya tapi entahlah aku turn off sebenarnya. Sangat.

Hero rogol heroin and after 6 years they meet again and get marry. Memanglah heroin tak accept at first tapi as the story go on, she will accept it for sure. And memang hero dia taubat and try untuk tanggungjawab but it really triggers me.

AND! Aiman, tbh aku rasa dia macam pentingkan diri pun ya juga. Sebab dia setuju nak kahwinkan Irsyad dengan Zara walhal dia tahu Irsyad yang rogol Zara and buat Zara tu depressed so on. Tak boleh blah bila Aiman cakap dekat Irsyad yang dia nak lepas ni Irsyad rasa balik kena terajang, kena maki, kena belasah waktu Zara mengigau tengah malam. Weh, seriously? Aiman ni macam pendek akal pun ada juga. Entahlah idk, but rasa macam Aiman tak percaya yang ramai lagi lelaki dekat luar sana boleh terima keadaan adik dia and percaya sangat kalau kahwin tu boleh menyembuhkan segalanya.

Sorry author, this isn't my cup of tea.
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
December 11, 2014
First time bace karya penulis nie tp mmg berbaloi la.
Jatuh cinta dgn wtk hero ni irsyaad slps 6 tahun nmpk kematangannya
sblm tu mmg geram gak la jeles sgt & buat sesuatu tak berfikir panjang ikutkan sgt perasaan.
Watak heroin ni zara mmg klu jd irsyaad pn mmg bengang gak la sombong sgt tp sbnrnye bersebab & msing2 slah faham. Slps 6 tahun pn msih trauma dgn apa yg terjadi
Satu hal yg sy belajar melalui novel ni kdg2 sesetengah hal tu perlu dirahsiakan dan ada juga yang perlu dihebahkan kalau tidak mahu menimbulkan salah faham dan juga kejadian yang tidak diingini...jgn pandang remeh hal2 yg melibatkan perhubungan

Recommended to read this novel...to writer keep it up.

Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
February 20, 2015
cover cantik, i like.

tapi cerita dia banyak adegan 18 tahun ke atas. sori penulis. kang kalau budak sekolah baca taktau la nak kata.

mengisahkan zara yg dirogol irsyad sebab irsyad salah sangka hubungan zara & aiman. padahal zara & aiman adik beradik. so zara pun berdendam dgn irsyad. 6 tahun irsyad cari zara. akhirnya bila dah jumpa, dia pun ajak zara kahwin.

ok la cite ni takde pening kepala nak fikir konflik berat pun. tp agak meleret adegan berkasih sayang tu.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
December 7, 2014
kisah yg biasa2 shj.. MB lg suke JSP kut hehe..
sblm dia kawin n proses icat nk tawan balik hati zara ok bila baca tu mcm2 rasa ada puas hati..
but part lps dorg dah berbaik tu terus down sbb dah byk sgt la scene little cute child dlm novel2 skrg erm cikit2 ok la kut..
sweet tu jgn ckp i like icat cuma jln yg dia pilih tu salah.. 6yrs omg so long ok..
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
November 27, 2014
versi romantik x ingat after kawen mmg comey.

part awal2 tue disebabkan kurang ditekankan, oleh itu perasaan marah pada Irsyad mmg xde sgt. dan2 plak baca time member dah insaf.. laie cairla jawabnyer...

part bile 2 2 menanti kepulangan di zon selesa masing2 tue mmg kelakar. sib baek dah jodoh. hehehe...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 1, 2016
Rate 3.7

I love flashback I hate current situation..
Diam2 saling mencintai tapi kerana salah faham dlm pandangan membawa padah dan perpisahan..Ni Zarina and the gediks punya pasal dan si lelaki yg selalu melayan buat situasi rumit.
Profile Image for Suraya Hani.
33 reviews
November 28, 2023
Mengarut sungguh novel ni. Ada ke kahwin dengan perogol sendiri? Memang aku tak boleh terima la.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 3, 2015
Irsyad rasa tercabar dengan sikap Zara yang sombong, lalu mahkota Zara diragut. Alangkah menyesalnya dia bila dapat tahu Zara dan Aiman adalah adik-beradik! Cemburunya tak bertempat. Enam tahun dia mencari Zara untuk menebus kesalahannya, akhirnya dia ketemu jua. Tetapi Zara telah banyak berubah. Setelah merayu, akhirnya Zara dinikahi. Kehidupan mereka sebagai suami-isteri, sangat menyakitkan hatinya. Tetapi Irsyad tetap bertahan kerana adalah punca segalanya. Hatinya kecewa dengan tindakan Zara yang nekad lalu dia pergi. Zara akhirnya sedar akan kasih-sayang Irsyad yang dalam untuknya dan menyesal. Dia menunggu Irsyad pulang untuk memulakan hidup baru bersama. Akhirnya mereka berpeluang untuk hidup bahagia bila Zara lepaskan dendam di hatinya.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
February 13, 2015
Book #14 - 2015

Tertarik dengan judul buku ni. "Something stupid" memang judul sebuah lagu sebenarnya but I get it. It's because of "something stupid" yang membuatkan irsyad & zara akhirnya disatukan. I have to say i enjoyed it. Memang ceritanya bukan something new. I've read something like this before tapi somehow tak rasa bosan pulak. Good job writer!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
December 28, 2014
okey...blh terima citer ni dgn lapang dada...berjaya baca tanpa lompatan...best! itu yg saya rasa...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 22, 2016
suka lagi part awal2, masa study.

lepas tu memang..errm...

but overall ok la, leh layan.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.