Jump to ratings and reviews
Rate this book

PERJALANAN

Rate this book
Rozila has worked as an escort and now works in a boutique in London. When she meets the man of her dreams and he wants to marry her, she tries to pick the right time to tell him she is a transgender.

252 pages, Paperback

First published November 29, 2014

6 people are currently reading
116 people want to read

About the author

Regina Ibrahim

22 books112 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (14%)
4 stars
63 (40%)
3 stars
51 (32%)
2 stars
14 (9%)
1 star
5 (3%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 14, 2020
(4.0 bintang)
Pertama-tama, hamba ingin memberi pujian tentang judul buku ini yang sangat seragam dengan isi cerita, seresam dengan muatan kisahnya. Judul yang cukup ringkas namun sepakat memberi satu klu tepat tentang apa yang akan dihidangkan sepanjang 242 muka surat mendatang.

Ya, ini buku tentang perjalanan hidup seorang transgender bernama Rozila. Ini tentang bagaimana orang-orang di sekelilingnya baik keluarga mahupun sahabat dan kenalan menjadi titik tolak pembentukan sahsiahnya sekaligus membantu dia menjadi seorang insan yang matang dalam menghadapi hari-hari dalam kehidupan.

Rozila adalah watak yang mudah lentur. Kelembutannya bukan sahaja ada pada sifat luaran tetapi juga tutur kata dan keperibadian. Ini membuat hamba dengan mudah menyayangi dia. Mungkin ini didorong oleh cara penulisan Regina Ibrahim yang terasa begitu mesra dan tidak bernada provokasi. Gaya bahasanya yang baik membuat hamba tidak banyak songeh untuk menikmati perjalanan kisah Rozila dengan tenang, sabar dan tanpa prejudis. Ya, sememangnya hamba pun tidak suka menjadi prejudis dan judgemental tidak tentu hala dalam kehidupan seharian. Memenatkan saja.

Hamba suka penerangan penulis tentang SRS. Mungkin tidak terlalu terperinci sehingga ke isi kuku tetapi ia sudah memadai untuk kisah Rozila. Dan, jujur hamba jadi kecut segala urat badan membacanya. Mungkin harus ditangguh dulu hendak menonton video tentang ini di Youtube.

Awalnya hamba ingin memberi 5 bintang terus tetapi hamba memang kedekut orangnya jadi hamba beri 4 bintang sahaja. Hahaha - gurau. Hamba kurangkan satu bintang kerana hamba merasa kenekadan Rozan untuk menjadi Rozila perlu diberi ruang untuk diperincikan. Seakan ada lompong kosong di situ kerana kenekadan itu disua begitu sahaja.

Apa pun, hamba menyukai PERJALANAN. Hamba menyukai gaya penulisan Regina Ibrahim. Dan mungkin nanti akan hamba cari buku lain dari penulis ini.

p.s Penerimaan keluarga Rozila tentang dirinya sangat mengharukan. Semua golongan baik yang lembutkah, transgenderkah atau apa saja pasti mengharap untuk diterima dan disayangi oleh darah daging sendiri tanpa syarat. Dan, itulah yang dilakukan oleh keluarga Rozila.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
July 1, 2017
"Kenapa perlu baca Mama Regina?", tanyaku kepada seorang rakan.
"Sebab tulisan dia fresh".

Sebagaimana diketahui bagi peminat Fixi, kebanyakkan novel Fixi dalam masa terdekat ini hampir sama saja genrenya. Jadi aku cuba mencari kelainan dalam Fixi. Maka setelah perbualan acah-acah deep bersama rakanku, aku kangen sekali membaca Regina Ibrahim.

Ayatnya tidak puitis, hanya gerak pena ayat novel biasa. Tetapi kisahnya yang membuatkan kau tertanya-tanya bagaimana seorang transgender menjalani kisah hidup. Pedulikan plot, dan naratif cerita. Yang diambil itu isinya. Novel ini berisi tidak seperti 1-2 novel Fixi yang lain hanya naratifnya diangkat.

Santai dibaca. Tetapi membuatkan pembaca ingin tahu apakah yang dilalui oleh TS di pelbagai latar masyarakat. Novel ini (mungkin) dapat mengubah persepsi negatif terhadap TS.

Lepas je baca novel ni, aku tonton video SRS di youtube. Hahaha.

Mungkin lepas ni aku kena gigih mencari tulisan-tulisan Mama Regina lagi.
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
January 13, 2018
Ini kisah transgender... Perjalanan hidup seorang transgender. Ending yang aku sendiri pon tak faham. Macam tu je ke?

p/s Kaum ni dah lama wujud sejak zaman Nabi Luth.
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
July 2, 2017
Teringat pula kat S bila baca kisah Rozila ni. Rozila bertuah sebab keluarganya memahami. S pun bertuah sebab hanya ada nenek yang tak kisah pun apa S buat asalkan S tak abaikan dia.

Saya kerja kilang lepas tamat pengajian. Kebetulan saya dan S satu department. Walaupun berasal dari tempat sama, saya dan S tak rapat. Saya di sekolah all girls dan S di sekolah all boys. Di kilang, S adalah senior dan saya hormat dia seadanya.

Seperti Rozila, dia juga ke Thailand untuk mendapatkan payudara dan kemaluan wanita. Bezanya dari Rozila, dia mungkin antara insan yang tidak dapat menukar jantina di kad pengenalan.

Terus-terang saya tidak selesa berkongsi tandas dan surau dengan S. Memang zahir dia adalah perempuan. Malahan nafsunya hanya pada lelaki. Tetapi mampukah saya menolak yang dia diciptakan Allah sebagai lelaki tulen. Bolehkah saya dengan sewenangnya mendedahkan aurat saya padanya? Batalkah wuduk saya kalau kami tersentuh?

Dan setahun berlalu tanpa saya cuba selami dengan mendalam kisah S sebelum berhenti kerja. Dari Rozila, saya nampak kisah S. Dan dari S, saya tertanya-tanya kenapa Rozila memilih jalan hidup sebagai escort sedangkan S mampu hidup hanya dengan gaji kilang.

Tahniah kepada Rozila yang sedang berbahagia dengan Ismail di London sekarang...mungkin. Dan tahniah juga kepada S yang harapnya juga berbahagia dengan teman lelaki kulit putih dari NZ. Kalau datang raya, jangah marah no kalau saya salam berlapik tudung.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
May 9, 2015
Wow...rasa tacing sgt ms babak Ismail bg surprise kat Rozila waktu kat Cafe Hackney. Lelaki yg btul2 gentleman. keseluruhan novel ni very fast tempo, aku rs tak sabar nak habiskan sbb nak tau ending. Bila lah agaknya aku nk gi jalan2 kat UK dan Paris. Uhuks. Tp babak paling ngilu ms Rozila nak gi buat pembedahan tu. Serius aku seolah2 dpt membayangkan babak tu..huhuhu..
Profile Image for Najwa .
33 reviews5 followers
July 25, 2018
Suka tulisannya yang santai dan senang diikuti. Read with open mind. Banyak dapat belajar tentang dunia transgender! Ya isu mungkin taboo di Malaysia. Malah ada a few tanggapan yang salah. Tapi tak sangka nok I boleh blushing baca kisah maknyah nak kahwin dengan lelaki. Hihi
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books138 followers
March 8, 2015
Membaca helai demi helai naskah setebal 252 halaman ini membuat aku terpanggil untuk teringat akan kes seorang transeksual bernama Fatine Young yang akhirnya memenangi hak untuk tinggal bersama pasangannya di UK suatu ketika dahulu.

Kisah yang dipaparkan dalam PERJALANAN bukan suatu perjalanan biasa. Bagaimana seorang transgender bernama Rozan yang menelusuri hidupnya hari demi dari di bawah pemerhatian mikroskopik masyarakat yang kebanyakannya prejudis dan juga tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang ilmu seksualiti sehingga menyebabkan golongan seperti Rozan dan rakan-rakan mereka tersepit di antara lipatan arus masyarakat. Bagaimana Rozan perlahan-lahan bangkit dan menemui dirinya yang sebenar sebagai Rozila, dan bagaimana Rozila akhirnya menemui awalan kebahagiaan sebuah kehidupan.

Plot yang dirungkaikan dalam PERJALANAN mudah. Sangat straight forward. Tiada plot twist, cuma penuh dengan sandiwara, gelak-ketawa, sedu-sedan dan semestinya sarat dengan informasi tentang apakah ertinya melalui hari-hari sebagai seorang yang TS. Aku sendiri akui tidak punyai banyak pengetahuan tentang golongan maknyah, jadinya dengan hadir novel ini dalam barisan novel baru untuk 2015 bakal membuka minda dan perhatian masyarakat tentang golongan tersebut. Pendek kata, ini merupakan bacaan ringan yang sarat dengan informasi yang berguna.

Mama Regina bijak menggunakan pengetahuannya yang sedia ada tentang dunia maknyah, membina latar tempat dan ruang lingkup masa yang amat-amat meyakinkan, sehinggakan kita sebagai pembaca berjaya dibawa bersama untuk mengikut perjalanan kisah Rozila yang bermula di Pulau Pinang (apakah kerana Mama Regina juga seorang anak mami tanjung?), dan seterusnya ke Kuala Lumpur sebelum berakhir ke kota London dan Paris. Bagaimana Rozila melakukan pembedahan SRS (sex reassignment surgery) dan buah dada diceritakan dengan agak grafik dan realistik. Kita yang selama ini sekadar membaca atau tahu gitu-gitu sahaja kali ini bagaikan dapat ‘merasakan’ sendiri apa yang Rozila lalui. Perit dan ngilu! Pembaca juga dipertemukan dengan pelbagai watak-watak yang punya seribu-satu rencah wadah kehidupan yang berbeza. Aku paling suka watak ‘Mama Regina’ (yang jelas sekali aku kira merupakan suatu simbolisme kepada penulis sendiri?) dan juga Roberta yang flamboyant dan benar-benar seorang makhayam dengan kosa katanya yang berbunga-bunga.

Beberapa kelemahan yang paling ketara dalam hal perincian plot PERJALANAN ini adalah:
a) Transisi timeline antara masa lalu, masa semasa dan latar tempat tidak diceritakan dengan begitu baik. Terutama sekali pada beberapa bab awal yang semacam ‘melompat’ latar tempat dari London ke Malaysia. Agak annoying.
b) Kesalahan tatabahasa seperti ejaan ‘macamana’ yang sangat-sangat banyak ditemui. Harap editor lebih peka.
c) Ayat-ayat yang semacam terpotong dan tergantung. Contohnya pada halaman 96, baris 19: ‘Terdengar dan salam diberi’, dan juga beberapa potong ayat lain yang ditemui. Diharap mungkin dalam cetakan berikutnya hal ini dapat dibaiki.

Namun begitu, aku suka gaya bahasa Mama Regina dalam novel ini. Mudah, ringkas dan tidak berkias. Teknik naratif memberitahu dan bukannya mempersembahkan yang digunakan oleh penulis amat bersesuaian dengan kisah Rozila yang dipaparkan dalam PERJALANAN kerana tiada sebarang unsur-unsur kejutan diselitkan.

Lima-enam bab terakhir novel ini bergerak dengan amat pantas. Semacam penulis hendak segera menyelesaikan kisah Rozila secepat mungkin tanpa sebarang elemen penceritaan yang kukuh dan backstory yang meyakinkan, menjadikan pembaca semacam terasa sedikit hampa. Banyak ruang-ruang cerita yang boleh dikembangkan kali sebenarnya untuk menyedapkan lagi penyudah cerita Rozila ini, terutama sekali apabila menyentuh watak Ismail yang muncul tepat pada bab 40 dan seterusnya, tetapi tidak dikembangkan sepenuhnya dan sebaik mungkin. Namun begitu, sebagai novel sulung, ini sudah cukup bagus sebenarnya.

Aku berharap benar Mama Regina akan menulis lagi, dan teringin sekali bertemu empat mata dengan penulisnya. Pasti banyak hal yang ingin aku tanyakan dan pelajari dari beliau.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
December 9, 2014
Review date:9/12/2014

Baru sempat nak review novel ni. Abaikan bahasa yang dirojakkan oleh aku. Harap jangan sakit mata.

Sesuai dengan tajuknya, novel PERJALANAN ni mengisahkan perjalanan seorang TS (transeksual) bernama Rozan. Cerita dimulakan dengan betapa excitednya Rozan ni nak berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh bernama Steve. kerisauan dia tentang penerimaan Steve dan penerimaan keluarga beliau kerana Steve ni orang putih. tapi tu-tup kena tipu dengan si mamat Steve sebab Steve ni cuma nakkan tubuh badan Rozan je, bukan nak kahwin. Dahla malang kena tipu, kena pulak dijangkiti herpes dari si Steve ni. lepastu cerita terus flashback kepada perjalanan Rozan masa mula-mula jadi mak nyah, proses yang dihadapi untuk tukar jantina (SRS procedure) yang mana ini juga merupakan ilmu baru jugak buat aku. Proses penjagaan diri selepas pembedahan..perit jugak ye..part nak jadi perempuan ni.yang sanggup je boleh tahan kot.huhu..lepastu proses pendaftaran dan episod pekerjaan si watak utama sehingga perkenalan beliau dengan si Ismail. Lepas abis flashback, cerita diteruskan dengan percintaan Rozan dan Ismail. Aku kagum dengan keluarga Rozan, sebab dapat menerima dia seadanya sebab walaupun mereka tinggal di kampung,tetapi mereka tidak jugmental terhadap Rozan. Masih memberi sokongan kuat dengan dia walaupun dia dah berubah seratus-peratus. Ape yang jadi selepas tu?Kenalah baca sendiri.

Aku berpendapat penulis sememangnya ada buat research yang mendalam tentang cara hidup golongan TS which is bagus lah daripada kita baca sesuatu yang kosong je. Novel ni lain dari fixi yang biasa aku bace (cth: horror, thriller,sedih).Ia menyingkap satu sisi hidup segelintir masyarakat yang dipinggirkan tapi tetap wujud dalam society kita hari ini.How they've turn out to be who they are today and their journey in life.

Not to be judgemental whether this thing is right or wrong or being too religiously because i'm also not perfect isk isk, tapi good to know sebab aku teringin nak tahu apa sebenarnya yang mereka rasa dan fikir.Personal opinion sahaja. :)

Fiction je kan?hehe..ayuh, raikan perbezaan pendapat antara kita.

Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
December 16, 2015
Bagi aku, secara asasnya, ini cerita cinta. Cuma yang berbeza adalah watak heroinnya ialah seorang TS. Aku secara jujurnya agak kecewa sikit baca buku ni. Sebab bila aku tahu ia tentang TS, aku harapkan untuk baca tentang pergelutan dalaman seorang perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki dan merasakan pembedahan penukaran jantina adalah jawapannya. Tetapi, tak ada pun semua tu. Kalau ada pun dan aku terlupa, ia tidak terlalu ditekankan. Sebaliknya, watak utama cerita ini berasa agak yakin dengan keputusannya untuk menukar jantina. Cuma dia ada masalah dengan lelaki saja sebab setiap kali dia bercinta dia tak tahu macam mana nak beritahu lelaki-lelaki ini yang dia sebenarnya TS. Berulang-kali juga situasi ini berlaku dalam buku ini. Dan pembaca boleh agak apa yang berlaku kerana meskipun ia menggunakan watak TS sebagai heroin, ia tetap menggunakan format cerita cinta yang standard.

Walaupun begitu, buku ini tak adalah teruk sangat. Ia satu bacaan yang okay. Okay je. Tak bagus sangat, tapi tak adalah teruk sangat. Tak adalah menyesal aku baca macam buku-buku sebelum ini sebab sekurang-kurangnya aku ada juga belajar sesuatu tentang TS ni. Lebih-lebih lagi tentang pembedahan penukaran jantina tu. Apabila masuk bahagian itu, bacaan aku dah mula perlahan sebab ngeri sangat. Haha.

Dan penulis pun sempat selitkan diri dia sebagai salah seorang watak dalam buku ini. Entah kenapa itu buatkan aku ketawa setiap kali membaca.
Profile Image for Muhammad Fatrim.
Author 45 books174 followers
December 27, 2014
Aku suka keseluruhan cerita ni. Ia menambah ilmu pengetahuan tentang transgender dan kehidupannya. Aku respect pada Rozita yang mempunyai cita-cita sangat tinggi dan berjaya mencapainya. Mereka layak diberi peluang sendiri. Memang salah apa mereka lakukan dengan melawan hukum. Tapi siapa kita untuk menghukum mereka lagi. Apa selepas bertukar mereka tidak BER-TUHAN? Mereka juga makhluk Allah, bukan alien. Ya dak?
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
April 5, 2015
Aku suka kisah yg di paparkan oleh penulis...seriusly ada elemen2 suspen yang membuatkan aku meneruskan pembacaan sehingga ke noktah terakhir...

Ngeri & ngilu bila masuk bahagian bedah tu...fuhhhh

Permulaan pertama penulis kiranya berjaya menarik minat aku membaca kisah transeksual ni...
Profile Image for Shabrinasyafri.
1 review4 followers
September 20, 2015
Antara novel yang habis baca tak sampai sehari. Nice. Eyes opener. Selalunya kita being judgemental pasal TS ni. Allah yang maha adil. Dia menjadikan manusia macam² ragam. Islam itu mudah. Pemikiran masyarakat dan undang² Malaysia masih sempit. Novel ni betul² meluaskan perspective mengenai TS. Who are we to judge? Only Allah.

Good job Regina Ibrahim!
Profile Image for Azril Noor.
317 reviews5 followers
September 6, 2021
Perjalanan merupakan kisah perjalanan hidup seorang post-op TS bernama Rozila dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hinggalah merantau ke benua Eropah. Kalau yang pernah tengok Danish Girl, mungkin akan faham dengan kesukaran yang mereka lalui. Buku ini kena baca dengan tenang, kena lapangkan fikiran. Isu yang dibawa agak sensitif.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
June 13, 2015
Ikhlas dan jujurnya penulis dan menyiapkan novel ni, terzahir dalam novel ni. Bila baca, kau macam tersedut masuk dalam novel ini dan boleh nampak setiap apa yang berlaku. Penulis buka juga mata aku supaya jangan pandang mereka yang begini dengan pandangan jelek. Haih. Terima kasih ya.

Aku hanyut dengan watak Rozila. Setiap kisah cinta dia. Kuatnya dia. Tabahnya dia. Kata-kata nasihat mak ayam dia. Serius, aku siap tanda mana2 kata2 yang maksudnya mendalam. Tulislah lagi kisah-kisah begini. Saya pasti beli.

Dan bab 14 Februari tu, phew! Saya tersenyum sebelum menutup buku ini sebaik sahaja pembacaan. :)

Yeay! 5 bintang untuk cerita ini!
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
June 29, 2016
Novel ini berkisarkan perjalanan kehidupan seorang Maknyah/TS (apa itu TS,ada dlm buku ni..hehe),Rozila yg berkelana di London tuk mencari kehidupannya yg sebenar dan mencapai impiannya. Plot dan jalan cerita yg mudah dan straight forward,takde pening2 tuk bacanya..ending ada sikit twist tp happy ending la kan..byk info dan pengalaman penulis yg dikongsi di buku ni..bacalah dgn open minded..
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
December 1, 2014
so..if transgender can get married how about others gay & lesbian? just saying..
apepun its a nice book..enjoy masa baca and tak membosankan jalan cerita dia..masa rozila tengah kesakitan, aku pun seolah boleh rasa peritnya tu..haha lel~
Profile Image for Shahmi Fadzli.
99 reviews
March 6, 2022
cerita dia best, menyentuh isu isu TS dan sebagainya. ada juga menyentuh isu rasuah, dan ada juga menyentuh isu perubatan. Membaca penulisan regina ibrahim seolah olah cerita ni bukan cerita fiksyen, mcm cerita betul.

Konsep flashback ada dalam cerita ni. Best sebab menceritakan bagaimana boleh ke lembah itu. ada juga unsur hipokrasi dan feminisma dalam cerita ini. saya terhibur dengan perjalanan cerita ini. Buka minda semua. Tahniah penulis 🔥🔥
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews5 followers
June 23, 2015
Seperti tajuknya,novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang 'nyah'.. isu yang diketengahkan agak sensitif tapi kenalah baca dengan hati yang terbuka. kalau mengikut agama apa yang haram tetap haram walau bagaimanapun cuba ditegakkan yang haram menjadi halal. Apatah lagi dalam novel ini sehingga ke akhirnya watak Rozan tetap menjadi 'wanita' dan berkahwin dengan lelaki. tapi aku tetap enjoy membaca karya ini dan melalui novel ini aku lebih mengetahui tentang golongan tersebut.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
September 6, 2015
Best giler novel ni. Selalu dgr TS ni dekat lorong2 je. Tak pnh dgr cerita TS yg berjaya mcm Rozila. Peduli apa kalau ini cerita rekaan sekali pun. Tp tetap rasa mcm cite betul.

Kalau ada sambungan kan best. Cerita psl perjalanan hidup TS bila dah kahwin. Apa pun, tahniah kepada penulis.
Profile Image for Atiqah Ghazali AlKashif.
239 reviews11 followers
June 30, 2020
Perjalanan oleh Regina Ibrahim
Diterbitkan oleh Fixi
Penilaian Goodreads: 3.5/5
Penilaian Saya: 4.78/5

"Kesian kat kita, Rozan ya, tiada panduan langsung, aku dulu terkontang-kanting mencari diri, tapi Tuhan adil. Dia bagi juga walaupun dalam keadaan yang sangat sukar."

Ini adalah buku pertama penulis bersama Fixi yang diterbitkan pada 2014. Naskah ini dipena dengan penuh teliti, sarat dengan emosi tanpa terlalu dramatik. Ringkas bahasanya dan butirannya begitu halus. Menakhluki buku ini membuka kembali ruang dihati untuk membaca dengan penuh 'passion' setelah lama ditinggalkan hobi ini akibat kegelisahan PKP.

Tema transwanita yang diketengahkan penulis mudah difahami oleh pembaca yang sudah biasa hidup bersama trans, jadi kesenangan itu mudah diserapi. Apa yang berbeza adalah pendekatan penulis dalam memperincikan tentang SRS atau pembedahan menukar jantina pada bab 20 bagi mengajar para pembaca dan masyarakat akan apa yang perlu dilalui para transwanita. Juga tentang lumrah kehidupan transwanita yang diolah begitu seimbang, tidak terlalu riuh, tidak semelankolik dan sepesimistik yang biasa didengari dan ada jua sinar kebahagiaan walau dalam diam.

Perjalanan ini sangat indah bagi pembaca. Ketimuran watak utama yang diketengahkan - "... look at you, original and staying true. Still sticking to orange juice! That's strength, you know!", kesopanan dan sisi keperempuanan yang kuat sangat menyenangkan. Bingkisan ini sungguh amat pembaca sayangi dan wajarlah dibaca oleh sekalian rakyat yang faham akan Bahasa Melayu. Terima kasih, Mama Regina akan pelajaran dan pengajaran ini!

"Hidup kalau niat tak elok pada orang, tak ke mana." "Nih Zila, rancak-rancak aku pun, mai satu tahap, aku takut Tuhan tau."

📸: @atiqahnikghazali
#MalaysiaMembaca
Profile Image for Khairah Rushdi.
1 review
June 24, 2019
Jujur, dunia transexual sangat asing bagi saya, memandangkan saya hidup dalam komuniti yang berlatarbelakangkan agama. Saya cuba mengambil langkah untuk mengenali mereka sedikit sebanyak melalui novel Perjalanan ini.

Penyampaian penulis sangat bersahaja dan mudah difahami. Pembaca dibawa menelusuri perjalanan Rozan yang mahu menjadi wanita lalu menukar nama menjadi Rozila dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kehidupannya.

Pertama kali saya membaca tentang pembedahan tukar jantina, dan saya akui, mereka yang bertekad untuk melalui semua ini amat berani. Belum lagi tentang cabaran sosial, masalah percintaan, serta tekanan masyarakat.

Apa yang saya kagum ialah bagaimana nilai kekeluargaan digarapkan dalam novel ini. Ya, keluarga ialah tempat kita kembali, tempat kita berasa selamat. ‘Home’. Meskipun berbeza prinsip dan gaya hidup, itu tidak sepatutnya menjadi jurang dalam hubungan kekeluargaan.

Berdebar rasanya apabila hampir tiba di hujung cerita, tentang keputusan seumur hidup yang akan menentukan hidup Rozila.

Rozila - satu susuk TS yang amat tabah dan berprinsip.

Tahniah pada penulis.
Profile Image for Aurélien Tantey.
41 reviews2 followers
September 3, 2018
Sekarang beralih kepada siri Ms Regina. Dah beli lama tapi baru nak baca haha..

Buku ini tentang perjalanan hidup seorang mak nyah yang bernama Rozila (ft. Mama Regina sendiri dalam cerita). Penulis tidak lupa memberikan gambaran tentang prosedur pembedahan tukar jantina itu... memang membuka mata saya... memang satu prosedur yang memerlukan jiwa yang kental untuk menghadapinya.

Bab cinta itu... saya teruja kerana cerita diakhiri dengan the usual happily ever after. Memang susah golongan TS ini kan nak mencari cinta... nasib baik ada si Ismail yang sanggup menerima Rozila dengan seadanya kerana CINTA.

Ah ada juga satu bab tentang beauty contest mak nyah itu... ehh ada lah video! Pautannya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=DgdLZ...

3/5 kerana walaupun banyak mempelajari tentang mak nyah tapi jalan cerita agak mendatar...
Profile Image for H S. A.
115 reviews
July 27, 2018
7/2018
Perjalanan (#bukufixi)

Baru pertama kali membaca tulisan yang menyentuh topik yang saya kira agak jarang diketengahkan..
Satu pembacaan yang memberi satu perspektif yang agak berbeza dari apa yang biasa kita dengar.. Dan itu sendiri merupakan sesuatu yang unik, dengan caranya yang tersendiri. Tabik spring buat Mama Regina. Saya belajar sesuatu yang baru saat usai membaca naskhah ini.. terima kasih! 😁

#MekPah bagi 3.5/5 untuk naskhah ini. 😉

#bookstagram #fixibook #fixi #july2k18💝 #iffahsreadinglist #iffahreads #01072018🏃 #perjalanan #reginaibrahim
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
July 19, 2017
Membaca Perjalanan membuatkan anda tersedar betapa sikap toleran dan kasih sayang itu amat penting. Regina menulis dengan bagus dan membaca naskah ini terasa lancar. Ianya tidak terburu2, tidak mencuba2 tetapi membuatkan kita asyik dengan watak2 dalam cerita ini. Tidak syak lagi, Regina ialah seorang penulis yang handal dalam seni bercerita di atas kertas.
Profile Image for pujun.
16 reviews
November 24, 2023
Personally, aku kurang sedikit dengan cerita mengenai TS. dia macam kembang tekak sikit bila ada part yang Malay guy with TS. hahaha
"semua benda nak normalized benda yang tidak sepatutnya".

but overall penulisan & jalan cerita bagus.
Profile Image for Ema.
1,129 reviews
August 22, 2019
First time aku baca Regina. Cerita biasa tentang pondan. Cinta.
Profile Image for Ubi.
315 reviews
February 6, 2023
Ceritanya ok tapi terlalu subjektif untuk dikomen.
Displaying 1 - 30 of 43 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.