Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memahami Maqasid Syariah

Rate this book
Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya.

Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan.

Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya.

Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat:

Menjadi kelompok pengkagum Barat. Mereka turut sama dalam pesta menghina dan merendah-rendahkan imej Islam.

Kelompok yang berhadapan secara tegang dengan Barat. Menyerang balas dengan ganas sehingga mengangkat senjata. Mereka ini adalah yang digelar oleh Barat sebagai kelompok pengganas dan militan.

Kelompok yang tidak mempedulikan segala serangan daripada musuh Islam. Mereka sibuk dengan ibadah yang bersifat ritual semata-mata. Pada mereka cukup sekadar menjaga diri. Akhirnya, mereka hidup dalam pemencilan yang tersendiri.

Kelompok yang berkomunikasi dengan Barat daripada sudut idea, budaya, dan bahasa.Kelompok ini percaya, dialog dan wacana adalah satu kaedah yang mesti digunakan dengan sebaik-baiknya sementelah Barat sememangnya bersifat terbuka. Oleh itu, kelompok ini cuba menggunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan keyakinan bahawa Islam mempunyai semua jawapan kepada persoalan hidup manusia.

Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar.

Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.

232 pages, Paperback

Published January 1, 2014

20 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Jasser Auda

21 books30 followers
Professor Jasser Auda is a founding member and Head of the Dawah Committee at the International Union of Muslim Scholars, a member of the European Council for Fatwa and Research, and teaches and supervises research on Maqasid Al-Shariah at the Faculty of Islamic Studies in Doha. He has a PhD in the Philosophy of Islamic law from the University of Wales, UK, and a PhD in systems analysis from the University of Waterloo, Canada, and a M.Jur. thesis on the Maqasid/purposes of the Shariah from the Islamic American University. Early in his life, he had studied Fiqh, Usul, hadith, Sunnah, and memorized the Quran in the halaqas of the Azhar Mosque in Cairo. He was previously a founding Director of the Maqasid Center in the Philosophy of Islamic Law in London, a founding Deputy Director of the Center for Islamic Legislation and Ethics in Doha, and a professor in the Faculty of Law, Alexandria University, Egypt, Islamic Fiqh Academy of India, American University in Sharjah, University of Waterloo, Canada. He lectured on Islam and its law and ethics in dozens of universities and institutes around the world, and wrote a number of books, some of which were translated to fifteen languages.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (38%)
4 stars
15 (48%)
3 stars
4 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
October 24, 2017
Memahami Maqasid Syariah

     Intrigued by the topic of maqasid syariah especially after listening to the series of talks by Datuk Dr Mohd Daud Bakar, I started looking for reading materials on this topic to know more about it. Thereafter, I'd been recommended to read Dr Jasser Auda's book.

     True to it's title- Understanding Maqasid Syariah; it was a good book to digest. There are parts easy enough to thumb through and some chapters do need a bit more concentration to grasp and understand. However, overall it's an easy reading material and well suited for layman.

     By understanding the maqasid syariah, we would be able to appreciate the beauty of Islam. Thus our explanation on Islam will turn from only revolving around the Hukm of Halal & Haram to taking it to the next level, which is explaining the principle or the intention of the rulings.

     It's interesting on how the author simplify the explanation by following children way of understanding a concept which is through asking loads of ' Why' questions.

     The same process is applied to understand the concept of maqasid which is feeding readers curiosity and answering to it.

      Definitely a good book to read. The beauty and wisdom of Islam is then revealed, once we understand it well.
Profile Image for Mohamad Baihaqi Mohamad Basri.
21 reviews2 followers
December 23, 2014
Seperti buku "Menuju Sejahtera Meraih Bahagia" yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik, buku Dr Jasser Auda yang diterjamah ini lebih terperinci perbincangannya kaitan antara syariah dan keadilan sosial, hak-hak asasi manusia, negara sivil dan hukuman hudud menurut maqasid syariah, yang tidak lari dari prinsip al-Quran dan as-sunnah.

Dr Jasser mampu membawa perbincangan perihal ijtihad baru yang membawa ilmu turath islam ke dalam sudut ilmu kontemporari, meluaskan dan mengiyakan bahawa undang-undang Islam itu adil dan anjal mengikut masa dan zaman.

Buku ini dituntut untuk semua agar membacanya dan saya berharap agar pembaharuan ijtihad akan dilakukan lagi oleh para ilmuwan islam demi kemaslahatan dunia moden.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
Read
December 2, 2014
Penterjemah bijak memilih teks yang sesuai dengan konteks Malaysia. Awalnya berkisar mengenai pengenalan kepada maqasid al-shariah, dan teks seterusnya ialah makalah berkenaan siyasah al-shariah.

Sedikit sebanyak memahami asal-usul pendapat penterjemah terhadap banyak isu-isu kenegaraan semasa. Ia bukan pendapat yang gharib atau terpencil, walaupun penterjemah cuba dikaitkan dengan kelompok liberal oleh sesetengah pihak.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.