Naskhah ini terbahagi kepada empat bahagian; untuk isteri, anak dan remaja, wanita serta umum.Ia selingkar pengalaman dalam mendepani kehidupan sebagai hamba di muka bumi. Motivasi buat bidadari agar terus berjuang di jalan Ilahi. Juga teguran buat permaisuri agar berjuang menjadi isteri mithali.
Nasihat-nasihat yang baik untuk dikutip sepanjang menyelak helaian demi helaian. Isu fesyen, penggunaan media sosial, cinta remaja, masalah rumah tangga dikupas berdasarkan pengalaman , hadis dan ayat Quran serta pandangan peribadi ustazah-ustazah.
Cik Pah tersentuh dengan solusi daripada Ustazah Noraslina tentang sebuah kemaafan. Andai hati sukar memaafkan pasangan, cubalah genggam tangan si dia. Sedarlah sebelum terlambat bila tangan yang digenggam tidak lagi bertaut, air mata penyesalan menjadi jawapan.
Bahasa yang lembut dapat mendidik jiwa. Sangat puitis apatah lagi disulam dengan puisi.
"Kita sebenarnya tidak pernah tahu, bahagian mana dalam kehidupan kita yang menjadi asbab untuk kita menjadi ahli syurga-NYA."
Sebuah naskah yang menyentuh sukma. Biar pun awalnya saya kurang menghayati bait-bait tulisannya namun saya membaca satu-persatu bagi menghadam maksud penulis. (Mungkin bagi saya kata-kata penulis terlalu berseni ^_^)
Satu-persatu isu disentuh, dikupas, diterangkan dengan jelas dan disertai firman Allah dan hadis Rasulullah SAW buat ingatan dan pedoman bersama.
Banyak perkara dapat saya kutip sepanjang pembacaan. Ia menjadi muhasabah buat saya dan adakalanya bagaikan mengejutkan saya dari kelekaan dengam nikmat dunia dan kekhilafan yang saya lakukan.
Astaghfirullah. Saya mohon keampunan Allah. Bagus sekali disentuh isu aurat, batas pergaulan, had berinteraksi di laman sosial, panduan untuk para niqabis juga peranan isteri dan usaha menyebarluas dakwah.
Juga tertarik dengan puisi-puisi yang dinukilkan. (Ah, saya memang tidak pandai langsung mencipta puisi. Cuma akhir-akhir ini sahaja mula berjinak-jinak membaca puisi)
Buku yang sarat dengan peringatan dan nasihat, seperti biasa tulisan kak Ina sentiasa membuka mata saya agar menjadi lebih positif. Kagum dengan penulis yang sentiasa memandang semua perkara mahupun masalah dari sudut yang positif. Hanya insan yang hatinya benar-benar dekat kepada Allah, penyerahan dan pergantungannya semata-mata kerana Allah mampu memandang kehidupan seperti kak Ina. Semoga suatu hari nanti saya mampu menjadi seperti kak Ina ;)
Namun saya berharap karya yang akan datang ditulis sepenuhnya oleh kak Ina. Maaf, bukan menidakkan kemampuan penulisan saudari Aisyah, cuma saya lebih suka gaya penulisan kak Ina yang santai dan sarat dengan moral kehidupan. Apa pun ia hanyalah pendapat peribadi, mungkin kerana saya kurang minat puisi-puisi.