Tarikh keramat 29 Mei 1973 menjungkirbalikkan hidup dua manusia. Zakaria, lelaki yang terjebak dalam persona dewa seni. Zaitun, dewi yang terpasung dalam dekad 50-an. Keterdesakan hidup menemukan mereka. Zakaria malah menemukan dirinya sendiri.
Berdasarkan adaptasi filem debut arahan Megat Sharizal, novel Mencari Ramlee melalui mata Zakaria, Zaitun, Yasmin dan Yusof, membawa pertembungan antara realiti dan nostalgia. Dengan latar dekad 70-an, penulis menyingkap sejarah manis Studio Jalan Ampas, kegilaan dunia gengster, ketaksuban muzik Rock n Roll, jurang darjat Dasar Ekonomi Baru, juga sindiran pahit-manis tentang warisan seni serta pencarian identiti.
Namun, adakah Zakaria dan Zaitun ditakdirkan saling melengkapkan atau dijarah malang?
Berkisar mengenai Zakaria, seorang lelaki yang bekerja sebagai pelagak P.Ramlee berdepan dengan tekanan hidup dek kerana hutangnya dengan Yusof. Namun, tika saat genting antara dia dan Yusof tiba, entah dari mana muncul Zaiton yang memberi sinar pada hidup Zakaria. Tanpa sedar, bermula detik itu Zakaria dan Zaiton mulai membibitkan cerita antara mereka, sehinggalah badai itu datang tanpa pesan...
Bagi saya, buku yang ditulis berdasarkan filem ataupun drama memang agak sukar untuk penulis melakukan rombakan dengan menambah idea sendiri memandangkan idea asalnya datang dari penulis skrip. Namun, itu tidak menghalang penulis buku untuk mencantikkan jalan cerita dengan lenggok bahasa yang puitis dan indah. Tahniah buat Raiha Bahaudin.
Secara keseluruhannya, bagi saya buku ini lebih kepada kita mengenal dan menghargai bagaimana jerih perih orang wayang atau orang seni pada zaman dahulu dengan berdepan pancaroba hidup. Jujurnya, yang mengharapkan adegan adegan yang luar biasa tidaklah ada di dalam buku ini, akan tetapi manis cerita itu tetap juga ada. Sebuah kisah santai untuk kita sebagai pembaca menggamit kenangan. Tahniah juga buat tim Jiwa atas usaha menerbitkan karya ini. Andai diberi kesempatan, akan saya luangkan masa untuk menonton karya ini di layar lebar.
Membeli dan membaca hanya kerana Raiha Bahaudin wrote it. I am a big fan of her book after reading Kunang Pesisir Morten back in 2018 ke 2017. Always hope she writes more.
Selain dari penulisan Raiha yang sentiasa amat teratur dan sedap dibaca, plot cerita buku ini bagi saya agak kemana mana. Mungkin expectation saya terhadap 'mencari ramlee' yang dimaksudkan P Ramlee itu lebih tinggi. Apa yang di potray di dalam buku dan filem, agak tidak cukup. Maybe i just want more, or expecting more.
Usai menonton filemnya juga, saya merasakan ok plot nya memang hambar. Lakonan Sofia Jane sahaja yang membantu filem nya untuk betul betul hidup.
I managed to finish this book in one sitting and watch the film straightaway just because berminat nak listen to the discussion later.
Update after listening to the discussion:
• Raiha wrote it after reading the script je tak tengok the film • Raiha kata the script was well scripted cumanya execution film nya mungkin tak cukup masa or bajet menjadikan film agak tidak terperinci • Saya doakan Raiha (or should i called her Kak Raiha) to have new book ASAP! Dah hampir 10 tahun saya check Goodreads ulang kali bila Raiha Bahaudin nak tulis buku baru • It was a fruitful discussion, saya suka sangat sangat! I bought Hidir's book abt P Ramlee seban she refer to the book when writing • Siapa ada jumpa Gagak Rimba tolong jual kepada saya murah murah. Or should i pray for it to be republish? • Those yang already watch the film, please read the book. The book is so much better.
Mencari Ramlee, ada versi filemnya. Namun tak sempat saya tonton, dan mungkin berharap satu hari nanti ditayangkan di televisyen saja. Tak sempat!
Namum bukunya saya beli terlebih dahulu di PBAKL 25. Dan hari ini, saya habis menelaah buku yang setebal 208 muka surat.
Ada sedikit rasa kurang puas membaca kisah Zakaria, Zaitun, Yusof dan Yasmin. Jalan ceritanya mudah dijangka (bagi saya), tidak ada yang benar-benar memberi 'umpph' dalam graf pembacaan.
Entah kenapa, saya terbayang filem Jimi Asmara sewaktu membaca buku ini.
Konflik antara Yusof dan Zakaria, yang kemudiannya melibatkan Zaitun dan Yasmin, seperti cerita biasa yang pernah saya baca/tonton. Saya tidak ada masalah dengan watak Zakaria dan Yasmin, tetapi watak Yusof dan Zaitun tak begitu meyakinkan. Katanya Yusof itu menakutkan, ketua kongsi gelap, tapi saya tak diyakinkan tentang karektor itu dalam pembacaan. Dia kejam, tapi kejam pada siapa? Apa yang dilakukan Yusof sehingga namanya gerun untuk disebut?
Zaitun, watak yang 'ketinggalan zaman' disebabkan kematian suami, lalu meneruskan hidup pada waktu yang terhenti. Tiba-tiba, di hujung cerita sudah pulih? Hanya kerana layanan Ramlee aka Zakaria? Bagaimana dia pulih, saya tak tahu. Atau, benarkah dia sudah pulih?
Mujur alur penulisan cantik dan sedap dibaca. Cantik tersusun, kaya dengan kosa kata yang jarang diguna dan didengar. Beberapa kali juga pembacaan terhenti kerana mahu mencari makna kata di PRPM.
Terima kasih untuk ilmu baru.
Cuma, saya kurang pasti penggunaan perkataan 'jakun' pada halaman 86 itu bersesuaian atau tidak. Jakun, mengikut PRPM ialah halkum, ataupun nama suku kaum orang asli (di Semenanjung). Namun penggunaannya dalam ayat, tidak seperti makna yang diberi oleh PRPM. Harus cakna dengan perkataan ini, kerana bagi saya ia agak sensitif. Pernah terdengar (atau menonton) luahan anak orang asli Jakun, yang kecewa dengan penggunaan perkataan 'jakun' yang membawa maksud kurang manis. Seolah-olah 'merendahkan' kaum mereka.
Wallahualam.
Saya mungkin salah dalam pemaknaan Jakun, dan mungkin tidak adil dengan pembandingan pengalaman peribadi (membaca cerita yang lebih kurang sama), tapi itulah yang saya rasa. Mohon tegur kalau saya silap.
"Adakah menjadi persona orang lain memberi tuah atau bencana pada diri kita?”
Inilah persoalan yang timbul selepas selesai membaca Mencari Ramlee.
Secara peribadi, Zakaria tersangkut dengan masa lalu yang meninggalkan kenangan dan luka pada jiwa sendiri. Maka bagi mengenang semua ini, memakai persona P. Ramlee merupakan pilihan yang ada di mana ia juga membawa cita bencana dalam hidupnya di kemudian hari.
Membaca naskhah ini memberi kesedaran bahawa diri ini sangatlah terbatas pengetahuan dalam perfileman, seni bina, budaya dan sejarah yang membentuk era 60-an dan 70-an.
Bagi saya ini novel antara yang terbaik saya pernah baca dalam bahasa Melayu. Bahasa Raiha sangat mudah dibaca, lenggok yang terus tak melewah dan sangat sangat cantik. Walaupun fokus novel adalah jalan penceritaan tapi sedikitpun tidak mengurangkan kecantikan bahasa yang digarap. Malah bagi saya, kosa kata yang kaya (walaupun ada beberapa tempat yang saya tertanya sesuai ke??) dan ayat yang tersusun kemas membuatkan ini novel pertama sejak tahun 2000 yang saya berikan 5/5 bintang.
Cerita ini berjaya membawa pembaca ke zaman 70'an. Suasananya, gaya percakapan dan fesyen pakaian dapat dibayangkan melalui naratif penceritaan.
Satu perkara yang aku suka, banyak informasi tentang P. Ramlee dalam buku ini yang diselitkan dalam perbualan antara Zakaria dan Zaiton.
Aku rasa kalau membaca kisah ini sambil mendengar alunan muzik yang dicadangkan, mungkin akan lebih membangkitkan rasa nostalgia zaman tersebut.
Aku juga suka dengan naratif yang ditulis, rasa dibuai-buai perasaan. Penceritaan tentang batik Malaysia juga bersahaja diselitkan dalam kisah ini. Buatkan aku bangga, betapa Batik Malaysia punya keindahan dan keunikan yang tersendiri.
Namun, bila makin hampir ke penghujung, ceritanya jadi makin tergesa-gesa. Tiba-tiba aku rasa macam hilang sedikit rentak dengan perubahan yang mendadak pada watak Zakaria dan Zaiton. Tak dapat nak rasakan sangat apa yang menekan sehingga mereka mengambil keputusan itu.
Aku juga agak tidak dapat menjiwai watak Yusof yang dikatakan menakutkan. Watak Yusof macam sedikit tenggelam, perjalanan cerita untuk menunjukkan Yusof seorang yang kejam dan ditakuti itu seperti tidak meninggalkan kesan yang mendalam. Aku rasa lah 😁. Masalah seorang peminat novel thriller 😆.
Tapi aku faham yang buku ini fokusnya pada seni. Zaman kegemilangan filem dan muzik yang dicipta oleh Seniman Agung P. Ramlee. Setelah beliau pergi, lagu-lagu dan filemnya masih menjadi ingatan. Jadi lirik lagu dalam buku ini, memang boleh terus dinyanyikan sekali 😁 .
Terbeli buku ni masa PBAKL 2025 walaupun bukan dalam wishlist. Buku ni adalah adaptasi daripada filem Mencari Ramlee yang akan ditayangkan esok. Tentang fiksyen yang menyelitkan tentang P. Ramlee.
Ingatkan ada time travel ke apa (the reason why I bought this book), rupanya selective amnesia je. Hm. Jalan cerita dia biasa-biasa je, takde yang wow. Sangat mediocre. Yang best hanyalah perkataan-perkataan yang dia guna (eg: kekar, longo)
Tunggu filem ni masuk Netflix jelah. Sedih sikit sebab beli harga RM35 tapi plot biasa-biasa je. 3/5 ⭐️
🌸 Sinopsis Ringkas: Sehari selepas kematian P. Ramlee, hidup seorang lelaki bernama Zakaria, peniru gaya seniman agung itu, terumbang-ambing dengan hutang dan hidup yang berantakan. Demi membayar hutang kepada gangster bernama Yusof, dia dipaksa menyamar menjadi P. Ramlee untuk menghiburkan kakak Yusof, Zaiton, yang mengalami amnesia dan percaya dia masih hidup di era 50-an. Apa yang bermula sebagai lakonan berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam: pengembaraan hati, identiti dan cinta yang tak disangka.
💬 Cik Mint’s Take: 🎬 Aku sukaaa latar cerita ni.. retro, ada aura P. Ramlee yang buat aku senyum sambil rasa sayu. Zakaria tu kelakar, awkward, tapi ada sisi struggle yang buat aku kesian. 🎭 Gaya penulisan santai tapi deep. Ada part aku tergelak sebab elemen klasiknya cute, tapi tiba-tiba ayat jadi menusuk bila cerita pasal masa lalu Zakaria & beban hidup dia. Sis emosi weh. 💡 Fun fact best: novel ni ditulis selepas shooting filem Mencari Ramlee, so masa baca memang terasa vibe filem..aku boleh imagine terus wajah cast, macam tengok scene depan mata. 💔 Part paling buat aku tersentuh ialah bila Zakaria slowly mula rasa sesuatu pada Zaiton, walau dia tahu semuanya bermula sebagai lakonan. Ada rasa pedih, ada rasa manis. 🌀 Ending? Tak dijangka langsung. Aku baca sambil pegang dada, sebab cara dia tutup cerita tu bukan sekadar “happy ending” tapi bagi aku refleksi.. tentang seni, cinta, dan siapa kita di sebalik topeng.
🌟 Final Thoughts – 4/5 Mencari Ramlee kisah simple tapi sarat makna. Ada kelakar, ada klasik, ada nostalgia yang buat kita rasa dekat dengan cerita. Bacanya macam menonton filem lama warm, touching, dan penuh jiwa.
Dan bila aku tutup buku ni 😭📚, aku senyum dengan mata berair sambil fikir, “Kadang dalam lakonan, kita akhirnya jumpa diri kita yang sebenar.”
Latar 70-an novel ini adalah tribute bagi mengingati seniman yang sudah lama pergi Sisipan sejarah silam perfileman dan proses batik cap diselit antara penceritaan. Plot perlahan dan melankolik sesuai untuk pembaca tenang seperti saya. Membaca tentang Zakaria mengingatkan saya pada Mamak dan Pak Lang serta sepupu saya yang merupakan peminat tegar. Minat membuat kita meniru gaya. Bagi Zakaria, meniru gaya seniman itu menjadi sumber sara hidup.
Zakaria abang penyayang bagi adiknya, Yasmin. Berkorban segala-galanya demi si adik sehingga berhutang dengan kongsi gelap. Yusuf ketua kongsi gelap sudah terbayang sikapnya terhadap terutamanya penghutang. Sisi kemanusiaannya terlihat tatkala bersama 'kakaknya', Zaitun. Zaitun terperangkap dalam dunia zaman silam sekitar tahun 50-an. Pertemuan pertama dengan Zakaria menyelamatkan nasib lelaki itu. Namun terperangkap dengan perjanjian 30 hari menyamar sebagai Ramlee.
Saya lebih meminati penulisan Raiha yang menggunakan pelbagai kosa kata lalu saya jadi rajin merujuk kamus. Latar cerita dikembangkan daripada skrip pementasan atau filem seingat saya. Zakaria dan Yasmin mewakili watak zaman 70-an yang bekerja keras untuk hidup sekadar miskin kota. Tuah dan untung tidak mudah bergolek.