Tak sangka novel yang tebal ni berjaya memukau aku dari awal pembacaan dengan naratif misteri + ketegangan yang berterusan dan mendalam. Leena memperkenalkan aku kepada intrik yang menjanjikan pembongkaran rahsia kelam. Plotnya digerakkan oleh 1 siri kejadian yang menimbulkan tanda tanya, memaksa aku untuk terus meneka dan menyelami setiap halaman buku ni sampai jam 3 pagi.
Ini sebuah novel misteri thriller yang berlatar di Pulau Jengka, tempat berlakunya kematian beramai - ramai di sebuah feri mewah yang menggemparkan dunia. Kisahnya dituruti penyiasatan Henry Mikail dan Iman Nadrah yang cuba merungkai punca kejadian, taoi jawapan kepada misteri tu bukan setakat fakta saintifik atau logik akal biasa - dorang berdepan dengan mitos kuno tempatan, kepercayaan khurafat, dan gangguan ghaib yang menguji iman serta akal.
Dalam pencarian dorang, muncul watak Falah, seorang lelaki yang mendalami ajaran Islam dan menjadi kunci kepada penyelesaian misteri yang melibatkan serunai yang dikatakan membawa maut tu.
Kekuatan utama novel ini adalah plotnya, juga pada kehebatan dan kekurangan yang diisi pada wataknya.
Setiap watak diberi dimensi yang cukup, menjadikannya kewujudan dorang terasa hidup dan mudah didekati. Dari Falah, ke Henry, ke Iman, ke Nadrah, dorang ni penuh dengan konflik dalaman dan terikat secara emosi dalam novel ni. Leena sangat cemerlang dalam memperkembangan watak yang diciptanya. Alur cerita dan suasana juga dibina dengan deskripsi persekitaran yang jelas dan impactful - ia berjaya mewujudkan latar yang menghantui dan memukau pada masa yang sama.
Adalakalanya, aku nampak ada bayang bayang seorang Falah dalam diri aku. Entah kenapa, usai pembacaan, aku jadi sedar betapa kerdil dan hinanya aku yang hidup di dunia yang fana ini. Ya, Falah tak sempurna, tapi apabila dia dipertemukan dengan Hairi, dia mengisi kekosongan imannya sedikit demi sedikit dalam jiawanya dan dia transform. Bukankah kita juga patut begitu? Bagi aku, ini adalah plus point buku ini yang menyebabkan aku bagi rating tinggi. Ada emosi yang mendalam selain keseronokan plot yang aku dapat. Sebab itu aku kata surprisingly good.
Satu aja yang aku nak komen - panjanhnya la hai. Pada pertengahan buku pacing dah start lari - agak loose sikit sebab ada banyak yang hendak dikaitkan jadi aku pun hilang focus, part ni bagi aku agak menguji kesabaran. Sib baik natatif kembali memuncak dengan plot twist yang tak dijangka pada bahagian hampir penghujung. Twist yang disusun kat sini bukan sahaja cerdik, tapi juga berimpak, kau akan dihentak "oh... ini rupanya" bila mengimbas kembali petunjuk - petunjuk awal.
Sebelum PBAKL 2025, Joy dah nampak Serunai Maut dipuji merata dalam media sosial, apatah lagi cerita Wattpad. Jadi, memang was-was nak dapatkan ke tidak sebab unfortunately, banyak cerita wattpad yang dikatakan best dan dibukukan, sangat tidak best dan amatlah cringe.
Tetapi, Joy dapatkan jugak sekaligus buku 1&2 semasa kat booth Mangosteen. Promoter kata memang bagus and best seller.
Serunai Maut 1 is my first read by author Leena Syiha and I fell in love with her narrating and storytelling. Penulisan beliau dapat menarik perhatian pembaca dari prolog hingga epilog.
The pacing is great and smooth, the whole setting memang memberi kesan yang mistik, seram sejuk dan waktu siang baca pun bulu roma Joy meremang. I rasa nak teruskan je pembacaan untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. It’s unputdownable dengan plot twist kat hujung tu.
Setiap watak mempunyai misteri tersendiri dan none of the characters are perfect; they were extremely well fleshed out and rounded with both their strengths and weaknesses.
Saya sebagai non-Muslim really enjoyed cara Leena Syiha berdakwah melalui storytelling, it felt easy to digest and understand. Bagaimana dia menjelaskan tentang sihir dan pemujaan syaitan dengan agama Islam, bagaimana seseorang tidak boleh bergantung kepada manusia (ustaz, imam, etc) untuk dilindungi drpd gangguan syaitan sebab kita hanya boleh bergantung kepada Allah, diri sendiri perlu kuat dalam ajaran Islam, solat, etc….
How can you protect yourself from the threats of the enemy when diri sendiri tak bersedia kan? Apabila enemy tu bukan musuh yang biasa, yang tidak dapat ditewaskan dengan senjata biasa.
This book is worth the hype and highly recommended. Sebuah novel yang penuh dengan pengajaran dan pengetahuan baru tentang kehidupan dan agama.
I tak letak high expectation masa baca cerita ni sebab I pernah baca cerita Tuanku Hana & penulisan LS for me agak bosan & draggy.
Tapi disebabkan buku ni selalu sangat naik & muncul dekat I punya segala socmed (yeahh I pantang sikit nampak buku hype, cuma sekarang dah pandai sikit nak pilih) dengan penuh pasrah I beli. Fuhh nasiblahhh ✨chef kiss✨ & penuh dengan teka teki. Dan tak lari dari unsur unsur islamik & banyak perkongsian yang boleh kita amalkan. Penulisan LS dalam buku kali ni nampak matang.
In this novel adalah satu permula pada titik Falah mencari punca dari mana sebenarnya datangnya Serunai Maut ni.
Dalam ni tak banyak soal ML with FL. Dia lebih kepada Falah with his sister and brother in law yang sama-sama mencari punca kematian beramai dalam Cruise.
Disini jugak lebih banyak bercerita soal Falah yang "merajuk" dan membawa diri belajar islam dan Allah.
Penerang yang jelas dalam tiap yang terjadi. Detail yg kita mahu tanpa rasa lompong la.. Tapi harus di ingati, anda akan rasa tidak puas kalau baca vol.1 shaja.. Sbb dlm vol.2 lagi bnyk kisahnya..
So, kalau anda peminat cerita misteri dan trill, boleh beli.. tapi kena bersabar la bila baca sebb jujur katakan yang dia a bit slow skit dlm nk cari punca2 nya tuh..
to me its 4 out of 5.. Rekomended bagi mereka yang penyabar dan jgn berharap yang dia bnyk scene sweet2 ya sbb Falah alim.. jgn d bawa main...
Bukan nak melambung dan sanjung tinggi secara berlebih-lebihan tentang buku ni, tapi jujur cakap penulisan Leena Syiha dan perwatakan Falah sedikit sebanyak mendekatkan diri ini dengan Allah. Lebih sebak apabila sedar yang sebenarnya manusia seperti Falah itu wujud di alam nyata.
Bayangkan betapa besarnya pahala si penulis apabila mampu tanamkan rasa cinta dan rindu seorang hamba itu kepada sang pencipta? Allahumma baarik, semoga Allah merahmati kamu selalu ♥️
Sebagai seorang hafizah yang telah lama meninggalkan perkara sunat dan hanya melaksanakan yang wajib, penulis membuat saya sedar betapa saya rindu untuk menjadi seperti Falah; tenang namun kuat kerana yakin dengan-Nya.
Sungguh, saya terkesan sangat-sangat dengan tiap tingkah laku dan kata-kata dari watak bernama Falah. Semoga kita semua mampu istiqomah menjadi sepertinya, aminn in shaa Allah. Terima kasih Leena Syiha atas penulisan yang cantik dan teliti ini.
Selalu rasa kagum dan berterima kasih sebab Allah kurniakan ilham kepada penulis untuk hasilkan buku yang baik macam ni. Yang buat kita refleksi dan merenung jauh.
Falah pernah lalai sebab dibesarkan dalam keluarga yang agama bukanlah penting bagi mereka. Tapi beberapa kejadian dan asbab kenal dengan Hairi, dia berubah.
One day, abang ipar dan kakaknya Falah, Henry dan Iman ada kes yang berkait dengan Serunai Maut yang berulang selepas 40 tahun. Henry mula cari Falah balik sebab Falah lah yang sesuai nak ubah pendirian turun-temurun penduduk kampung di Pulau Jengka.
Suka macam mana Henry dan Iman mula berubah. Semuanya melalui pemerhatian apa yang Falah lakukan. Suka juga waktu Falah berfikir kenapa dalang pada Serunai Maut boleh menembusi fikiran dia. Macam benteng dia ampuh, Rupa-rupanya sebab dia benteng diri sendiri bukan secara beramai-ramai. Mereka mula solat berjemaah. Tapi ‘dia’ boleh ganggu lagi orang-orang terdekat Falah. Rupa-rupanya sebab masing-masing(Iman dan Henry) tak usaha mengamalkan zikir-zikir pada diri sendiri.
Dan macam biasa, buku 1 lebih pada pengenalan untuk peristiwa yang akan lebih menggerakkan jalan cerita dan masih banyak belum terungkai. Tentang Mona, tentang Serunai Maut, tentang mayat-mayat yang hilang.
stuck between 3⭐️ atau 4⭐️ so saya memilih 3.5 bagi adil hehe
the storyline is cool. gempak. pergi pbakl, this series is everywhere. pergilah booth mana pun ada. i think this one is one of the most anticipated reads for 2025 lah. also the cover pun cute so why not buy and read it kan?
i never read any of her books before so saya agak excited. plus knowing that this book came from wattpad lagi saya excited. weh with this kind of storyline? omo- u guys have been gatekeeping this book ye from us haha
jalan cerita menarik. more like sambil membaca sambil dapat tambah pengetahuan tentang agama islam. okay falah sangatlah islamik. sangat suka. reminds me of nirnama. actually this type of book deserves top 3 fictional books ye sebab eventho it is fiction tapi sarat dengan agama. i loved it. 10 points for that. characters? i hate iman nadrah so much. idk apa kenapa mengapa the author wrote her character like that cuma i kalau jumpa iman, i akan pelangkung kepala dia and shut her mouth sebab bising sangat. shes the biggest reason why this book got 3.5⭐️ 😘😘😘😘 sorry not sorry.
anyways cool book but maybe if i reread if it can get 4.5⭐️ ?? if u exclude iman nadrah from here hehe
Buku ni seriously addictive. Semalam F memang berniat nak habiskan tapi mata dah stage “can’t open, can’t function”. Kalau ada orang boleh bacakan macam bedtime story, memang syok lah.
Karya ni genuinely unputdownable. The whole setting bagi creepy impact... rasa sejuk semacam, bulu roma naik and yes automatically tengok kiri kanan macam ada benda follow. Siot betullah! Very atmospheric, very haunting.
Karya ini ada elemen Islam & ada selit doa² & panduan untuk kita belajar.
Awal² tu F tak dapat agak apa hubungan Henry dan Iman. Sampailah Henry jumpa Falah baru semua slowly click.
F pulak makin curious tentang konflik Falah dan keluarganya. Iman nampak janggal bila berdepan dengan Falah and that awkwardness makes you wonder what actually happened. Dalam cerita ni… Falah sorang je yang betul² steady dalam pegangan agama. Yang lahir Islam pun masih tercari². Bila hanya seorang yang kuat, macam mana nak protect diri daripada benda² halus yang menguji?
Book one ni memang fokus pada siasatan kematian atas kapal. Misteri tu unravel pelan² dan ada kaitan dengan Pulau Jejak + Serunai Maut..
F sedih dengan kisah adik Nuna yang masuk Islam. Bila tahu apa jadi sebelum kematian dia… memang lagi sayu. That kind of backstory buat F pause kejap.
Vibe Serunai Maut creepy, fast-paced, atmospheric dan penuh misteri yang buat you all need to keep reading walaupun mata dah gabak.
Ulasan Buku: Serunai Maut 1.0 – Karya Leena Syiha Rating: 🌟🌟🌟🌟🌟 Mantap & Best!
📌 seram tak adalah sangat– ini lebih kepada misteri yang menyesakkan dada.
Kematian sangat ramai di atas sebuah feri dalam satu malam – semuanya berubah dengan mengejut. Mayat-mayat yang hangus tiba-tiba hilang begitu sahaja? Ini bukan kisah hantu. Ia lebih kepada misteri kehilangan besar-besaran yang membangkitkan persoalan yang sangat besar.
📚 Genre: Misteri (80%)
Misteri kehilangan penumpang feri dan penduduk kampung.
Linda… ke mana dia sebenarnya menghilang?
Siapa sebenarnya Nenek Mona?
Boleh percaya ke Tok Penghulu? Maaf, aku masih ragu dengan dia.
Dua pemuda yang hilang secara tiba-tiba – sangat mencurigakan!
🔥 Konflik: (70%)
Hubungan Falah, Henry, dan Iman dengan penduduk kampung yang tidak semuanya menerima mereka.
Si comel Nuna berusaha mencari kebenaran dengan tekad.
Pertembungan antara kepercayaan kurafat dan pegangan iman – sangat relevan dan menusuk.
💔 Babak yang memberi kesan mendalam:
Henry belasah Osman – puas hati sekejap!
Babak si kecil yang meninggal akibat didera ayahnya yang gila… sangat menyedihkan. I cried a lot. 😭😭😭
Nama-nama watak yang mencuit hati: Mak Cik Tak Cantik, Pak Cik Hensem, dan Pak Cik Sayang – buat cerita terasa hidup dan realistik.
Singa Laut… tolonglah, cakap jangan main lepas macam tak pernah menyiasat – geram! 😡😡😡
📖 Buku ini tebal dan padat dengan pengisian. Elemen dakwah diselitkan dengan bijak dalam perkembangan misteri yang berlaku – menjadikan ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga teguran halus tentang akidah dan kepercayaan.
✨ Keseluruhannya: Misi mereka jelas – menentang kurafat dan menegakkan kebenaran. Buku 1.0 ini hanya membongkar sebahagian kecil misteri… dan aku tak sabar nak tahu kesudahannya dalam Serunai Maut 2.0!
Tajuk: Serunai Maut 1 by Leena Syiha Pages: 450 Rating: 4.8/5 🌟 Trope: dakwah Islamik + sihir + misteri kematian beramai² + mencari jalan Allah etc...
My thoughts 💭 (my opinion not yours)
One word. Fantastic! Aku suka gila dengan idea dan plot yang diketengahkan oleh penulis. What a brilliant idea!💡🔥 Dulu waktu kat Wattpad pun aku reread banyak kali sebab suka gila dengan jalan cerita buku ni. Sekarang tak kurang hebatnya, aku ada perasan sedikit penambahan dalam cerita ni and tak banyak pun yang diubah tapi cukup baik bagi aku.
Cerita ni tentang Iman, Henry dan Falah yang menyiasat tentang mitos serunai maut di pulau jengka setelah berlakunya kematian beramai² di sebuah kapal yang berdekatan dengan pulau jengka. Anak kapal tersebut matí kerana tidak mengikuti pantang larang di pulau tersebut, dimana mereka dilarang untuk buka lampu selepas pukul 6 petang. Jika mereka buka juga mereka akan mendengar bunyi serunai maut dan selepas itu mereka terus rebah dan mati.
Sebuah kisah yang menarik dan lengkap dengan dakwah dan ilmu agama dalam penceritaan. Senang cerita buku ni tak kosong. Watak favourite aku dalam ni ialah Nuna! Argh!! Suka gila dengan budak ni! Comel!🥺 Tapi part last tu, tak kiralah reread banyak mana sekalipun tetap aku menangis juga.😭
Olahan penulis memang sedap dibaca. Ending cerita dia bagi spoiler sikit macam mana mulanya pengembaraan Falah, Henry dan Iman untuk bersemuka dengan 'Mona'. Korang yang dah ada buku ni tapi belum baca lagi better grab this book and start reading it! I swear this one is good! 🔥
Highly recommended if you’re looking for a mystery infused with faith, folklore, and a touch of the supernatural. ✨👻
I LOVE IT. I've been in a book slump for four years, but this year (2025), something changed. I went to PBKL to buy some books. Usually, I'd buy them just to let them sit on the shelf, unread. Just buying for the sake of buying.
Sehari sebelum pergi PBKL tu, saya mula cari recommendation novel yang best. Kalau boleh, saya taknak genre romance. Saya nak sesuatu yang lain dari lain. Masa tengah scroll, saya ternampak novel Serunai Maut. Ada orang buat review dan dari situ, first impression saya "WAAA, aku nak beli!"
Bila sampai je dekat PBKL, semua novel lain ibarat ghaib. Mata saya terus tertumpu pada Serunai Maut 1 & 2. Tanpa fikir panjang, saya capai dan terus bayar!
Sampai rumah, saya terus baca. Weyyy, tak tahu kenapa tiba-tiba book slump saya terus hilang! Rasa sebak, rasa macam nak menangis sebab tak sanggup nak habiskan cepat. Saya baca perlahan-lahan… sebab terlalu sayang. I'm falling in love again with the book world.
Kali terakhir saya baca novel ialah empat tahun lepas, karya Melur Jelita. Masa tu saya memang letak dalam kepala, takkan ada karya yang boleh lawan vibe Firman Ebrahim. Tapi Iman Falah berjaya ubah persepsi saya. Vibe dia sangat mirip dengan Firman Ebrahim, penuh ilmu, menyentuh jiwa, dan buat saya rasa makin dekat dengan Allah.
Iman Falah membuka mata saya untuk memberi peluang kepada karya-karya lain juga. Leena Syiha, karya awak sungguh luar biasa. Terima kasih kerana mencipta masterpiece seindah ini! I like it so much, worth every cent. Sekarang saya rasa bersemangat nak habiskan semua novel yang dah lama tersadai dekat rak saya.
Kita memang suka sahaja dengan buku ini, cuma rasa bahagian misteri dan seram itu semakin berkurangan apabila masuk ke separuh kedua cerita dan bergerak ke arah Islamik (tak salah) cuma tak seimbang.
Pada awalnya, unsur misteri dan seram itu cukup kuat dan berjaya buat kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya, tapi makin lama, unsur itu seperti macam berkurang.
Dari segi penulisan pula, gaya Leena boleh dikatakan okey sahaja, masih mudah difahami, cuma ada beberapa kesalahan tatabahasa kecil di sana sini yang boleh diperbaiki. Secara keseluruhan, buku ini menarik cuma mungkin boleh dikuatkan balik elemen ketegangan dan misteri, terutama di bahagian pertengahan buku.
Pertamanya, pada sesiapa yg belum baca buku ni pleaselah baca. Sebab vibe buku ni memang lain dari yg lain. Buat kita tertanya-tanya misteri apa yg ada dekat Pulau Jengka tu. Kenapa itu kenapa ini? Serunai maut? Hebat yg bagaimana sampai boleh merinding semua orang mendengarkannya?
Buku ni mungkin tak beri kepuasan yg kita nak. Sebab kita pun tahu ada buku kedua kan? So dekat buku pertama ni akan banyak ikut penyiasatan yg dibuat Henry dan Iman. Mencari punca kematian beramai-ramai di feri besar itu. Ditambah masalah kepercayaan orang kampung tentang serunai maut. Hanya 1 lilin 1 rumah. Tak boleh pasang lampu!
Semakin lama semakin menemui jalan buntu. Jawapan yg mereka dapat hanya satu, serunai maut. Tekanan pihak atasan semakin menyesakkan. Falah diperlukan pada saat yg genting ini. Ada sesuatu yg perlu dirungkai. Akidah perlu dibetulkan. Nuna si comel penyeri hati. Menjadi perbalahan hingga mencaci pergi.
Sampai hujung helaian tu terus rasa goosebump! Kebenaran yg kita nak tu ada. Rasa kagum dgn cara penulis susun cerita. Membuat pembaca berdebar-debar untuk terus ke buku kedua. So, next read saya teruja nak tahu apa selanjutnya. Semoga korang tak menung lagi tgk buku ni di tbr!
Aku nk bagitau yg novel ni merupakan novel yg paling aku suka baca sepanjang tahun 2025 ni. Best. Aku suka semuanya tentang novel ni. Jalan cerita, plot twist dan banyak sgt quotes yg kak leena tulis dlm novel tu. Novel ni sgt dekat dihatiku.
450 muka surat yang betul-betul menguji kesabaran aku. Awal bacaan rasa okay, tapi bila sampai separuh jalan, pace cerita jadi terlalu perlahan. Ada bab yang meleweh sampai aku baca sekilas lalu je… dan peliknya, bila skip pun tak rasa rugi apa-apa. Kalau dipadatkan, aku rasa kisahnya akan jadi lebih mantap dan berfokus.
Ceritanya berlatarkan kepercayaan karut orang kampung Pulau Jengka yang dilarang menyalakan lampu pada waktu malam. Kononnya, sesiapa yang ingkar akan mati disumpah Serunai Maut. Misteri bermula apabila sebuah feri yang berlabuh di pulau tersebut ditemui penuh dengan mayat rentung, tapi anehnya langsung tiada tanda kebakaran berlaku. Dari situ timbul persoalan: adakah tragedi ini ada kaitan dengan pantang larang tersebut?
Dalam kisah ni, fokus diberikan kepada tiga orang detektif yang menyiasat kehilangan Linda, salah seorang penumpang feri yang ghaib tanpa jejak. Misteri yang pada awalnya buat aku tertanya-tanya “mana Linda pergi, macam mana dia boleh hilang?” lama-lama bertukar jadi “bila nak siasat betul-betul, bila nak habis cerita ni?” 😅 Sepanjang 450 muka surat, jawapan tak juga muncul. Hujung buku hanya mendedahkan punca tragedi, dan kalau nak tahu apa jadi pada Linda, kena sambung dengan Serunai Maut II.
Secara peribadi, aku rasa cerita ni boleh dijadikan satu buku je. Aku agak skeptikal sama ada nak sambung atau tidak, tapi mungkin aku akan baca juga sambungannya… itu pun sebab nak tahu ending, bukan sebab teruja. Walau bagaimanapun, aku sedar selera pembaca berbeza. Ramai juga yang kata buku ni menarik. Jadi kalau korang suka misteri tebal dengan pacing perlahan dan penuh teka-teki, mungkin buku ni sesuai dengan citarasa korang.
Untuk aku, dapat habiskan pun dah kira satu pencapaian 😅
Bagi sesiapa yang tak baca buku seram, boleh je baca buku ni. Lebih kepada mystery/thriller gitu.
Secara jujurnya, bagi saya Serunai Maut 1 ni ada bab yang berjaya buat bulu roma naik, terutama bila suasana kampung dan elemen mistik digabungkan. Rasa macam tengok filem horror, tunggu sesuatu yang tak kita nampak lepas tu keluar tiba-tiba.
Tapi, sebagai permulaan siri, ceritanya kadang-kadang terasa lebih kepada membina suasana berbanding menggerakkan jalan cerita. Ada detik yang saya harap lebih padat atau lebih cepat, sebab ketegangan yang dibina kadang-kadang terlepas begitu sahaja. Watak-wataknya ada potensi besar, cuma perlukan lebih kedalaman supaya pembaca betul-betul melekat.
Walaupun begitu, buku ini tetap tinggalkan kesan: seramnya bukan pada hantu semata-mata, tapi pada bayangan tentang apa yang manusia sanggup lakukan bila berdepan dengan maut dan rahsia yang dikunci rapat. Saya letak 3 bintang kerana ia berkesan dari segi mood, tapi saya harap jilid seterusnya akan beri lebih kejutan dan kematangan pada cerita.
Sebenarnya dari pbakl25 lagi nak beli karya ini sebab vibe giler, aku siap pegang lagi buku ini dan tertanya-tanya nak beli ke tak tapi aku tahan sebab dah banyak buku di borong nya.
Tapi lepas buku ini ada dekat kedai buku dan ada diskaun, aku terus beli dan balik rumah terus baca walaupun sekarang tengah fasa buku mengenai Amerika. Hahah.
Page turner ea karya ini, membuatkan aku nak tahu apa yang apa terjadi. Penulis pandai menulis dan pandai mengambarkan sesuatu tetapi emosi sedih nya tak sampai dekat aku, emosi lain sampai pulak.. hahaha
Aku nak tanya kenapa semua mayat boleh hangus dan menjadi kan debu? Adakah ada kisah disebaliknya? Selamat ada peta di dalam karya ini, boleh lah belek-belek dan fahamkan nya.
Watak dan perwatakkan Falah membuatkan aku teringat Laksama Sunan karya RAM. Hahaha. Ada lah sama sikit kot.
Yang tengah-tengah karya ini, macam errrmmm.. tak lah bosan sangat tetapi entah lah. Okay je kot.
sgt la cliffhanger ya, memang kena ada sambungan 2nd book terus. ini bru je permulaan perjalanan falah, henry dan iman dlm menyelesaikan kes, mitos dn segala yg berkait rpt dgn pulau tu.
Awal-awal baca Serunai Maut 1, aku memang terpikat. Jalan cerita laju, penuh misteri, dan elemen seram tu memang kena dengan selera aku. Watak-watak pun dibina dengan baik, ada konflik, ada rasa ingin tahu — memang buat aku nak terus baca sampai habis.
Tapi bila sampai pertengahan cerita, especially masa watak Falah mula muncul, aku rasa cerita jadi agak perlahan. Fokus mula beralih kepada elemen kekeluargaan dan pengisian agama. Bukan aku nak kata tak suka ,mesej tu bagus sebenarnya cuma bagi aku, penyampaian dia jadi terlalu “Islamik” dan berat, sampai momentum cerita seram tu macam hilang sikit.
Bahagian ni rasa macam lebih kepada tazkirah atau ceramah dalam bentuk dialog. Kalau pembaca jenis yang suka gabungan fiksyen dengan unsur dakwah, mungkin akan suka. Tapi aku rasa terganggu sikit sebab expectation aku lebih kepada cerita seram/misteri.
Tetap sebuah novel yang menarik. Permulaan sangat kuat, dan Leena Syiha pandai bina suasana dan misteri. Tapi bahagian pertengahan agak perlahan kerana penekanan kepada unsur agama yang disampaikan agak panjang lebar.
Dari tajuknya saja — Serunai Maut — dah buat ramai tertanya-tanya, kan? Macam mana jalan ceritanya, apa yang sebenarnya disampaikan?
The beginning was honestly quite slow and mellow, agak mendatar dan meleret. Tapi bila dah masuk pertengahan sampai ke hujung, penulis mula main dengan persoalan demi persoalan, and that’s when it gets interesting. Bit by bit, everything starts to make sense, and you just get hooked.
Ada satu alur lembut dalam cerita ni walaupun bertemakan mistik dan islamik, the delivery feels really emotional and pure. Ada beberapa babak yang buat hati rasa sebak, especially when the story reminds us how gentle and powerful Allah’s love can be.
Mungkin masih awal untuk dibandingkan dengan Bidan, sebab ni baru buku pertama, ada sambungan lagi. Tapi vibenya ada. You can feel that same energy, that same mysterious… cuma kepuasan tu belum cukup penuh lagi.
Overall, a solid start. Can’t wait to dive into Serunai Maut Part 2 , see you soon, Falah, Iman, and Henry!
Unsur dakwah dan penerapan nilai akidah yang baik dalam novel ni.
1. Syaitan akan sentiasa cari jalan untuk sesatkan manusia, buat manusia salahkan Tuhan atas perkara buruk yang menimpa. 2. Syaitan takut hamba Allah yang taat dan tawakal pada-Nya. 3. Akhlak yang baik adalah salah satu modal penting pendakwah. 4. Pintu taubat sentiasa terbuka. Kalau hati tergerak untuk itu, jangan tunggu lama-lama.
Paling mengesankan adalah watak Nuna. Dia punya teruja nak jumpa Tuhan... comel, naif, tulus je 🥹
Dari segi penyiasatan dan saspen, terasa kurang. Malah di awal novel agak meleret/repetitive bagi saya. Berulang-ulang babak beberapa watak yang memandang sinis mitos serunai maut dan berulang-ulang juga disebut tentang wajib bergelap jika tak mahu mati akibat sumpahan/sihir tersebut. Seolah-olah pembaca terlupa pula.
Apa pun, sebuah bacaan yang bermanfaat. Jom sambung SM2.
So from the 1st book dah boleh tutup kes pembunuhan misteri. Terjawab sudah. Now towards the second book. Membongkar asal usul kepada misteri serunai maut.
Btw patutlah Mona bagi warning dekat Linda. Rupanya dia berniat nak membina keluarga bahagia (i guess? from the epilogue) dengan Linda.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Xmenyesal beli buku ni dua2 terus. Buku ni ada unsur mystic with plot twist. And paling penting at the same time menekankan unsur2 islamik dan ilmu2 agama yang buat kita tersedar kerdilnya kita dalam dunia Allah ini. Great books with lots of lesson and great characters. Recommend for all👍🏻👍🏻✨✨
Mengisahkan 3 orang menyiasat tentang kejadian yang sangat merngerikan dimana penumpang dan anak kapal Miranda Gold telah meninggal dan mayat mereka menjadi debu. Kematian mereka disebabkan melanggar pantang larang di sebuah pulau tersebut.
Pendapat saya tentang buku ini, jalan cerita yang sangat baik dan mempunyai idea yang sangat menarik dimana kita sangkakan mengisahkan tentang sumpahan tetapi sebaliknya. Cuma sayang terlalu banyak sangat melewah dan slow, bagi saya terdapat beberapa perkara yang tidak perlu didetailkan dan jadikan ia sebagai melengkapi satu-satu plot sahaja.
untuk watak-wataknya saya rasa seperti ralat sedikit tetapi tidaklah terkesan dengan jalan cerita dan idea novel.
Selain Memori Adelia, buku ini juga antara yang kerap muncul di feed saya. Membawakan tema mistik/misteri membuatkan saya tertarik, apatah lagi ulasan-ulasan yang dibaca kebanyakannya positif dan seakan-akan mind blowing. Disebabkan dua buku ini saling berkait, jadi saya satukan saja ulasannya.
Tidak dinafikan konsep ceritanya lain dari yang lain untuk saya yang baru menjinakkan diri membaca semula novel fiksyen melayu. Karya asal telah dibaca oleh 1.2 Juta pembaca di Wattpad (saya tak pernah baca apa-apa disitu), pastinya bila dibukukan ia boleh jadi satu masterpiece untuk zaman ini. Mungkin ya bagi sesetengah, tidak bagi saya. Ianya mediocre.
Sejujurnya, saya bukan pembaca atau penonton kisah seram/mistik yang tegar, tidak kira dalam bahasa apa. Sebab itu saya agak teruja untuk membaca buku ini. Secara luarannya, ia mengingatkan saya kepada filem Khurafat dan Munafik arahan Syamsul Yusof yang menampilkan perjuangan melawan iblis dan syaitan yang menyesatkan. Mungkin publisher boleh pertimbangkan untuk adaptasikan novel ini ke layar perak, dengan watak Falah dilakonkan oleh Hun Haqeem. Lah, sempat!
Kredit perlu diberikan kepada penulis kerana bersungguh menyampaikan dakwah melalui karya fiksyen. Tidak dinafikan, saya banyak belajar tentang ayat-ayat pelindung yang boleh diamalkan, selain turut tersentuh dengan kegigihan Falah menyebarkan ajaran Islam ke kampung-kampung di Pulau Jengka. Ada dialog yang benar-benar menyentuh hati seperti . Kita dapat lihat betapa kebergantungan Falah kepada Allah itu 1000%. Kita pula, adakah setinggi dan sedalam itu? Saya juga memahami perasaan
Namun, dari seri penceritaan, longgar. Pada epilog & awal cerita, memang rasa ingin tahu itu menebal. Buka lampu, semua mati? Dahsyat. Siapa yang buat? Sememangnya terasa debaran & tekanan itu. Lagi-lagi untuk pasukan penyiasat Henry & Iman. Apatah lagi teori Serunai Maut itu ditentang pihak atasan. Setelah menjangkau suku penceritaan, ia terasa agak perlahan dan terlalu banyak perincian yang tidak begitu perlu. Ada bahagian yang sepatutnya boleh disampaikan dengan lebih ringkas agar plot lebih kemas dan berfokus. Sampai di prolog, rasa teruja kembali untuk sambung ke buku 2. Malangnya, saya rasa benda yang sama.
Buku 1 saya baca dalam sehari & Buku 2 saya memilih untuk “skim” sahaja & fokus kepada dialog kerana kisahnya berkisar disitu sahaja, jadi tidak perlu terlalu teliti membaca setiap perkataan. Lebih baik digabungkan sahaja ceritanya dalam 1 buku supaya lebih memberi impak dari segi perasaan ingin tahu, seram, kagum & insaf.
Kesimpulannya, Serunai Maut adalah buku yang sarat pengajaran untuk kita yang alpa dengan dunia. Menyentuh emosi dan rohani pembaca dalam mendalami perasaan si antagonis yang kehilangan maruah & orang tersayang,serta kesungguhan si protagonis dalam menuju redha Ilahi serta kepayahan watak-watak lain dalam mengharungi cabaran. Jika ia digabungkan, tidak mustahil saya beri 5 bintang.
‼️Dilarang membuka lampu pada waktu malam jika tidak ingin mengundang Serunai Maut.....
🪈Serunai Maut membawa pembaca menyelami kisah misteri yang penuh teka-teki dan unsur ghaib, berlatarkan suasana yang suram dan mendebarkan. Dari halaman pertama, jalan ceritanya sudah menyuntik rasa ingin tahu, seolah-olah ada sesuatu yang gelap sedang menunggu untuk dibongkar. Kisah ini tentang Henry, Iman dan Falah yang ingin membongkar kejadian yang berlaku di atas Feri Miranda Gold. Kematian beramai-ramai!
🪈Gaya penceritaan penulis sangat kemas dan sinematik, membuatkan setiap bab terasa seperti satu episod drama misteri. Karakter-karakter dalam novel ini ditulis dengan sangat baik dan masing-masing ada latar belakang yang menarik dan berlapis, menjadikan kita susah nak agak siapa sebenarnya yang "menyimpan sesuatu". Watak yang paling hidup dan menyedihkan dalam masa yang sama ialah Nuna. Kenapa? Cubalah anda selaminya🥺💔 Menangis teresak-esak rasa macam dicabut jantung ni💔
🪈Ilustrasi dalam buku ini pula menambahkan elemen visual yang kuat, seolah-olah menghidupkan cerita di depan mata. Walaupun bertemakan serunai dan maut (yang sendiri sudah misterius bunyinya), buku ini tetap berjaya memberi keseimbangan antara suasana menyeramkan dan emosi manusia yang sangat dalam.
🪈Menariknya Serunai Maut ini bukan hanya pada bunyi serunai itu sendiri. Tetapi pada jiwa-jiwa yang akhirnya harus dan tetap akur tunduk pada Empunya Semesta😊
☕ Sesuai untuk siapa buku ini? Jika kau suka cerita yang ada unsur seram ghaib, kisah misteri yang perlahan-lahan terbuka lapisan demi lapisan, dan suka teka-teki yang boleh mengasah deria 'penyiasat' kau, Serunai Maut memang patut ada dalam senarai bacaan kau. Sesuai dibaca sambil minum kopi atau duduk sunyi di malam hari🫣
- masyaAllah for Leena Syiha's writing. Bagi saya, setiap patah perkataan yang saya baca, semuanya menusuk tepat dalam jiwa, otak saya boleh menterjemahkan setiap scene dengan smooth and vividly. saya rasa seperti saya bersama-sama dengan Iman Falah, Iman Nadrah dan Henry Mikail menyiasat Pulau Jengka ni. bukan sahaja menyiasat tapi juga menjalani kehidupan disana. Nuna? 😭 semua scene yang ada Nuna is my fav scenes in the book.
- subhanAllah.. buku ni menyedarkan saya bahawa kekuasaan Allah itu tidak terjangkau kehebatanNya. Dia lah yang Maha Agung namun kasih sayangNya terhadap hambaNya juga besar dan tak akan terbayang oleh kita betapa sayangnya Allah pada kita. Terima kasih Leena Syiha atas karya yang beri sama effect sama seperti karya2nya yang lain. Banyak scene2 yang berbekas dalam jiwa.
- Alhamdulillah sebab Allah bagi saya peluang untuk meluangkan masa saya membaca buku ni. Bukan setakat baca2 macam tu, tapi setiap pesanan dalam buku ni, ia membuka mata, hati dan jiwa saya. sungguh, saya kerap kali rasa ruginya bagi mereka yang tak suka membaca sepanjang saya membaca karya ini. susah untuk saya gambarkan apa yang saya rasa. ada ketawa, ada tangisan semasa pembacaan. namun ia bukanlah bacaan yang kosong, penuh dengan pengisian...
Alhamdulillah juga, buku kedua ada dengan saya hehe. Saya beli PO dengan author. Langsung tak ada penyesalan malah saya rasa amat bersyukur menjadi antara orang yang join PO.
brb, insyaAllah kalau saya rajin, buku kedua juga saya akan sharekan pendapat.