Jump to ratings and reviews
Rate this book

Serunai Maut #2

Serunai Maut 2

Rate this book
Misteri Pulau Jengka telah mengheret Iman Falah, Henry Mikail dan Iman Nadrah menembusi hutan untuk memburu "wanita di timur".

Di sebalik tekad mereka memadam khurafat yang menyesatkan, tersingkap satu demi satu rahsia lama.

Pertemuan dengan seorang gadis hutan membawa mereka lebih dekat dengan kebenaran dan bahaya.

Akhirnya ... peperangan tercetus.

Antara kepercayaan yang dibina atas ketakutan, dan keberanian yang lahir daripada iman.

Ini bukan kisah ringkas yang akan ditamatkan dengan mudah.

Ini ialah sebuah kisah perjuangan yang sangat besar untuk dihikayatkan.

Untuk mengakhiri semuanya, mereka harus memusnahkan satu simbol terakhir kejahatan.

Serunai Maut.

450 pages, Paperback

First published April 30, 2025

8 people are currently reading
154 people want to read

About the author

Leena Syiha

10 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
161 (72%)
4 stars
47 (21%)
3 stars
12 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 54 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
December 5, 2025
Buku kedua ni tak seram berbanding yang pertama. Maybe sebab yang 1st kita masih bertekateki tentang misteri Serunai Maut.

Karya ke 2 lebih kepada adventure untuk Falah, Henry dan Iman dalam misi mencari Serunai Maut.

Selepas kematian Nuna, Tok Penghulu buka cerita tentang Mona. Serunai maut ni bukan mitos, it's real sebab tu Pulau Jengka maju. Nanti korang akan tahu plot twist before diaorang mengembara.

Mereka bertemu dengan seorang gadis bernama Mona. Mona ni Linda tapi ingatan dia dah disihir oleh Serunai Maut dengan memori mona.

And actually ada satu plot twist besar tentang Nenek Mona.. omg I didn’t see that coming. Korang kena baca sendiri.

Walaupun vibe dia lebih adventurous, the book isn’t kosong at all. Penuh dengan ayat² suci dan peringatan yang buat kita rasa insaf. So guys please, jangan campak buku ni merata tau.. kena hormat isi dia.

Plot twist pun banyak dalam buku kedua ni. Serius setiap kali rasa boleh tarik nafas, datang lagi satu. Dan reminder paling kuat syaitan takkan pernah stop untuk sesatkan manusia.

Dan Kuntum… haishh. Kesian dia. Betullah Falah cakap kesian dengan Kuntum. Sebab dendam dan rasa tak puas hati tu overshadow everything, sampai dia sendiri mula persoalkan takdir Allah.

F pula tertanya².. did I miss something about Henry & Iman? Kenapa hubungan diaorang macam cold? Nak dekat ending baru nampak perasaan sebenar Iman.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
July 6, 2025
Novel paling best pernah aku baca. Aku suka semuanya. Misteri, thriller, dan plot. Ms 307 mengalir air mata aku sebak tgk perjuangan penduduk mukim anjana. Perkara tu la yg paling aku tak dpt lupakan. Worth the vibes.
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
September 22, 2025
Tajuk: Serunai Maut 2 by Leena Syiha
Pages: 444
Rating: 5/5 🌟 solid 🔥
Trope: Misteri + sihir + keagamaan + dakwah islam + Jin etc...

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

Serunai Maut 2 menceritakan tentang pengembaraan Falah, Henry & Iman untuk bersemuka dengan 'Mona' dan menghentikan sihir serunai maut daripada terus bermaharajalela. Disini kita boleh lihat elemen² dakwah yang disampaikan oleh Falah kepada penduduk kampung sehingga banyak dari mereka yang mengagumi kehebatan Allah SWT.

Sejujurnya Serunai Maut 2 lebih best bagi saya sebab bermulanya pengembaraan Falah untuk menentang kesyirikan yang disebarkan oleh syaitan di seluruh pulau jengka. Serious talk masuk part mengembara ni best sikit sebab dekat sini lah dorang betul² diuji kepercayaan dengan Jin yang penuh dengan tipu daya. Siap ada yang menjelma jadi Falah lagi untuk menyesatkan Henry dan Iman supaya dorang tak dapat menuju ke destinasi yang ditujui. Jujur cakap sewaktu baca buku ni aku ada menitiskan air mata disetiap kali Falah bercakap tentang kebesaran Allah. 😭 Serious menusuk sehingga ke lubuk hati kata² Falah. 🥺

Book 2 full of plot twist 🤯 serious aku betul² tak sangka part yang...... Ops! Tak boleh bagi tahu kena baca sendiri.😆 Mesti ada yang tertanya² dah kan?🤣 Buku kedua memang penuh dengan aksi sebab dorang lawan kera jadian yang disihir untuk serang tentera² Falah. Aku suka bila penulis selitkan ayat Al Quran dalam bahasa Arab serta maksudnya. Disini kita boleh nampak yang buku ni memang tak kosong. Banyak isi yang bermanfaat untuk pembaca.🤍

I highly recommended this book kepada semua pembaca yang baca review aku. Satu, sebab jalan cerita buku ni lain daripada yang lain. Plot yang menarik dan idea yang bagus! Dua, sebab buku ni memang tak kosong. Korang dapat ilmu sedikit sebanyak daripada hasil pembacaan. And lastly, kerana writing style penulis yang sedap dibaca bagi aku. Ha tunggu apa lagi? Pergilah beli 😆 kalau yang dah ada tu korang baca sekarang juga! Dijamin best! Serunai Maut is a yes from me!🔥

P/s: untuk yang tanya seram ke tak tu, tak seram pun BAGI SAYA. 😆
Profile Image for wawazz.
23 reviews
July 17, 2025
For me, this book quite boring and the plot quite slow compare to the first book. Overall for me okay.
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
September 30, 2025
Buku kedua berjaya mengubah persepsi saya tentang tajuk ceritanya. Betul kata penulis, ini bukan kisah ringkas yg akan ditamatkan dgn mudah. Lebih banyak cabaran dan perkembangan dakwah. Juga pertemuan dgn beberapa watak penting dan tak disangka.

Kali ini watak Falah, Henry dan Iman sangat berat menghadapi beberapa hal yg luar biasa. Lagi2 Falah yg teman mereka berjalan tu. Memang syaitan ni penuh dgn tipu muslihat. Pandai berpura-pura dan menyesatkan! Dialog antara Falah dgn makhluk tu pun boleh tahan goosebump!

Matlamat mereka hanya satu, untuk sampai ke Teluk Nyai. Menghentikan karut dan membawa kebenaran. Tapi jangan ingat perjalanan mereka senang. Ada perangkap yg menanti. Juga ada helah untuk disajikan. Bertemu gadis hutan yg agak misteri. Kenapa gadis itu seperti dia tapi tidak seperti dia? Haaa

Semua dakwah yg penulis sampaikan melalui Falah tipulah kalau tak terkesan. Saya sendiri menangis masa beramai-ramai di mukim tu. Kemunculan yg tak disangka pun mengubat hati. Pengajaran penting untuk kita fahami bahawa hanya beriman dan berharap pada Allah. Hanya Allah penguasa segala alam.

Memang best dan berbaloi untuk dibaca. Siapa sangka yg asalnya saya berfikir genre buku ni lain rupanya lagi lain. Haa. Genre yg paling saya gemarkan. Semoga korang semua mendapat manfaat dari Serunai Maut. Selamat membaca!
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
August 9, 2025
Akhirnya watak green flag in a green flag menang mengalahkan semua khurafat2 dan syaitonirrajim sihir2 tu semua. (ups and downs ye dengan berlawannya mcm tengok movie marvel pun ade).
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
August 9, 2025
Joy rasa tak boring langsung buku 2. I love it!

Buku 1 lebih kepada menyiasat dan trying to understand apa yang sedang berlaku di Pulau Jengka. Jadi mungkin sesetengah orang akan rasa buku 1 lebih menarik sebab ada feel filem seram.

Manakala buku 2 lebih fokus kepada the core of the problem dan teknik menghampuskan musuh. Buku 2 jugak banyak imbas kembali untuk mengisahkan bagaimana serunai maut bermula - cerita yang sedih dan memilukan. Ia menunjukkan bagaimana syaitan mengambil kesempatan semasa kita dalam situasi yang teruk untuk menipu kita untuk mempercayainya.

Salah satu point I ingin mengetengahkan juga ialah tentang hubungan yang tak direstui ibu bapa dan akibatnya menderhaka sebab “cinta”. There are some things that our parents are against and kalau benda tu bukan sesuatu yang salah dari segi agama dan kepercayaan atau tak memudaratkan kita, kita patut dengar nasihat mereka.

The plot twist dalam novel ini memang Joy tak suspect langsung dan memang sangat surprise ya. Hehehehe~

Banyak bab yang menyentuh hati dan perasaan sampai mata pun berair - bab Falah melaungkan azan atas bumbung rumah tu semasa musuh menyerang dengan ganas.

A very beautiful ending to Serunai Maut.
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
33 reviews1 follower
June 15, 2025
Allah dengar doa hamba-hamba Nya.

...

Sepanjang dua hari meluangkan masa baca Serunai Maut yang kedua, lagu Seni Berdamai Dengan Takdir tak henti-henti mengulang dalam kepala seperti kaset rosak.

"Berlarilah kemana pun,
Jika kau milik ku, kau milik ku."

Sungguh, seorang hamba itu tidak akan pernah mampu lari dari Allah. Walaupun makna asal disebalik lagu ini adalah untuk dua insan yang ditakdirkan bersama, lagu ini juga ada pembawakan yang sesuai dengan buku ini.

Larilah engkau jauh dari Allah, tapi akhirnya kau akan tersungkur memohon pertolongan Nya juga. Bawalah dirimu jauh dari Allah, cuba lah. Pasti, kau akan kembali pada Nya jua.

Terima kasih Leena Syiha. Terima kasih yang teramat. Ye, saya tahu sentuhan hati ini bukan disebabkan penulisan Leena Syiha semata, tapi dari Allah juga. Tapi apa salahnya untuk saya meraikan kesemuanya.

Banyak babak yang bawa tangisan gembira pada saya, seolah-olah saya berada bersama mereka, menyaksikan kebesaran Allah. Maka sekali lagi saya ingin ucapkan, terima kasih ❤️‍🩹
Profile Image for Hani~.
141 reviews1 follower
August 30, 2025
• Dari segi pace, aksi dan nilai-nilai dakwah, saya suka buku kedua ni.

• Watak Linda menarik. Dia ada keinginan kuat untuk lawan kejahatan yang cuba menguasai dia. Dan dia juga ada sumbangan dalam usaha dakwah Falah. Tidaklah sekadar bawa peranan "damsel in distress".

• Watak Nuna juga sangat comel. Dia bijak, berani, pure. Cuma selepas apa yang dia lalui, agak pelik bila tak nampak sebarang kesan trauma jangka panjang. Sama je personaliti macam sebelum berlaku kejadian-kejadian traumatic tu.

• Scene Falah azan atas bumbung rumah 😍😍😍

• "Falah sendiri yang minta." ~~~ 🤍🤍🤍

• Dengan sihir Mona & Jibt yang berusia ratusan tahun malah membunuh ribuan manusia, saya bayangkan kuasa mereka jauh lebih besar daripada yang dipaparkan dalam novel ni. Nampak terlalu mudah pula ditewaskan.

• Seperti beberapa komen yang saya pernah terbaca, Falah, Iman & Henry tak kelihatan personaliti seorang tentera/anggota keselamatan. Kerapkali saya terlupa itulah profession mereka. Jika anda biasa baca novel pure military, mungkin anda faham maksud saya.

Secara keseluruhan, worth reading.

Ingat, pergantungan hanya sepenuhnya kepada Allah. Tiada kuasa yang lebih besar berbanding keagungan-Nya. Kita kerdil, mintalah kekuatan dari Dia 😊🫶
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
September 11, 2025
byk rasa terbit bila baca kisah ni, sgt mencengkam jiwa yg masih gundah gulana mengharungi kehidupan seharian. boleh katakan kisah ini byk menyebarkan sy yg kadang alpa kpd Nya, mengukuhkan keimanan pun ya jugak. byk menangis dek kerana sebak mengenang insan lain yg blm mengenal erti islam. betapa bersyukurnya kita dilahirkan dlm keadaan sudah beragama islam. jadi, tugas kita pula untuk memastikan iman di dada sentiasa utuh tersemat dlm diri, sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT.
Peringatan juga kpd yg memiliki novel ini supaya tidak sewenang-wenangnya meletaknya di tmpt yg rendah atau seumpamanya memandangkan byk jugak terkandung kalimat suci al quran di dlm nya, jaga lh sebaiknya.
pada hemat sy, byk ayat-ayat yg dimasukkkan dlm ini boleh diguna pakai utk melindungi drpd sihir dn byk lg.
tahniah kpd penulis kerana berjaya menyampaikan dakwah dgn baik kpd pembaca. semoga ini kenjadi asbab kpd ganjaran akhirat kelak.

Suka dgn perkembangan setiap watak terutamnya keluarga Falah. Pada pertengahan buku ada diterangkan konflik antara Falah dn keluarga. Tak sangka..
Siapa yg tk sedih bukan apabila keluarga terdekat kita sendiri terlalu leka dengan nikmat yg fana sehingga melupakan Sang Pencipta seluruh alam, itulah yg Falah rasakan.
Kisah ini membawa kita memusabah diri utk menjadi muslim yg sejati. Terima kasih atas ilmu yg diterapkan dlm kisah ini, byk mengajar sy terutamanya amalan mengucapkan kalimah syahadah sblm tidur.

Falah. Suka dgn perwatakannya yg tenang dn tidak cepat melatah. Sentiasa berserah kpd Allah dlm menghadapi dugaan. Semoga kita juga menjadi umat yg sentiasa bertaqwa kpd Allah SWT.
Linda, melengkapi Falah, sama-sama menyebarkan syariat Islam yg sebenar kpd org awam. Wanita hebat yg sentiasa berusaha menjadi muslimah sejati.
Last skali dia ketul ni hm, diorang tk byk scene sweet pun, tp tanpa Linda sedar byk perbuatan Falah yg menunjukkan dia menghargai perasaan Linda. Brg Linda kasi dh lusuh pun, still pakai.
Falah ni memang terbukti terlalu pemalu eh sampai propose pun suruh org lain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Elvina Zafril.
708 reviews104 followers
September 23, 2025
Kalau buku pertama Serunai Maut bagi saya macam pemanas enjin, masuk buku kedua ni saya ingatkan jalan cerita akan lebih tegang dan laju. Tapi rupa-rupanya saya rasa lagi bosan. Pace dia lambat, ada banyak bab yang rasa macam meleret dan ulang-ulang vibe sama. Kadang-kadang sampai saya letak buku sekejap sebab hilang fokus.

Suasana kampung dan elemen mistik tu masih ada, tapi tak cukup kuat untuk cover jalan cerita yang saya rasa hanya mendatar. Saya sebenarnya harap akan ada lebih banyak kejutan atau perkembangan watak, tapi kebanyakan karakter rasa statik, tak banyak perubahan yang betul-betul buat saya nak tahu apa jadi seterusnya.

Walau bagaimanapun, saya rasa ada beberapa bab yang berjaya hidupkan rasa seram dan misteri, cuma secara keseluruhan buku ni tak tinggalkan impak besar. Jujurnya, saya rasa lebih kecewa sebab expectation saya tinggi lepas habis buku pertama.
Profile Image for putriarisa._.
14 reviews1 follower
July 17, 2025
2.75 ⭐️ Kita macam tak berapa minat dengan buku kedua ini. Dia macam slow and tak menarik perhatian kita macam buku pertama. Slow paced satu dan juga plot nak rungkai pasal Serunai Maut kita rasa biasa je. Kita ingat lebih mistik dan seram tapi buku siri ini bergerak lebih kepada Islamik. Beberapa bahagian dia rasa macam draggy. Hm.
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
June 7, 2025
I read Serunai Maut I & II in just one and a half day! Seriously highly recommended! masterpiece among masterpieces! Baca jangan tak baca!
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
June 27, 2025
4.5⭐️
this one hooked me up!! ini best !!! lagi best dari first one hehe

serunai maut ii membawa kita kepada sambungan perjuangan falah, mikael dan iman nadrah. kalau first book kita tahu diorang kena halau keluar pulau, so second book ni sambung perjalanan mereka dalam mencari dewa serunai maut.

my thoughts;;
- interesting. sumpah. satu-satu tipu daya hasutan syaitan ada di mana-mana. misteri tu sentiasa ada weh. apa ke bendanya syaitan tu menyerupai salah seorang dari mereka semata nak sesatkan perjalanan? tak ke takut ha aku ni dahlah tak alim sangat, seriau tahu tak kalau kena dekat diri sendiri
- character development? hm- katanya iman nadrah ni ada perubahan tapi mak tengok sama je perangai. dont get me wrong tapi yes haah saya tak suka karakter dia. dia unlikeable gila weh sumpah rasa nak pelangkung kepala dia 😭😭😭 ada je benda tak kena dekat mata aku
- kan semua orang ramai nak dekat falah? i macam??? hello??? tak bukan hello. dia okay lah ustaz wow cuma i rasa plain gila watak dia. yk what tak semua yang alim ni life dia bosan macam falah. takde pun gelak-gelak, buat lawak ke. sumpah memanjang serious je i pun tak suka haih ye tahu ni fiction tapi bosanlah takde lawak lawak
- tak seram mana pun. tahap keseraman 2/5 sajo oki so boleh baca sorang-sorang takde siapa nak duduk bawah katil engko tarik kaki ko ke apa ke

oh and anyway saya rasa this series boleh je compile into one book. thats all
106 reviews2 followers
October 16, 2025
Selain Memori Adelia, buku ini juga antara yang kerap muncul di feed saya. Membawakan tema mistik/misteri membuatkan saya tertarik, apatah lagi ulasan-ulasan yang dibaca kebanyakannya positif dan seakan-akan mind blowing. Disebabkan dua buku ini saling berkait, jadi saya satukan saja ulasannya.

Tidak dinafikan konsep ceritanya lain dari yang lain untuk saya yang baru menjinakkan diri membaca semula novel fiksyen melayu. Karya asal telah dibaca oleh 1.2 Juta pembaca di Wattpad (saya tak pernah baca apa-apa disitu), pastinya bila dibukukan ia boleh jadi satu masterpiece untuk zaman ini. Mungkin ya bagi sesetengah, tidak bagi saya. Ianya mediocre.

Sejujurnya, saya bukan pembaca atau penonton kisah seram/mistik yang tegar, tidak kira dalam bahasa apa. Sebab itu saya agak teruja untuk membaca buku ini. Secara luarannya, ia mengingatkan saya kepada filem Khurafat dan Munafik arahan Syamsul Yusof yang menampilkan perjuangan melawan iblis dan syaitan yang menyesatkan. Mungkin publisher boleh pertimbangkan untuk adaptasikan novel ini ke layar perak, dengan watak Falah dilakonkan oleh Hun Haqeem. Lah, sempat!

Kredit perlu diberikan kepada penulis kerana bersungguh menyampaikan dakwah melalui karya fiksyen. Tidak dinafikan, saya banyak belajar tentang ayat-ayat pelindung yang boleh diamalkan, selain turut tersentuh dengan kegigihan Falah menyebarkan ajaran Islam ke kampung-kampung di Pulau Jengka. Ada dialog yang benar-benar menyentuh hati seperti babak Kita dapat lihat betapa kebergantungan Falah kepada Allah itu 1000%. Kita pula, adakah setinggi dan sedalam itu? Saya juga memahami perasaan

Namun, dari seri penceritaan, longgar. Pada epilog & awal cerita, memang rasa ingin tahu itu menebal. Buka lampu, semua mati? Dahsyat. Siapa yang buat? Sememangnya terasa debaran & tekanan itu. Lagi-lagi untuk pasukan penyiasat Henry & Iman. Apatah lagi teori Serunai Maut itu ditentang pihak atasan. Setelah menjangkau suku penceritaan, ia terasa agak perlahan dan terlalu banyak perincian yang tidak begitu perlu. Ada bahagian yang sepatutnya boleh disampaikan dengan lebih ringkas agar plot lebih kemas dan berfokus. Sampai di Prolog, rasa teruja kembali untuk sambung ke buku 2. Malangnya, saya rasa benda yang sama.

Buku 1 saya baca dalam sehari & Buku 2 saya memilih untuk “skim” sahaja & fokus kepada dialog kerana kisahnya berkisar disitu sahaja, jadi tidak perlu terlalu teliti membaca setiap perkataan. Lebih baik digabungkan sahaja ceritanya dalam 1 buku supaya lebih memberi impak dari segi perasaan ingin tahu, seram, kagum & insaf.

Kesimpulannya, Serunai Maut adalah buku yang sarat pengajaran untuk kita yang alpa dengan dunia. Menyentuh emosi dan rohani pembaca dalam mendalami perasaan si antagonis yang kehilangan maruah & orang tersayang,serta kesungguhan si protagonis dalam menuju redha Ilahi serta kepayahan watak-watak lain dalam mengharungi cabaran . Jika ia digabungkan, tidak mustahil saya beri 5 bintang.
Profile Image for Aliya Yasmin.
1 review
July 1, 2025
Serunai Maut I & II by @leena_syiha,
5/5 ⭐️⭐️⭐️

Novel Serunai Maut mengisahkan tentang misteri kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah bernama Miranda Gold yang berlabuh di Pulau Jengka. Kematian itu dikaitkan dengan sebuah mitos kepercayaan penduduk Pulau Jengka tersebut, iaitu Serunai Maut.

Pulau ini mempunyai pantang larang mereka tersendiri, mereka dilarang untuk menghidupkan lampu sebaik sahaja malam tiba. Dikatakan sesiapa sahaja yang menderhaka peraturan tersebut — akan membawa kepada murka Dewa Serunai Maut. Barangsiapa yang menderhaka, mereka akan mendengar suatu bunyi halus seolah bunyi serunai, dan mereka yang mendengarnya akan mati. Bukan sahaja yang melanggar peraturan akan mati, tetapi mereka yang disekeliling turut akan mati dan mendengar bunyi serunai tersebut. Dan mayat mereka yang mendengar bunyi serunai tersebut dikatakan lain daripada yang lain, mayat mereka rentung dan menjadi selonggok abu kasar yang semakin lama semakin rapuh, dan kemudian hilang lesap ditiup angin.

Sejauh manakah kebenaran mitos Serunai Maut? Sejak bila ia bermula? Adakah ia benar? Adakah mitos tersebut akhirnya dapat dihentikan kerana ia melibatkan akidah dan ajaran sesat? Jawapannya di dalam Serunai Maut! :)

💌 : Novel bukanlah hanya sekadar sebuah novel. Ini bukan novel biasa. 🥹 Saya sangat kagum dengan penulisan penulis. Somehow buat kita rasa insaf dan sangat sangat dekat dengan Allah bila baca novel ni, lagi lagi bila dah masuk Serunai Maut II.

The way author ni tunjukkan kepada kita, betapa kebergantungan manusia kepada Allah itu takkan pernah mengecewakan, dan Allah takkan membiarkan hambaNya keseorangan, betapa besarnya kuasa Allah, saya sangat sangat impressed…kudos to the author.🥹

saya suka sangat buku ni, author banyak juga share ayat ruqyah, ayat ayat pelindung dan beberapa ayat power dari Al-Quran yang boleh sama sama kita amalkan. Syurga buat penulis penulis yang bukan setakat mengarang cerita, tetapi mengingatkan kita kepada Allah juga. 🤲🏻
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
September 13, 2025
Serunai Maut 2.0 – Leena Syiha

Serunai Maut 1.0 membawa misteri kematian di atas feri yang meragut semua nyawa, serta keanehan pulau yang tidak boleh menyalakan lampu pada waktu malam, sambungannya pula dalam Serunai Maut 2.0 lebih kepada adventure dan misi mencari Mona untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Di sinilah pembaca akan mula faham maksud epilog di buku pertama, terima kasih untuk cliffhanger yang buat aku tertanya-tanya siapa pula watak baharu yang muncul ini.

Yang menarik, buku ini bukanlah seram seperti yang disangka, tetapi lebih kepada unsur sihir dan pemujaan syaitan. Ada kemunculan watak baharu, termasuk watak yang disangka sudah mati.

Di pulau ini, ada tiga puak:

Puak pertama – sudah mati,

Puak kedua – sudah ditemui dalam buku pertama,

Puak ketiga – akan muncul dalam buku ketiga.

Seperti buku pertama, tema dakwah masih dikekalkan melalui watak Falah.

Watak Iman juga akhirnya menurunkan egonya, walaupun kadang-kadang terasa pelik dengan sikapnya terhadap suami yang terlalu “ego”, sampai emosi aku sebagai pembaca pun tak puas hati.

Selain itu, ada isu pembulian yang dibawa melalui kisah Kuntum, yang membuatkan pembaca rasa simpati padanya.

Namun, ada juga kelemahan. Sesetengah bahagian terasa terlalu detail dan meleret—contohnya selepas adegan penting Rahsia apa berlaku atas Feri, tiba-tiba diselitkan penerangan tentang tukar baju, solat dan sebagainya terlalu detail. Ini sedikit mengganggu momentum cerita. Tak payahlah, ye aku tahu mahu memasukkan elemen islamik dakwah tapi rimas cara meletakkan moment tu. Terlampau dijelaskan dan tak kena tempat. Percintaan itu pun macam skema permarkahan.

Walau begitu, cover buku memang A+, buat orang ingat ia buku seram padahal lebih kepada misteri dan kejutan watak untuk plot twist. Bagi yang suka adventure bercampur misteri, Serunai Maut 2.0 memang patut dibaca.
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
July 16, 2025
Agak lama juga nak habiskan buku kali ni. Entah sebab reading slump atau sebab terlalu sibuk dengan tugasan hakiki. Bagi saya SM1 lagi page turner. Lagi banyak misteri dan lagi banyak persoalan. Yang kedua ni lebih banyak aksi dan jawapan.

Tidak dinafikan jalan cerita ni best dan menarik tapi mungkin saya terlalu high expectation jadi bagi saya di penghujung cerita tu agak mendatar. Watak Falah juga bagi saya kurang perisa yang boleh membuatkan saya jatuh hati padanya. Watak Iman pula, hmm membuatkan saya terfikir betulkah dia ni polis? macam rakyat marhaen je. Satu lagi, saya tak faham kenapa Iman dan Henry perlu rahsiakan hubungan mereka sebagai suami isteri? Hubungan diorg tu macam takda chemistry pada pandangan saya.

Watak yang paling saya suka adalah Nuna. Bijaknya budak ni. Dahla petah berkata-kata. Hatinya pula teguh walaupun diseksa. Comel sangat Nuna ni. Masa sesuatu terjadi kepada Nuna, hati saya sangat sedih. Macam taknal teruskan membaca.

Maaf, saya tidak mengutuk novel ini cuma ini perkongsian tentang apa yg saya rasa. Kadang sy terfikir, mereka ni polis/penyiasat persendirian ke? Sebab diorg boleh abaikan arahan pihak atasan dan tinggal di pulau tu agak lama juga. Kalau penjawat awam rasanya tak boleh buat macam tu. Silap2 dah kena bagi surat tunjuk sebab. Falah juga boleh tinggalkan tugas sehingga 3+2 tahun begitu sahaja untuk menuntut ilmu? Macam pelik jugala bagi saya. Tapi ya lah, ni kan novel fiksyen. Apa-apa boleh berlaku.

Walau apapun, tahniah kepada penulis. Saya suka dengan idea SM ni. Sangat-sangat menarik bagi saya. Semoga selepas ini penulisan penulis akan menjadi semakin matang dan semakin penuh dengan rencah dan rempah.

🫶🏻👏🏻👏🏻👏🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
August 21, 2025
Review Time 📚⏰️

Serunai Maut 2 - @leena_syiha
Rating: 5/5 🌟

Sebagai pembaca yang mengikuti siri Serunai Maut, saya akui Serunai Maut 2 ini benar-benar membawa cerita ke tahap yang lebih mendalam dan matang. Jika buku pertama lebih kepada pengenalan dunia dan misteri, naskhah kedua ini pula fokus kepada konflik akidah dan perjuangan iman.

​Pembangunan watak dalam novel ini sangatlah bagus. Saya nampak ketenangan dan kekukuhan iman Iman Falah dalam menangani setiap cabaran, menjadikannya watak yang sangat menginspirasi. Malah, watak Henry Mikail dan Iman Nadrah pun menunjukkan perubahan ketara yang terasa amat meyakinkan.

​Novel ini bukan sekadar sebuah kisah 'thriller' biasa. Ia dipenuhi dengan mesej mendalam tentang bahaya syirik dan kepentingan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Penulis bijak menyelitkan elemen dakwah secara halus, yang menjadikan cerita ini 'pembuka mata' buat saya. Seakan-akan mengingatkan saya bahawa ilmu pelita hati, iman pelindung diri. Paling berkesan bagi saya ialah babak ketika penduduk kampung mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai; 'momen' itu sungguh membuatkan saya sebak.

​Terima kasih penulis, @leena_syiha kerana telah menghasilkan sebuah karya yang penuh dengan pengajaran rohani. Saya berharap agar lebih banyak lagi karya seperti ini yang akan terus dihasilkan untuk mendidik dan menginspirasi para pembaca.

Sekian.

#serunaimaut #serunaimaut2 #leenasyiha #reviewbuku #ulasanbuku #bookstagram #bookstagrammalaysia
Profile Image for Adira Dahlia.
11 reviews
August 26, 2025
siapa yg ckp buku kedua tu boring drpd buku first, tu semua dusta!🥺 buku kedua ni sgtlah best. sbb dlm buku kedua ni mengisahkan mcm mne pengorbanan, perjuangan dan jihad Falah, Iman and Henry bgi membanteras serunai maut dan membawa Nur hidayah buat penduduk Pulau Jengka. buku kedua ni banyak main jiwa wooo, maaf ckp ade part yg sy menangis ye HAHAHAHAHA. terutamanya part yang dkat beramai ramai org kmpg kat Mukim Anjana ngan Falah tuttttt.... (takle mention nnti spoil😆), jiwa kentalku runtuh, ranap weyhh. sebak sgtttttt!!

mcm mne kuatnya Falah berdakwah, mencari ilmu, mendahagakan kasih Tuhannya. Mcm mne hubungan antara Henry dan Iman a.k.a Nad become normal mcm suami isteri yang lain, oh my god semua ni hurmm mmg main jiwa mmg bestt sgt Ya Allah. dlm buku ni jugak kita bljar banyak tentang pegangan kepada Allah. Adakah kita dh cukup baik dlm menjadi hambaNya? Mcm mne mencintai Allah sedalamnya? And banyak lagilaaa. kurang drpd 24 hours saya habis baca karya ni💓

menambahkan best sbb part Falah ngan Linda tuuu😚❤️ aku blushing trrukkk! HAHAHAHA haih malaih nak komen lebih² nnti spoil tak best pulak tapi mmg klau boleh bagi rating 10 bintang mmg 10 bintang ye buku ni. Saya jumpa typo pun 1 tu tu pun ejaan nama Linda je yg lain semua purfecttt!

so jemputlah baca buku ni, sgtlah recommended!! sgt sgt sgttt!! siapa tak baca rugi.
Profile Image for yinroseate &#x1065a; .
35 reviews
September 17, 2025
Saya lebih sukakan buku kedua berbanding yang pertama. Buku kedua ini lebih padat dengan aksi dan penyiasatan. Ada beberapa kekurangan yang saya rasa tidaklah menganggu jalan cerita tetapi tetap menjadikan keseluruhan karya ini tidak begitu impactful.

Pertamanya, aksi terakhir dalam menentang Kuntum dan ‘tuhannya’. Dari awal penceritaan kita tahu yang sihir yang digunakan sangat kuat dan cabaran yang mereka lalui sepanjang perjalanan bukanlah mudah. Tetapi, aksi lawan setelah bertemu dengan Kuntum seakan tidak mencabar dan terlalu mudah untuk dihapuskan.

Keduanya, saya rasa sedikit pelik with the fact that Henry, Iman dan Falah merupakan detektif dan masih boleh jalankan misi persendirian dengan tinggal di Pulau Jengka berbulan bulan. Ya, mereka dilucutkan dari kes Feri Miranda Gold. Tetapi mereka tiada kes lain untuk diselesaikan??

Ketiganya, mungkin expectation saya terlalu tinggi untuk buku ini lebih kepada seram berbanding islamik. Sangat sedikit elemen seram yang ditunjukkan. Tetapi saya suka akan ilmu dan nasihat yang diberi didalam buku. Kudos to the author! 👏🏻👏🏻

Beberapa scene yang membuatkan saya suka akan buku kedua ini ialah:
1. Nuna masih hidup
2. Jelmaan Falah palsu
3. Falah azan bagi menumpaskan ‘tentera’ Kuntum.
4. Romantik subplot antara Falah dan Linda

Kesimpulannya, buku ini tidak akan terlalu bosan dan meleweh jika hanya dipadatkan menjadi satu buku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
November 13, 2025
Kisah sambungan yang paling aku tak senang duduk, sebab nak habiskan karya ini.

Gila lah storyline ini.. banyak scene yang aku tak sangka betul. Lain daripada yang lain. Banyak scene yang membuatkan air mata aku jatuh setitik dua. Emosi sedih sampai untuk karya kedua ini. Aku sebak betul bila baca scene itu.

Kisah dan cerita yang memnag tersusun indah. Satu cerita ke satu cerita memang membuatkan aku kagum dengan stoyline karya ini. Baru lah tahu kenapa ada serunai dan kenapa mayat boleh hangus. Sesungguhnya memori adalah sesuatu yang payah untuk dihapuskan.

Paling tak best, musuh utama nya mati begitu sahaja.. takde details langsung. Aku memang terkilan habis sebab cerita yang digarap dengan sedap, hebat dan jalan cerita yang aku pun tak boleh predict. Tetapi musuh utama mati macam itu sahaja. Memang aku tak boleh terima lah. Errmmmmm.

Ohh, Leena Syiha, tinta mu telah membuatkan ada satu lubang kosong di dalam raga dan jiwa aku. Satu scene dalam karya ini, telah membuatkan aku tersedar dari dunia mimpi, dunia nikmat aku sekarang. Terima kasih untuk tinta dakwah mu ini.

Aku kenang sepanjang hayat ku. Terima kasih kerana meyebarkan aku dengan tinta mu itu.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
October 2, 2025
[BOOK 39_2025]

Serunai Maut II by Leena Syiha.
.

Sukaaaa
.

Suka dooh!
.

Personally, aku prefer this second book compared to the first one. Mungkin sebab elemen romancenya lebih banyak kot. haha

.

Kalau buku 1, ceritanya tamat pada waktu mereka dah tahu siapa yang mereka perlu jejaki.
.

Maka, kalini, mereka akan memulakan pengembaraan untuk menjejaki siapa di sebalik Serunai Maut tersebut.
.

Dan kalini Linda pun dah join pengembaraan mereka.
.

So, watak Linda ni pun penting. Sebab dialah yang akan melengkapi hidup Falah. hahaha. Suka sangat chemistry dorang ni.
.

Waktu Linda tak ingat apa-apa, dia sangat innocent, tapi sangat bergantung harap dan percayakan Falah.
.

Tapi, waktu dia dah ingat siapa dirinya yang sebenar, dia menjadi tulang belakang dalam perjuangan mengembalikan akidah masyarakat setempat. Suka sangat dengan usahanya jahit tudung, sediakan makanan halal.
.

Overall, suka sangat-sangat. Sebab aku membayangkan begitulah perjuangan Siti Khadijah dulu dalam membantu Rasulullah.
.

Highly recommended.
Profile Image for Yumi Teavee.
90 reviews1 follower
November 9, 2025
akhirnyaaa,dah baca serunai maut 2. Plot nya lebih kepada keinsafan dan kesedaran kita terhadap perbuatan silam yang membuahkan hasil dendam manusia kepada orang yang tidak bersalah.

In this plot, Falah bersama Iman ngan Henry mencari siapa yang menyeru serunai maut dan mencai kebenaran yang tersembunyi. Mereka terjumpa Mona yang baik dengan mereka sehinggakan memberi mereka perlindungan dan sumber makanan. Tapi yang sedihnya time tu lah ujian tu menimpa mereka apabila Nyai iaitu nenek kepada Mona mati menjadi maut seperti serunai maut.

Maaf sebab spoiler tapi Mona tu bukan orang yang kita sangka tapi orang yang hilang dalam cruise tu. Linda yang mereka duk cari cari untuk dijadikan saksi kematian kat feri tu.

Scene Falah memanah tuu ,perghh dapat bayangkan woo and klimaks dia fighting Kuntum while ade slow talk tu. Shedih wo sebab dia hilang segalanya.

Tapi akhirnya happy ending,tapi korang kena baca baru faham hehehe.
Profile Image for Syafiqa.
4 reviews
August 25, 2025
Buku ni tak terlalu formal and tebal in a good way. In terms of context, buku ni buat kau rasa beriman. Serius. Walaupun kat buku satu pg 35 dah ada spoiler. Bagus cara halus penulis berdakwah. Maybe daripada kau tak tahu makna doa iftitah yg kau baca hari-hari 5 kali tu, tiba-tiba tahu. Daripada kau tak berminat langsung dgn ayat manzil, tiba kau rasa nak google and cari tahu. Walaupun hanya rekaan, i think semua reader boleh rasa betapa hebatnya seorang Iman Falah and the fact that in real life orang mcm tu memang wujud, terbit sedikit perasaan cemburu, buat kita tertanya if harini hari terakhir kita, kat mana tempat kita.
Profile Image for Seraphina.
32 reviews
October 20, 2025
Habis je Serunai Maut 1 aku terus baca Serunai Maut 2. Okay buku ni paling favorit aku. Sebab penulis akan jelaskan semua yang terjadi dan persoalan yang lama tertanam dalam kepala kenapa dan apa jadi, korang mesti dah ada yang terfikir kan apa jadi, tapi tahan dulu, sebabnya, rupanya ada plot twist tau.

Dia tak berkerja seorang! Ha tu jelah aku boleh bagi hint. Aku tak nak bagi lebih-lebih nanti tak terbaca pula sebab dah spoil. Tapi buku ni masih kekalkan imej Islamik tu. Memang the best book ever in 2025 🫶🏻❤️ please teruskan berkarya, kalau boleh buku yang cerita menarik macam ni, ada horror, thriller, mystery huhu
Profile Image for americanobam.
93 reviews1 follower
September 30, 2025
Complete with horror, mystery and the islamic elements just like the first book. I love the fact that author guna buku ni as medium untuk berdakwah and sharing more islamic knowledges. As diorang face Kuntum & Jibt punya threats, they reminded us the power of faith, prayer and tawakal 🤍. Love jugak watak watak diorang yang choosing to grow and become better for the sake of Allah. Semua green flag yer kat sini 🥰
The themes of family, friendship and personal growth are 🤌🏻. Walaupun fear gripped their hearts but faith still held them together. 5/5 ⭐️
Profile Image for Az3an.
171 reviews4 followers
June 10, 2025
Jaw dropped! Wehhh..awal-awal chapter dah buat aku ternganga. Dia punya plot twist tak rilek. Mula la aku meneka-neka Falah ni bukan Falah sebenar. Linda tu Mona? Ke Mona tu memang Mona sebenar? Ahh sudah..licik betul syaitan nak mengaburi mata manusia kan?

Novel ni bukan biasye2..novel ni penuh dengan dakwah, teguran dan peringatan untuk kita berfikir sejenak tentang kekuasaan yang maha esa dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Naskah ni layak dapat 5 bintang!
Profile Image for Nihaa.
8 reviews
September 17, 2025
Buku kedua Serunai Maut memang terasa pacing dia jauh better dari yang pertama. Kalau first book banyak fokus pada penyiasatan Falah, Iman dan Henry, kali ni lebih kepada cerita dekat pulau dan journey nak bongkar kebenaran. Some plot twist pada saya dah boleh agak, tapi cara dia deliver still engaging. Overall penuh dengan mesej dakwah yang buat pembacaan tu ada nilai lebih, bukan sekadar seram semata
Displaying 1 - 30 of 54 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.