Jump to ratings and reviews
Rate this book

Juni dan Simurgh Seri Lanang

Rate this book
Juni - gadis Sabah yang baru melangkah ke alam universiti, tidak pernah menyangka minatnya terhadap gitar dan muzik akan membawa dirinya ke dunia penuh misteri.

Sebuah buku aneh ditemui di celah rak perpustakaan - ia hidup. Ia mendengar dan ia menunaikan permintaan serta impian yang dilafazkan. Lalu keajaiban pun bermula.

Namun, di sebalik melodi yang indah, terselit bayang yang menggoncang jiwa. Kejadian aneh berlaku silih berganti kepada orang yang membuat permintaan; termasuk Juni dan sahabatnya Sofea.

Ketika realiti dan ilusi mulai kabur, sanggupkah Juni melepaskan sesuatu yang tidak pernah benar-benar dimilikinya?

304 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Penny Rabbi

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (42%)
4 stars
3 (21%)
3 stars
4 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
352 reviews15 followers
October 17, 2025
Dari Sabah, Juni melanjutkan pelajaran ke UKM. Juni membawa bersama kebolehan yang unik. Keunikannya membuat deria pendengaran lebih tajam lantaran dia mendengar kicauan burung-burung di kampus itu. Adanya misteri di kampus atau lebih tepat lagi misteri di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Dia bertemu dengan Simurgh dan rakan-rakan burung dan buku misteri yang boleh menunaikan hajat dengan suatu pengorbanan.

Proses pembelajaran tidak dijanjikan senang. Sekiranya ada keajaiban yang memudahkan cara ini untuk belajar, tidak mungkin sesiapa menolak begitu saja. Jalan pintas yang indah tetapi memakan diri tatkala diri hilang kawalan. Betul kata pepatah, perlu berpada-pada dalam sesuatu perkara termasuk berbuat baik. Lantaran Juni ingin membantu Sofia yang mengeluh susah belajar, Sofia mengalami gangguan jiwa. Juni pula gagal subjek dek aktiviti bergitar yang luarbiasa.

Genre fantasi berinspirasikan The Conference of the Birds. Santai sahaja membacanya. Cuma flashback sana sini agak mengganggu kelancaran cerita. Mungkin juga taktik penulis agar pembaca terus membaca sampai tamat.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
June 3, 2025
Aku nak tahu siapa pemilik asal buku dan kenapa perihal Simurgh tak banyak sangat disentuh. Kenapa Hudhud dan bukannya Simurgh? Kod di akhir cerita ada maksud apa-apa ke 🤔
Profile Image for Noor.
26 reviews1 follower
June 14, 2025
Aku suka buku ni sebab vibe dia macam Harry Potter campur library misteri. Aku suka dengan character development yang dibina, setiap orang ada peranannya. Tulisannya kemas dan berjiwa. Aku dapat mengembara ke Sabah juga melalui penulisnya. TAK RUGI BACA
Profile Image for Mizal Rizal.
7 reviews
February 12, 2026
Usai membaca Juni dan Simurgh Seri Lanang, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah kejayaan tidak pernah hadir dalam bentuk siap tersedia. Ia lahir dari usaha, kesilapan, dan keberanian untuk terus berjuang. Kita menyusun ilmu dan pengalaman sedikit demi sedikit sehingga terbentuknya sebuah cerita yang utuh.

Berlatarbelakangkan Universiti Kebangsaan Malaysia, novel ini mengangkat persoalan yang sangat dekat dengan realiti pelajar:
Bagaimana jika kejayaan boleh dicapai tanpa kepayahan?
Pointer cantik tanpa ulang kaji?
Kejayaan tanpa proses?
Siapa yang tidak tergoda?

Namun, Penny Rabbi tidak berhenti pada fantasi itu. Di sebalik kesenangan "instant" yang dimiliki watak seperti PK, Sofia, dan Juanna Nidil (Juni), pembaca dibawa menyelami sisi gelap kelebihan yang akhirnya menjadi beban. Menariknya, pada satu titik, Juni sendiri tidak lagi menginginkan kelebihan tersebut. Jawapannya tidak mudah namun ada, dan pembaca perlu menelusuri novel ini untuk memahaminya.

Secara peribadi, saya menikmati pertembungan dunia realistik dan fantasi dalam novel ini. Kerajaan Mantiq Tair dan keindahan Simurgh sentiasa hidup dalam imaginasi sepanjang pembacaan. Watak Hud pula meninggalkan kesan tersendiri. Hud jarang berbicara tapi setiap katanya tepat dan jujur. Salah satu peringatan halus dalam novel ini adalah bahawa tidak semua kebijaksanaan datang dari suara yang paling kuat.

Juni dan Simurgh Seri Lanang sesuai untuk pembaca yang gemar bertanya:
Adakah kejayaan tanpa proses benar-benar sebuah kejayaan?
Profile Image for Nabila Zakaria.
78 reviews
May 9, 2026
Permulaan buku terlalu perlahan. Lebih banyak huraian berbanding dialog sampai ke tengah buku. Penceritaan terlalu meleret. Banyak benda tak perlu ada tapi penulis tulis mungkin sekadar nak panjangkan patah perkataan ?

Plot yang mendatar. Buku ni tiada plot twist. Banyak part yang tak dihuraikan dan menjadi persoalan. Harap tak ada buku nombor dua. Gigih nak habiskan satu buku walaupun nipis. Skip banyak part.

Cerita la pasal latar belakang burung. Kenapa hud hud dan bukan burung simurgh yang jadi main character. Ada rujukan harry potter sikit tapi tak menjadi. Imaginasi penulis agak tumpul bagi aku. Bunyi burung tak digambarkan. Cerita la tentang kuat paruh dan sayap burung tu. Cerita betapa gah and besarnya burung ni sampai Juni berasa gentar. Ni tak. Sekadar cerita “Juni berasa takut” hm takde rasa epik pun pertemuan dorang.

Kawan ramai tapi tak ada chemistry sesama dorang. Tak diceritan macam mana persahabatan developed. Lagi banyak cerita pasal kedai makan best and latar belakang negeri sabah which is menarik tapi rasanya boleh je cerita dalam bentuk dialog.

“Ambuyat merupakan sejenis makanan yang disalut…”
sebaliknya
“korang pernah tak makan ambuyat, sedap tau dulu disabah aku selalu buat dengan nenek, resipi dia mudah..”

Rasa macam baca novel kanak kanak. Haihh 1 bintang
Profile Image for Ku Shairah.
4 reviews
July 3, 2025
Buku Juni ni penuh dengan bunyi-bunyian. Ada banyak lagu dan bunyi latar yang dipanggil onomatopeia. Buku ini juga ada lagu OST sendiri, siap dengan cord gitar. Siapa pandai main gitar mesti baca dan main lagu-lagu dalam buku ni.

Buku ni juga banyak membuat aku mengimbau kenangan-kenangan zaman universiti. Zaman yang banyak dihabiskan dengan kawan-kawan. Dengan telefon Nokia 3310, dengan Walkman, discman, MP3 player. Zaman-zaman mencari diri.

Buku ini mengisahkan tentang Juni yang mempunyai sedikit kebolehan mistik - melihat bayangan masa depan dan memahami haiwan serta tumbuhan.

Dia terpanggil oleh sebuah buku dalam perpustakaan UKM seperti panggilan Jumanji. Kemudian dia membuat hajat untuk belajar main gitar.

Dia pandai lah main gitar tu, tapi habis lah dia tak dapat tidur yang lena, asyik jamming je kerjanya sampai fail exam.

Tapi bukan dia seorang sahaja yang kene macam ni. Best friend dia kene, jiran dia kene dan ada lagi seorang. Semua minta kepandaian lain-lain dan semua pulun kejar kepandaian tu sampai tak waras.

Buku ini mengajar aku, berhati-hatilah dengan permintaan kepada yang lain selain Tuhan. Kelak akan memakan diri.

Aku sangat enjoy baca buku ni. Terima kasih writer. I'll wait for your next book.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
November 4, 2025
“Juni & Simurgh Seri Lanang” ni pilihan yang sangat baik bagi pembaca yang mencari novel fantasi tempatan dengan unsur muzik, universiti, dan mistik. Ia menampilkan penggabungan realiti (alam universiti, minat muzik) dengan elemen luar biasa (buku hidup, permintaan dikabul) secara seimbang. Buku ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi ruang pemikiran: *apa yang berlaku bila kita mengejar impian, dan apakah harga yang perlu dibayar?*


Kalau anda pelajar universiti atau pernah minat muzik/gitar — anda mungkin lebih menikmati “vibe” buku ini. Buat bacaan santai atau sebagai tajuk ulang‑kaji untuk kelab buku di sekolah/kolej — ia sesuai dan boleh membuka diskusi tentang impian, pilihan, dan tanggungjawab.


Recommended sangat ❤️❤️😍😍
Profile Image for Bidasari.
419 reviews2 followers
March 7, 2026
Kisah Juni yang berhijrah dari Sabah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi untuk menuntut ilmu.

Juni yang sememangnya sejak kecil mempunyai keistimewaan mendapat bayangan peristiwa yang akan berlaku pada seseorang atau sesuatu tempat
terpilih untuk bertemu dengan penjaga buku Mantiq Tair di Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Juni diberikan peluang untuk ditunaikan hajat terpendamnya untuk bermain gitar oleh burung Simurgh yang keluar dari buku Mantiq Tair.

Apabila Juni berkongsi tentang magis buku Mantiq Tair bersama sahabat baiknya, Sofea pelbagai perkara yang tidak dijangka berlaku termasuk satu kisah yang berlaku 2 tahun sebelumnya.

Teringat kepada pepatah be careful of what you wish for.
Setiap hajat ada akibatnya.

Buku yang buat den terpaku dari mukasurat pertama hingga akhir.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatin Azira.
97 reviews2 followers
February 17, 2026
Buku ni ada vibe fantasi yang limitless—kalau ada second book, I would definitely invested untuk baca! Tentang asal-usul buku tu sendiri, tentang HudHud dan Simurgh tu sendiri. Best!

Buku ni banyak berlatar belakangkan UKM btw, walaupun saya bukan dari UKM saya boleh bayangkan each scene tu macam mana.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews