Jump to ratings and reviews
Rate this book

His Hidden Bride

Rate this book
​Kejora sakit hati! Gara-gara food critic scammer memberi ulasan buruk kepada restoran ibunya, La Serenita hampir melingkup. Dahlah bayar mahal-mahal, sekali kena condemn. Mana dia tak berbulu tengok mamat tu!

​“Pulangkan balik 20K duit mama I dan turunkan review you!” ~ Kejora

​“Sorry, no refund. I wrote what I experienced, and that is my job. Ubah service you, be better. Apa yang susahnya?” ~ Aizel Hadrian.

​Ya Tuhan, semakin membuak perasaan benci Kejora terhadap si food critic tak guna itu. Bertambah parah bila restoran mereka kena boikot, kena pulau gara-gara review buruk tersebut. Beban hutang mula menghimpit. No customer, no business. Macam mana dia dan ibunya nak bertahan kalau rumah sendiri juga bakal dilelong? Duit gaji dia sebagai staf housekeeping di hotel The Aurelia takkan mampu menanggung semuanya.

​Terdesak, nyawa-nyawa ikan, hanya ada satu cara saja. Kejora terpaksa tebalkan muka meminta bantuan daripada manusia yang paling dia benci. Kerana dia terdesakkan duit, dan lelaki itu pula memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Duit berkepuk sampai tujuh keturunan tak habis!

“What? 200K? Then aku kena buat apa sebagai balasan?” ~ Kejora.

“Marry me, be my contract wife.” ~ Aizel Hadrian.

​Terlopong terus mulut Kejora. Kegilaan apakah ini? Tapi dalam gila-gila, dia setuju juga. Terpaksa! Alah, setakat tiga bulan terikat dengan kontrak, kahwin secara rahsia, apa yang dia rugi pun? Cukup masa, bercerai sajalah dan dia boleh kembali hidup bebas.

Namun, tak mudah ingin berpisah bila Aizel Hadrian mula menunjuk sisi diri yang berbeza. Yang tak pernah terfikir dek akal Kejora rupa-rupanya si dingin beku itu terlalu mencairkan jiwa. Aizel Hadrian asyik memberi perlindungan bila-bila masa dia perlukan. Waktu tak perlu pun Aizel Hadrian sentiasa ada untuknya.

Cuma... antara mereka ada Nyla. Ada juga trauma silam Kejora yang datang menghimpit. Dan bila perkahwinan kontrak mereka terbongkar, Kejora dan Aizel Hadrian sama-sama terluka. Tapi sehebat mana pun ujian dan dugaan terlontar, he’s still here. Tak pernah berpaling walau sekali.

From contract wife to his forever, mampukah angan-angan itu dicapai mereka berdua? Atau Kejora perlu mengalah demi ‘yang pertama’? Kekal menjadi isteri rahsia yang akhirnya berputus asa?

“Now I tak boleh hidup tanpa you, Kejora. I dah gila.” ~ Aizel Hadrian

884 pages, Paperback

First published May 1, 2025

8 people are currently reading
78 people want to read

About the author

Acik Lana

26 books383 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (53%)
4 stars
20 (33%)
3 stars
8 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,125 reviews211 followers
August 21, 2025
Sukanya F dengan karya Acik Lana kali ni! 💕 Betul-betul bagi throwback vibe masa Acik tengah top dekat KakiNovel dulu. Cerita cintan-cintun yang light, sweet and honestly buat F senyum sorang² masa baca.

Part bila Kejora tersalah layan food critic tu memang kelakar dan tragic sekali gus. Dia confident hantar spaghetti soggy tu end up restoran peninggalan arwah ayah dia dapat review teruk gila sampai terus kosong pelanggan. Kejora dah la marah, bila tahu mak dia sanggup bayar RM20k untuk service tu... lagi la dia hangin!

One of my fav scenes masa Kejora ambik kasut sebelah Aizel yang mahal tu. Aizel terus blur macam, “wait what just happened?” 😂 Scene tu memang giler!

Bila mereka jumpa semula kat hotel, Kejora terus accuse dia ada sugar mommy. Aizel terdiam but at the same time tak boleh move on dengan kata² Kejora. Dah kenapa hati dia keep thinking about her, kan?

Disebabkan mak Kejora ada financial problem, Kejora terpaksa agree dengan syarat² Aizel. Dari situ la chemistry diorang makin build up.

And jangan cakap pasal Nyla... annoying level maximum! F memang terkejut dengan status Nyla. Plot twist tu F memang tak expect langsung. Bila Azriel finally dah fall 100% for Kejora, Nyla cuba nak play victim. Nasib baik Azriel jenis firm and loyal dengan perasaan dia. Kalau tidak, memang stress! F stress dengan sikap Nyla.

Overall, F suka sangat storyline ni. Taknak spoil banyak... korang kena baca sendiri. Totally worth it!
Profile Image for Athirah.
48 reviews1 follower
June 8, 2025
Contract marriage.
Enemies to lovers.

+ Buku ni ada this 2 tropes with a twist here and there. Cliche, but done right. Dah lama saya tak baca buku yang makes me giggle, rasa ada butterfly in my stomach, kicking my feet in the air, tapi this book managed to make me do all these. Dan saya suka all the twist yang buat buku ni different from buku-buku lain with the same trope.

+ The way the author describes Aizel when he's in his element of reviewing food ni sangat menarik. Dia macam you tengah tengok kdrama yang bercerita pasal makanan and ada scenes where they focus on food dan makanan tu nampak sangat sedap. That is the exact feeling yang you akan dapat bila baca buku ni.

+ Kejora is not your typical damsel in distress. She's strong. She fights. She will not go down easily.

+ Aizel ni hmmm do I need to say more? hahahahah. A green flag, so you boleh baca buku ni dengan tenang. Mungkin terlalu green flag sampai redha je dengan perangai si Nyla tu bertahun lamanya? 🤣

+ Nyla ni is a character yang i suka awalnya tapi jadi darah tinggi saya dekat hujung-hujung tu. Hailah Nyla, Nyla...

+ Jazmeen and Ungku Jazil? I'm a biggggg fan of them now. Watak sampingan yang sangat mencuri perhatian. I wish ada buku pasal diorang!

- Ada sedikit kesalahan grammar here and there, ada duplicate word sikit, ada word yang not supposed to be there sebab dia membawa maksud yang lain, tapi so far tak menjejaskan pembacaan i sangat.

Overall, kalau you perlukan bacaan santai, go and grab this book!
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews16 followers
January 4, 2026
Teringat baca novel2 lama tema kahwin kontrak tu... such a nostalgic trope. Old school, but when it’s done right, it really scratches that itch I’ve been craving, and this novel delivers just the perfect blend of it
Profile Image for Cutie_pie28.
434 reviews11 followers
July 21, 2025
Not bad cerita nie.. enemy to lovers trope

Aizel nie food critic.. one day die dtg La Serenita (mak Kejora nye restaurant) utk rasa food dorg.. esok nyee die bgi bad review.. mmg lepas tu tk ramai pelanggan..

Kejora bekerja Housekeeping di The Aurelia.. strong lady.. die akn lawan balik… die dtg jumpa Aizel nie lepas die baca review. Bile jumpe mmg gado laa kan sampai Kejora curi nye kasut si Aizel.. hahahaha.. 🤣

Aizel nnt tlg Kejora utk build up balik everything.. tp bukan free.. everything has a price to pay.. - contract marriage

Antara dorg nie ade Nyla.. i dont like her
Play victim sgt.. and nk control everything.. tk bole tgk org lebih.. 😡

Mcm² Nyla cuba buat dorg berpisah.. tp Aizel mmg greenflag abis.. die lawan jugk si Nyla nie.. padan muka..!

Aizel ade kakak tiri yg die rase tk perlu rapat pn.. tp at the end mntk tlg jugk ngn Jaz nie.. Jaz n Jazil watak sokongan yg best.. powerful.. huhu



Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
September 1, 2025
Best. Sweet. Suka dengan beberapa watak dalam ni, macam Jazmeen yang nampak macam tak sayang Aezil, tapi sebenarnya dia sayang adik dia tu. Watak Ungku Jazil yang sangat support Aezil dan sentiasa pujuk Jaz untuk baik dengan adik dia. Watak Kejora dengan Aezil tak payah cerita la. Itu memang watak utama yang best. Tapi paling terkejut watak Nyla. Unexpected masa dapat tau watak dia tu.
61 reviews1 follower
January 7, 2026
berawal dari kawin kontrak, pada akhirnya perasaan mulai tumbuh dalam hati Aizel dan kejora. Penulis pandai mengacak-acak emosi pembaca dari awal tulisan hingga akhir. Alur cerita yang menjadi twist, tidak disangka tapi pada akhirnya membuat lega. 👍👍👍👍.
Profile Image for Tweety♡.
75 reviews
February 9, 2026
mehh saya cerita apa yg saya suka dan tak suka. korang yg baca pertimbangkan la opinion saya ni. this is just my review okay. agree to disagree. ☺️

saya mula cerita benda yg suka pasal buku ni dulu:

1) suka watak Kejora yang matang walaupun umur dia masih sangat2 muda. 23 tahun. Dan keras kepala dia masuk akal bila dengan Aizel. Tak guna nak explain lebih2, jadi lebih baik pertahanan point dia yang Aizel tu 'main kotor' bila review restoran mama dia.

2)Aizel. Maybe sebab aku jarang tengok lelaki hensem. so ofc male lead hensem tapi aku mcm blank. but overall he's certified green flag. certified by me lol. suka cara dia pertahankan kejora dan protect dia even sometimes tu Kejora tak tahu. And tak nampak sangat mcm damsell in distress.

3) Love watak Jazmeen, i thought it gonna be half-siblings fight but nope. pasal gaduh2 adik beradik tu it's just on the surface.

4) Dah boleh agak dah Edil tu Flash. Just my guess, but turn out true. bagus lah, cerita pasal flash diawal2 cerita dapat kesinambungan dia. bukan main lesap mcm tu ja.

5) not trying to be islamic. i love that. male character yg hampir sempurna, tapi tak solat. female character yg rajin solat tapi tak menutup aurat sepenuhnya. one thing i realise about malay romance book is it was written with the thought of making the characters perfect in the hold of islamic policy. i dont know the reason behind it, tapi mungkin sbb takut dikecam dan bagi pengaruh buruk. but for me, i like this part of the book. not trying hard to be flawless in term islamic value. jadi nampakla realistik sikit.


Overall, banyak juga watak2 yg likeable, dan membantu jalan cerita.


Sekarang cakap pasal benda yg saya tak berapa gemar pasal buku ni:

1)plot dia slow weh, mcm siput. saya rasa, dia cuba ketengahkan bab2 viral, and makanan viral. but then tukang review makanan in real life saya tengok biasanya x hensem, so bila aizel is a food critic, saya mcm jammed sikit nak imagine. huhu. banyak cerita pasal cara makanan disaji, saya banyak skip. overall, cerita dia simple je, tapi disebabkan pengulangan plot2 dan plot paced like a snail jadi ambil masa juga nak habiskan.

contoh plot seperti berulang, "hutang rumah dan restoran" berulang2 sampai betul2 kritikal baru Kejora setuju nak kahwin dgn Aizel. I mean,logically thinking mana nak cari RM50k in a blink of an eye? memang takde, better setuju ja dari awal walaupun rancangan tu gila. dah memang gila pun. tak perlu nak sampai ke tahap, Pacik Lee tu nak jual rumah baru Kejora nak setuju dgn tawaran Aizel. So it will be less chaotic.

Pasal, dia kerja hotel dan senyap2 naik tingkat 28. walaupun ending dia memuaskan, tapi again repetitive. Pasal mama runsing pasal duit. Rumah yg dibina oleh arwah papa. and so on.

2) geram bab Nyla tak sedar diri. Tapi taknak ulas isu tu sebab review lain dah bagitau kot. saya cuma nak cakap pasal Puan Amanda aka mama Kejora. ANNOYED bab dia tampar Kejora and tuduh bukan2. faham ja, siapa nak anak dia buat benda mcm tu. BUT ALL OF THAT WONT HAPPENED KALAU MAK DIA TAK SEMBUNYIKAM MASALAH RESTORAN DARIPADA KEJORA. mak dia yg senyap2 upah food critic 20K!! lepas tu dia juga senyap2 berhutang dgn abg dia 150K, pastu yg tanggung beban nya Kejora. Kejora is better daughter, if i was kejora, time mak dia tampar and marah amuk mcm org gila cakap kenapa sorok2 belakang mama, im gonna say, "mama pun pinjam duit tak bagitau Ora, upah food critic yg end up hampir lingkup business kita, kalau mama tak buat semua tu, Ora takkan senang la "jual diri" Ora. itukan yg mama fikir Ora buat?!!!" hah puas hati aku. just a bit unfair kot, mcm takde monolog yg Kejora takkan buat benda terkutuk ni (her moms opinion) kalau bukan sbb dia. siap nak jodohkan dia dgn Edil yg sebenarnya Flash (org yg ganggu Kejora semasa remaja until now) Nasib kejadian Aizel kena tikam sbb selamatkan Kejora tu betul2 buka mata mama. kita nak monologue part ni, tapi takde. dia mcm on the surface ja bab2 mcm ni, takde scenen specific mcm scene2 review makanan and teks panjang pasal makanan.

I love makanan, tapi nak bagi detail terperinci mcm buku ni... tak kot, tula i skip2.

3)suka bab2 romantik dalam cerita ni, tapi tak boleh hadam sgt penulisan dia oh no. kalau fast paced maybe boleh ja i rasa. tapi ini slow. dah byk kali aku ulang. cerita dia slow weh. byk teks pasal makanan and describe the kind of place the story was set in. dia ulang ja, tak aurelia hotel, la seranita, restoran mama Kejora, atau pg review restoran, cerita bab makan juga.

4) Kejora diperlakukan sebagai org kedua. walaupun sakit hati bab2 konflik naik, mana mau nya, cerita byk pasal makanan and pengenalan watak2 lain juga. hubungan aizel dan kejora tu slow, tak banyak moment2 drg lepas drg betul2 suka each other. tiba2 timbul conflict one by one. even benda tu selesai dengn smooth in the end. tapikan tak enjoy sgt waktu Kejora berdua2 dgn Aizel mcm pertengahan plot, sbb saya diselubungi rasa takut. and the repetitive plot, "naik ke imperial suite" and Kejora bersabar kena label perempuan simpanan, betul2 ikut tajuk dia "his hidden bride" nasib silap aizel sikit ja part dia tertengking Kejora dpn Nyla. tapi dia cepat2 minta maaf.

5) the polygamy but not polygamy situation. even if i love Kejora and Aizel together, aku mcm "kenapa lambat sgt nak naikkan nama Kejora ni, kesian dia." part yg Aizel dan Nyla tu bercerai perlu cepat sikit kot. selesaikan part cerai, dan umumkan kepada semua yg perkahwinan tu hanyalah business dan drg berpisah scr baik kononnya. nak juga tengok Nyla tu frust. baru byk scene2 sweet antara main leads. CEHWAAHH pandai aku. Entahlah, tak berapa nak enjoy part drg slowly liking each other, sbb Kejora tu seakan2 perempuan simpanan, mcm byk benda Kejora akan lose kalau something goes wrong. walaupun benda ni tak jadi, and dapat dikawal. just kesian. it emphasized that Kejora hanya perlu bersabar, dan memahami. i dont see that empowering as a woman sbb apa lagi yg dia boleh buat selain bersabar, dia tu siapa pekerja restoran and tukang cuci dan kelas sosial antara dia dgn Aizel sgtlah jauh. even masa Nyla tu kinda threathen her, yala dia kan isteri pertama, and legal, kejora ni hidden. (and i love kejora just iyakan dan walk away in this scene) but takde satu scene yg Aizel defend Kejora depan Nyla yg Kejora sendiri saksikan. just omongan mulut yg Aizel stress pasal Nyla, and dia cintakan Kejora seorang and Kejora believe him. and walaupun kesabaran dia berbuah hasil, it really 50/50 tho. tak secure berada di tempat Kejora.

even if the got the ending they wanted. we should get to see more of Kejora being celebrated as the one and only legal wife. tiber jiwa feminist ku bergelodak sedikit HAHAH.

Ofc, Aizel is firm in choosing Kejora and i like that. And tak nak sentuh atau suka Nyla balik, sbb dia dah jadi hak Ze Kai. Tapi semua scene yg Aizel defend Kejora depan Nyla are when Kejora isnt present. So Kesian gila kat Kejora, bila dia cuba untuk meyakinkan mak dia, and ofc mak dia boleh cakap something like, "lelaki buaya, sbb dia berduit mesti dia cakap begitu" i wish there is a scene where Kejora got "the upper hand", but instead we got reminded that Kejora cantik and banyak nak kat dia. Modal cantik ja. Faham sgt nama pun cerita. But still, tak puas hati sikit bab ni.

tu ja la review saya. 3.5⭐️/5.
Profile Image for Chicken.
40 reviews1 follower
August 24, 2025
Story ⭐⭐⭐⭐
Plot ⭐⭐⭐⭐
Writing ⭐⭐⭐⭐
Overall rating ⭐⭐⭐⭐ 4.0/5

1st book saya baca karya dr Acik Lana. Ain't that bad. I don't hate this story either.

Kejora yg terpaksa terima kahwin kontrak dgn Aizel sbb nak langsaikn hutang2 & terpaksa rahsiakn status mereka for 3 months and no feelings involved.

Kejora dpt tahu yg Nyla tu isteri pertama Aizel.

Si Nyla tu pon curang dgn Ze Kai depan2 Aizel selama bertahun sbb Nyla angau sgt dgn laki tu, dia tak pernah cintakan Aizel selama ni so dia smpai sanggup suruh Aizel cari perempuan lain.

So that's why Aizel buat kontrak mcm tu dgn Kejora, nk buktikan kpd Nyla yg dia dh move on.

Lama2 Aizel start menaruh perasaan dekat Kejora, but at the same time, because of his ego, dia cuba nafikan yg tak mungkin dia dh mula tersukakan Kejora dalam msa singkat.

Kejora & Aizel, mula2 benci, lama2 dua org ni mula sayang & suka dalam diam.

Kepulangan semula ex boyfriend Kejora ke Malaysia membuatkn si Aziel dilanda cemburu sbb dia tgk mereka masih rapat & mesra.

So Nyla mula menyedari Aizel as a man and as her husband, mula nk rampas Aizel balik dr Kejora.

---

Dh la, tak mau spoil byk2.

You can decide yourself if you want to get this physical book or ebook version from the author herself if you're curious about this story. 😁
Profile Image for Seraphina.
41 reviews
December 26, 2025
OMG I LOVE THIS STORY, SUCH A SWEET AND FLUFFY ONE, I’m giggling, kicking and punching while reading these couple hihi

ni karya pertama Acik Lana Aku baca and I fall hard for these cute couple, macam cerita Romeo and Juliet pula haha, but in a good way and best ending.

Nakal juga ek si Aizal ni rupanya, ooo kemain nampak segak depan semua orang bila depan Kejora terus jadi cat yang manja dan mengada! 😂 suka betul kau yek dengan Kejora

Menyampah dengan si psiko Nyla, Edli and encik Mazlan tu. Sumpah annoying dengan character tiga tu. Especially Edli, huh! Padan muka kau!

Bila baca kisah ni aku rasa nak kahwin pula hahahahahaha dah lama sangat single macam ni la, banyak berangan. 😂

Kalau dapatlah lelaki macam Aizel Hadrian ya Allah aku wanita paling bahagia di dunia🥰
9 reviews
June 23, 2025
Lama dah tak baca novel Acik Lana but this recent pbakl beli sbb naik pasal novel ni kat fyp. What can i say is experienced author is really the best. Writing yg detail, well organized, tak cringe and pacing yg just nice.

I tak kisah baca something cliche sbb olahan cerita tu yg paling penting. So far this is one of the 5 stars read for me in 2025. Siap dah plan nak reread after dah habis baca semua novel yg lain.

Acik pun dah announced His Hidden Bride 2 might be coming out end of this year. Sejujurnya I'm not fond of book 2 sbb kitanya risau apa nak jadi pulak but anyways, i am looking for the next book coz i can't get enough of the main couple.
Profile Image for Iris64_.
10 reviews
November 14, 2025
Mengisahkan tentang 𝒦𝑒𝒿𝑜𝓇𝒶 dan 𝒜𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃 yang berkahwin secara kontrak demi kepentingan masing-masing. Seiring berjalannya waktu, perasaan cinta mula bersemi.

💚 Love watak 𝒜𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃 sebab tersangatlah "green flag".
💚 𝒦𝑒𝒿𝑜𝓇𝒶 - she's strong & slay...

Watak-watak sampingan dalam novel ni pun sangat "hidup" lagi-lagi Jazmeen & her husband, Ungku Jazil. Walaupun pada awalnya hubungan antara Jazmeen dengan 𝒜𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃 tidak baik tetapi atas bantuan Jazmeen, 𝒜𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃 terlepas dari "masalah" yang mengganggu hidup 𝒜𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝒹𝓇𝒾𝒶𝓃 & 𝒦𝑒𝒿𝑜𝓇𝒶.

ps: Tak suka dengan watak Nyla yang sangat sangat sangattttt annoying. Perasan bagus & suka play victim.
Profile Image for Ainsolehah.
15 reviews
November 14, 2025
Perfect wei! Sumpah best novel nie 😭 tak boleh move on pulak hahaha jalan cerita, hero heroin, plot twist, semua nya laaa. Acik lana ni tahu jeee nak buat pembaca dia tersengih sesorang HAHA

Saya suka sangat Aziel Hadrian & Kejora. Tak tahu kenapa. Dorang macam memang betul ditakdirkan bersama 🥹 kalau ada real life laa ea hahahaha dengan pekerjaan Aziel "food critic" mcm bukan baca novel. Mcm tengok kdrama hahahaha i love it much! 5/5 ⭐️
Profile Image for Siti Najihah Hussin.
174 reviews1 follower
February 4, 2026
Kalau ada 10 bintang, sumpah nak bagi 11. Penulisan Acik Lana tak pernah mengecewakan.

The plot
The tense
The romance
The spice

Urghhhh penat la sengih sengih. Good job AL
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.