Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tokoh Pendakwah Islam

Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumaith

Rate this book
Jasa Dr. Abdul Rahman al-Sumaith teramat banyak, antaranya:
> Beliau membelanjakan seluruh harta yang diinfaqkan dengan katanya: "Harta-harta manusia yang mereka sumbangkan untuk amal kebajikan tidak mungkin bagiku membazirkannya walaupun seriyal."
> Beliau menubuhkan sekolah -sekolah pembelajaran dan pendidikan untuk anak-anak afrika lebih daripada setengah juta orang.
> Beliau menubuhkan 5 buah Universiti di Afrika.
> Beliau menggali telaga untuk para penduduk lebih daripada 12000 telaga.
> Beliau menyediakan lebih daripada 4000 pendakwah, guru dan pemikir untuk meneruskan dakwah islamiyyah.

78 pages, Paperback

First published April 1, 2014

23 people want to read

About the author

Zulkifli Mohamad Al-Bakri

94 books78 followers
Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain-lain.

Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat. Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M.

Beliau kini menjalankan tugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (35%)
4 stars
5 (35%)
3 stars
2 (14%)
2 stars
1 (7%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Nurul Atiqah Muhamad.
23 reviews4 followers
January 15, 2016
Review (untuk pembaca) dan perkongsian (bagi yang tak sempat membaca) buku biografi Doktor Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith yang ditulis Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kali pertama saya dengar mengenai Dr Sumaith ini ialah dari video Youtube (link disertakan di bawah). Semasa itu saya sedang menghadapi peperiksaan akhir. Video durasi 20 minit itu menceritakan pengalaman tokoh ini selama beliau berdakwah di benua Afrika.

Mengenai buku ini, tebalnya lebih kurang 80 muka surat. Bahasanya tidaklah terlalu berat dan boleh dibaca semasa menunggu dan di waktu lapang.

Semasa kecil, Dr Sumaith sangat gemar membaca sehinggakan beliau diugut ayahnya untuk tidak ke pasar kerana beliau sering kali mengutip akhbar di jalanan untuk dibaca. Sama seperti banyak tokoh lain yang memperjuangkan Islam, beliau juga pernah dipenjarakan dan diseksa. Sepanjang hidupnya, Dr Sumaith telah banyak menghasilkan karya dalam bidang dakwah dan perubatan.

Antara cabaran terbesar yang dihadapi Dr Sumaith semasa berdakwah di Afrika ialah dakwah Kristianisasi yang lebih pesat berjalan. Dalam satu perjalanan menaiki kereta yang memakan masa 20 jam melalui jalan berlopak air, beliau mendapati paderi Kristian berdakwah dengan menaiki helikopter.

Antara pengalaman lain ialah beliau tidak dibenarkan memasuki sebuah kampung yang mengalami kemarau untuk berdakwah. Ketua kampung itu mengatakan "Jika agama kamu itu benar, makan doalah supaya diturunkan hujan, jika ini berlaku, barulah kami memeluk Islam". Dalam kesedihan Dr Sumaith berdoa kepada Allah supaya dosa-dosanya tidak menjadi penghalang orang lain untuk beriman. Atau kuasa Allah, hujan turun selebat-lebatnya sejam selepas itu.

Turut diceritakan, beliau amat terkesan dan menangis apabila sampai di perkampungan nun jauh, masih terdapat anak bangsanya yang beragama Islam. Mereka yang beragama Islam ini menangis kepada Dr Sumaith dan berkata "Sedihnya kami, ibu bapa kami mati dalam keadaan kufur". Sedangkan mereka begitu besedia dan terbuka untuk memeluk Islam, tetapi atas kecuaian umat Islam, dakwah tidak sampai kepada mereka. Salah siapa? (let it sink in)

Menariknya, beliau pernah belajar di Kanada, Liverpool dan London tapi masih memilih bersusah-susah dan berpanas di corok-corok pedalaman di benua Afrika. Beliau pernah meminum air dari lopak yang kotor kerana terlalu haus semasa berjalan dan makan beberapa cebis roti dalam 40 jam perjalanan menaiki kereta api. Kita pula kadang-kadang merungut tempat program tiada penghawa dingin dan makanan serta air yang disediakan tak memenuhi selera kita. Uh-huh.

Saya sangat suka dengan cara pendekatan Dr Sumaith dalam membantu orang miskin. Dia tidak memberikan bantuan harta secara terus, sebaliknya membuka PELUANG untuk orang miskin bekerja dengan berkebun atau membuka kedai runcit. Cara ini lebih berkesan untuk membebaskan mereka dari kemiskinan.


Penulis turut menyelitkan penerangan mengenai hakikat pengorbanan oleh Almarhum Hassan al-Bana.
"Tidak berlaku jihad di dunia tanpa ada pengorbanan bersamanya."
Mereka yang mahukan kebaikan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, tak ubah seperti mat jenin yang suka bermimpi di siang hari.

Seperti firman Allah dalam surah As-Saff, ayat 10-11.
"Wahai orang-orang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu dengan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu"

Modal perniagaan ini ialah segala nikmat yang kita ada. Contohnya masa, tenaga, wang ringgit, kehidupan dan semua perkara yang boleh difikirkan. Kalau sibuk bekerja, kita boleh hulurkan sumbangan kewangan. Kalau masih ada tubuh badan sihat, berikan sumbangan tenaga. Tak dapat buat semua, tak apa, jangan tinggalkan semua.

Suka juga ayat dari Surah Saba' ayat 39.
"Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantinya. Dialah sebaik-baik pemberi rezeki."
Duit di tangan kita belum tentu jadi milik kita. Apa yang kita sedekahkan itu sahaja yang akan tinggal bersama kita.

Secara peribadi, take home message yang boleh diambil dari buku ini ialah jangan perlekehkan setiap usaha yang dibuat ikhlas sebab Allah. Mungkin kita tak boleh dibandingkan dengan Dr Sumaith yang telah mengislamkan 11 juta orang, tetapi kita perlu cari peluang-peluang dakwah kita sendiri. Bak kata orang, kreatif dalam berdakwah. Dakwah bukan hanya di dalam masjid dan sekolah sahaja. Di tempat kerja misalannya (apa yang saya lalui sekrang), tunjukkan contoh yang baik pada rakan-rakan sekerja yang mungkin masih lalai dengan solat. Tak dapat beri nasihat, buat dulu dan tunjukkan contoh. Bertutur dengan bahasa dan nasihat yang baik pun dikira sedekah. Jujur cakap, malu juga rasanya sebab saya tak pernah dengar nama Dr Sumaith sebelum ini sedangkan sumbangannya begitu besar. Benda pertama saya fikir bila saya dengar kisah Dr Sumaith "Kenapa aku tak pernah dengar pasal Dr ni?"

Keseluruhannya saya beri 4 setengah bintang. Setengah lagi tu sebab pendek sangat buku ini.

https://www.youtube.com/watch?v=jCG8c...
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
December 20, 2018
Alhamdulillah akhirnya habis baca naskhah kecil yang sangat memberi impak besar kepada saya. Jika selama ini, kita rasa kita dah banyak menyumbang untuk agama, sebenarnya ada ramai lagi hero diluar sana yang kita tidak kenali sedang bertungkus lumus menyambung sunnah terbesar junjungan mulia Nabi Muhammad saw, iaitu berdakwah.

Sekali lagi ucapan terima kasih sewajarnya diberikan kepada penulis-penulis yang mengambil masa dan ruang mereka untuk menulis buku-buku autobiografi wira dan wirawati yang tidak didendangkan.

Apabila membaca buku ini, satu persamaan yang kita akan dapat dari tokoh yang hebat iaitu mereka amat mencintai ilmu dan hampir seluruh kehidupan mereka digunakan untuk menuntut ilmu, membaca dan menulis. Dr Abdul Rahman al-Sumaith dilahirkan sebagai seorang Doktor, mendapat pendidikan di negara yang serba moden dan canggih namun beliau memilih untuk berkhidmat di bumi Afrika.

Hampir 11 juta memeluk islam di bawah beliau dan ikut kiraan purata sehari dalam seribu orang. Bahkan beliau membuka 5 buah universiti di Afrika. Yang paling menariknya sepanjang pembacaan saya, beliau cuba membantu manaiktaraf ekonomi penduduk setempat dengan menyelesaikan "root causes" punca utama kemiskinan. Jika ada yang miskin dan fakir, Dr al-Sumaith akan membina sebuah kedai runcit atau memberi pekerjaan, sebagai ekonomi jangka masa panjang. Ibaratnya memberi benih, dan hasil tuaianya nanti boleh dinikmati sebagai sumber pendapatan.

Beliau akhirnya meninggal pada usia 64 tahun iaitu pada tahun 2012 kerana menghidapi penyakit seperti kencing manis dan penyakit lain yang didapati sepanjang tempoh beliau berdakwah di bumi Afrika.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
435 reviews40 followers
March 22, 2017
11 million accepted Islam
5 700 masjids built
9 500 wells built
15 000 orphans sponsored
In Africa. 1 man = A nation - p. 71


This what Dr. Abdul Rahman has contributed to people who do not share the same flesh and blood as him. What have we done for the benefit of the ummah?

Dr. Abdul Rahman ialah seorang wira yang tidak didendangkan. Waktu majoriti umat Islam ingin pergi ke negara empat musim (Britain, Canada, America, Australia, New Zealand), dia memilih untuk pergi ke Afrika.

Seperti tokoh Islam sebelum ini, Dr. Abdul Rahman ialah seorang Muslim yang cintakan ilmu, pernah dipenjara, menghabiskan masa memikirkan hal umat berbanding hal peribadi seperti ingin menambah aset, beli kereta baru, melancong sana-sini.
40 reviews4 followers
May 11, 2015
Tokoh ini disebut-sebut oleh Mufti Wilayah Persukutuan ketika Konvensyen Fiqh Pergigian baru-baru ini.

Teruja mahu mengenali beliau, saya beli buku ini. Ringkas dan padat tetapi sangat bermanfaat.

Dr Ini hidup dan matinya kerana Allah. Melepaskan kesenangan hidup kerana mahu tinggal di Afrika dan mahu menyebarkan Islam di sana.

Sumbangannya cukup banyak. Dari fasiliti hospital, masjid, telaga, beliau juga dengan izin Allah mengislamkan ramai orang. Subhanallah!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.