Jump to ratings and reviews
Rate this book

Malam Dalam Aksara Yang Panjang

Rate this book
Sepi malam ditemani secawan kopi sangat asyik jika dapat diisi dengan aksara yang panjang, baik melalui pembacaan atau penulisan. Malam adalah sebuah rumah yang teduh untuk diisi dengan aksara. Buku ini merupakan sebuah rumah yang teduh yang diisi dengan pengalaman dan refleksi penulis sepanjang beberapa tahun kelananya dalam dunia kepengarangan. Buku ini juga merupakan satu perayaan yang ingin menghargai dunia kepengarangan dan kehidupan yang melingkarinya. Perayaan ini diharapkan dapat merawat jiwa-jiwa dengan beberapa perkongsian dalam bait-bait aksaranya.

209 pages, Paperback

First published May 26, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Syed Ahmad Fathi

19 books103 followers
Syed Ahmad Fathi is an author and editor based in Malaysia. He received his Krasniy Diplom in the field of Marine Engineering from State Marine Technical University of St. Petersburg, Russia in 2013. He was awarded an Advanced Diploma in Ship Operation and Management in 2017 from the Institute of Chartered Shipbrokers in the UK and was accepted as a professional member of the institute in 2020. He completed his Master of Arts in 2026 at Universiti Sains Malaysia in the field of Southeast Asian History. He has authored several non-fiction books and has edited numerous anthologies. He runs the blog Meniti Jambatan Masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
3 (42%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Fur Abid.
229 reviews8 followers
July 25, 2026
Sebanyak 70 buah buku yang meliputi biografi, sejarah, sastera dan lain-lain yang diungkapkan oleh Syed Ahmad Fathi dalam bukunya. Ini menunjukkan betapa luasnya horizon bacaan beliau. Ini yang menambah rencah dalam esei-esei yang dimuatkan di dalam buku ini.

Kalau yang pernah membaca Dua Sayap Ilmu tulisan penulis, Malam Dalam Aksara yang Panjang adalah sambungan pencerahan yang penulis ingin disampaikan. Yakni, sayap ilmu yang meliputi membaca dan menulis. Kedua-dua sayap ini merupakan tunjang kekuatan sumber ilmu.

Ada pandangan penulis yang secara peribadi menyokong 120% berkenaan kesenjangan (gap) antara artikel biasa dan artikel akdemik. Artikel akademik mempunyai teras disiplin dan perlu mengikut piawaian garis panduan untuk menghasilkan artikel akademik manakala artikel biasa, penulis bebas untuk menulis tanpa terikat dengan apa-apa birokrasi dan sistem dalam menghasilkan penulisan.

Keduanya, pandangan mengenai menulis dan mentita segala buah fikiran yang terpacul daripada kotak minda. Apabila, kita menulis atau mencorak pemikiran kita dari tahun ke tahu, satu cerapan perbezaan akan kita dapati bahawa pemikiran berubah seiring dengan masa. Lagi banyak membaca, lagi banyak corak pemikiran kita dibentuk. Lagi banyak ditulis, lagi banyak dapat dilihat bagaimana pemikiran kita berkembang daripada satu masa ke satu masa

Pandangan penulis mengenai keperluan ilmu itu bergantung kepada menulis dan membaca. Secara peribadi, untuk mengukuhkan lagi ilmu tersebut, keluar dan tinggalkan tempat tinggal dan pergi menjelajah ke negara lain untuk kita amati dan telusuri budaya-budaya lain. Ini juga sedikit sebanyak akan memperluaskan pandangan kita terhadap sesuatu perkara

Namun, kekurangan daripada sudut buku ini, sesuatu bab terlalu dicampuri dengan sub-bab yang tiada korelasi dengan tajuk besar bab. Walaupun, telah diterangkan lebih awal oleh penulis mengenai buku ini merupakan catatan-catatan beliau, namun ia sedikit sebanyak menganggu proses pembacaan apabila sedang berada di puncak klimaks. Apabila sub-bab seterusnya dimuatkan dengan monolog beliau, ia menjadikan anti-klimaks dalam pembacaan. Keperluan untuk mewujudkan satu bab baharu bagi memuatkan segala monolog, hal-hal yang tak berkaitan dengan tema buku untuk dikesampingkan di bab yang lain.

Secara peribadi, buku ini akan membuat anda berfikir. Menyoal dan menilai sedari kecil sehingga ke hari ini. Helaian demi helaian muka surat yang dibaca banyak mempengaruhi hidup secara tidak sedar mahupun sedar. Itulah hakikatnya sebuah buku yang mana bacaan dan tulisan akan mencorakkan pemikiran dan daya fikir kita.
Displaying 1 - 1 of 1 review