Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Kita Pendosa : 30 Hari Mencari Tuhan

Rate this book

236 pages, Paperback

First published January 1, 2015

13 people are currently reading
109 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books859 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (35%)
4 stars
36 (44%)
3 stars
15 (18%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
August 19, 2015
Saya amat berpuas hati selepas membaca buku Untuk Kita Pendosa sebelum ini. Buku siri kedua Untuk Kita Pendosa ini pula diberi tajuk 30 Hari Mencari Tuhan, adalah sebuah buku hasil tulisan saudara Hilal Asyraf. Sebuah buku yang baik untuk dijadikan refleksi kepada kita semua, manusia yang berdosa di muka bumi ini. Penerangan penulis disertakan bersama potongan ayat-ayat Al-Quran agar dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap maksud tersirat di sebalik kalamullah tersebut.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlu tahu apa yang sebenar kita cari di dunia ini. Mencari sebuah kebenaran tanpa mengenal erti putus asa. Iaitu mencari sebuah kehidupan yang diredhai oleh Allah tanpa mengenal erti putus asa. Walaupun kadangkala kita sering ditimpa dugaan serta cabaran, namun Allah tetap ada disamping kita dan buatlah perubahan ke arah yang lebih baik. Terdapat juga kisah-kisah dugaan yang ditempuh oleh nabi kita di zaman dahulu dan peristiwa yang seharusnya semua umat Islam tahu agar dijadikan pengajaran dan takut kepada azab Allah.

Dengan membaca sebanyak 234 muka surat, setiap kata-kata dan tarbiah yang diberikan oleh penulis ibarat menyentuh hati kecil ini untuk lebih berusaha mencapai makna hidup yang sebenar. Sebagai penguat semangat di kala kesedihan. Sebagai motivasi untuk mengambil iktibar terhadap setiap perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita. Pilihan terletak di tangan masing-masing. Dan apapun jalan yang dipilih, semoga jalan tersebut adalah jalan menuju Allah. Terima kasih HA.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
Read
January 25, 2020
“Dari mana kita datang?
Mengapa kita didatangkan?
Ke mana kita akan pergi?

Datang daripada Allah, kembali kepada Allah, maka hidup pastilah untuk Allah swt..,”

Jzkk. Penulis yang sangat berprinsip. Buku yang sangat mendidik, untuk kita para pendosa.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
November 2, 2017
Buku ini sangat memberi motivasi. Setiap malam, sambung baca...bila nak tidur, rasa takut..sebab buku ni mengingati mati dan alam akhirat. Bekalan masih kurang...

Paling menarik dalam buku ini, petikan ayat al-quran...saya catit nama surah dan nombor ayatnya dalam buku nota, supaya senang untuk saya rujuk nanti.

Profile Image for Izzati Masri.
9 reviews6 followers
Read
July 9, 2015
The best in times you feel lost. You can always come back and find yourself through this reading. Well, Hilal Asyraf never disappoint me so far.

=D
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
January 1, 2019
Buku yang sentiasa boleh dijadikan sebagai rujukan semula kalau-kalau rasa dah berputus asa. Susunan artikel yang cantik di mana penulis sentiasa mengajak pembaca untuk sama-sama mengenal tujuan bumi dan manusia diciptakan.

Dalam buku ini juga ada persoalan-persoalan yang mungkin dalam kalangan pembaca terfikir akan persoalan itu, dan penulis menerangkan jawapan kepada persoalan tersebut. Setiap jawapan disertakan dengan dalil Al-Quran serta penerangan yang ringkas. Sangat bagus!

Penulis juga berjaya menerangkan pada aku tentang Misi manusia sebagai pentadbir bumi. Jadi, misi itu membuatkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi semua aspek (ekonomi, pendidikan, dll.) dan bukan semata-mata agama yang tersekat di pagar-pagar masjid dan di sekitar sejadah sahaja.

Bila pembaca membaca artikel demi artikel, buku ini seolah-seolah memujuk kita bahawa segala penat lelah kita dalam memenuhi perintah dan laranganNya tidak akan disia-siakan Nya.
Profile Image for Farahsyafiqah.
5 reviews
June 4, 2021
Buku ini merupakan tamparan yang hebat untuk mengingatkan kita kembali dengan “misi” kita sebagai khalifah. Good insight dan bahasa mudah untuk difahami. Buku ini juga memberikan kita gambaran jelas dan ringkas terhadap apa yang akan berlaku selepas alam dunia yang sementara ini. Semoga bermanfaat. Sekian
Profile Image for Nik Izyan.
4 reviews17 followers
February 4, 2017
All I can say is, apa yang saya baca sampai ke hati. Everytime I go through ayatul quran yang ada dalam buku ni I review it back dalam my tafsir so that saya lebiih ingat.
Profile Image for Afinie Syahirunnisaa.
76 reviews
December 23, 2015
" syaitan berlari dipembuluh darah, Dia pula lebih rapat dari urat nadi, tidak ada yang lebih dekat daripada-Nya , tinggal hamba-hamba tidak mencari."
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.