Jump to ratings and reviews
Rate this book

His Contract Wife

Rate this book
Hidup Anggun tidak lagi sebahagia dahulu sejak kematian kakak yang dia sayangi. Gelap dunia Anggun, gelap lagi dunia seorang ibu. Kebahagiaan mereka direntap sekelip mata dan orang yang bertanggungjawab di atas kematian kakaknya adalah Rezza Raymond Foo. Lelaki itu masih bebas di luar sana dan Anggun tekad untuk menuntut keadilan di atas kehilangan yang sangat perit ini walaupun dia terpaksa merima lamaran lelaki itu yang mahu memperisterikannya.

“Kau tak salah dengar.  Memang gaji yang aku tawarkan adalah sebanyak lima belas ribu ringgit. Banyak, bukan? Tetapi ada harga yang kau perlu bayar untuk gaji sebanyak itu. Kau kena kahwin dengan aku.” – REZZA

Gila! Memang gila tapi Anggun tahu ini adalah satu-satunya peluang untuk dia menuntut bela. Seperti kata pepatah keep your friends close and your enemies closer. Anggun tekad, ini adalah satu-satunya cara yang terbaik. Kematian kakaknya perlu dibela.

“Medina, kau kena simpan rahsia ni. Jangan bagitahu sesiapa yang aku dah kahwin terutama sekali keluarga aku. Kalau jadi apa-apa pada aku barulah kau bagitahu mereka. Buat masa sekarang tolong simpan rahsia ni kemas-kemas, boleh?” – ANGGUN

Perkahwinan Anggun dan Rezza bukan untuk bahagia kerana masing-masing punya agenda tersendiri. Namun tanpa mereka sedari ada hati yang saling terpaut, ada jiwa yang hampir bersatu. Di saat mereka hampir menyulam bahagia satu rahsia terbongkar. Rahsia yang menyedarkan Anggun bahawa bukan Rezza yang patut dipersalahkan tetapi dia! Hanya dia…

418 pages, Paperback

Published June 1, 2025

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Fara Hana

15 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (38%)
4 stars
11 (42%)
3 stars
5 (19%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
June 18, 2025
Sampai pukul 3 pagi F sanggup tahan mata demi habiskan karya Fara Hana ni. Serious tak boleh stop!

Anggun ni bukan calang-calang watak. She’s not your typical lembik heroine yang redha je bila tak suka something. She stands her ground. Respect!

Dia accept job dengan Rezza sebab nak balas dendam atas kematian kakak dia, Sue. Tapi plot twist babe... rupa²nya ada dua watak nama Sue! F ingatkan Sue yang mati tu kekasih Rezza. Penulis mainkan emosi I F 😭

Part Rezza suruh Iqbal speeding balik KL tu pun buat F naik angin. Ingatkan hal penting sangat sampai tinggal Anggun tepi highway! Korang akan sakit hati bila tahu sebabnya.

Pastu bila tahu Anggun tertinggal phone dalam kereta, terus Rezza panik suruh Iqbal cari balik. Haaa padan muka guilty!

Tapi yang paling menyirap… Rezza bawa girlfriend balik rumah and perkenalkan Anggun as just the caretaker. Hellooo sakit hati tak?! 😤 F geram tauuuu!

Life Anggun ni agak menyedihkan after her sister passed away. Dengan maknya tak boleh accept kematian Sue. Niat nak balas dendam, endup rupa²nya Anggun sendiri puncanya.

Jalan cerita dia sebenarnya simple je, tapi gaya penulisan Fara Hana yang buat cerita ni jadi sedap dibaca. Ada drama, ada twist, ada tension... umpphh cukup rasa!
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
December 2, 2025
3.5/5 ⭐️

nk bg 5 tp ada isu yg pending..

1.nama penuh rezza? tahu Rezza Raymond Foo tp dia berbin kepada bapak nya yg mana?

2.Rezza ni lahir islam ke masuk islam? 🤔

3.Mak bapak Rezza meninggal bila dan bgaimana? Umur Rezza berapa masa parent dia mati?

4.Umur Rezza berapa masa excident? masa kahwin? 30an? okey la.. boleh la..

5. Apa yg jd dekat Suzana? mati? or hidup?

6.Alvin terlepas mcm tuh je ke?

7.Makcik Alice dia jd apa?

Sampai sini je la..kang senaraikan bnyk pulak.. ni major persoalan la.. Minor tuh ada tp x pnting kot..

Overall, jalan cerita menarik sbb kali ni heroin bukan jenis lemah dan redha ala² terpaling tersakiti..

Cumanya.. sejak kapan Rezza cinta dan syg kan Anggun? Dari awal ke? ke masa tuh dia rasa tercabar sbb Anggun tolak tawaran dia?

scene gaduh bnyk tp knpe scene sweet lepas berbaik tak ada.. tahu² dah selamat bersalin dah.. nk jugak skit² kalau boleh (tp tak boleh la kot sbb dah terbit 😂).

Bacaan santai.. Rezza ni baik je sbnrnya tp tuh la.. tipikal org kaya la.. Semua bnda nk selesai dgn duit 🤌.

Anggun ni pulak niat kahwin nk balas dendam tp tak jadi sbb kesiankan laki dia.. maka dendam ke mana, tahu-tahu dah beranak member.. Adoii 🤣

Tak ada kisah disebalik masa Anggun & Rezza berbaik dengan isu family Anggun macam mana.. Rasa banyak lompong.. Tahu, FL dia berbeza dari FL yg lemah dan mengada.. She different yet jd kurang menarik sbb banyak lompong. Rezza pun boleh jadi bit more good kalau kena gaya (Bila masa dia dahulukan gf dia rasa mcm iya je ko dah tak cinta dia tp cinta dekat Anggun tapi bila masa ko baca ko macam be like : tak pun gaya syg dekat Anggun, ke sbb dia ni ego bod*h?🤣)

rekomen utk yg minta bacaan santai dan heroin yg tidak lemah.. suka gila dekat Anggun sbb dia berani lawan dgn Rezza ni even Rezza ni suami plus majikan.. Berani kerana benar.. Eh!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Cutie_pie28.
388 reviews8 followers
June 7, 2025
Anggun dan Rezza.. haii.. tk tau nk cerita mcm mane.. suka sgt ngn watak Anggun..

Dia tk suka org perlekehkan dia.. mmg die balas balik.. ngn Rezza pun terdiam.. huhu..

Berkahwin sbb kan dendam terhadap Rezza kerana kematian kakak Anggun - Suraya.. die kemalangan dgn gf die - Suzana..

Rezza tawar kn upah yg mahal utk cari caretaker sekaligus jdi isteri die.. mula² Anggun tk nk pun accept tp Rezza nak jugak Anggun terima.. tup² Anggun bargain mntk upah yg tk masuk akal, buat kn Rezza trus setuju.. mmg Anggun tk bole buat ape dah.. 🤭

Selepas kahwin mmg Anggun nk kenekan Rezza tp tk sampai hati.. Anggun ni punya hati yg suci dan polos kadang².. Rezza mmg da tertarik ngn Anggun dri awal lgi..

Mak Anggun sakit lepas Suraya meninggal.. mmg Anggun dan ayh di abai kan.. tp Anggun tetap syg mak die walaupn mak die slalu marah² Anggun..

Rahsia di sebalik kemalangan Suraya buat kan Anggun terdiam dan kecewa.. die bawa diri.. tp Rezza tetap dpt cari.. Rezza beri kan Anggun masa untuk ubat kan diri..

Lepas 3bulan mmg Rezza cari balik Anggun dan curah kn segala rasa sayang dan cinta kt Anggun.. masa ni sweet sgt.. 😍

Ending yg puas untuk setiap watak yg ade dlm buku nie.. bestt
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
November 30, 2025
BEST!! Tak boleh stop lah baca buku ni.

Kisah mengenai Anggun yg terima job caretaker Rezza sebab nak balas dendam dan tuntut keadilan dekat Rezza atas kematian kakaknya tapi sekali pun dendam dia tak terbalas dan rupa-rupanya Anggun jugak punca kakak dia meninggal(tapi bagi i mak dia jugak punca sebab tengah oncall dengan Sue sambil drive) Dorang kononnya kahwin contract tapi tak nampak mcm hidup atas contract sangat pun sebab Rezza memang suka dekat Anggun. Anggun ni bukan typical gadis-gadis melayu terakhir tapi dia lain sikit. I love her!

Novel ni banyak buat i sebak almost menitik especially part dia yang asyik kena mengalah dengan mak dia, part dia ambil pasu cuba nak sakitkan diri sendiri pastu Rezza defend dia. Kesian dia. Part yang tak boleh blah boleh pulak Rezza ni bawak balik girlfriend dia Sue kat rumah dia dan kenalkan Anggun sebagai caretaker dia, hampeh betul! Siapa Sue ni pulak? yang tu korang baca sendiri okay? HAHA
Jalan cerita yang simple and if you’re searching for romantic lovey-dovey between hero and heroine memang takdo ye. Part tu sikit sangat tapi okay je!

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Chicken.
40 reviews1 follower
September 6, 2025
Story ⭐⭐⭐⭐
Plot ⭐⭐⭐⭐
Writing ⭐⭐⭐
Overall rating ⭐⭐⭐ 3.8/5

Not really my cup of tea where FL accepting a job offer such as big amount of money by being ML's contract wife, and at the same time dia nak balas dendam, last2 tak terbalas apa-apa pun. Rupanya salah paham. Tapi, curious punya pasal, I just bought it, wanting to know the story, and then giving review about it.

I got mix feelings when read this, but I don't hate it either. Maybe it's just my feelings, tapi ayat macam... pening sikit & ada kekurangan simbol? Contoh:

"Pintu ballroom tertutup rapat tetapi sebaik sahaja dua orang lelaki yang menjaga pintu tersebut melihat kedatangan Anggun mereka segera bersedia dengan salah seorang daripada mereka bercakap-cakap di walkie talkie seorang memaklumkan ketibaan pengantin."

I was like... ya... ayat macam ada yang perlu diperbaiki. 🤔

Maybe some part can be fix? Such as...

Kelihatan pintu bilik tarian/ballroom ditutup rapat, namun sebaik sahaja kedua-dua pengawal itu melihat Anggun tiba, mereka dengan pantas menyiapkan diri. Salah seorang daripada mereka berkomunikasi melalui walkie-talkie, mengumumkan ketibaan pengantin perempuan.

And then another one that I just read...

"Silap hari bulan Anggun yang menyelamatkan bukannya diselamatkan."

I was like... hmm... Why does it sounds weird?

It's not the first time, ada jugak ayat2 lain macam takde coma or what.

"Bukan Anggun tidak tahu dia boleh meminta pembantu rumah membawa naik air mineral untuknya tidak kiralah pukul berapa sekalipun tetapi pada Anggun dia merasakan dirinya tidak layak untuk memberikan arahan yang berlebihan seperti itu. Dia bukannya mem besar dalam rumah ini."

I was like... kena sekali nafas kena baca ke ni?

---

Ada ayat yg berulang, contoh kt page 191...

"Tolonglah Imah. Kalau nak gila sekalipun jangan jadikan anak kita tu mangsa."

And then when I flip to the next page, I saw the same words again just like above. Ayat yang sama, berulang lagi.

Dah la, tak mau komplain banyak2.

---

Anyway, cerita dia memang boleh diterima, tak membosankan. 👌

Anggun yang terpaksa terima kontrak kahwin dengan si Rezza sebab dia ada motif lain selain bayaran yang tinggi dengan menjadi isteri kontrak dia.

Si Rezza yang ada motif sendiri buat iklan kerja cari caretaker untuk diri sendiri memandangkan dia lumpuh kaki dan berkerusi roda, padahal dia boleh je amik sesiapa pun dengan sekali petik jari je. Tapi dia nak aim Anggun jugak. Bila Anggun dah terima kontrak tu, dia bagi offer dengan bayaran yang sangat tinggi supaya Anggun terima tawarannya, contohnya kena kahwin dengan dia, alasannya supaya bila hubungan dah halal, senang la Anggun nak jaga dia nanti.

Most of the scene... psal hubungan Rezza, Anggun, Iqbal yang setia dengan majikan nya, mak Anggun yang masih belum redha dengan kematian anak sulung, abah Anggun yang hadap perangai bini dia yang tak pulih, opah dia... Mostly banyak konflik dengan watak2 ni.

When it comes to Suzana, Aunty Alice, Alicia, Lukman... scene diorang memang tak banyak sangat dalam cerita ni. Nak cakap ada watak jahat, ada... memang ada, tapi... tbh macam sangat2 kurang scene diorang. Tak banyak konflik untuk watak2 yang ni.

And then the ending macam... a bit rush? Maybe? I thought there's more to what happened to them, i mean... Aunty Alice? Alvin? Alicia? Lukman? Suzana? Yang saya nampak Rezza, Anggun, mak & abah dia, opah... dah happy ending macam tu aje.

Emm... entah la. Itu je la saya nak cakap. Tak mau spoil lebih2, kalau nak tau jalan cerita His Contract Wife karya Fara Hana, cuba2 la beli or cari preloved punya~

Seriously, some of them might think this is just a fiction story, it's not that real, etc. But I hope... there's no people imagining or dreaming looking for a guy like... offering you large amount of money, no matter what kind of job offer that they're offering you. In real life, macam2 boleh jadi, tidak semua perkara akan terjadi seindah seperti dalam dunia buku ya. So please take care of yourself out there.
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
August 4, 2025
Guys! Love giler cerita ni! First thing first, buku ni positif giler vibe dia! Gaduh? Marah? Berlagak? Positif je rasa. Even berdendam pun positif. Haa ibarat semuanya tenang2 je lah hadapi apa yg berlaku. Gituu

Dgn novel ni, semua angan2 dunia gue tercapai! Mana tidaknya, kaya si Rezza ni sampai semua bangunan dia nak beli. Pantang Anggun perli je, semua disuruh beli. Duit dia, duit Anggun. Nak apa, beli je. Tapi, si Anggun rilek buat tak heran suami tu kaya raya. Bukan duit yg dia kisahkan. Tapi, dendam lagi penting. Mencari keadilan buat nyawa yg tergadai.

Memang paling salute watak Anggun. Kalau perempuan lain dpt laki kaya, dah juling mata. Tapi, Anggun santai je dgn life dia yg biasa2. Simple je Anggun ni plus selamba dia sembur Rezza tu. Tak ada niat lain selain lunaskan dendam, tapi dia sendiri pun tak tau apa patut dia buat.

Twist halus tentang kakak Anggun pun best. Jem kejap saya, patutlah Anggun respon biasa je masa Iqbal cerita pasal Sue tu. Watak2 jahat pun masih positif geng. So korang kalau baca novel ni, mmg diberi jalan highway yg lurus sesekali je masuk simpang tahu2 dah sampai destinasi. Haha

Tajuk je mcm cliche kan? Tapi cerita dia A+ . Tak sama cliche yg mcm korang fikir. B40 kahwin T20 dia pun tak cliche. Senang cerita korang pergi baca. Memang best. Pergi layan perangai tak betul si Rezza dgn Anggun tu.
12 reviews
September 22, 2025
Memang tak bole stop bila dah start bc. Dan akan ulang2 baca. N memang suka Karya Fara Hana.. banyak koleksi Fara Hana N ada. Pilihan Hati Mr Millionaire. My Devil Husband. Sweet Revenge. Bekas Isteri Jutawan. Kali ni bila ada His Contract Wife memang N cpt grab.

His Contract Wife
Anggun yg willing jd caretaker utk Rezza Raymond Foo. Seorang hartawan brdarah kacukan yg tidak boleh jln akibat kemalangan. Rezza buat contract supaya Anggun jadi wife Rezza. Yelah takkan nak jg org lelaki tanpa ikatan kan. Sebenarnya Anggun ada agenda sendiri iaitu membalas dendam pd Rezza kerana mnyebabkan kematian kakaknya kerana kereta dipandu kakak Anggun pun trlibat sm ms Rezza kemalangan dengan suzana gf Rezza.

Anggun ni niat asal mmg nk bls dendam pun. Tp bila kwin dgn Rezza dia tak teruskan rancangannya sbb Anggun ni baik n tak sampai hati. Mak Anggun pula smpai kesudah tak bole terima kenyataan yg anak sulungnya suraya meninggal dunia. Bila nk last bru mama dia bgtau kenapa dia tak suka Anggun.

Suzana gf Rezza ingtkan nk kiok ms kemalangan tu. Rupanya blm. Koma. Then bila dh sedar Rezza ni bw balik n jaga. Sakit juga hati dan Suzana ni buat mcm Anggun ni bibik dia pulak.

Tapi Anggun ni tegas. Dia awal2 dh ckp yg dia takkan jg Suzana. Dia hanya jg Rezza shj. Bagus😁
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
Read
June 19, 2025
Aku benar2 harap orang yang beri rating tinggi dan review baik pada buku ni adalah orang yg berumur 30 thn keatas, bkn 18 thn ke bawah.

I just read the synopsis. Sorry sbb interrupt tapi skrg kita berada di 2025 dimana jenayah seksual berleluasa. If someone offer you a big amount of money without you have to work until your ass out, run.

Politician goes corrupt bila capitalist sponsor mereka, as their puppet. There is no istilah easy money dan happily ever after. It is applicable for marriage too.

selain berkemungkinan besar terbabit dlm abusive marriage, tak mustahil it involve pemerdagangan manusia.

Ya, takut kan. I am paranoid because itulah realiti sekarang. Ramai yg dijanjikan pekerjaan lumayan di luar negara end up jd mangsa scam. Jadi berhati2 wahai wanita, gadis di luar sana.

Anggaplah ini pesanan khidmat masyarakat, I really don't mean to offend the writer. And maybe the story is good but please don't normalize this getting married for money thing. Saya seorang cikgu dan saya sangat risau dgn generasi muda skrg
40 reviews3 followers
June 23, 2025
BEST GILAAAA YA ALLAH TOLONGLA BELI AKU RASE INILAH CERITA ENEMIES TO LOVER PALINGGGG PERFECT DLM NOVEL MELAYU SUMPAH CERITA NI PERFECT SEDIH ADE LAWAK ADE SWEET PUN SWEET WEI. I ACTUALLY LAUGH OUT LOUD BILA REZZA N ANGGUN NI GADUH CAUSE COMEL AND LAWAK GILA AND YA ALLAH I LOVE ANGGUN SO MUCH SHES SUCH A GIRLBOSS STRONG WOMEN LAWA BAIK SEMUALAH DIA AND REZZA PUN EFFORTLESSLY HOT AND SWEET BUT SWEET DEPA TK CRINGE LANGSUNG COMEL GILA AHSGJAHSHSV AND I NEVER EXPECT TO CRY TO THIS BOOK BUT I DID CRY SO MUCHHHH THE ANGSTTTTT ANGGUN DESERVE EVERYTHING IN THIS WORLD SHES MY POOKIE 💘😫💘 THE ENDING ALSO SGT MEMUASKAN HATI BUT I WISH CERITA LEPAS ANGGUN AND REZZA JATUH CINTA BETUL II TU PNJANG SIKIT BUT ITS OKAY I STILL LOVE IT SO MUCH MISS FARA HANA YOU JUST SAVED ME FROM MY READING SLUMP 😭🫶
4 reviews
September 1, 2025
Try baca nivel ni sbb I like arranged/forced marriage troupe but bila baca novel ni plot ok but rase macam ade part yang missing then macam ade part yg mcm dilompat.Ending die macam rushing sangat..macam lah kenapa ending die gini.


but kalau nak ckp humor dalam ni lawak giler, loyar buruk memanjang plot pon menarik but macam tak berapa sampai

for light reading recommended sangat
Profile Image for Siti Sarah.
232 reviews
September 23, 2025
The title itself already gives out the synopsis of the book. Jalan cerita pon straightforward dan santai2 gituew.
Tapi lepas plan Anggun kantoi dengan Rezza. Dan Rezza dah boleh Jalan, babak ni dah mula sweet tapi pendek sangat.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.