Jump to ratings and reviews
Rate this book

Janji Tak Buat Lagi

Rate this book
"Aduh, alamak! Habis basah baju aku. Macam mana awak jalan ni?" ~ Fatin
"Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu. Nah, ambil tisu ni." ~ Kamal

Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada. Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati Kamal, namun tidak bagi Fatin.

Dalam usaha menembusi benteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gdis yang terlalu obses untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik.

"Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal. I Love you...ummmmuuah!" ~ Lina

Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lantas merentap kebahagian yang mula dirasai. Ika menagih semula kasih yang pernha terputus. Mendesak Kamal agar mereka berdua disatukan.

"Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi." ~ Ika
"Umi dan abah dan bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Dia orang pernah bertunang dulu." ~ Umi

Demi tanggungjawab dan membayar semula budi yang pernah diterima, Kamal terpaksa melupakan janji yang diikat bersama Fatin. Tanpa bicara, tanpa kata, Fatin ditinggalkan. Hati yang lara dibawa jauh.

"Ya Allah, bantulah hamba Mu yang lemah ini melupakan dia. Dia sudah bahagia dengan jalan yang dia pilih. Izinkanlah aku bahagian dengan pilihan yang telah ku buat ini Ya Allah." ~ Fatin

Meleraikan cinta hati adalah tidak bagi Kamal. Namun, untuk menerima semula janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu juga adalah sukar bagi Fatin Syuhada. Perjalanannya masih jauh kerana langkahnya pernah terhenti. Adakah lagi ruang untuk Kamal menetap di hati Fatin? Dan, mampukah Ika merebut cinta Kamal agar tidak beralih darinya? Apakah Kamal mampu membuat pilihan sekali lagi?

598 pages, Paperback

First published December 1, 2014

29 people want to read

About the author

Izma Qahiera

13 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (40%)
4 stars
6 (22%)
3 stars
5 (18%)
2 stars
4 (14%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,050 reviews378 followers
March 25, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Kecewa tak terkata kerana permulaan cerita sangat mencuit hati. Dengan penggunaan bahasa yang mudah dan gaya pengolahan yang agak ‘skema’, diam-diam sudah melebihi 100 muka surat dibaca. Memang santai! Sikap Fatin yang jual mahal tapi mahu berjaya membuat N kagum, ditambah lagi dengan watak si jejaka yang agak memikat.

Malangnya perasaan ‘suka’ itu tidak berpanjangan. Semakin lama, semakin menyakitkan hati. Watak-watak yang berjaya memikat hati N pada awal cerita kini hanya membuat N malas nak ambil pusing.

Seorang mengada-ngada, seorang lagi bagai lembu dicucuk hidung. Persamaan mereka? Kedua-duanya terlalu mudah menuduh melulu seperti orang buta hati sehinggakan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat pada ahli keluarga sendiri.

Sebelum menduduki peperiksaan STPM, watak Fatin sangat menjaga batas pergaulan. Melihat kawan baiknya berpimpin tangan dengan teman lelaki membuat dia tidak senang. Nak dating dengan Kamal? Jangan harap mahu keluar berdua, pasti saja diheret sekali adik-adiknya. Nak sentuh-sentuh? Dalam mimpi saja!

Tapi over the years selepas STPM, watak Fatin berubah, seolah-olah penulis tidak mengenali watak yang dihasilkannya sendiri. Watak Kamal memang dari dulu gatal memanjang, tapi ke mana hilangnya sikap Fatin yang tegas dalam pergaulan itu? Kala Kamal terbatuk-batuk semasa memandu, Fatin tidak teragak-agak untuk membuka butang baju Kamal untuk menyapu minyak angin pada dada Kamal. Apabila Fatin sakit kepala dan Kamal menyuruhnya membuka tudung supaya Kamal boleh menyapu minyak angin pada dahi dan ubun-ubunnya, Fatin menurut tanpa sebarang bantahan. Tak boleh buat sendiri ke? Kamal peluk dari belakang? Hal kecil saja! Selepas bergelar tunangan, boleh salam dan cium tangan apabila berjumpa. Bukannya N nak berlagak polos dan alim, tapi sudah trang-tang-tang, ikatan pertunangan masih belum menghalalkan apa yang haram.

Hubungan Fatin dan Kamal sebenarnya melelahkan. Setiap kali ada masalah, salah seorang pasti akan menjeruk dan mengamuk dan hanya mengharapkan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka. Tak matang sungguh! Pada N, mereka lebih baik berpisah dan mencari pasangan lain sahaja! Atau lebih baik, membujang sampai ke tua supaya tidak menyusahkan pasangan baru pula.
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
December 13, 2014
JANJI TAK BUAT LAGI - Izma Qahiera

Kalau sesiapa yg mengikuti tulisan Izma Qahiera, akan faham tulisannya memang mampu di-ikuti dengan baik dan tidak menjemukan. Kalau buku pertamanya Dia...Aku Punya, kita rasa banyak part yang lawak, buku kedua Aku Bukan Touch & Go banyak part yang sweet, bersedialah dengan buku ketiga Janji Tak Buat Lagi, banyak part yang menyakitkan hati dan buat kita rasa nak sepak terajang dan hantuk kan kepala Kamal & Fatin dan seluruh keluarga dorang berdua ni. All i can say, buku ini never boring, sentiasa membuatkan hati, jantung dan kepala kita mengelegak kepanasan dan sakit hati. Tahniah Izma Qahiera, tak tahu kalau itu sebenarnya maksud dengan cerita ini, tetapi ini yang kita rasa. Berjaya memancing minat & menyakitkan hati kita bila membaca citer ni.

Mengisahkan Fatin Syuhada (penuntut berumur 19 tahun) dan Kamal Akasyah (peguam, umur? Tak ingat pertengahan atau lewat 20an) ... Panjang cerita dorang berdua ni, dari fatin menjadi penuntut sekolah menengah, dorang berkenalan, berpasangan, putus kerana kamal dipaksa kawin dengan sepupu dia, fatin lanjutkan pelajaran ke terengganu (mereka asal melaka) untuk lari dan melupakan kamal, kembali menjalinkan cinta, putus kembali sebab salah faham ingat kamal ada hubungan dnegan kak ngah fatin, fatin kembali untuk bertugas di melaka, bertunang, konflik, nak putus tunang, fatin lari lagi bertugas kembali ke terengganu, berkahwin, hubungan jarak jauh, alahai ... Penat sungguh mengikuti citer dorang ni, walau pun tidak menjemukan, ada2 saja masalah, salah faham, konflik orang ketiga, dari awal perhubungan waktu zaman sekolah, sampai bertunang, berkahwin, beranak, tak habis2 dengan masalah dan salah fahamnya.

Bagi kita Fatin memang tidak matang dan membuatkan kita rasa geraaaam sangat. Apa punya bengap budak ni? Tak pernah nya nak dengar dulu penjelasan, selalu buat konklusi sendiri yang menyakitkan hati dan kepala, ingat otak dia tu saja yang betul orang lain salah. Kamal lagi lah, alahai, sungguh tidak menampakkan tokoh seorang dewasa yang konon nya seorang peguam. Hubungan mereka ni kan, sungguh meletihkan, setiap kali dorang ada masalah , harap pertolongan dari pihak ke tiga yang boleh huraikan segala kekusutan, pertama kali, Ayu yang tolong, kedua, abang long Faiz yang tolong, ketiga Tini, rakan sekerja Fatin yang terpaksa bersusah payah nak sediakan bukti untuk tolong pulihkan hubungan dorang, dan terakhir, Sabrina & cikgu Shahrul! Kalau harapkan dorang berdua tu, bercerai lebih baik agaknya. Sikit2 lari, sikit2 merajuk, sikit2 mengamuk, SUNGGUH MEMENATKAN.

Sepatutnya Kamal yang konon seorang peguam itu, mesti pandai berhujah, menyakinkan dengan bukti segala, tapi, sungguh tidak semengah. Hellloooooo Encik Kamal, awak tu sepatutnya seorang peguam kan, tak kan tak tahu nak jelaskan kepada Fatin konon gadis yang paling engkau sayang itu, semasa Iqa & umi kamal berjumpa dengan fatin nak suruh dia putuskan hubungan, apa kelas peguam bersembunyi dan hanya bersedih memendam rasa, sungguh tidak ada sifat gentleman nak terangkan perkara sebenarnya, hanya biarkan iqa dan umi serang fatin, tapi selepas itu, boleh pulak konon nak merayu di depan rumah minta penjelasan, SUNGGUH PLASTIK. Lagi 1 yg tak masuk akal fikiran, kalau dalam realiti, peguam yang mcm Kamal ni, wajib dihindari, AT ALL COST. Walaupun dia ambil kes lina tu secara pro bono, tapi tidak melepaskan dia untuk bertanggungjawab dan menyelidik semua fakta tentang kes lina, tak logik dia tak tahu fakhrul tu suami lina, tak kan tak ada keterangan bila dorang berkahwin, bila dorang bercerai, ada anak ker tidak, di mana fakhrul bekerja, wajah fakrul, no kad pengenalan, alamat rumah, tempat kerja. Oh my poor head. Konon cakap nak sediakan dan cukupkan bukti kan? Apa yang kamal buat? Tak ada apa2 pun, Tini pulak yang bersusah payah, sampai membahayakan nyawanya demi kerana nak menolong kawan, kalau kita lah, lantak korang lah, tak der maknanya nak nolong kawan yg ego dan keras kepala hati batu ni.

Tapi kan walaupun kita geram sangat citer dorang berdua ni, tapi dalam satu sitting jugak kita habiskan, sebab memang dah mengikuti citer ni dari fb, blog dan sekarang buku. Memang berbaloi beli buku ni, walau menyakitkan hati. Read it and you will understand.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.