Jump to ratings and reviews
Rate this book

Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran?

Rate this book
Buku kecil ini ialah mengenai satu perkara yang besar – Raja-raja Melayu. Terdapat sembilan orang Raja, terdiri daripada tujuh Sultan, seorang Raja dan seorang Yang di-Pertuan Besar bagi sembilan buah negeri. Selain itu, terdapat juga Yang di-Pertuan Agong, Raja bagi seluruh negara, yang dipilih secara bergilir lima tahun sekali oleh sembilan Raja itu.

Pendekatan penulis dalam buku ini adalah daripada tiga sudut, iaitu, semasa, sejarah dan perbandingan. Dari sudut semasa, beliau memeriksa kedudukan, peranan dan kuasa Raja-raja sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang dan diamalkan. Dari sudut sejarah, beliau susur galur perubahan yang telah dilalui oleh Institusi Raja melalui masa dan akibat pelbagai peristiwa atau pengaruh. Secara perbandingan pula, beliau melihat Malaysia dalam konteks pelbagai sistem di negara-negara berlainan dan perubahan kedudukan yang dialami oleh Raja masing-masing.

Akhirnya, buku ini cuba melakukan sesuatu yang hampir tidak mungkin, iaitu meramal apakah kemungkinan masa depan Raja-raja Melayu. Ia mengelak sensasi dan kontroversi

First published January 1, 2014

4 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Syed Husin Ali

18 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (21%)
4 stars
25 (54%)
3 stars
8 (17%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Benz.
Author 20 books105 followers
August 5, 2019
Antara buku yang komprehensif untuk menerangkan tentang sifat dan sikap raja-raja Melayu dari sudut sejarah, dan sekarang. Persoalan dan isu yang disentuh dalam buku ini agak radikal lagi sensitif.

Buku ini nipis sahaja. Tidak sampai 100 ms. Tetapi persoalannya sangat berat. Cuma kata pengantar Anwar agak menganggu - sama ada dari segi tulisannya juga praktis politiknya - dalam buku ini juga kita boleh nampak mana yang lebih keras dengan raja dan mana yang lebih lunak. UMNO dalam era Mahathir-Ghafar sangat keras dengan raja, dan mereka licik dalam menggunakan raja, seperti memberi banyak tanah kepada Sultan Pahang, tujuannya akan wujud nanti. Sementara PAS sangat pro kepada raja-feudal. Pergelutan elit lama dan elit baru itu kita nampak, dan nak tak nak, ia harus berlaku walaupun elit baru semakin tamak. Pertentangan ini tidak dapat dielakkan, dan Syed Hussein nampak tidak mahu mengambil sikap walaupun isi tulisannya sangat radikal. Kerana itu Anwar seperti chameleon, dan tidak mempunyai prinsip yang tegas seperti Mahathir.
Profile Image for Afiq Rosli.
13 reviews3 followers
April 9, 2021
Sebuah kupasan ringkas tentang hala tuju konsep raja berperlembagaan di Malaysia. Syed Husin Ali dalam permulaan bab telah menerangkan bahawa buku ini tidak lah mahu mencipta sebuah kontroversi dan ternyata beliau mampu menyampaikan hujah dan isinya dengan begitu baik dan adil.

Penulis menerangkan sejarah dan asal-usul konsep beraja di Kepulauan Melayu dan perihal para kesultanan terdahulu. Selain itu, Syed Husin juga memberikan perbandingan antara sistem beraja dan republik. Sekiranya negara itu sebuah republik dan tanpa konsep timbang tara yang jelas, sudah pasti negara itu akan mengalami kemunduran dan kezaliman yang jelas.

Kuasa dan pengaruh beraja di negara bagi penulis perlulah berada di bawah undang-undang sama rata tanpa pengecualian dengan ahli politik elit yang lain.
Profile Image for Nadia.
53 reviews
March 28, 2020
Buku yg meninggalkan tanda tanya kepada kita. Sama ada dengan ada raja akan memajukan kita atau kita akan mengalami kemunduran.

Bagi aku, buku ini cuba utk mengkritik dua golongan. Iaitu golongan raja yang banyak menggunakan sumber kekayaan negara seperti duit poket mereka. Satu golongan lagi adalah ahli politik. And skrg aku sudah tidak pasti sama ada harus meletakkan kepercayaan kepada golongan ini atau hanya percaya kepada diri sendiri
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews8 followers
September 16, 2022
Buku ringkas ini menerangkan bagaimana institusi Raja di Malaysia telah bertelagah bersama parti politik terutamanya UMNO semenjak pasca kemerdekaan. Isu hutan, minyak, perbalahan mengenai pelantikan menteri besar dan lain-lain. Buku yang amat bagus.
Profile Image for Nurhaqif.
10 reviews1 follower
January 3, 2022
Bacaan yang baik tatkala negara sedang menghadapi krisis banjir dan isu balak. Cuma lebih baik jika disertakan rujukan. Agak aneh kerana seringkali penerbitan oleh SIRD/GERAKBUDAYA sering mempunyai rujukan yang tuntas seperti Dr. Azhar Ibrahim, Shaharuddin Maaruf, & Prof Syed Hussein Alatas. Malangnya, buku ini seakan-akan membaca dan berhenti di situ sahaja. Bila ada rujukan, pembaca boleh teruskan membaca dan membuat penilaian sendiri sama ada ia benar atau tidak. Mungkin ia lebih sesuai sebagai artikel di surat khabar semata-mata dan tidak sepatutnya dibukukan pada pendapat saya. Namun, kupasannya agak komprehensif cuma tidak terlalu mendalam. Ada menyinggung sedikit. Jika anda suka akan status quo, jangan baca buku ini. Apa-apa pun, ia menambah ranah wacana dalam negara kita yang lebih tercerah dan progresif.
Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
March 2, 2021
Saya menyangka Raja yang diceritakan dalam buku ini adalah Raja pada zaman Tanah Melayu. Demikian, penulis lebih tertumpu isu Raja dalam latar masa pasca merdeka. Untuk mengupas tentang isu Raja, ia amatlah perlu diperhalusi. Hal ini kerana, sistem beraja ini adalah sistem tertinggi dalam heirarki negara walaupun mereka tiada kuasa mutlak dalam 3 Pembahagian Kuasa negara. Namun, kandungan buku ini juga boleh membuatkan kita fikir tentang kemaslahatan rakyat dalam menikmati sistem beraja di negara ini. Besar hikmahnya bila beberapa peruntukan dalam perlembagaan telah dipinda. Kesannya, rakyat lebih percaya dan senang untuk dekati Raja-raja dekad ini.
Profile Image for Abu Hurairah.
21 reviews1 follower
August 20, 2019
Punyalah aku suka buku ini sampai baca dua kali. Itupun rasa tak cukup. Siapa yang kenal aku, tahulah kenapa.
Profile Image for hanis amira.
1 review
August 17, 2021
Buku ini mendedahkan pembaca tentang kepentingan raja berperilaku baik agar dapat kekal dihormati pelbagai pihak khususnya rakyat jelata. Institusi raja harus dikekalkan di Malaysia. Namun, persoalan mula timbul apabila seorang raja melakukan jenayah, adakah beliau patut dibicarakan di mahkamah. Buku ini bagus untuk memberi pendedahan kepada pembaca tentang pemerintahan beraja di Malaysia. Kelemahan buku ini ialah kerap mempunyai kesilapan menaip. Saya harap masalah ini dapat diperbaiki.
Profile Image for Ethan Ganes.
161 reviews2 followers
November 16, 2020
Wonderfully written! Extremely useful information in order to better understand the current population of Malaysia's beliefs and potentially reasons why local politicians escape the justice system.
Profile Image for Bella.
22 reviews
July 23, 2022
Menarik walaupun muka suratnya sikit. Isi-isi senang difahami dan straight to the point.
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
January 7, 2017
Buku ni tak tebal.Ada 90 muka surat je.Tapi yang penting,padat dan sangat ilmiah.Mungkin sebab penulis ni selain ahli pembangkang,beliau juga merupakan seorang ahli akedemik.

Buku ni patut dibaca oleh semua politikus di Tanah Melayu ni.Aku rasa kalau kau semua baca,tahap kesengetan tu akan berkurangan sikit kot.Hahaha..Oh.Buku ni jugak patut dibaca oleh rakyat-rakyat jelata negeri Perak,Terengganu dan Johor.Kau semua boleh tahu apa yang jadi kat Kesultanan negeri masing-masing.Mesti terkejut punya lepas tahu sejarah negeri tu.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.