Saya percaya bahasa ialah hadiah teragung oleh Allah. Bahasa bukan cuma medium perbualan, tapi jambatan pertukaran makna.
Dengan bahasalah kita mengenali Allah. Dengan bahasalah kita dapat merasai makna di balik kalam Allah. Dan dengan bahasalah kita mematangkan fikiran,
عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
“...dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (12:2)
Pada setiap patah kata yang saya pilih dalam karya ini, saya cuba menanggapi ia bagaikan pintu masuk kepada lautan makna yang sangat luas. Saya cuba menyelak lapis-lapis emosi yang tersirat di sebalik kata itu yang barangkali selama ini, tak pernah kita sedari.
Hingga akhirnya, saat kita menyinggahi semula kata ini dalam al-Quran, ia bukan lagi sebatas kita membaca terjemahannya, kita termenung panjang memikirkan makna-maknanya yang berselirat lalu entah bagaimana, air mata tumpah tanpa kita pinta.
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).
Beruntung betul bagi siapa yang faham bahasa Arab. Perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim pun dah cukup meluas dan mendalam maknanya. Beberapa kali saya terkedu bilamana penulis menjelaskan makna ar-Rahman dan ar-Rahim. Kenapa ar-Rahman berada di depan dan kenapa ar-Rahim berada selepas daripada itu. Kenapa ar-Rahman dan ar-Rahim berasal dari kata akar yang sama namun berbeza maknanya.
Bab makna ar-Rahman dan ar-Rahim antara bab yang menangkap hati saya ketika membaca naskah ini. Kagum dan takjub dengan kalam Allah yang ada di dalam Quran. Ternyata betapa kerdilnya saya bilamana saya hanya sekadar membaca, namun tidak memahaminya secara terperinci.
Banyak lagi perkataan yang terdapat dalam Quran yang dijelaskan oleh penulis. Antaranya makna ‘maghfirah’, beza perkataan ‘alhamdulillah’ dan ‘syukur’ walaupun mempunyai makna yang hampir sama, makna ‘solat’, makna ‘rukuk’, makna sujud dan lain ² lagi.
Walaupun belum berakhir tahun 2025 lagi, saya syorkan pada kalian semua untuk jadikan buku ini sebagai buku wajib baca untuk tahun ini.
Linguistics and literature intertwined. Best gila.
Buku ni ada dua bahagian — satu fokus pada linguistics, satu lagi pada sirah. Penulis ambil beberapa perkataan dalam Al-Quran, explain dari sudut bahasa dan makna, then relate dengan hidup kita. Dalam bahagian satu lagi, beliau kaitkan dengan sirah. Seimbang. Tak berat sebelah. Balance cun.
And honestly, I felt connected. Cara bahasa yang beliau guna tu macam bahasa seharian je, senang faham. Tapi dalam masa yang sama ada bait-bait sastera yang padu. Baca rasa tenang. Rare lah aku rasa puas macam ni lepas baca buku agama (selain buku-buku Hasrizal Abdul Jamil)
Hafizul Faiz slowly becoming my favourite author. I really like how he describes tentang solat, Surah Yasin, and especially part yang sedih pasal Muhammad ﷺ. Rasa sangat dekat dengan Allah bila baca cara beliau tulis. Before ni aku kurang faham bila baca term term dalam al- Quran, tapi lepas baca, banyak benda jadi clearer.
So sekarang memang looking forward untuk buku beliau pasal solat pula.
Oh and before lupa, I received this book as my birthday present from my BFF. Best present ever. Thanks, Belle 🤍
Kupasan tentang beberapa perkataan dan bahasa serta maksudnya di dalam Al-Quran yang selama ini den tidak pernah tahu. Perkataan yang terpilih ada redha, salam, ghafara, Rahman, Alhamdulillah, takdir, solat, rukuk, sujud dan sabar. Setiap satu perkataan mempunyai kepelbagaian makd berdasarkan ejaan dan kedudukan/susunan perkataanya di dalam Al-Quran. Kupasan setiap satu ayat dan kaitannya dalam menjalani kehidupan dalam mempersiapkan diri ke akhirat mudah difahami.
Diselitkan dengan kupasan beberapa sirah. Kisah Rasulullah saw, Nabi Musa as, Nabi Yusuf as, dsb. Setiap sirah yang dipilih dikupas bagi menjelaskan hakikat kita sebagai hamba Allah, pengurusan kehidupan fizikal, emosi dan mental, dsb.
Banyak pesanan untuk sentiasa bersabar, bersyukur, solat, kembali ke jalan yang benar di dalam buku yang comel ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Tuhan, Seindah Apa Di Hujung Sana?" is the second book by Hafizul Faiz that I have read. While Cuma Aku, Lukaku dan Tuhanku reflects on the words of Allah from Juz 1 to 30 collectively, this one unravels the meaning of ten Arabic words from many angles of interpretation.
"Jika diteliti keterkaitan antara [إسلام] dan [سلام] ini, tahulah kita, untuk merasa selamat, kita perlu menyerah. Untuk merasa tenang, kita perlu melepaskan. Jangan terlalu merangkul. Jangan terlalu menggenggam."
- The way the author explains these words reminds me of peeling an onion. You know how, when the outer layer comes off, you discover many more layers to go through? That's exactly what this book feels like. It provides an exploration of each word, from the root to the verb, and even its tenses. What is fascinating is that when the words are placed in different contexts of Qur'anic verses, they take on various meanings. I must also say that these interpretations have soothed my heart greatly.
- Out of the ten words such as Redha, Takdir, Salam, Sabar, the ones that affected me the most are Solat, Rukuk, and Sujud. I'm not sure why, but they remind me of a hadith that says we should perform solat as a medium of comfort. Solat is a time when we can have a few minutes to ourselves to rest and leave everything to Allah. To be honest, I’ve come across this hadith a couple of times lately, so when the book also discusses it, I took it as a sign to incorporate this element even more into my five daily prayers.
"Kadang kita lupa, Tuhan telah menyediakan ruang paling aman dan menyembuhkan buat kita, setiap hari setidaknya lima kali kita "kembali"."
- As you can see, I truly love this "simple is best" book. If the author is planning to release another book specifically about solat, I'm totally in!
Permulaan dan pengakhiran yang baikkk. : My reaction from this: 😊 ↬to this: 🥹
Bila penulis menerangkan 10 kalimah terpilih yang ada dalam Al-Quran, setiap kalimah ada jadual tasrif beserta makna! Saya hargai usaha penulis untuk memahamkan pembaca, sepertinya penulis memikirkan perasaan pembaca yang ingin memahami lebih mendalam tetapi mempunyai latar belakang yang berbeza.
Penulis pernah berkata, buku ini sesuai untuk pelajar bahasa arab kerana mereka mempelajari kalimah² terpilih ini.. bagi saya pelajar yang mempunyai asas bahasa arab (pelajar sekolah menengah) pun boleh cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan.. ✨
saudara Hafizul Faiz. Secara keseluruhan, buku ini membangkitkan pemikiran dan perasaan, mengajak kita untuk melihat keindahan Tuhan melalui bahasa Al-Qur'an dan menerapkan nilai-nilai keimanan dalam kehidupan sehari-hari. Jujurnya, penulis telah berjaya membuka hati saya untuk mencuba menggeledah makna-makna, isi-isi yang terkandung di dalam Al-Quran.