Jump to ratings and reviews
Rate this book

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You

Rate this book
"Don't forget to include me..."

Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya.

Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicamtumkan semula dan akhirnya...

Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah.

Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi.

Dia kembali.

Satu hajat.
Satu peluang.
Satu cinta.

Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun.

Tiba-tiba... Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama?

Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang.

"Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us... because I can't."

Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri.

648 pages, Paperback

Published May 1, 2025

11 people want to read

About the author

Moonlightlavh

3 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (40%)
4 stars
4 (40%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,056 reviews204 followers
November 14, 2025
Siapalah yang pernah patahkan hati penulis ni… every book dia rasa macam nak tarik jiwa pembaca. This one pun sama... opening dia saja dah buat F nangis teresak². The way the story starts with the loss of a soulmate… memang terus punch in the heart.

Then you got second chance... turn back time. Zarra tiba² bangun dari pengsan 3 months before kematian suaminya. The moment she sees him again tanpa fikir panjang... Zarra terus confess semua perasaan dia yang selama ni terpendam.

Before that, hubungan mereka memang tak berapa okay. So bila dapat peluang kedua, Zarra cuba perbaiki… tapi dua² ego, dua² problematic pendam perasaan Both of them keep blaming themselves... padahal the real issue is simple - communication. In marriage, that’s memang the biggest killer.

Ada sebab kenapa Adriel berubah? Ada sebab kenapa Zarra minta cerai? Semua orang ingat cinta dah hilang tapi sebenarnya dua² hide the truth to protect each other… and that’s what ruins them.

Lepas tu muncul pula makcik misteri yang tanya pasal Adriel. Cara makcik tu cakap, macam dia tahu Zarra datang dari masa depan. And the line - setiap perbuatan ada bayarannya memang bagi chills.

This story memang buat F emotional. Flashback dia pun kadang² buat F keliru but in a good way macam puzzle.

It’s a gentle slowburn... the kind that slowly wraps around your heart without you noticing.
Profile Image for jannah.
3 reviews
August 26, 2025
Moonlightlavh never fails to make me cry with her books.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
June 29, 2025
Peluang kedua hadir diberikan kepada Zarra untuk memperbetulkan kembali hubungan dia dengan Adriel

...But everything comes with a price.

Spoiler ahead.
Premis novel ni menarik sebab ada element romantic fantasy-time travel. Zarra kembali 3 bulan sebelum kematian Adriel tapi dia seorang je yang tahu pasal time travel.

Dalam masa 3 bulan ni dia try untuk berbaik dengan Adriel tapi ada je perkara yang halang mereka untuk baik semula.

Masing-masing ada ego sendiri jadi susah untuk mereka berbaik. Tak nak confront the truth but keep making an assumption to what they see. Adriel pulak dengan prinsip dia yang lebih baik Zarra benci dia dari dia terluka dengan perkara sebenar.

Overall okay cuma scene flashback tu macam banyak sangat, terasa macam tengok drama yang banyak episode.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.