Jump to ratings and reviews
Rate this book

Meremang

Rate this book
Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. Banglo biru memberikannya ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi dari hidupnya. Kehadiran Mak Tam menambahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu.

“Ibu takkan benarkan Mia balik sana, Danny. Banglo tu tak elok!” ~ PUAN HATILA

“Azriq cakap dia diganggu sebab kotorkan pokok besar kat belakang rumah tu. Lepas tu dia ada cadang kat tunang dia supaya tebang pokok tu.” ~ FAKHRUL

“Hampir semua orang kampung pernah nampak, dengar dan kena kacau dengan iblis-iblis kat banglo tu.” ~ IMRIZ

“Keturunan kau tu milik aku! Kau tahu tak? Aku akan rampas anak yang ada kat dalam perut kau tu!”

Paperback

First published January 1, 2015

4 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Ninie Othman

33 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (28%)
4 stars
20 (21%)
3 stars
35 (37%)
2 stars
9 (9%)
1 star
3 (3%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
August 28, 2023
BEWARE of SPOILER

Mia kehilangan tunang dalam satu kemalangan ngeri beberapa minggu sebelum majlis pernikahan mereka. Tapi Mia terus dibuai rasa rindu sehingga lari ke banglo biru untuk menenangkan fikiran walaupun ditegah si ibu. Mia ditemani abang dan kakak ipar tapi tidak lama. Dan selepas mereka kembali ke KL, muncul Mak Tam. Strike one saya kasi.

Penceritaan terus menaik dengan misteri yang perlu dirungkai bukan saja oleh Mia tetapi saya sebagai pembaca. Rasa remang itu juga sesekali menemani walaupun hati kuat menjangkakan akhirnya. Satu demi satu rahsia terbongkar. Kiranya kabel car dah sampai ke tahap kemuncak dan tunggu masa untuk berhenti.

Dan penamatnya...itu je? Bukankah bila keluar dari kabel car patut ada pemandangan yang wow? Mana pemandangan itu? Ada sekuel ke? Macam mudah sangat penamatnya. Bukanlah saya inginkan aksi Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat tapi at least sesuatu yang lain. Strike two.

Strike three sebab saya meluat ya amat dengan watak Mia.

Strike four ialah ibu bapa Mia yang membiarkan saja Mia terus hanyut. Sayang isteri tingal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Bukanlah suh smack down tapi tegas. Dan perkara yang dirahsiakan oleh ibu bapa Mia tapi akhirnya pecah juga, itu je ke.

Nak kena komen gaya penulisan ek? Saya terus-terang je ya. Sedikit bosan. Tapi bukan salah penulis. Salah saya. Macam mana ya nak terang. Kira macam ni la. Selalu pandu kereta 140km/jam. Bila kawan pandu 120km/jam, saya rasa normal malahan a bit slow. Tapi bagi kawan-kawan lain yang pandu 90km/jam, itu dah paras bahaya tu. Dan genre yang saya suka dari dulu ialah horror-mystery-thriller. Jadi, untuk saya impaknya dah kurang.

Penyelamat cerita ni antara sedar atau tidak ialah Mak Tam. Wanita tua yang muncul sesuka hatinya di banglo biru itu demi menuntut 'hak'nya. Wassalam.
Profile Image for Ninie Othman.
2 reviews3 followers
Read
July 23, 2015
Terima kasih kerana sudi membaca MEREMANG. In shaa Allah saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan saya. You are the best, lots of love.
Profile Image for Azim Shukri.
8 reviews2 followers
July 22, 2015
Salam lebaran buat penulis,

Idea tu ada dan penuh dengan elemen-elemen seram.

Tetapi banyak insiden yang boleh dijangka sehingga mengurangkan rasa saspen dalam penceritaan. Kurang puas hati dengan watak Azriq tatkala dikatakan mengotorkan pokok itu sehingga hilang kesucian. Macam tak logik plak. Penggunaan perkataan yang sama berulang kali juga melemahkan penceritaan. Diharap penulis dapat wujudkan suasana seram tanpa melibatkan waktu hujan dan petir halilintar sahaja i.e bunyi piano di waktu malam, suara jampi, etc.

Overall, saya harap penulis dapat memperbaiki lagi penulisan di masa akan datang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 25, 2016
Meremang - Ninie Othman
"Mia..Mia...Mak Tam datang ni"

Memang betol-betol berjaya Meremang Sha membaca novel nie..
Pergh!! Meremang dari mula hingga habis..
Rahsia memang selalu mengundang petaka pada yang masih hidup..
Tambah rahsia yang melibatkan benda-benda mistik nie..

Kalau baca time sorang-sorang memang lagi feel..
Rasa meremang je...
Tambah-tambah kalau baca nonstop..
Pergh!! Perasaan teruja tu memang best..

Yang disangka nyata menjadi kabur..
Realiti dan imaginasi mula mengganggu..
Yang manakah realiti..??
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
August 17, 2015
cerita sesuai sungguh dengan tajuk .. mmg meremang masa baca

dari awal sampai ke sudah kita tertanya2 kenapa kenapa ?

ending macam 'tergesa2' sket .. tapi oke la kan .. kalau dikembangkan lagi entah berapa tebal la buku ni ...

keseluruhannya , saya sukaaaaa ;)
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
July 20, 2015
Seram..terasa meremang..thumbs up utk penulis..cuba klimaks dan jalan ceta mcm nak cepat cr penamat..
2 reviews
December 17, 2015
best gile meremang kalau nak baca mesti kene ada orang kat sekeliling kalau x.. mmg meremang lah . hahaha . cume cerita ni ayat nya mcm asik ulang je. tp apapun bestt!!
Profile Image for Syamim.
36 reviews
February 20, 2025
Good - Kebanyakan babak seram memang menjadi dan meremangkan bulu roma

Bad - Where should I start

Cerita terlalu meleret dan berulang kali mengulang point dan ayat yang sama. Perkara tak begitu penting ditekankan berulang kali tapi tak ada tujuan.

Contohnya, ayah Mia suka minum kopi yang dibuat boleh mak Mia. Boleh kata satu bab tu ada lah dekat 10 kali cakap pasal ayah Mia suka minum kopi buat an mak nya. Tapi apa significant nya kopi tu? Banyak babak yang pointless.

Bila berubah waktu dan tempat, perenggan tu disambung dalam satu bab,tanpa dibezakan. Contohnya dengan buat permulaan ayat semua huruf besar ke. Jadi agak confuse tiba-tiba cerita tu dekat KL, perenggan lepas tu kat Terengganu.

Dia punya meleret nak cerita sejarah Banglo besar tu, punya sorok kejadian yang Azriq buat tu, tapi macam eh. Cam tu je ke.

Ending sangat mengecewakan untuk saya. Tak expect babak pertarungan akhirat yang begitu epik. Tapi at least, bagi something more. Bukan sekadar nak habiskan cerita.

Saya rasa review paling panjang yang saya pernah tulis setakat ni. Saya percaya ini adalah buku pertama penulis. Saya percaya novel yang lain sudah banyak peningkatan. Novel yang lain InsyaAllah akan dibaca jika berkesempatan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sansuriya82.
61 reviews5 followers
March 17, 2025
Meremang karya Ninie Othman mengisahkan Zamia Izaiqa, seorang wanita yang berdepan dengan tragedi apabila tunangnya, Mohd Azriq, meninggal dunia hanya dua minggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Kehidupan Zamia berubah apabila dia mula mengalami gangguan aneh dan mimpi-mimpi yang menakutkan. Untuk mencari ketenangan, dia melarikan diri ke sebuah banglo biru di Terengganu, di mana dia dijaga oleh Mak Tam. Namun, bukannya ketenangan yang ditemui, sebaliknya Zamia mendapati dirinya terperangkap dalam misteri yang lebih besar, berkaitan dengan kematian tunangnya dan rahsia gelap banglo tersebut.

Novel ini berjaya membina suasana seram yang efektif, dengan unsur mistik dan misteri yang membuat pembaca terus ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Latar tempat yang digambarkan dengan baik menambahkan lagi rasa realistik terhadap cerita. Walaupun ada pembaca merasakan pendedahan rahsia dalam novel ini agak perlahan, ia masih memberikan kepuasan kepada mereka yang gemarkan novel bergenre thriller dan seram. Secara keseluruhannya, Meremang ialah bacaan yang menarik bagi peminat kisah seram tempatan yang penuh dengan kejutan dan ketegangan.
66 reviews3 followers
March 6, 2019
Meremang sungguhlah ceqita ni! Sis tak sangka ceqita sebegini dapat jadi satu fenomena dalam hidup Sis. Selama ni Sis tak berapa yakin nak baca novel yang seram2 ni sebab risau tak seram mana! Tapi novel Meremang ni telah berjaya membuktikan yang keseramannya tiada tandingannya :) Baca dalam versi eBook lagilah tambah perisa asam garam kedalam novel ini! Kalau nak link klik je ni:- https://www.e-sentral.com/book/info/5...
14 reviews
June 5, 2024
Cerita yg menarik, tapi pada saya jln ceritanya sedikit perlahan n predictable.

Namun, ada beberapa scene yg seram n mampu buat saya meremang apabila membacanya (memang sesuai dengan judul).

Saya lebih suka akan watak Shalia. Pada saya watak dia lebih menonjol dlm merungkai misteri/rahsia dlm buku ini.
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 12, 2017
mmg meremang bila membaca..terbaik ninie...teruskan berkarya
Profile Image for M Ju Kitchen.
4 reviews
April 5, 2018
Sebolehnya nak jugak ..........habiskan hehehehe......
idea menarik tapi sedikit kekurangan yg bab penceritaan semula aje...
lain semua ok sy suke.....
Profile Image for Shi Mediorilize.
21 reviews
September 26, 2019
Penceritaan yang sangat membuatkan saya tertanya-tanya misteri yang cuba diungkap . Lain yang saya sangka, lain pula jawapannya .
Profile Image for Ubi.
315 reviews
April 18, 2020
Pendpt saya je, meleret sangat ceritanya. Cerita pasal sejarah mak tam pn pendek sgt. X puas baca. Kenapa ad kepala tiga. Mcm lg suka cerita maktam berkembng dr baca cerita harian zamia.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
October 28, 2024
Zamia Izaiqa yang kehilangan tunangnya secara tiba-tiba membuatkannya terpuruk dalam kerinduan. Hinggakan dia membuat keputusan untuk bercuti ke banglo biru rumah pusaka keluarganya. Di situ dia berasa lebih tenang lebih-lebih lagi ditemani oleh Mak Tam.

Jalan cerita agak menarik dan ada beberapa babak yang SH rasa agak menyeramkan. Rahsia yang tersimpan membuatkan SH ingin tahu apa yang sebenarnya telah terjadi. Menurut SH penulis pandai memancing rasa ingin tahu itu.

Peralihan babak di beberapa tempat ada yang menurut SH kurang lancar dan melompat-lompat. Tiada kesinambungan. Terasa macam tiba-tiba. Tadi baru cerita pasal orang lain tapi tiba-tiba masuk cerita orang lain. Terpinga-pinga SH membacanya.

SH peninglah dengan Danish ni. Kejap panggil mak dia mama kejap ibu. Macam tu juga dengan ayah dia. Mula-mula papa lepas tu tiba-tiba ayah pula. SH tak tahulah ni kesalahan atau memang disengajakan. Dan ini bukan terjadi sekali tetapi beberapa kali.

SH geram juga dengan perangai En Zahari ni. Perangai tipikal lelaki dalam cerita seram. Selalu ambil ringan apa yang isteri risaukan atau rasa. Dan sememangnya geram bertambah juga dengan Puan Hatila sebab kedua mereka merahsiakan sesuatu yang besar dari pengetahuan anak mereka terutamanya Zamia. Zamia pun boleh tahan mengundang geram. Degil sungguh. Langsung tak dengar cakap keluarga dia. Yang dia tahu hanyalah mengubat kelukaan hati sahaja. Dah hampir sekeluarga buat SH geram dengan perangai masing-masing.

Pengakhiran juga SH rasa agak tiba-tiba. Tidak diberikan penyelesaian yang baik. Macam tu je masalahnya selesai. Macam senang sangat je. Cuma rahsia yang menimpa Azriq itu agak menarik untuk SH. Rasanya penutup kisah Azriq lebih cantik berbanding penutup naskah ini sendiri.
Profile Image for Strawberry Tea.
4 reviews
February 12, 2017
Cerita sangat menarik. Bagaikan suatu puzzle. Hanya satu orang je yang tahu apa terjadi kepada dirinya tetapi orang tu dah meninggal. So Zamia terpaksa cari tahu sendiri apa yang terjadi kepada tunangnya. Overall, best sangat sebab banyak babak seram. Dialog pun banyak yang seram-seram. Sugguh terhibur!
Profile Image for NUR. AKMA.
10 reviews1 follower
August 20, 2016

Jalan cerita yang agak membosankan. Penat je tunggu nak tau apa kesudahan yang berlaku sebenarnya dekat Azriq tunang Mia tu. Ending tak seperti yang di harapkan. Overall untuk cerita ni saya bagi 3 star.
Profile Image for Ciknim.
24 reviews
January 8, 2019
Dah tajuk pun "Meremang" so bila dah baca tu, memang betul-betul meremang dan terbayang-bayang ! 😅
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.