Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Aku Untukmu

Rate this book
DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!

“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia

Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.

ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.

Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!

“Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia

“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry

Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?

827 pages, Paperback

First published December 1, 2014

10 people are currently reading
203 people want to read

About the author

Acik Lana

26 books381 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (27%)
4 stars
64 (38%)
3 stars
45 (26%)
2 stars
9 (5%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 14, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM23. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Bangang jugak rupanya si Darris ni yer? Kacau feeling betul, sebab pada awal cerita dia seorang hero yang perfect!

Fakhry, hukuman yang dijatuhkan pada dia terlalu ringan. He deserves to be on the receiving end of a firing squad. Dia tak layak digelar manusia!


Zenia, susah sungguh nak mengecap bahagia. Selepas satu-satu dugaan yang menimpa - menjadi anak yatim pada usia muda; kerana terhutang budi, dia menerima lamaran mama Fakhry walaupun tiada cinta antara empunya diri; dilayan seperti hamba abdi di rumah sendiri.

All in all, it was a great story. Agak touching jugaklah sebab Darriz dapat jugak wanita yang dia cintakan dari pandang pertama. And selepas tragedi yang menimpa Zenia, dia tetap teguh menjadi tulang belakang Zenia.
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
March 16, 2016
3.3 bintang :-)

My first Acik Lana's ;-)

Akhirnya berjaya habiskan setelah 3 percubaan. Gigih betul nk habiskan ni!

Original.

That's my verdict.

And now I know why she is such a big name in the industry :-D
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
April 19, 2015
ceritanya ok. biasa2 aje. bukan terlalu best. Bukan terlalu bosan. so sedang2 aje. kira oklah tiga bintang yang diberikan.

cuma ada persoalan ketika membaca buku ini. mula2 try lupakan tapi makin rasa tak tenteram.

Persoalannya: Sepanjang dua tahun Zenia berkahwin dengan Fakhry, dia belum pernah disentuh. Dah selepas itu, dia bercerai. Kalau tak silap yuni yang bukanlah mahir sangat tentang agama apatah lagi hukum2 dalam perkahwinan, bukan ke tidak dibenarkan bekas suami rujuk semula dengan bekas isteri melainkan dengan akad baru? Even si isteri tidak perlu ada iddah selepas bercerai.

Kalau tak silaplah, persoalan2 ini akan ditanya oleh hakim ketika proses penceraian. Dan kalau tak tahu (suami & isteri), maka nya orang yang lebih arif yakni hakim contohnya, wajib memberitahu. Bukan ke masa bercerai tu, hakim akan beritahu tempoh iddah untuk bekas isteri? Masa tu, kenapa tak diberitahu tentang dia belum disentuh?

Memanglah tak de cerita tentang Zenia kena tunggu iddah tapi rasa macam "apa kes ni?" bila bekas ibu mertuanya try untuk pujuk kalau2 fakhry tu dah taubat, mana tahu boleh rujuk semula. Macam mana nak rujuk kalau si Zenia tu tak kahwin? Takkan nak suruh guna 'cina buta'?

So itulah persoalannya. Tak pasti lah sangat sebab masa belajar munakahat dulu masa sekolah agama, tak fokus sangat. Iyelah kalau part nikah tu celik juga mata. Ni cerita tentang cerai. Siapa suka?

Dan rasa was2 juga bila Darriz rasanya macam ada buat deal dengan Fakhry untuk 'bayar' supaya Fakhry ceraikan Zenia. Itu ke yang dinamakan tebus talak? Yang boleh bayar tu just isteri je ke or siapa2 even pihak ketiga boleh bayar juga? Kalau itu boleh dikategorikan sebagai tebus talak, so sama seperti isteri yang diceraikan sebelum disentuh, tiada iddah untuknya. Lupa pula nama iddah tu. Bain or Raj'ie?

Fulamak yuni buka kelas munakahat di sini yek? Bukan apa...cuma rasa tak puah hati. Memang nampak simple je. Tapi kalau buat tak tahu je, karang lain jadinya. Cerai itu bukan hanya pada lafaz. Rujuk itu bukan hanya pada niat. Kadang2 untuk satu2 situasi, hukumnya menjadi lain pula. Sepatutnya penulis perlu study dulu sebelum tulis satu2 ayat tu. Sebab bukan seorang dua yang membaca. Berat tanggungjawabnya kalau kita tersalah memberi info ni.

Dan sekiranya kalau yuni yang tersalah, minta maaf. Cuma yuni was2 sebab yuni bukan mahir sangat tentang agama ni.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
February 7, 2015
Pertama sekali, MAAF.. Novel yang ini bagi aku agak kurang menangkap sikit walaupun ada diselitkan sedikit unsur penderaan emosi dan mental serta sedikit thriller di akhir cerita..
.
Ada rasa janggal di sana sini lebih-lebih lagi selepas watak utama berkahwin.. Lemas aku dengan penggunaan perkataan sayang yang terlalu kerap digunakan..
.
p/s: Namun begitu, cerita ini masih boleh dihadam dengan baik..
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 11, 2015
cerita acik lana kali ni agak tragiss..oh no!!! mungkin taste sy yg hepy2 je..so x menjangkakan kali ni cerita dia mcm ni..

kejamnya si psiko tu..gila talakkk!! bg hukuman mati lg bagus..kdg2 rasa geram..kalau awal2 dulu Zenia buat repot polis tentu x jadi mcm ni..:(

nasib baik Darriz ni tabah...dpt nk control Zenia..
Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
February 24, 2019
Dah bertahun-tahun rasanya tak baca karya air tangan penulis ni. Malahan PYPAC pun masih terbengkalai sudah bertahun tak mampu dihadam.

Dan sejujurnya kalau KakChik tahu ketebalan buku ni dari awal, memang tolak tepi juga.

Tapiiiiiiiiiii....

Agak berbaloi juga sebab isu domestik rumahtangga memang jarang diketengahkan. Walaupun KakChik rasa lebih geram nak hempuk Zenia sebab terlalu ambil mudah tentang sikap Fakhry. Kalau dari awal lagi dia ambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tak la jadi macam-macam perkara selepas perkahwinan keduanya.

Tak la terjadi kes-kes hilang segalanya. :(

Itu pun kira heroin bernasib baik sebab hero tu dah jatuh cinta tahap mati terhadapnya. Walaupun kadang kala Darriz terbabas juga amarah apabila diprovok orang di sekitarnya.

Namun terdapat beberapa kelonggaran pada naskhah ini terutama dari segi editing, terdapat typo error yang mudah seperti permulaan dialog dimulai dengan font huruf kecil. Memang nampak simple tapi sebab terulang kali terjadi, ia mempengaruhi mood pembacaan KakChik.

Selain itu panggilan Zenia oleh suaminya selepas berkahwin juga tak konsisten, sekejap Zen..sekejap Neya. Pening kita.

Dan kalau diselitkan lagi info berkenaan isu-isu dalam cerita ini mesti lagi menarik dan lebih ilmu yang pembaca akan dapat seperti proses dokumentasi anak angkat, proses perceraian yang menjadi isu utama serta proses pengadilan untuk kejahatan Fakhry.

Janganlah pembaca hanya dihidangkan dengan kekacakan dan kekayaan Darriz Imdad semata.

:)

#9/30
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
September 12, 2018
Tak dinafikan Acik Lana penulis yg bagus dan sgt berani , cuma utk novel kerana aku untukmu ini seperti biasa2 je untuk saya.. Cerita menarik tapi payah untuk dihabiskan. Banyak kali juga saya berhenti baca.. sambung baca.. Akhirnya habis juga..
Kisah Zenia yg terpaksa berkahwin dgn Fakhry atas dasar balas budi baik ibu Fakhry. Zenia di dera jiwa dan raga sepanjang perkahwinan mereka... Akhirnya mereka bercerai bila tahap kesabaran Zenia tiada lagi. Hadir pula Darriz Imdad yg sentiasa menjadi super hero Zenia.. Bos Zenia yg sentiasa mengambil berat tentang Zenia dari Zenia masih berkahwin hingga lah bercerai.. Kerana cinta Darriz yg mendalam dan sentiasa melindungi Zenia.. Maka mereka pun berkahwin.. Kebahagian mereka hanya seketika bila datangnya Fakhry mengganggu hidup Zenia hingga sanggup mencolek dan merogol Zenia. Satu perkara buat saya tak puas hati ialah.. Kenapalah lembab sgt si Darriz tu nak selamatkan Zenia. Kesian Zenia teruk kena seksa dgn Fakhry si gila tu.. Tapi bagusnya Darriz.. Dia terima Zenia walau apa pun terjadi pada Zenia.. Penghabisan cerita Zenia dan Darriz hidup bahagia..
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
January 6, 2015
Jk sblm ini Acik ketengahkan isu perempuan simpanan (ABM) & isu pembuangan bayi (PYPAC), kali ini beliau membawa isu keganasan rumahtangga & gila talak.

Mengisahkan ttg Zenia yg tidak pernah dilayan selayaknya sbg seorang isteri oleh Fakhry, suami yg dinikahinya demi memenuhi permintaan ibu angkatnya yg juga adalah ibu Fakhry. Fakhry terpaksa menerima Zenia stlh diugut tdk mewarisi harta keluarga sekiranya dia menolak. Namun Fakhry tidak pernah reda dgn perkahwinan tersebut & berdendam utk menyakiti Zenia. Zenia yg pd awalnya berusaha menjayakan perkahwinan tersebut akhirnya lelah & berputus asa setelah dirinya sering dikasari Fakhry. Akhirnya terlerai jua ikatan perkahwinan tersebut.

Zenia yg berasa lega lantaran perceraian tersebut, berusaha memulakan hidup baru serta mencari bahagia buat dirinya. Kehadiran Darriz Imdad, bekas bosnya menghulurkan cinta & membuka jalan bahagia buatnya. Sayangnya cinta Zenia & Darriz tiada lari dpd dugaan apabila ibu Darriz menentang & Fakhry kembali merayu Zenia dgn penuh obsessinya.

Darriz ternyata menghadirkan kebahagiaan buat Zenia dalam kemanisan hidup berumahtangga. Namun kebahagiaan mereka membuat Fakhry nanar sehingga sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan & menjadikan Zenia sebagai mangsa kebiadapannya.

Mampukah Darriz & Zenia mempertahankan perkahwinan mereka yg hebat diduga di awal usia? Mesti baca karya ini. Peminat tegar penulis ini tidak menyangka yg penulis akan menulis sesarat ini konflik & isunya. Pembacaan yg sangat2 berbaloi.


Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
February 21, 2015
Saya bukan peminat tegar Acik Lana. Bukan juga haters. Cuma baca bila ada.

KAU pada saya biasa biasa. Signature Acik Lana mmg ada. Scene yg lovey dovey terlebih manis, pada saya itu la Acik Lana.

Pada peminat buku cintan cintun, buku ini mmang bulih jadi pilihan.

Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
January 15, 2015
karya pertama dari penulis y saya suka...xnk bg 5 sbb ending dia...hahaaa
Profile Image for Irah.
6 reviews
July 30, 2016
The book's okay, I guess. I refused to give more than three stars sebab its quite heavy for me. I was reading a novel yang Subhanallah takde conflict langsung and suddenly reading this novel bagi sesak nafas cause its too much :P

But the pace is good. Writing's good. It wasn't a rush at first, tapi after their marriage, I feel like ada rushing sikit, or was it because I was skimming through out of fear. Lol.

I do like the characters, and how Acik presents them in this novel, although I feel like Fakhry, walaupun character ni macam binatang (minta ampun but not really), was not well presented. Not saying that I want his actions to be justified, but isn't he also one of the main characters. I feel like character dia kena jadikan jahat just for the sake of having a drama. And I keep hoping for flashbacks. Why did that Puan (mama Fakhry whose name I forgot) tinggalkan harta dia untuk anak angkat and not anak kandung nya sendiri? But oh well, just my opinion. Some people might find this novel okay. Its not bad anyway.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
January 30, 2015
hrmmm...novel acik lana kali ni krg kene dgn jiwa aku...tak tahu nk kata mcm mane...rasa mcm hambar ckit(bagi akulah, citarasa setiap org berbeza)...mase Fakry psiko start culik Zenia baru aku rase excited ckit mase bace...klu tak de part Fakry culik Zenia tu, confirm aku bagi 3 bintang jer...
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
May 11, 2017
Took me so long to finish this. Haha. But the reading was fine. The story isnt that bad though.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 8, 2020
Tak berkenan sungguh bila baca cerita mengenai keganasan rumahtangga, dan perempuan lembik, senang² dipukul, didera tapi tak nak ambil keputusan bijak untuk lari dari situasi ni. Alasan sebab tak nak kecewakan mak mertua dia, ughhh, buat sis jadi bengkek je bila baca. Watak heroin, Zenia, dah berkahwin dengan Fakhry, tapi tak bahagia, selalu kena marah sampai satu tahap Fakhry dah berani pukul dia. Lepas dah tak tahan kena pukul, baru berani nak ambil langkah baru. Itu pun dengan bantuan Darriz Imdad, si hero yang muncul dalam hidup Zenia sebagai CFO kat tempat dia bekerja. Darriz ni memang berkenan kat Zenia, tapi masa tu dia tak tau Zenia dah berkahwin. Lepas Zenia dah berani minta fasakh dengan Fakhry, dan dah bercerai, Darriz pon masuk jarum. Nasib baik dia tak bertepuk sebelah tangan. Tapi, umi si Darriz plak jenis kolot. Eh, tak paham lar cara pemikiran macam umi Darriz ni, apa teruna cuma bleh kahwin dengan dara ja? Gila! Terlalu kolot dan konservatif. Lepas dah kahwin, Zenia pula kena culik dengan si Fakhry yang dah start gila talak ni. Masa ni lagi tak bleh nak terima..
1. Dah la tak lapor polis sebab dapat ugutan, masa Zenia pergi serahkan duit tebusan untuk Aiman tu, si Darriz ni patut follow Zenia diam². Bukan tunggu congok dalam kereta je!
2. Lepas dah siasat, dah tau mana Fakhry simpan Zenia, boleh pula diam lagi, tak lapor polis. Boleh plak pergi minta mama Fakhry pujuk dulu. Apa bangang sangat Darriz ni? Si mama Fakhry pon bangang juga, pergi bagitau Fakhry dia tau tempat persembunyian Fakhry, memang harus lar dia lari terus! Cuba klau dah tau tu terus pergi lapor polis, polis dah boleh serbu rumah tu, Zenia pun tak kena rogol dengan Fakhry. Sakit hati!

Tapi Darriz memang cool, sebab lepas kejadian hitam tu pun dia tabah jaga dan terima Zenia. Dia perbaiki hubungan diaorang dan selalu buat Zenia rasa dicintai dan disayangi. Ini sis puji.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
Zenia bernikah dengan Fakhry kerana budi. Fakhry bernikah dengan dengan Zenia kerana harta. Sekadar memuaskan hati seorang ibu.

Darriz terpikat pada Zenia. Dia juga menjadi penyelamat ketika Zenia dizalimi Fakhry.

Campur tangan ibu memisahkan Zenia dan Fakhry.

Bahagia yang diimpikan Zenia dan Darriz tetapi sukar dicapai dengan kehadiran Fakhry yang mahukan Zenia semula.

* * *

Gitulah cerita kali ni. Garapan dah okey tapi hati saya tak terpaut. I want my woman to be strong yo. Ada bukti kukuh untuk sabitkan Fakhry tapi Zenia diamkan diri sebab ibu. Cer bayang kalau pisang berbuah dua kali tapi perempuan lain pula yang kena. So cik puan penulis wujudkan watak Darriz jadi penyelamat dah Zenia tak nak buat apa. Nasib la ada si Darriz.
63 reviews
October 10, 2019
Admin recommended you all baca buku ini. Dalam novel ni, admin suka dengan watak Darriz kerana walaupun dia tahu Zenia itu isteri orang, tetapi dia tetap menghormatinya. Kerana dalam cintanya kepada Zenia, dia sentiasa ada untuk dia walaupun Zenia sudah bercerai dan menghadapi kesukaran. Akhirnya mereka jatuh cinta dan berkahwin. Tetapi, perkahwinan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluar Darriz. Boleh dapatkan buku penuh di https://www.e-sentral.com :))
Profile Image for Safinaz Johani.
34 reviews2 followers
September 17, 2024
Aku baca edisi revamp, jadi tak tahu sangat apa beza dengan cetakan lama..

Bagi aku, cerita ni tak berat sangat. Boleh la buat layan,. Tak stress pun.

Yang stressnya mungkin dengan watak Fakhry, tapi aku tak peduli sangat dengan dia ni. Setakat menambah perasa dalam cerita ni. Haha.

yang best mungkin pada aku, ialah antara FL dgn ML.,
ML ni sangat2 green flag ea.. i like. Haha. Suka keseluruhan cerita
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
September 16, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

“Respect yourself enough to walk away from anything  that no longer makes you happy, Zenia. You deserve to be  happy...”

"Zenia, gosip tetap gosip. You tak perlu nak rasa  uncomfortable seolah-olah gosip tu semua betul. We are who  we are, so don’t worry okay? Lagipun mulut orang kita tak  boleh tutup dan diamkan, just ignore them.”

“I faham you risau pasal tu. But whatever you do, good  or bad, people will always have something negative to say.”

“Tapi takkanlah Encik Darriz tak kisah dengan semua  gosip tu? Tak rasa sakit hati sebab semua cerita tu tak betul?”

“You jangan risau pasal I, it’s tough but I’m trying to get use to it. I hope you are doing fine too.”

Walaupun sedikit tertekan dan kekok, namun Zenia  malas mahu ambil peduli. Biarlah orang mahu mengata,  mengumpat atau apa, dia tidak ada hati ingin menjelaskan  perkara sebenar. Bak kata Darriz Imdad, manusia sentiasa  mencari silap dan salah manusia yang lainnya.

“If you didn’t see it with your own eyes or hear it with  your own ears, don’t invent it with your small mind and share  it with your big mouth.” Sindirnya dengan nada tertahan.

Memang agak aneh apabila dia memiliki perasaan  sehalus ini kepada kanak-kanak yang tidak hadir dari susur-galur  keturunannya. Jadi benarlah hati kurniaan Allah kepada setiap  manusia ini begitu istimewa dan unik. Disuntikkan dengan  begitu banyak perasaan kasih dan sayang sehingga tidak ada  sempadan yang mampu dia letakkan sebagai penghadang.  Mengalir terus kepada Aiman yang baru dia kenali.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 13, 2015
Darriz Imdad telah jatuh cinta pandang pertama pada Zenia. Tetapi malangnya, Zenia adalah isteri Fakhry. Jenuh dia cuba untuk menjauh dari Zenia tetapi hubungan mereka semakin rapat. Rupa-rupanya Zenia terperangkap dalam sebuah ikatan yang menyiksakan. Fakhry sering kali memukul dan mendera Zenia kerana dia terpaksa mengahwini Zenia. Namun Zenia tetap setia. Suatu hari, Zenia cedera parah dipukul Fakhry. Darriz dapat tahu dan terus menghubungi Puan Norizan. Puan Norizan rasa sangat menyesal kerana dia yang telah memaksa Fakhry untuk mengahwini Zenia dengan harapan Zenia dapat merubah Fakhry. Fakhry akhirnya menceraikan Zenia. Setelah berpisah, Fakhry mula rasa rindu. Dia mula cemburu bila dapat tahu Darriz dan Zenia telah berkahwin. Fakhry merancang untuk dapatkan Zenia kembali. Dia seperti telah hilang pertimbangan. Zenia di culik dan kesuciannya diragut. Darriz menderita kerana risau akan keberadaan Zenia. Dia berusaha untuk cari dan selamatkan Zenia. Setelah Zenia diselamatkan, Darriz berusaha untuk mengembalikan semangat Zenia. Setelah lama bersabar dan berusaha, Zenia akhirnya dapat mulakan hidup baru disamping suami tercinta, Darriz.
Profile Image for Ainfaha.
16 reviews
May 18, 2021
Fakhry Fakhry... saya rasa macam,,,,, bila saya nak sebut nama awak, saya tak nak sebut 'ry'. Maaf gurau kasar. 😂

Seriously talk, anda² yang nak baca novel ni mesti dalam mood yang baik dan tenang supaya anda boleh menitiskan air mata dan menjiwai watak Zenia.
Kalau baca tengah dalam mood marah, rasa nya anda² akan baling/campak/lambung (dan seangkatan dengannya) novel ni 😂 sebab tak tahan dengan perangai Fakhry yang macam kena sampuk tu hahaha

Fah sebenarnya jarang baca/beli novel yang emosional. Fah suka novel yang genre lawak. Romantik komedi. Sebab dah la siang stres dengan kerja lepastu nak release stres penggemar² novel akan capai novel sebuah dan baca lepastu pulak novel tu menaikkan lagi darah😂

Apa² pun Fah nak ucap tahniah pada penulis (Acik Lana) kerana berjaya buat saya leleh ayer mata sikit.

Maaf jika tersilap kata terkasar bahasa tertypo ejaan semasa review.
Profile Image for chenisz.
17 reviews2 followers
February 23, 2015
Kerana Aku Untukmu.

Oh no! KAU bukan jiwa Cik Ungu. Cik Ungu memang ada semua karya novelis Acik Lana. Mesti ramai tak puas hati baca komen Cik Ungu kan. HAHAHA. Actually, watak yang dicipta memang tak dapat disangkal keromantikkannya plus pulak hero yg AL describe tu mmg lengchai nak mati kan. Jalan cerita pun menarik. Tapi ada sesetengah part yg mcm tak kena dgn jiwa utk dibaca. Kalau korang baca, mesti korang tau la tang mana. #partkawen#

Tapi watak si Fakhry tu mmg tak guna betul. Ish. Tragis jiwa seorang Zenia. Nak tahu tragis tak tragis korg kena la baca, tak suspens la kalau story kat sini panjang-panjang.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
January 4, 2015
Tiba-tiba macam nak marah je pada Darriz Imdad yg lambat ambil tindakan...
Adosss!!!!
kan dah tahu Zenia kena culik dgn bekas suami si Fakhry tuuuu???
kenapalah tak terus report polis terus?????
Peh!!! boleh pula dia berfikir-fikir lagi...
Ni yang nak marah niii...

Jujur apa yang nak katakan inilah novel Acik Lana yang boleh memuaskan hati saya bila membacanya berbanding novel sebelum ini Saat Hilang Cintamu..

Good Job!!
13 reviews
December 30, 2014
Standing ovation for karya ke-8 Puan Acik Lana kita ni. Jalan cerita yang best & ayat ayat tersusun rapi sekali. So happy untuk Zenia yang akhirnya bertemu kebahgiaan dengan the ever so sweet, loving, romantic and gentleman Darriz Imdad setelah failed marriage dengan si nasty, egoistic, womanizer, wife-beater and in the end psychotic Fakhry. Eeeeeee betul betul geram dengan Fakhry seh!
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
December 23, 2014
KAU berjaya menyentap emosiku .. kejap naik kejap turun grafnya...Walaupun pengakhirannya tidak tragis mcm PCBS tapi perasaan ini masih lagi libang libu...masih tersiat2 rase kat dada ni.. sangat-sangat terkesan dihati.. kalau boleh pilih akan ku pilih Fakhry mati kene AIDS biar terseksa.. biar dia tahu ape itu penderitaan...
Huh! emosi sungguh! benci
Profile Image for Nornadia Zaid.
3 reviews4 followers
January 19, 2015
penulisan acik lana mmg xpernah nk mengecewakan peminat2 beliau...tetapi maaf saya katakan bukan genre kesukaan saya...konflik terlalu berat bagi saya....bila zenia kene rogol saya da xsggp nk baca...terus ketepikan buku ni...sbb mgkin saya suka jenis novel yg happy2 je kut...konflik pon yg biasa2 dan ringan je... tp bg sesiapa yg suka kn novel lain dpd yg lain saya syorkan novel ni kpd anda..
Profile Image for Yana Hana.
5 reviews
February 21, 2015
seriously kalau aku jadi zenia mmg give up jugak la... xtau nak hadapi situasi mcm mana walaupun kadang2 bila fikir balik, maybe aku mampu nak atasi masalah2 tu..tp fikir2 lagi, rasanya may be giveup ja.. tp sebab ada darriz tu kot yg jadi tulang belakang dia untuk hidup bahagia.. thanks utk darriz yg sanggup hadapi saat2 getir bersama zenia.. ending yg happy afterall..
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.