Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jibam Kahwin Janda Vogue

Rate this book
Mohd Syahir Eddy aka Jibam, seorang lelaki kampung tidak punya paras rupa yang menawan. Fizikalnya lain daripada orang lain. Selekeh, tidak bergigi. Semua ciri-ciri itu dimiliki oleh Jibam. Dek kerana dia bertubuh besar seperti The Rock dan tidak berpelajaran tinggi, pekerjaan sebagai seorang buruh di tapak pembinaan sememangnya sesuai untuk dia. Tiada paras rupa, tidak bergaya dan tidak berjawatan tinggi membuatkan lelaki ini kurang dipandang wanita-wanita di sekelilingnya.

Katrina Emelda, seorang anak hartawan. Cantik dan berkedudukan sudah tentulah panduan yang sempurna untuk seorang wanita seperti dia. Namun, wanita vogue ini memiliki sejarah hidupnya sendiri. Dia adalah seorang janda setelah diceraikan dengan talak tiga oleh Ryan Abraham, bekas suaminya. Kecurangan Ryan memusnahkan rumah tangga yang terbina dalam masa tidak sampai setahun. Seterusnya dia diketemukan dengan seorang lelaki yang paling jujur bernama Jibam.

Dek kerana gila talak dan gila harta, Ryan terus memburu Katrina. Tujuannya tiada lain mahu Katrina bercina buta supaya mereka dapat bersama semula. Walaupun tidak ada hati lagi kepada bekas suaminya itu, tidak mudah untuk Katrina mengelak. Akhirnya terbina rancangan demi rancangan sehinggalah Katrina dan Jibam berkahwin. Namun ada syarat tertentu yang dikenakan Katrina buat Jibam sebelum dia diceraikan nanti.

“Kita ada perjanjian, kan? Jangan main-mainkan perasaan saya dan jangan sulitkan keadaan kita.” - Jibam.
Apakah perjanjian itu?
“Sebagai isteri, ada beberapa bahagian dalam diri you patut jadi milik I. Apa yang ada dalam hati you patut jadi hak I.” - Katrina

Antara Beauty and the Beast, juga antara si miskin dan si kaya, ditambah pula gangguan daripada bekas suami Katrina, adakah mungkin untuk mereka bersatu sehingga ke hujung nyawa? Sesuatu yang mustahil pada pandangan mata manusia, jika sudah itu yang ditentukan Allah pasti ada jalan buat mereka. Berpeganglah pada hakikat itu!

Paperback

First published December 1, 2014

12 people are currently reading
167 people want to read

About the author

Adnil Zaff

65 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
76 (51%)
4 stars
56 (37%)
3 stars
12 (8%)
2 stars
2 (1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 42 reviews
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
July 11, 2018
Jibam punya pasal, sanggup aku berjaga..
Jibam punya pasal, sakit perut aku ketawa..
Jibam punya pasal, mata ikut berkaca..
.
Macam-macam rasa ada masa baca kisah Jibam dengan Kat ni.. Jibam yang nampak selekeh tapi ilmu penuh di dada.. Jibam yang menghormati wanita, penyabar, penyayang, manis giler dan sempoiiiiii...
.
p/s: Tahniah untuk penulis yang semakin menampakkan kematangan dalam mengolah bahasa serta jalan cerita... Dah ada dua karya penulis ini.. Dua-duanya under FP dan dijadikan koleksi..
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
September 29, 2020
Cerita ni kelakar dan best. Jibam tu adalah insan yang sebaik-baik manusia. Jujur dan lurus. Berbadan besar dan rupanya tak kacak. Tapi kalau dinilai dengan hati Jibam tu lebih dari itu sebenarnya. Budak kampung yang datang ke KL untuk mecari rezeki. Rezeki pulak datang bergolek bila bertemu dengan Katrina, si janda vogue yang jelita.

Langau dalam novel ni pun best jugak. Jahat-jahat tu ada jugak sengal nye. Ryan dan Leha. Dua2 tak sedar diuntung. Dah kena macam-macam pun still nak buat jahat dekat orang.

Hubungan suami isteri yang sweet. Bertolak ansur, cemburu, merajuk, berkasih sayang, bergaduh, tu semua rencah asam garam dalam kehidupan. Oh, tak lupa keletah si kecil yang mesti ada dalam novel penulis.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 20, 2014
adoyaii..pemalu sungguh si jibam ni..mcm terbalik lak rasa..selalunya hero yg menggoda..ini tidak..heroin pulak yg terlebih goda hero..haha..

padan muka Ryan..dah la gila talak..lepas tu ada hati nk bekas bini dia balik..nasib baik Katrina tu x termakan godaan..yg x tahan..sengaja buat x suka Jibam..padahal mcm perangkap supaya dia dpt kawin dgn Jibam yg konon sebagai calon cina buta..haha...

paling suka part bawak Katrina balik kampung. lawak betul mak Jibam..haha..

cerita kali ni agak santai bagi sy..konflik pun x berat..sbb watak jahat dia tu agk lembik...tu yg x stress baca..mana x nye smpai bersepai gigi dia..haha..yela mana boleh lawan abg Jibam yg tuff tu..:)
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
January 26, 2016
Citer ni mmh best sy sucre banget... Sy dok imagine heroin dia fazura tapi siapa ye heronya. Last2 sy berserahlah heroin dia zizie & hero dia bung hahaha
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
September 23, 2022
Kelakar! Terhibur dengan kisah Jibam dan Kat. Nama sebenar sedap tapi dipanggil Jibam.

Trademark kisah ini - gigi lopong
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
August 19, 2019
haa.... siapa kata hero mesti sentiasa hensem, smart, good looking dan yang seangkatan dengannya?.. siapa kata orang tak hensem, besar, gemuk, takde gigi depan orang perempuan cantik tak pandang?... jibam, seorang lelaki kampung yang serba kekurangan dari segi rupa amat rajin bekerja. bersama teman sekampungnya acap dia berniaga burger dan piza secara kecil-kecilan. siang hari pula dia bekerja di tapak pembinaan. dengan saiznya yang digambarkan besar amat sesuai dia dengan pekerjaannya itu. amat rajin bekerja demi mahu menyenangkan ibu bapanya di kampung. malang tak berbau, dia kemalangan di timpa besi di tapak pembinaan. tulang pehanya patah dan ketika itulah dia berjumpa dengan katrina, anak tan sri syarikat dia bekerja. dia ditugaskan sebagai pemandu kepada katrina.. katrina pula, janda yang bercerai talak tiga dengan ryan amat menyenangi peribadi jibam. namun gangguan demi gangguan dari ryan menyebabkan dia menerima jibam yang konon menjadi cina buta bagi ryan untuk kembali kepadanya. katrina merancang dengan teliti supaya ryan tidak akan dapat kembali kepadanya. jibam menerima supaya katrina menjadi isteri atas sebab dia memang sebenar sukakan katrina tapi ryan selalu mengganggu. hubungan suami isteri antara mereka bahagia cuma gangguan dari ryan amat memeningkan kepala. timbul pula si saleha, adik acap yang amat dengkikan jibam. apakah bentuk ancaman gangguan yang mereka terpaksa hadapi?...

suka dengan cara penulis bercerita.. memang banyak partlah yang boleh gelak sorang-sorang ketika membacanya terutama dengan watak lurus bendul si jibam.. perkembangan cerita pun menarik dengan susuan bahasa yang santai yang boleh memakukan pembaca supaya tak bertangguh mahu menghabiskan buku ni...
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
March 31, 2015
Akhirnya...selepas beberapa buku yang tak menarik sangat, dapat juga jumpa/baca satu yang lain dari biasa.

Alahai Jibam oit, pemalu sungguh. Lelaki melayu terakhir ni. Kelakar part Kat goda Jibam. Selalunya lelaki yang goda. Ni siap nak sembunyi bawah katil.

Padan muka Ryan. Tu lah pasal. Even talak itu di tangan lelaki, kena guna dengan sebaiknya. Dan padan muka jadi gila talak. Lepas tu ada hati nak baik semula dengan Kat. Hish...buat malu je ada lelaki macam dia ni.

Si leha aka Sally *bluek* ni memang jahat. Dah lah kutuk2 Jibam, lepas tu tak malu pula nak semula. siap hantar sihir. hmm...tapi memang ada macam ni realitinya.

Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
December 28, 2014
Melihat Tajuknya dh tersenyum terus...satu tajuk yg saya rasa ngam dgn citernya! jgn tertipu dgn tajuk ya...bkn citer santai yg humor ..bkn citer berat yg sarat konflik tp jln citernya ber'isu' dan ber'isi'... saya sukakannya dan mmg berbaloi dpt baca pengalaman Jibam yg telus dan tulus itu! ^^
Profile Image for Truenigma1.
4 reviews
November 2, 2022
Purchased these preloved novel from online platform on Oct22 dengan harga RM55.

SERIOUSLY WORTH IT!

MashaAllah kelakar weh, boleh ketawa mengikik sorang2 melayan kisah ni.
Mana taknya. Biasa kalau baca novel, heronya kemain lagi; rich, tall, handsome, bijak, stoic etc. Tapi Jibam? Alahai haha. Dengan giginya yg takde. Kalau nak bayangkan Jibam ni macam The Rock atau The Mountain(from GoT). Tapi versi berjambang, rambut kembang mcm sangkar burung & berkulit gelap. Dan kalau sengih je akan nampak lompong sebab gigi depan takde.

Sanggup berjaga sebab nak tahu how they developed the feeling & how the story progressed. Aduh jiwa..tengah malam pun gelak sorang2 baca.
Terhibur dengan sikap Jibam yg bendul tapi baik hati dipadankan dengan Katrina yg serba serbi sempurna.
Katrina ni bagus, frontal attack terus. Nak tunggu Jibam, memang takla. Haha.

Inilah yg dinamakan 'beauty is in the eye of the beholder'.

Saleha? Sebal betul dengan yang sorang ni terutama sikap pada mak ayah dia.

Dan kisah dorang ni bukan hiburan semata. Sangat banyak pengajaran & pedoman yang boleh diambil.
1) Mak ayah is no. 1
2) Padah derhaka pada mak ayah
3) Biar tak hensem, janji kaya adab
4) Nak seribu daya, tak nak seribu dalih
5) What you give you'll get back

Sis terhibur. Sesungguhnya kisah rom com mcm inilah yang sy perlukan as my stress reliever. Now mencari & mengumpul lagi rom com novel setanding dgn JKJV. Sekurang-kurangnya takdelah asyik hadap Netflix & Kdrama je.

10 ⭐ from me!
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
October 28, 2015
Katrina & Jibam


Doa Jibam untuk anak-anaknya:

"Ya Allah, celikkan mata hati anakku ini demi untuk mengenali antara dosa dan pahala. Jadikanlah dia anak yang soleh. Berikanlah dia hidayah dalam setiap langkahnya suatu hari nanti."

Pesan Makcik Melur; mak Jibam; kepada Jibam dan Kat (dan untuk kita juga pastinya):

"Jangan manjakan sangat anak-anak dengan harta dunia ni, Jibam, Kat. Itu semua buat menyusahkan kamu berdua aje nanti. Dunia ni memang lekas melekakan. Ajar anak-anak berusaha untuk dapatkan sesuatu, susah dulu tak apa. Sebabnya itulah yang akan membina ketahanan diri dia. Kalau semuanya mudah didapati, dia orang akan jadi malas nak usaha. Bila dia orang dah dewasa, sampai masanya kamu akan tinggalkan anak-anak, tinggalkan dunia ini. Anak-anak akan terumbang-ambing."

"Kalau kita harap anak-anak kita jadi anak yang baik kepada kita, kita pun kena jadi anak yang baik kepada orang tua kita. Jangan derhaka kepada ibu dan ayah. Isteri jangan derhaka kepada suami, suami jangan amalkan dosa-dosa besar, jangan bagi anak-anak makan duit haram."



Cuba lihat anak-anak zaman sekarang..
Atas didikan siapa kalau mereka jadi anak yang mendengar kata, baik budi pekerti atau sebaliknya??
Semuanya bermula dari rumah kan??
Pengaruh luar tu, ye, memang banyak menyumbang.
Tapi kalau kita terapkan agama, adab-adab yang sepatutnya, mereka akan jadikan panduan dan pedoman. Ya atau tidak, semuanya terpulang kepada diri masing-masing.


Hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”

Hmmm.. Renung-renungkan lah.. Wallahua'lam..
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
December 23, 2014
Mohd Syahir Eddy - Jibam
Katrina Emelda - Kat

Diantara buku-buku tulisan Adnil Zaff / Fazlyn Ridz, JIBAM & KAT ni yg paling kita suka. hihihihi, cerita yg agak ringan dan tenang. Jibam yang first and foremost anak yang menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya, seorang lelaki kampung yang tak punya harta dan pelajaran tapi kuat berusaha untuk membantu ibu bapanya di kampung, dari seusia remaja lagi Jibam memang rajin berusaha, walaupun tidak hensem, gigi rongak dan badan besar mcm badang tapi sangat baik hati dan hormat orang keliling, 1 lagi Jbam ni kuat berangan dan sangat pemalu. Alolololo. Kat pulak watak dia yang tidak klise, wanita berkerjaya, jatuh cinta kepada driver dia (Jibam) dan berusaha menjadi isteri Jibam yang terbaik, tahulah suami dia tu, budak kampung yang pemalu sangat, Kat gunakan skill dia tu untuk mengoda Jibam setelah mereka suami isteri. Kita suka watak Kat ni, sebab dia yang tak sombong dan menghormati ibu bapa Jibam dan jiran2 di kampung Jibam. Kat ni watak dia sangat berani, berakal dan hampir sempurna ( kecuali, dia pemalas nak masak, dan kadang2 terikut apa cakap Ryan, bekas suami dia yang sengal tu ) dia sentiasa memberi sokongan keatas segala usaha Jibam dan memang menjadi tulang belakang kejayaan Jibam. Banyak babak yang lucu dlm JKJV ni, bab Jibam nak bersembunyi dibawah katil bila Kat nak goda dia, dan babak polis yang nak menangkap Ryan (2 kali), lawak pulak pegawai polis d msia ni, sila baca babak menahanan kereta Ryan & bila mencekup Ryan part last tu, bagi kita sungguh lawak. Dah walau pun Acap watak dia kecil saja, tapi mampu buat kita suka kat dia, sebab dia sahabat setia Jibam. Dan watak saleha adik Acap yang pemalas dan jahat, walaupun watak dia jahat, dan anak derhaka, tapi bila penghujung tu, kita rasa lega bila dia sedar dan minta ampun kat Jibam & Kat. Sesungguhnya kita rasa berpuas hati dan rasa tak rugi memiliki buku yang ke 4 ni.
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
December 27, 2014
Memang betullah orang kate dont judge a book by its cover.. or i might say title?! jibam kahwin janda vogue.. hek..jibam?? ape xglamer no namenyer... memula cm ragu2.. tp bile dh bc.. mak aii!! best giler!

cite die mmg sempoi aje.. best! jibam ni sgt pemalu.. rendah diri..tp sgt rajin.. sorg anak yg soleh... buat keje sbb nk berbakti utk mak ayah die.. Kat pulak.. memula ingat dia ni jns tipikal heroin anak org kaya dlm novel.. mmg la aku slh sangka! Kat ni sgt baik.. xsombong.. bile kena; ngan jibam pon.. die xjudge jibam.. sumer die layan sama rata..
mmg xsangka bile Kat leh jatuh cinta ngan jibam..! tp bile pk blk.. sape xkn jatuh cinta ngan jibam tuh.. dh la baik..sopan..pemalu..gagah perkasa lak tuh! hahaha!

aku rs jibam n kat adalah satu couple yg sgt sweet~ suke sgt kt dorg ni.. mmg klaka la bile kat nk goda jibam tuh.. n yea.. aku rs antara sumer cite penulis ni..mcm novel si kolot suamiku..kot tajuk dia? novel tu pon aku rs best!tp rupe2nyer yg ni lagi la tersgt best! xrugi la nk bc..

cite ni ringan.. konflik dlm keluarga pon sikit je.. sbb keluarga kat n jibam ni sgt sempoi! alhamdulillah.. kadang penat kot baca novel kkonflik dlm keluarga teruk sgt.. haishhh..hahaha!

so silelah bc novel ni.. siyes xrugi.. kalo korg bc tp kate xbest.. hmmm..nasiblah? hehehehe
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
March 22, 2020
Best ☆☆☆☆☆
Jibam yg besar badannya mcm Rambo la, org gusti la, dpt kahwin dgn bos dia si Katrina yg cantik menawan.

kisahnya, Katrina kena cerai dgn Ryan, disebabkan Ryan gila talak, disuruhnya Jibam kahwin dgn Katrina. Katrina pun suka Jibam rupanya. Urusan kahwin dipermudahkan sebab parent Katrina pun suka Jibam.

Geram dgn adik Acap, Saleha. Macam2 dibuatnya nk runtuhkan rumahtangga Jibam & Katrina. Siap Hantar sihir.

Alhamdulillah happy ending. Nasib baik Saleha insaf. Sian parent Acap la dpt anak semua xleh pakai kecuali Acap sorang je.

😘
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
January 10, 2015
tertarik menarik dan da bomb!!! super otai la Kat... gaya anda mmg mengoda.. tersungkur hah si jibam. hahahaha.. tp part2 bomoh tue mmg menyampah... haishhh.. sengal betul. dan bila cakap pasal gigi mmg blh wat org senggih sorang2. x fasal2 ryan masuk kelab. hahaha
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
August 18, 2015
Book #77 - 2015

cerita jenis beauty& the beast. huhu beast lah sangat. nice read. tak selalunya orang hensem berkahwin dengan perempuan cantik dan tak mustahil orang yang cantik akan bercinta dengan orang yang kurang hensem.
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
December 10, 2017
Relax, santai and full of satisfaction. Membaca novel ni laksana seperti membaca buku carita komik yang panjang. Kepala otak saya penuh dengan lukisan-lukisan kartun hasil dari usaha seorang kartunis yang sangat kelakar. Hahaha. Love it.
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
December 31, 2014
Katrina,
Daku tiada rupa
Tiada harta
Yang ada
Cuma jujur dan setia
Ku berjanji
Setiap detik kita bersama
Akan hanya ada bahagia
Kerana hatiku ini
Milikmu selamanya

Alahai…kalaulah Jibam pandai berkata-kata, saya rasa tentunya Kat tak perlu sesi menggoda..ahaks. Lurus betul hero kita Mohd Syahir Eddy aka Jibam ni. Punya badan sebesar John Cena, segagah Badang. Tidak punya segulung ijazah namun sangat pandai dan kuat bekerja. Jujur. Ikhlas. Rajin. Yang Jibam takde, rupa aje. Fail sikit..err…banyak di mata orang yang memandang. Sebab tu dah hampir masuk kategori bujang terlajak, al maklumlah wanita mana berani hadap muka yang takde gigi dan berambut sarang tebuan, kan ? Seriau you alls !

Katrina Edrina pulak, wanita anggun serba serbi berstatus J. Tak mahulah elaborate pasal J tu kan, tak manis. Tapi Kat ni, nampak aje serba moden, dalam hati dia sama seperti orang lain juga. Mencari kejujuran. Mencari kebahagiaan. Dan bunga-bunga bahagia dia, mestilah bermula saat Jibam terpacul di depan mata. Dikejarnya Jibam, diusik, disakat..bila semakin rapat, barulah dia tahu Jibam ini sangat pemalu orangnya. So jadilah kes..girl runs after the boy !

Susah Kat nak yakinkan Jibam yang dia benar-benar sayang. Lagi-lagi dengan gangguan Mr-Ex. Jibam pulak, dok main nyorok-nyorok, lari-lari. Haiyoo..isteri pulak kejar suami ! Bila dua-dua dah membuka isi hati, barulah bunga-bunga cinta kembang mekar gedabak. Dibawa balik kampung, Kat jadi kesayangan mertua, dibawa balik ke banglo, Jibam jadi menantu dan abang ipar kesayangan. Pendek kata, a match made in heaven, sangat-sangat sepadan dan sangat-sangat dikagumi ketulusan hati mereka berdua ni walaupun seorang hanya gemar berbaju pagoda dan seorang lagi tahap diva vogue.

Yang menghantui bahagia Jibam dan Kat, cuma Mr-Ex dan seorang wanita yang tidak tahu malu. Tang tu tak mahu cerita sebab the highlight of the story is Jibam. Bagaimana seorang lelaki yang tak punya apa-apa dan tak pernah bermimpi untuk menjumpai cinta, mendapat segala-galanya hanya dengan tidak perlu berpura-pura. Cinta Jibam dan Kat is so sweet and hilariously funny at times, tapi penuh dengan makna sebenar sebuah KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.

Read this and discover the many ways of showing your other half how much you love them because words can be difficult to some. Betul tak ?
Profile Image for Aida Kassim.
47 reviews
October 27, 2015
Sungguh menarik novel ini..:)

Pertama kali aku baca hero mcm jibam..kekekek...maksudnya tak hensem, tak kaya, pelajaran kurang, selekeh.. tapi kelebihannya dia leh buat katrina yg cantik dan kaya jatuh cinta, semua org sayang dia,..memang kelakar novel nih.. jibam yg pemalu, waktu kena goda katrina lucu, yg tdk leh bayangkan baju pagoda jibam katrina gunting.. wakakaka... emak jibam yg kelakar..:D, acap yg setia kawan, keluarga katrina yg baik.. padan muka ryan sama mcm jibam tak ada gigi.(Ooopss.. jibam dah hensem skit sebab dah ada gigi dan potong rambut serta penampilan ada kemas, yg best dia dah pandai goda katrina..:D). Saleha aka sally... geli hati plak waktu dia terkejut nampak gigi palsu ryan.. wakakakaka... Geram juga ngan saleha yg degil perasan sempurna.. Kutuk Jibam dia sendiri pun sama gak tak lawa tapi nak yg bagus jak.. ceh...

Apa2pun the best novel nih..:) setiap novel adnil pelbagai pengajaran yg dia titipkan kepada kita semua.. Good job writer..
6 reviews
December 7, 2017
Ini novel pertama yang membuat saya tersenyum dari mula hingga akhir. Jibam memang seorang yang pemalu and sungguh sopan tetapi dia juga tegas jika perlu. Katrina pula seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan logik. Jika dia mahukan sesuatu, dia akan usahakan sindiri, untuk apa situasi sekalipun, termasuk memikat suaminya. Watak Acap dan Mak Cik Melur juga mampu membuat saya ketawa. Cara penulis menyampaikan hakikat yang ibu harus selalu dihormati agak santai, tetapi tetap berjaya dalam penyampaiannya.

Cuma satu yang saya nak betulkan- ejaan 'pakaian dalam' dalam bahasa Inggeris adalah "underwear", bukan "underware". Selalunya saya tidak terjejas dengan penggunaan bahasa Inggeris yang salah tetapi penggunaan "underware" itu terlalu kerap muncul dalam novel ini.
Profile Image for Zai Abd Rahman.
50 reviews1 follower
April 25, 2015
Jibam yang pemalu buat aku senyum. Asyik teringatkan rambut dia yang afro tu, gigi yang rongak dan jambang yang serabai tu. Lepas tu badan yang dia besar pulak tu. Cuba bayangkan macam mana rupa Jibam tu... tapi bak kata pepatah menang di mata sakit di hati, sakit di mata, menang di hati... Ryan yang handsome tapi hampeh dan Jibam yang macam badang tapi amatlah baik budi perkerti tu.. dan cinta itu buta.. sebab tu Kat boleh jatuh hati dengan Jibam.. budi perkerti Jibam membuat Kat jatuh hati dengan dia..

Seperti biasa, buku Adnil Zaff tak pernah kecewakan aku.
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
March 10, 2015
Jibam yang lurus
Kat yang daring.. ahakss

Tak sangka Kat yang rupawan leh jatuh cinta ngan Jibam yang besar cam The Rock tuh. Dah laa tak de gigi ngan rambut yang serabai.. Tapi iyelaa Cinta itu Buta..

Hahaha tak leh lupa.. Kat goda Jibam hingga Jibam nak nyorok bawah katil..dah laa badan tuh besor..kelakar sungguh laa Jibam nie..
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
April 9, 2015
JIBAM! Raksasa pemalu. Jibam ni comel. Walaupun belajar tak tinggi tapi otak dia tak bengap sangat macam hero novel2 lain.

Siapa nama isteri dia eh? Lupa. Sorry for that. Isteri Jibam i looiiikeee sangat sbb dia daring and "ganas". Kahkahkah.

Siapa rasa nak release tension, baca lah novel ni. Best! Kelakar!
Profile Image for Nazirah.
3 reviews
January 6, 2017
memang best. rasa macam dah jatuh cinta dengan si Jibam. ada ke wujud lelaki macam tu kat dunia ni. heheh. tapi memang sepadan sgt Jibam dan Katrina. Suka cara Jibam sayang dan jaga Katrina. dan kelakar sungguh. asyik gelak aje. terbaik. sekarang tengah baca novel ke-3 adnil zaff dengan Fajar Pakeer.
1 review
November 26, 2019
I love this book of yours. Read it many time and never get bored. I could just sit back and read the same novel all over. I am a great fan of yours and most of your books never seem to bored me. Thank you for filling my life with your story and romance. Keep up the good work. I am looking forward to read your next book Curanglah lagi. Sound interesting.
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
May 24, 2015
ada part lucu, dan juga part untuk "merenung diri sendiri". ada pengajaran tersendiri.

bolehlah, tk semua lelaki kacak dan tak semua perempuan cantik. tu hakikatnya. tapi kecantikan dan ketampanan seseorg tu bkn terltk pada paras rupa semata-mata.
Profile Image for Shazalila Shah.
31 reviews2 followers
February 15, 2015
Cerita yang x mengecewakan... Best gak... Try jugak bayangkan ke'raksasa'an si Jibam... Hahahah
Displaying 1 - 30 of 42 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.