Demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati. Meskipun dia tahu yang Tajul itu panas baran dan cemburu buta orangnya.
“Bukan itu caranya nak membuktikan sayang, Tajul. Nuha rasa terkongkong. Nak keluar rumah pun Nuha jadi takut. Segala pergerakan Nuha, Nuha kena laporkan pada Tajul. Tapi bila Nuha beritahu, Tajul tetap tak percaya juga.” - NUHA
Perkahwinan yang diharapkan bahagia untuk selamanya, rupanya bertukar menjadi neraka dunia. Namun segalanya dipendam, agar perkahwinan itu nampak bahagia dan sempurna.
“Nuha kan dah tahu yang abang ni cepat cemburu. Abang tak suka Nuha bercakap dengan lelaki lain. Bukan aje bercakap, senyum pun kalau boleh abang tak benarkan. Nuha ni isteri abang, hak abang. Abang tak suka hak abang, orang lain pun dapat. Senyum Nuha, kata-kata Nuha hanyalah untuk abang. Nuha pun tahu kan, betapa abang ni sayangkan Nuha.”-TAJUL
Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek kerana satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga.
Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.
“Nuha, abang tak mahu janjikan apa-apa pada Nuha. Tapi ikhlas, di sini, dalam hati abang ni, abang ingin sekali menjadi lelaki yang akan tua bersama Nuha, lelaki yang akan melindungi Nuha dan menyayangi Nuha.”- ARHAM
Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Namun, di saat hatinya mula terbuka, muncul seseorang yang mendakwa Arham adalah miliknya.
“I tahu siapa you, I tahu apa yang dah berlaku. Cuma satuI nak tanya you, you ni tak ada maruah ke? You dah sumbatkan adik dia dalam penjara, dan sekarang ni, abang dia pula you cuba nak goda?”-AINA
Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Atau mungkin juga Arhamlah syurga yang Nuha tunggu?
Watak Tajul tu, gilerlah. Wujud ke lelaki macam ni?
Dia punya tahap cemburu buta, buta dan sangat buta tu sampai tahap...
1) Nuha tak boleh keluar rumah pakai baju warna cerah-cerah atau ceria. Cuma boleh pilih warna hitam, kelabu atau koko saja. Sebabnya Tajul kata berdosa pilih pakaian warna cerah-cerah kerana bakal menarik perhatian lelaki di luar sana.
2) Dia akan call pejabat Nuha dua atau tiga kali sehari, untuk pastikan yang Nuha tidak melencong ke tempat lain.
3) Nuha dilarang siram pokok bunga luar rumah, kerana Tajul berandaian akan ada lelaki lain akan mengintai susuk tubuh isterinya.
4) Nuha nak pergi mana-mana tanpa dia, kena tunjuk bukti. Contohnya, ke klinik. Nuha kena tunjuk resit ubat yang dibelinya kepada Tajul sebagai bukti dia tak membohongi Tajul.
5) Nuha dilarang sama sekali bercakap, memberi senyum, malah kerling mata sekali pun dengan lelaki lain, termasuk abang iparnya sendiri.
6) Nuha pun dilarang keluar bersama kawan-kawan perempuannya. Sebabnya Tajul tak nak gelak ketawa Nuha jadi tontonan ramai. Katanya, segala yang ada pada Nuha, senyum Nuha, tawa Nuha, hanyalah milik dia seorang!
Gila, kan? Itu baru dari segi cemburunya. Dari segi panas barannya... astaghfirullahalazim. Memang gila sungguh!
Kata mak Tajul, Tajul pernah tendang peti sejuk hingga terbalik hanya kerana makanan yang dimasak maknya lambat siap! Kegilaan apakah ini???
Banyak lagi boleh diceritakan kegilaan Tajul, tapi sebaiknya kau bacalah sendiri. Tapi sebelum tu, aku warning awal-awal :
Ini bukan buku untuk hilang stres! Tapi untuk tambah stres!
Kalau rasa boleh hadam dengan kisah suami yang langsung tiada ciri-ciri 'syurga' macam Tajul tu, ah silakan baca. Kau takkan menyesal sebab jalan cerita sememangnya best walaupun kau akan sakit hati semasa membacanya.
Dari segi olahan, okey. Ada jugalah sikit-sikit ayat yang kedengaran agak skema. Tapi okeylah, sesuai dengan jalan cerita. Takkanlah cerita macam ni nak guna ayat santai melebih-lebih pulak, kan? Macam tak sesuai jugak tu.
Di atas tadi aku sudah ceritakan serba sedikit tentang watak Tajul. Tentang watak orang lain pula...
Nuha - Pada mulanya aku rasa dialah perempuan paling bodoh. Kerana sanggup menerima lelaki seperti Tajul sebagai suami sedangkan dia sudah tahu sikap cemburu buta Tajul sebelum kahwin lagi. Eh kalau akulah, baik tak payah kahwin laa dari ada laki macam tu. Buat seksa hidup jer! - Walau bagaimanapun, aku suka juga pada watak Nuha ni sebab dia bukan jenis perempuan yang suka main tarik-tali. Bila dia dah sedar yang dia dah jatuh cinta pada Arham, dia sendiri pergi cari Arham dan confess everything. Good girl!
Arham - Apa yang aku suka tentang Arham ialah ketegasannya. Arham tegas dan bukannya jenis cepat mengalah. Sekali dia dah janji untuk jaga Nuha baik-baik, makanya dia pegang janji itu sampai ke sudah.
Rushdi, Norman & Haikal (abang-abang Nuha) - Wahhh heaven sungguh ada abang-abang macam mereka ni. Bersifat melindungi! Especially, Abang Norman laa. Paling suka scene dia tumbuk Encik Hashim. Hahaha, puas hati aku!
Puan Mona & Encik Hashim (mak ayah Tajul) - Ya Rabbi, mak ayah jenis apa mereka ni, hah? Terang lagi bersuluh perangai anaknya macam syaiton, boleh lagi mereka pertahankan anaknya dan letakkan kesalahan itu pada Nuha. Gila ke apa?
Faizal - serius ah? Mamat ni dia punya mulut tu... kalah wi-fi! Ada saja dia jadi tukang sampai berita! Benci sungguh aku dengan orang macam ni. Macam takde kerja lain dari duk menyibuk hal orang! Apa punya manusia entah.
Haaa dlm citer ni memang ramai watak yang menyakitkan hati. Tajul, mak ayah Tajul, kakak Tajul, kawan Tajul... semua yang berkait dengan Tajul laa! Kecuali Arham jer yang tak berjangkit perangai tak elok tu.
Ia punya ending pulak...
Aduhhh, tiba-tiba rasa simpati pula pada Tajul tu. Hahaha. Nak tahu apa jadi, baca sendiri hokey?
Apa-apa pun, buku ni best bagi aku. Bagi orang lain, tak tahulah. Citarasa masing-masing, kan.
Ya Allah… sakit jiwa baca naskhah ni. Mengucap panjang! Tajul memang mental!
Dari awal lagi, Tajul dah tunjuk sikap dia mental, kaki kontrol, kaki pukul. Sejenis abuser yang guna "I love you" sebagai alasan untuk dera isteri. Nuha pula... F rasa dia ni terlebih cerdik. Berharap Tajul akan berubah… alahai dik
Sedihnya, dalam dunia realiti memang wujud spesis jantan macam ni. Yang mulut manis tapi tangan ringan. Isteri dia anggap macam bola... sepak sesuka hati.
Paling menyakitkan hati bila mak ayah Tajul, Puan Mona dan Encik Hashim hidup dalam dunia denial. Siap pertahankan Tajul habis²an. End up? Memang sah Tajul tu mental.
Nasib baik anak sulung, Arham, ada akal. F suka tengok vibe keluarga Haji Marwan dan anak-anak lelakinya... tenang, harmoni ada prinsip. Lega sikit hati masa baca part ni.
Tapi satu je F tak berapa boleh hadam... pairing Nuha dengan Arham. Yes, Arham bukan Tajul, F faham. Tapi... sanggup ke Nuha masuk balik dalam keluarga toxic yang pernah salahkan dia, siap tuduh dia punca anak dorang masuk penjara? Sanggup ke hadap ex-mentua yang tak pernah berpihak pada dia?
Nuha ni kuat, F tak nafikan. Tapi dia kuat sebab dia naif. Positif sangat sampai kadang F rasa dia tak nampak red flag pun dah naik bendera hitam.
entahlah... adakala memang sukar nak bezakan sifat manusia. dalam baik rupanya tersembunyi sifat yang tak terjangkau dek akal. cinta juga boleh buat manusia jadi tak tentu hala, tak tentu rasa, tak gitu?
nuha. dari awal memang dah nampak sifat dan sikap buruk tajul dan sampai satu tahap dia pun nak undur diri dari teruskan apa yang dirancangkan. tajul bijak bermuka-muka. dan sikap buruk tajul terserlah dari hari pertama perkahwinan. nuha pun satu, duka, sakit, perit, payah... semua nak simpan sendiri. sampaikan tajul belikan dia pil perancang sebab tak mahu ada zuriat pun diikutkan.
ya, sangat betul. adakala sikap ibu bapa yang terlalu menatang anak buatkan anak punya sifat melampau. contohnya tajul. sikap dia yang selalu dimenangkan puan mona dan encik hashim buatkan tajul rasa dia boleh buat apa saja. itu yang dilakukan pada nuha. tangan naik, kaki naik, barang dilempar dan kemuncak perut dipijak, kayu hoki dihayun...
kejam! sangat keji suami sebegini. hanya sebab tak mahukan anak, sanggup pijak perut isteri. nuha sangat trauma. dan makin teruk keadaan bila mak ayah tajul masih nak menangkan anak. tak salah haji marwan dan hajah fatim tak tarik laporan polis. arham pun tak mahu bantu mak ayahnya. baginya tindakan yang sangat patut dilakukan supaya tajul sedar dan berubah bila terima hukuman dalam penjara...
puan penulis Rissa Ahdiya sangat menggugat emosi pembaca dengan gaya penulisannya. sakit hati, menyampah, meluat... rasa nak hempuk je kalau jumpa manusia begini. pembaca sama rasa naik angin dengan apa yang dibuat tajul dan keluarganya. arham saja penyejuk hati. bukan saja seorang abang yang berwibawa tapi insan yang sangat rasional tindak tanduknya. tak terlawan juga ketiga-tiga abang nuha dengan ketenangan arham.
ehh... ingat tu je ke? ada lagi beb... kalau nak tahu apa lagi onar yang muncul dan timbul kena dapatkan buku ni dengan kadar segera. bukan kita menyokong keganasan rumah tangga tapi mahu setiap wanita sentiasa berfikir secara rasional dan bila sesuatu berlaku, banyak tempat boleh dibuat aduan dan perceraian bukan makna anda akan mati! lelaki pula, tak semua, ada yang sangat ego dan menyatakan dengan angkuhnya yang wanita tiada hak apa-apa dalam rumahtangga. hei!.. tolonglah. mak ayah pada isteri tu bukan tunggul yang boleh disepak ketepi bila anaknya di ambil buat isteri... tanggungjawab suami isteri sama-sama sangat besar dalam satu rumah tangga. berbincang, sifat api perlu dipadam dengan air... cemburu perlu tapi bila keterlaluan boleh merosakkan. apa yang penting kejujuran dan keikhlasan...
NUHA, ARHAM, TAJUL, HJ MARWAN, HJH FATIM, EN HASHIM, PN MONA, LIZA, RUSHDI, NORMAN, HAIKAL, EFFA, JUITA, FAIZAL, JASMINE, SOFIA
Nuha bercinta dengan lelaki bernama Tajul Idlan. Bercinta selama 2 tahun dan membuat keputusan untuk berkahwin. Sepanjang Nuha mengenali Tajul, dia perlu menjaga diri. Tajul pantang kalau dia senyum, bergelak tawa, atau berbicara dengan mana² lelaki. Tajul jenis baran. Walaupun selalu Tajul mengeluarkan kata² kasar pada Nuha, dia bersabar dan kembali memaafkan. Selepas kahwin, sikap baran dan cemburu Tajul semakin menjadi-jadi. Nuha kerap didera oleh Tajul. Nuha diam dan tidak menceritakan kepada sesiapa pun walaupun ahli keluarganya. Nuha yang beria-ia memujuk Hj Marwan untuk menerima Tajul, jadi dia reda.
Sehinggalah pada satu hari, dengan simptom-simptom yang ada pada Nuha. Ditambah pula, ubat asid folik dan imej ultrasound yang ditemuinya. Tajul telah bertindak menampar, tarik rambut Nuha, memukul kaki Nuha dengan kayu hokinya. Semua kerana dia dapat kesan bahawa Nuha sedang hamil. Sedangkan awal² lagi telah diberitahunya bahawa dia tidak suka anak kecil dan mahu hidup berdua dengan Nuha sahaja. Tajul tambah geram apabila, Nuha memberitahunya bahawa dia kadang² terlupa untuk mengambil pil perancang yang disediakan oleh Tajul.
Tajul meninggalkan Nuha dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berdarah. Pasangan suami isteri, iaitu jiran sebelah rumah Tajul berada tidak sedap hati. Maka mereka pun terhendap-hendap ke dalam rumah Tajul untuk melihat keadaan Nuha. Terkejut mereka. Maka dipanggil jiran² yang lain. Ambulans dan pihak polis dihubungi. Di hospital, abang² Nuha iaitu Rushdi, Norman dan Haikal berasa marah setelah melihat keadaan satu²nya adik perempuan mereka diperlakukan sebegitu oleh Tajul. Bersama-sama dengan kedua orang tua mereka, mereka tekad untuk mengambil tindakan menjauhkan Tajul daripada hidup adik mereka. Walau dipujuk rayu dan dimarahi oleh besan mereka, Hj Marwan tegas demi pembelaan Nuha.
Atas keputusan Arham untuk tidak membantu emak dan ayahnya mencarikan peguambela, Arham tidak lagi mendapat layanan seperti sebelumnya. Pn Mona dan En Hashim memulaukan Arham. Tajul meringkuk di dalam penjara selama 7 tahun setelah didapati bersalah oleh pihak mahkamah. 5 tahun berlalu, di sebuah butik, ditakdirkan Arham terserempak dengan Nuha. Dari saat itu, Arham cuba mendekati Nuha tanpa dirinya sedar bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Nuha. Nuha menolak untuk punyai hubungan dengan sesiapa sahaja yang berkait rapat dengan Tajul. Nuha masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Tapi, setelah perasaan Arham ditolaknya. Nuha rasa sepi. 2 bulan tiada khabar berita daripada Arham. Selama hampir 2 bulan, Arham tidak memunculkan diri di depan Nuha. Nuha gelisah. Timbul perasaan rindu akan Arham.
Nuha tekad mencari Arham di pejabat lelaki itu. Malangnya Arham ada temujanji dengan klien di luar pejabat. Ketika Nuha berjalan menghampiri keretanya dalam keadaan hujan, Arham muncul memayungi Nuha. Nuha terkejut dan bertindak melepaskan semua rasa yang terhimpit di dalam dadanya. Tanpa sedar, Nuha meluahkan perasaannya terhadap Arham. Walaupun di pukul dadanya, Arham rasa bahagia. Cintanya berbalas. Arham memberanikan diri bertemu dengan Hj Marwan untuk mengambil Nuha menjadi isterinya. Hj Marwan berkumpul bersama isteri, Nuha dan anak² lelaki untuk membincangkan perihal lamaran Arham. Rushdi, Norman dan Haikal dengan tegas tidak bersetuju. Sekali lagi, Hj Marwan ingin mengadakan perbincangan dengan kehadiran Arham. Hj Marwan hendak berlaku adil. Arham bertemu mata dengan abang² Nuha yang jelas tidak suka dengan keinginannya untuk menikahi adik mereka.
Setelah berbalas kata, akhirnya keputusan telah diambil. Nuha meletakkan syarat untuk tidak mengkhabarkan pernikahan mereka kepada kedua orang tua Arham. Arham yang ditemani oleh rakan²nya yang dipercayai akan merahsiakan perkahwinan mereka berdua. Hampir setahun mereka menjadi suami isteri dan Nuha pula sedang hamil 3 bulan. Tanpa mereka sedar yang Tajul telah bebas dari penjara. Tajul mencari Nuha. Dia memunculkan diri di depan Nuha ketika Nuha di tempat letak kereta. Kehadiran sekuriti menyelamatkan Nuha. Nuha kaget. Dia hubungi Arham dam menceritakan apa yang terjadi. Perkara menjadi serius apabila Tajul muncul di dalam tandas wanita dalam perwatakan sebagai wanita. Tajul geram ketika itu setelah mengetahui bahawa Nuha telah menjadi isteri kepada Arham, abangnya sendiri. Nuha sekali lagi dimasukkan ke hospital. Takdir menyebelahi mereka, Nuha dan kandungannya selamat.
Rasa marah Tajul telah mendorong dia untuk membakar rumah Hj Marwan. Di dalam rumah itu ada Hj Marwan, Hjh Fatim, Nuha dan Arham. Mereka terselamat dengan bantuan jiran². Pihak bomba menjumpai dompet. Dompet itu kepunyaan Tajul. Arham sedih dengan tindakan yang diambil oleh adiknya. Tajul yang pulang ke rumah orang tuanya pada pukul 4pagi menimbulkan syak wasangka. Ditambah pula dengan arahannya. Sekiranya ada sesiapa yang mencarinya katakan yang dia tiada. Setelah mentari muncul, pagi itu pegawai polis mengetuk pintu rumah En Hashim. Dia memberitahu bahawa anaknya tiada di rumah. Tanpa diminta, Tajul dengan marahnya keluar dari biliknya kerana terganggu tidurnya oleh bunyi bising blender Pn Mona. Polis melihat ke arah Tajul. Setelah sedar, Tajul cuba melarikan diri. Dia berjaya ditangkap.
Mahkamah memutuskan Tajul dimasukkan ke rumah sakit jiwa setelah doktor mengesahkan bahawa sikap cemburu dan panas baran Tajul kerana dia mengalami masalah mental. Pn Mona sedih melihatkan keadaan Tajul. Dia yang selama ini tanpa sedar mendorong Tajul ke arah itu. Akhirnya Pn Mona menyedari kesilapannya dan hadir menemui Nuha untuk menyatakan rasa bersalahnya dan memohon kemaafan. Arham lega akhirnya.
Errrmmmm..... Dia Bukan Syurga. Dari awal perkenalan lagi, Nuha telah nampak sikap Tajul tapi dia tetap mahu meneruskan hubungan tersebut. Tajul jenis yang baran pada masa yang sama, bijak dalam memujuk rayu.
Aku ada 6 lagi buku RA yang belum aku baca. Tak tahu la kenapa, aku suka beli je, bacanya entah bila. Aku beli sebab rata-rata reviewnya bagus dan berdasarkan aku punya pembacaan sendiri jugak. Tapi, nak baca tu agak hesitate sebab bukunya agak 'berat' dan mendera emosi. .
Dia Bukan Syurga. Nuha dan Tajul sudah bercinta selama 2 tahun. Dan mereka nekad untuk berkahwin. Namun mengapa, kian hari, kian terserlah perangai Tajul. Tajul yang cemburu buta. Tajul yang tak suka kalau Nuha senyum kepada lelaki, apatah lagi Nuha bersembang. Bukan setakat dengan lelaki, Nuha nak keluar dengan kawan-kawan perempuan pun, Tajul marah. Tambah lagi, adanya Faizal yang selalu sangat melaporkan kegiatan Nuha terhadap Tajul. End up, Nuha yang kena marah. .
Nuha dah pernah istikharah. Dan jawapannya, dia meminta putus. Tapi Tajul duk pujuk rayu, dan Nuha terpujuk. Dan mereka bertunang. Bila dah nak kahwin, sekali lagi, Tajul buat perangai. Sebab Nuha lambat angkat call, Tajul maki hamun guna perkataan yang tidak sopan. Dan kebetulan yang angkat call ialah Norman, abang Nuha. Maka, dorang sekeluarga duk bincang dengan family Tajul, untuk putuskan pertunangan. Tajul punyalah nangis dan berjanji akan berubah. Dan again, Nuha percaya kepada peluang kedua. Dan mereka kahwin. .
Hurm, hari pertama kahwin pun, Tajul dah tarik rambut Nuha semata-mata nakkan semula duit hantaran yang dia kasi. Janji tinggal janji. Banyaklah derita yang Nuha hadapi. Tak boleh balik rumah keluarga Nuha. Tak boleh mengandung. .
Kemuncak bila Nuha mengandung. Tajul tergamak pijak perut Nuha sampai gugur, dan dia pukul kaki Nuha guna kayu hoki. Disebabkan itu, jiran tetangga report polis dan Tajul dipenjarakan. Tapi, keluarga Tajul pun bangang. Duk salahkan Nuha yang tak reti ikut cakap suami, sebab tu la Tajul marah. Eiiii .
Dan akhirnya mereka bercerai dan Tajul dipenjarakan. Nuha amik masa bertahun untuk move on. Sehinggalah dia jumpa dengan Arham, abang Tajul. Dalam keluarga Tajul, Arham seorang je manusia yang bertamadun. Yang lain, semuanya tak guna. .
Dulu, masa jadi isteri Tajul, Arham sentiasa concern tentang Nuha. Yang sentiasa memandang Nuha dengan pandangan simpati. Yang sentiasa memujuk Nuha walaupun sekadar bertentang mata. Sebab Arham tahu tentang perangai Tajul. .
Dan sekarang, Arham jatuh cinta pada Nuha. Apakah kesudahan hubungan mereka? Mampukah Nuha kembali semula dalam keluarga tersebut? Menerima Arham bermakna menerima Tajul semula dalam hidupnya. .
Suka hubungan keluarga Nuha. Apa-apapun, mereka akan berbincang. Kontra dengan keluarga Tajul, duk menangkan segala tindak tanduk anak, sebab tu yang jadi setan tu. .
Oh ya, aku selalu perasan, kalau buku RA, part hero heroin, mesti secoet je. Geram je. Dahla konflik dah mendera emosi, pastu part sweet tak banyak. hahahah
Permulaan membaca "Prolog" jer hati aku dah berdebar² belum lagi bermula bab 1.
Masuk jer bab 1 (permulaan) aku rasa... (bukan rasa jerrr tapi betul²) nak hantuk kepala si Tajul ni kat dinding, ketuk kepala dia dengan batu + geram bunuh jer dengan pedang samurai eh! Kalau tak ada pedang samurai parang kat dapur pun jadi laaa... 😅 janji hati aku puas walau hati Nuha tak merelakan.. 😂 nampak tak? Nampak tak???..
Nuha ni kena jampi ke sampai yakin Tajul akan berubah? Adoiii hai perempuan yakin sungguh kau si Tajul tu berubah. ermmm Please perempuan jangan percaya or perdaya dengan perkataan "Akan berubah" dah klo sebelum kahwin pun tak berubah jangan harap laa lps kahwin dia berubah. Hanya mimpi laaaa 😴
Adoiii mak Mona oiii... pisau dah kat leher masih lagi nak mempertahankan si Tajul tu... Ialah 9 bulan 10 hari kan??? Buruk ke, baik ke di mata seorang mak tu lah "anak" 😥
Secara keseluruhan puas hati membaca novel ini walaupun baru pertama kali membaca penulisan beliau.
Banyak pengajaran sebenarnya Walaupun ada rasa geram nak campak novel ini 🤭 tapi bila fikir dah setaraf Tajul pula maka tak jadi dicampak, maka disimpanlah di rak...😅😁
Mmg dri mula lgi Tajul ni redflag.. tp Nuha tetap nk.. Hampir setiap hari laa kene tangan ngn Tajul.. Mona pulakk mmg support kaw² ank die.. die kate Nuha tk dgr ckp..
Dlm pada tu Arham selaku abg sulung, slalu tegur Tajul agar jgn naik tgn.. Tajul mcm biase.. tk bole terima teguran.. lepas teruk die kerja kn Nuha sampai masuk hosp, Tajul di penjara selama 7thun..
Dlm mase 5 thun selepas kejadian, Arham berjumpa semula ngn Nuha.. mase tu timbul satu perasaan antara mereka.. Nuha menafikan perasaan tu sbb die sedar siapa Arham dlm hidup die.. tp bile Arham diam kn diri, Nuha mencari..
1st novel baca dari penulis ni... what a journey. Stress di permulaan cerita melayari rumah tangga Nuha dan "Tajul yang tak betul". Penulis mampu membawa pembaca tak senang duduk selagi tiada happy ending buat Nuha.
Murung bercampur rasa sakit jiwa perasaan menemani Ad semasa baca naskah ini. Stress dia tu, sampai berkerut kerut reaction kita.
Nuha sangka dengan perkahwinan dapat mengubah sikap Tajul panas baran dan cemburu buta itu tapi Nuha silap, tiada siapa dapat menghakis perangai syaitan itu dalam diri Tajul. Cemburu Tajul bukan cemburu biasa. Cemburu yang gila & aneh. Bayangkan, sebelum Nuha dihalalkan lagi, sudah disembamkan muka Nuha dekat dashboard kereta. Alasan kerana Nuha membalas senyum kepada rakan sekerja. Nuha tidak dibenarkan memakai baju warna cerah selain hitam coklat dan kelabu. Nak keluar rehat dengan rakan sekerja pun tidak dibenarkan. Alasan, takut lelaki lain tengok senyuman Nuha. Bagi Tajul, senyuman Nuha, suara Nuha, wajah Nuha, seluruh berkaitan Nuha hanya untuk dia seorang.
Setiap kali Tajul menghukum Nuha dengan memukul, setiap kali itu juga Nuha kalah dan berlembut hati dengan pujuk rayu Tajul. Nuha rasa Tajul buat begini kerana sayang akan Nuha. Demi cinta Nuha jadi buta. Sanggup menanggung sakit. Emosi Ad ni memang tak dapat dikawal. Darah naik mencanak mendidih. Geram akan sikap Nuha yang lembik! Kalau Tajul depan muka memang haku ambil penukul, Ad kokak otak Tajul mental ni.
Belum habis lagi geng, tak cukup menghadap perangai Tajul yang gila, Nuha terpaksa hadap perangai mertua dia yang tidak akan pernah membela Nuha. Walaupun mertua Nuha tahu anak dia Tajul tu panas baran & cemburu buta tapi mereka takkan sesekali menyalahkan anak sendiri. Bagi mereka itu hal suami isteri jadi tidak patut mereka ambil tahu,Nuha yang selalu dipersalahkan. Nuha yang selalu dipukul atas tujuan itulah cara Tajul "mendidik" isterinya.
Akibat satu kejadian menyebabkan rumah tangga Nuha retak. Bertahun-tahun lamanya Nuha bertarung nyawa cuba bangkit semula. Muncul pula Arham, abang Tajul melahirkan rasa getar dalam hati. Fuh, ini memang gawat. Ad yang baca ni tercekik air liur. Arham bekas abang ipar yang baik. Sentiasa membela & melindungi Nuha. Nuha cuba lari kerana trauma tetapi makin melarikan diri dari Arham, hidup Nuha tidak tentu arah. Percintaan mereka disajikan penuh onak duri.
Jadi what's going on with the ending? Sila baca sendiri.
Ya rabbi, tersangat-sangat pain ye cerita ni. Mengganggu emosi betul bila baca. Setiap kali baca, tiap kali tula mencarut. Belum pernah aku baca cerita yang dari awal hingga akhir(but not akhirla tapi nak dekat akhir HAHAHA) yang membuatkan aku asyik nak mencarut sumpah seranah semua tu.
Watak Tajul tu memang kejam yang teramat. Terlampau iblis perangainya—memang iblis pun. Ditambah pula dengan perangai mak ayah dia sendiri yang membela perbuatan si Tajul tu. Katanya, "Tajul tu cuma panas baran je, dia baik orangnya" , "Kau yang tak pandai nak ambil hati suami, memang kenala jawabnya".
Sungguh, tak boleh dibayangkan kalau ada mak ayah yang serupa mak ayah tajul ni dekat dunia nyata, which I believe were exist. Puan Mona(ibu tajul) kau memang taguna. Dah terang lagi bersuluh anak kau tu salah lagi kau nak bela dia. Anak kau tu ada penyakit mental tahu tak ! Anak kau tu dah buatkan Nuha tu sampai nyawa-nyawa ikan pun masih kau nak salahkan Nuha. Astaga, macam manala kau boleh jadi mak ehh..
Nuha pun satu—bodoh tu tolong simpan sikit boleh? , awal-awal lagi Tajul tu dah tunjuk belang dia sebelum berkahwin lagi. Tapi tetap percaya "dah ada anak nanti berubah la dia". Sudahnya, dia sendiri yang bunuh anak kau tu dengan pijak perut kau berkali-kali. Baran eh baran. Nasib nuha ni ended up dengan orang lain. Tapi tula, masih ada kaitan dengan family tajul.. grr
For me, it's good that author cuba nak sampaikan bahawa orang yang panas baran ni bukannya panas baran aje tapi sebenarnya dia ni ada masalah mental. So kalau dah perasan perangai seseorang tu lain macam sampai memudaratkan— cepat-cepat la seek help.
Dan sebagai perempuan, janganla sebab kau cintakan seseorang tu kau boleh butakan semua benda yang 'dia' buat. No, okay ! Kalau tak jadi macam Nuha ni laa. Being positive tu tak salah tapi berpada-pada. Kadang-kadang kena juga jadi hati batu, jangan mudah jatuh kesian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ulasan Buku: Dia Bukan Syurga Penulis: Risaa Ahdiya
Apa yang aku boleh kata... buku Dia Bukan Syurga ni memang bukan untuk jiwa yang tenang. Kisahnya tentang seorang wanita yang dapat suami psiko. Awal-awal nampak macam okay je, tapi bila mula ajak kahwin, perangai si Tajul ni terus berubah – makin parah. Lepas kahwin, hidup wanita ni jadi neraka.
Trauma dia bukan calang-calang. Dah cerai pun si Tajul ni masih kacau hidup bekas isteri. Sampai kena tangkap polis, tapi bila bebas... dia masih menghantui hidup bekas isteri dia. Serius siapa tak trauma? Silap-silap boleh meroyan atau jadi gila dibuatnya.
Unsur dalam novel:
Keluarga: 80%
Suspens: 50%
Cinta: 60%
Aksi Psiko: 70%
Apa yang pasti, bila baca buku ni kau takkan boleh relax. Tekanan dia tinggi gila. Nasihat aku – JANGAN baca masa kau tengah stres. Kau akan bertambah stres. Serius.
Watak yang paling aku tak puas hati? Mak Tajul. Sama je perangai dengan anak dia. Dua-dua psiko. Tak boleh terima kenyataan anak dia tu sakit. Bagi dia, anak dia tetap yang terbaik… walaupun jelas-jelas dah menyakitkan orang lain.
Aku beli buku ni sebab nampak iklan drama dia. Lepas tahu ia adaptasi dari novel, terus aku beli. Big YES nak baca, tapi NO kalau kau tengah perlu ketenangan jiwa.
Ending dia… hmm, tak puas hati. Macam tergesa-gesa. Tiba-tiba je Mak Tajul lembut hati, boleh pula terima menantu balik. Padahal sebelum tu, dialah yang paling keras menolak. Elok juga kalau ada Dia Bukan Syurga 2 – versi mak pula yang psiko betul-betul.
Done. Dia bukan syurga. Huh masa baca novel ni, hati aku macam naik roller coaster. 😂😂 semua rasa bersatu.
Nuha. Gadis lemah lembut sangat mencintai kekasihnya tajul. Biar apa yang tajul buat, hatinya tetap memaafkan dan menerima sahaja bulat2 perbuatan tajul. Dia selalu percaya satu hari nanti bila tajul dan dia sudah berkahwin, tajul akan berubah. 😁 ye la tu.
Selepas berkahwin makin menjadi-jadi perangai tajul tagune tu. Cemburu buta. Kata makian sentiasa berlagu keluar dari mulut dia tu. Sampaikan si Nuha nk senyum pun dia tak bagi. Hinggakan sikap cemburu buta tu telah buatkan tajul mula memukul Nuha. Mendera.
Kerana silap sikit, Nuha dipukul macam punching bag. Tajul tak bagi Nuha hubungi dan balik berjumpa dengan keluarga Nuha. Kemuncaknya satu hari, Nuha dipukul hingga masuk hospital dan keguguran. Sehingga menyebabkan Nuha koma.
Akhirnya tajul disumbat dalam penjara. Nuha trauma. Saat mendung dalam hidup Nuha, muncul arham yang tawarkan payung kasih untuk Nuha berteduh. Nuha tawar hati untuk percayai lelaki semula.
Siapakah syurga buat nuha? Adakah syurganya di kaki arham atau tajul yang lepas dibebaskan muncul semula dan menuntut semula kasih nuha? Semua terjawab dalam novel ni. ☺
Ini adalah novel pertama oleh penulis Rissa Ahdiya yang saya baca. Best storyline ini. Tak cliche dan banyak plot yang tak dijangka. Saya rasa berdebar bila Tajul tarik rambut Nuha pada malam pertama perkahwinan mereka untuk paksa Nuha beri balik duit hantaran. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta hanya membawa derita. Sering kali Nuha dipukul, ditampar dan diherdik Tajul atas kesalahan kecil. Mak dan ayah Tajul selalu menyebelahi anaknya. Cuma Arham, abang Tajul yang baik dengan Nuha. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta itu Nuha pendam demi menjaga aib suaminya. Sampailah satu ketika Nuha tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital, terbongkarlah keadaan yang sebenar. Setelah lima tahun berlalu, Nuha terjumpa Arham dan terjalinlah perhubungan yang baru. Apabila Tajul dapat tahu Arham telah berkahwin dengan bekas isterinya, Tajul pasang dendam untuk membunuh satu keluarga Nuha. Saya paling suka Arham walaupun watak utama ialah Tajul yang sakit mental itu. Watak sampingan abah, umi dan abang-abang Nuha banyak menyokong jalan cerita. Keseluruhan cerita yang sangat menarik walaupun ada sesetengah bahagian meleret-leret dan berulang-ulang yang agak membosankan.
Seperti yang dinyatakan review lain, buku ni memang stressful sebab buku ni menceritakan tentang hubungan toksik dengan watak2 yang menyebalkan. Wujud je manusia macam Tajul, Puan Mona dan Encik Hisyam dalam dunia sebenar ni. Penulisan buku ni separa santai, tapi masih dapat sampaikan emosi yang berat ni.
Saya suka watak family Nuha. Sangat supportive. Berbincang utk kebanyakan permasalahan. Semuanya dengan minta pandangan dan pendapat masing2 untuk tentukan sesuatu perkara.
Untuk ending, saya kurang puas hati. Macam agak laju? Tapi, it ends in quite a good way.
Terima kasih author
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku kedua drpd penulis yg aku baca. Masih mengekalkan ciri-ciri yang sama dgn Bahagia Yang Tertangguh, cuma BYT pasal adik kakak, DBS ni pulak anak emak... Adoi, penat baca dari awal sbb bagiku awal2 lagi mmg salah Nuha. Dah sah2 tajul tu layak dikakikan aje, nak jugak kahwin sbb cinta konon...
Kurang satu bintang sebab penulis bagi Nuha kat abang Tajul pulak lepas bercerai n Tajul masuk jel.. Patutnya jgn la masuk dlm family tu balik...
First time baca buku Rissa Ahdiya ni, tahniah penulis cerita ni dpt catch saya utk trus membaca sampai habis. Sesetengah watak dlm novel ni buat saya nk mencarut je, mengucap saya baca. Good job author seronok saya baca novel ni.
Tak fhm dgn Nuha ni walau dh couple dgn si Tajul tu 2 thn tp still x nampak lg Tajul tu mcm mana orgnya, nk jugak kawin dgn dia. Nk meraung rasa bilamana Tajul pukul dgn kayu hoki dkt kaki Nuha and pijak perut Nuha sampai dia gugur. Rasa dh x sanggup nk baca dh. Pain gilaa!!
Mak bapak Tajul pon 2×5 je, bela sgt anak diorg tu. Puan Mona langsung xnampak kesalahan Tajul, anggap benda kecik je? Pukul anak org sampai masuk hosp kau rasa benda kecil? Sabar jelh dgn makcik ni. Klau jumpa dpn ii ni mmg saya rukyah dia ni.
Tak puas hati skit dgn ending sbb Tajul tu masuk hosp sakit jiwa. Saya igtkan author akan buat dia mati, kena langgar ke sakit sampai mati ke baru puas saya baca. Aman skit hidup keluarga Nuha.
Baru selesai baca buku ini. Bahagian yang paling buat aku berdebar adalah tiap kali Tajul mula 'menggila' terhadap Nuha. Sakit hati dibuatnya. Sambil tu boleh pula aku bayangkan. Ngeri!!!
Plot cerita memang menarik [thumbs up]. Karya Rissa Ahdiya memang tak pernah mengecewakan ^_^
bukan setakat tajul je yg mental, aku pun hampir mental membacanya 😭🙏🏻🤯 tapi penulisan best, fast paced, walaupun hampir beberapa kali jaw-dropped dan hampir baling buku, tapi alhamdulillah selamat habiskan pembacaan 😆
pinjam bku ni dri library. trtrik dgn sinopsis. wow,this book kan made my blood boils💀 sy btl' geram dgn prngai tajul yg tlmpau panas baran,cemburu buta,overprotective(idk tpi mcm more to kongkong). lps cerai,dia jd obsessive dgn nuha. scary joooo😔
sy pling nd ble blah la yg time tajul jnji konon mau brubah lps khwin dgn nuha. dia blg dia mau ksi kurg marah' tpi nd jgak. pnya la,berlakonn btll oo😭 kesian dkt nuha tpi geram jga dgn dia sbb nd dgr ckp ap yg kwn rpt & abg' dia pnya ckp. dia mauu jgaa dgn c tajul ugh plslaaa!!! tajul is a redflag,nuha nda lyk dpt llki mcmtu. byk btl bnda yg buat sy geram dkt tajul ni! kmu kna bca sndri spya kmu tau knp sy ckp tajul ni bkin sy geram. gra' tajul pnya prngai la sy byk mencarut hmmm..
good ending for arham & nuha. bad ending for tajul,i guess?. he ended d hosp sakit jiwa. spa sngka panas baran + cmburu buta tu simptom' mslh jiwa..?
klu ni crta kna adaptasi,sy rsa sy nd smpai hti mw tngok sbb akn ada scene mental abuse :( im 100% sure i will cry.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca novel Dia Bukan Syurga ni silap2 boleh buat kena heart attack haha. Novel ni best (tak best sebenarnya. ok menyesal konon2nya nak stop baca novel sweet sebab takut kena diabetes haha).
Baru baca prolog penulis tak bagi chance terus ribut badai melanda. Memang dah bagi hint awal2 suruh pembaca banyak bersabar bila baca novel ni.
Mengisahkan tentang seseorang yang mempunyai penyakit mental. Jangan dibuat main, kalau boleh elakkanlah dari punyai hubungan dengan mereka yang punyai masalah penyakit mental ni. Sebelum kahwin lagi Tajul dah tunjuk dia memang tak sesuai untuk jadi suami pada Nuha tapi tulah kalau cinta sudah menguasai.
Maka bermulalah 'neraka dunia' Nuha bila sudah jadi isteri Tajul. Dengan cemburu butanya, panas barannya dan semualah yang tak boleh diterima akal normal manusia biasa apa yang Tajul lakukan pada isterinya Nuha. Ada lagi yang buat hati panas, mak bapa Tajul. Jenis mak bapa yang suka menangkan anak, salah macam mana pun tetap anak dorang juga yang betul.
Ok dipendekkan cerita. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga. (Ok masa ni confirm pembaca bersorak riang gembira haha). Maka muncullah Arham sebagai hero yang menjadi penyembuh duka lara Nuha.
Hurmm sebenarnya takda mood nak buat review tapi dah janji dengan cik penulis. Maka inilah hasilnya haha. Sorry kak Rissa Ahdiya, tapi apa2pun hasil karya kak Rissa Ahdiya memang tak pernah mengecewakan 😊
Pertama kali baca novel RA, BYT mmg topiknya berbeza dari yg lain. Selalunya ttg kahwin paksa, wujud watak penggoda & pangkat Datuk & Datin. Novel DBS mmg best tapi bukan utk relax kerana cerita ni penuh dgn emosi, geram sgt dgn Tajul, Mak & Bapak nya. Mula2 tak faham dgn Nuha, kenapa lah pilih Arham. Dah tak ada ke lelaki lain. Tak serik2 dgn Tajul tu. Yg saya rasa hero tu abang2 Nuha lah sebab penting utk ada kaum lelaki utk bela nasib wanita if dapat laki macam Tajul tu, belum lagi mulut puaka mak/bapak dia lagi. Walau semua abang2 dah kahwin tetap ambik tau ttg adik perempuan. Huhu... Akhirnya mungkin nak tunjukkan pada Tajul, dulu kau sia2 isteri kau, skrg yg bahagia abang kandung kau. Karya RA ingin kupas isu2 yg dekat dgn masyarakat. Rasanya betul2 berlaku. Ada ikhtibar dari novel2 RA.
level stressss aku baca buku ni memang tak boleh bawak bincang. ending cerita ni yang membuatkan aku bagi tiga bintang. rasa macam kenapa si nuha tu masuk balik keluarga tajul tu? aiyooo...
This entire review has been hidden because of spoilers.