Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mahasiswa Bangkit

Rate this book
Pada penghujung dekad 1960-an dan awal 1970-an, mahasiswa di Malaysia menjadi satu kelompok manusia yang mendapat perhatian yang istimewa daripada masyarakat. Istilah mahasiswa sebagai kumpulan pendesak (pressure group), jurubicara ummah, pembela golongan marhaen dan tertindas, pemacu perubahan, pemimpin masa depan serta pelbagai lagi gelaran yang muluk-muluk meletakkan mahasiswa sebagai suatu entiti penting dalam masyarakat.

Tetapi selepas Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan pada tahun 1971 dan kemudiannya diperketatkan pada tahun 1975, gerakan mahasiswa secara beransur-ansur menjadi seakan-akan kelompok yang lesu, tidak kreatif dan tidak lagi rancak untuk berpartisipasi dalam pergolakan dan pergulatan masyarakat yang menuntut mereka untuk turut serta terlibat. Melainkan dalam beberapa peristiwa tertentu, kewujudan mahasiswa kurang dirasai oleh masyarakat sehinggalah akhir-akhir ini suara mahasiswa mulai kembali didengari.

Entah di mana silapnya. Walaupun AUKU telah dipinda pada tahun 2009 dan 2012 manakala sekatan-sekatan mahasiswa untuk terlibat aktif dalam politik telah dibuang, kelesuan gerakan mahasiswa pada hari ini tidak banyak berubah. Kewujudan mahasiswa dalam masyarakat masih belum dilihat signifikan dalam memperjuangkan sesuatu isu masyarakat. Walau bagaimana pun, kita tidak boleh menafikan bahawa mutakhir ini wujud beberapa aksi mahasiswa yang memberikan harapan bahawa gerakan mahasiswa masih belum mati. Tindakan spontan Adam Adli, seorang mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera wajah Presiden UMNO di Ibu Pejabat UMNO berhampiran PWTC mula menarik perhatian masyarakat.

Namun persoalannya, benarkan gerakan mahasiswa kini benar-benar bangkit? Atau ia hanya riak-riak kecil semata-mata? Buku ini diluncurkan ke tangan anda untuk membuat penilaian awal kepada kebangkitan mahasiswa yang pasti berlaku.

188 pages

First published November 21, 2014

3 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Mohd Hasbie Muda

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (13%)
4 stars
23 (53%)
3 stars
13 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 17, 2015
Buku ini banyak mengambil rujukan dari Mahasiswa Menggugat (1973) karya Muhammad Abu Bakar. Aku tak ada masalah dengannya, cuma kalau nak yang lebih ekstrem mengenai aktivisme mahasiswa, boleh baca Mahasiswa Menggugat terus.

Dalam Mahasiswa Bangkit ini, aku tertarik dengan dua makalah dari Hazman Baharom. Sangai sinis beliau menulis mengenai 'mahasiswa donat'.

Mahasiswa kini bukan lagi semacam dulu. Kalau dulu, lagi gempak dan ekstrem. Ekstrem mereka pun, pakai otak. Tapi sekarang, mahasiswa sudah lesu. Universiti sudah mati!
Profile Image for Mohd Radzali.
4 reviews
January 13, 2015
buku yg membawa bayangan dari dua buah buku yg pernah diterbitkan sblm ini iaitu mahasiswa menggugat(muhammad abu bakar) dan kebangkitan pelajar islam(zainah anwar). mengetengahkan subjek mahasiswa sbg topik utama, penulis bersama kwn2 lain(ada penulis lain) cuba membawa pembaca melihat zaman mahasiswa yg dulunya digeruni oleh kerajaan sehingga mereka terpaksa menubuhkan AUKU 1971 yg terus mengikat mahasiswa dan menjadi lesu sehingga skrg. menampilkan penulis2 yg berbakat dan bijak pandai dlm bidang masing2,bg aku buku ini berjaya menghuraikan mengenai topik mahasiswa dan perkara2 berkaitan dengan berjaya. bermula dgn artikel tulisan saudara basil hazman baharum, penulis membuatkan pembaca terkesima dgn huraian beliau mengenai kelesuan mahasiswa skrg ini dan juga universiti yg dilihat seakan tidak relevan lagi kerana sistem pendidikannya.
kemudian, 4 artikel seterusnya berkaitan dgn pola prk(pilihanraya kampus) yg berjaya dihurai begitu baik sehingga den rasa prk di um pada era 60 an dan 70 an dh blh sampai tahap mcm piihanraya umum. artikel ini juga menghuraikan mengenai sejarah prk di um (universiti pertama di malaysia) dan menerangkan mengenai pro mahasiswa dan juga aspirasi. di dalam buku ni juga ada memuatkan mengenai artikel betapa peri penting nya mempertahankan bahasa melayu sbg bahasa ilmu dan pentingnya utk kita menjadi bkn hanya sekadar pengguna ilmu, tetapi cuba menjadi pengembang ilmu. dan artikel penghabisan memuatkan mengenai hala tuju mahasiswa slps AUKU telah berjaya dipinda.
selepas baca buku ni dan buku sklh bkn penjara, aku dh dpt bezakan antara aktivisme dan juga intelektualisme. so, bg aku tak lengkap jika kita belum baca buku ini lg dan hanya baca buku zulfikri zamir. sudut pndg berbeza dari penulis yg berkecimpung dlm arus politik dan penulis yg mempunyai pengalaman mengajar membuatkan kita dpt melihat bagaimana peri penting nya dan betapa berkaitnya politik dan ilmu(intelektual) ini.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
April 5, 2015
Mahasiswa Bangkit adalah kumpulan penulisan anak anak muda yang pernah melatari dan mewarnai dunia gerakan kemahasiswaan.

Usaha editor mempelawa rakan seperjuangan yang pernah berada dalam blok pro-establishment untuk berkongsi penulisannya menunjukkan sikap keterbukaan dan semangat meraikan perbezaan pandangan.

Kekuatan buku ini diterajui oleh penulisan Ridhwan Alias yang menyentuh mengenai pergerakan gerakan mahasiswa dalam dekad 70an hingga 90an.

Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
December 2, 2014
Inilah catatan idea,yang terbentuk dari benturan ilmu dari pengalaman dan kuliah di universiti oleh beberapa mahasiswa.Buku ini wajar dimiliki oleh semua aktivis mahasiswa,bukan dijadikan kotab wajib tapi menggunakan ia untuk melahirkan generasi siswa yang berguna untuk ummah dimasa kini dan akan datang.
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
December 30, 2015
Naskhah 'pencerahan' dalam beberapa isu melibatkan aktivisme mahasiswa, antaranya isu AUKU, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sorotan gerakan mahasiswa di universiti tempatan.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.