Talentime Productions mencari bakat dan muka baharu untuk projek teater mereka yang akan dipentaskan di Encore Theatre, Melaka. Habsah, pengarah teater terkenal telah mengadakan sesi uji bakat di sebuah universiti untuk tujuan itu. Seorang gadis pemalu bernama Lestari mencuba nasib. Dia bukan gadis biasa. Punya anugerah istimewa. Malah cucu kepada mantan penari istana termasyhur di Johor Bahru suatu ketika dahulu.
“Budak ni memang ada pesona. Ada aura!” - Habsah
Marga Jiwa, penulis skrip teater yang penuh misteri meragui kemampuan Lestari. Tetapi lama-kelamaan hatinya terpaut dan sayangnya tertaut.
“Kiraan saya, dua belas saat kakinya tak jejak bumi sewaktu menari.”– MJ
Pada tahun 1852, pencarian penari-penari muda dari tujuh buah desa untuk membuat persembahan di istana mengundang tanda tanya. Ada yang teruja kerana menyangka akan berlangsungnya temasya. Ada yang syak wasangka lantaran syarat ganjilnya.
“Tarian juga satu bentuk penyembahan dan penyerahan kepada makhluk ghaib.” – Sulong
Apa kaitan Lestari dengan kisah silam istana yang didakwa ghaib dan lenyap dari peta tanahair? Berjayakah teater itu dipentaskan akhirnya atau bakal dilanda malapetaka?
Boleh dikatakan hampir setahun momentum bacaan Kirah terumbang-ambing, teroleng-oleng diayun ombak sampai bertemu dengan 'dunia lanun di lautan' (Cc: Saya terjebak dalam dunia One Piece). Akhirnya, lepas diselak helaian demi helaian dan membaca aksara demi aksara yang Abang Nua titipkan dalam naskhah ini, eloklah saya isytiharkan.
Saya dah kembali ke pangkal buku dan reading slump saya dah pulih! Yahoo!!
Pembacaan Kirah habis dalam tempoh dua hari saja dan kawan-kawan, buku ni tak nipis ya. Betapa syoknya baca sampai lupa yang dari setahun lepas, satu perkataan pun tak boleh masuk kut kepala.
Novel ini mengisahkan tentang dua zaman yang berbeza. Lestari, anak muda ini memiliki keistimewaan yang mampu menggugah iman manusia biasa. Hijabnya terbuka. Tapi minatnya dalam dunia tarian membuatkan dia mencuba sesuatu yang selama ini dia elakkan.
Masuk ujibakat teater!
Sedangkan dia dan kita semua tahu, dunia tarian, muzik dan seni ini ada kala memanggil dan menyeru makhluk yang tak kasat di mata.
Semenjak itulah, satu per satu kejadian aneh makin menghantui kehidupan Lestari. Keturunannya pun bukan biasa-biasa. Nendanya penari istana pada zaman dulu kala!
Jika bermain dengan api, maka terbakarlah ia. Dendam lama walau memakan masa, takkan lucut andai masih tersisa.
Susah untuk kita review cerita yang padat dalam satu bingkisan pendek di sini. Apa yang pastinya, kita akan dibawa ke sana sini dalam istana lama, selendang kuning berkibar-kibaran menyapu muka, bisikan halus menyeru di tepi telinga. Ah, senang kata bunga tari pun ikut menghentak sama.
Gitu kau nyah, okey tak tok? Saya dah tersedut aura buku ni dah aguane 😆. Patut tengok orang lain review tak jumpa perkataan tamat. Rupanya memang tak ada! Saya tertanya-tanya apa akan jadi.
Nampaknya, pentas akan dibuka semula. Bila? Biarlah bunyi gonang bergema di istana yang bakal menentukannya.
Ceh, begitulah dik. Kakak ni dah tersampuk aura Ambarsari dan Pewana Betari. Dua-dua bergabung, akak hilang dik. Lenyap dan ghaib, menunggu tok karang naskhah seterusnya.
Ringkasannya, cerita Abang Nua ni signature dia bukan cerita penampakan hantu, tapi lebih kepada aura mistik yang boleh buat bulu kuduk kau tercacak macam tiang letrik. Bahasanya kalau zaman klasik, klasiklah ia. Terbuai kita membacanya, terasa hidup. Setiap bab mesti ada peribahasa dan pepatah yang sedap dibaca. Belum masuk jenaka yang bersahaja.
Silalah baca, sangat membuaikan. Saya bagi tok 5/5 bintang!
Sedikit sinopsis tentang buku ini. Seorang gadis pemalu bernama lestari mencuba nasib untuk sesi uji bakat projek teater. Dia bukan gadis biasa. Punya anugerah istimewa iaitu Indera keenam. Nak tahu lebih korang boleh search sendiri blurb dia dekat goodreads okay👻
“Budak ni memang ada pesona. Ada aura!" - Habsah
“Kiraan saya, dua belas saat kakinya tak jejak bumi sewaktu menari." - MJ
“Tarian juga satu bentuk penyembahan dan penyerahan kepada makhluk ghaib." - Sulong
My thoughts 💭
my second book from penulis ni, dan saya sangat suka dengan penulisan beliau😍 sebuah cerita yang digarap dengan baik oleh penulis. Penulis juga selitkan timeline yang berlainan tentang apa yang jadi pada masa lalu dan masa sekarang semua ada kena mengena. Saya suka elemen seram yang penulis buat... Memang sampai rasa seram tu😬 kita suka dengan mambang angin ni.. dia memang terhutang budi dan berpegang pada janji sampai dia jaga semua keturunan yang berbuat baik pada keturunan Raja Zulaikha🥺 banyak juga knowledge yang saya dapat melalui buku ni pasal ilmu² hitam yang dipakai very helpful supaya kita selalu menjauhi perkara yang mensyirikkan tuhan. Plot twist pula tak rilekk HAHAHA tapi sebelum nak sampai plot twist tu sebenarnya penulis macam ada dah bagi hint² and I boleh agak sikit lah siapa villain tersembunyi cerita ni tapi walaupun dah tau still shock waktu dia reveal diri dia.. the betrayal got me 😶 no words for that. As for the ending pula I tertanya² siapa ya Suraya ni? Maybe I kena beli dan baca semua buku² penulis dengan cepat kalau nak tahu siapa dia🤭 last but not least, they really need to help tajul, please I kesian gila dengan dia🥲 kesimpulannya, cerita ni sangat² best korang! You must give it a try I guarantee punya korang akan jatuh cinta dengan naskah² daripada tok, macam saya lah hahaha😆 Cuba satu terus beli buku tok yang lain.😙 Recommended 👍✨
i feel like this book boleh pendek kan around 300 pages something instead of meleret until 500 pages. dont get me wrong, im a big fan of tok cuma this book was not my cup of tea, at least.
everything was great. permulaan, kita dapat tahu siapa sebenarnya lestari. apa kena mengena dengan nenek dia. kenapa ibu dia risau lestari terlibat dalam dunia seni. okay - cut. goosebumps bila part nenek dia sebab kata nenek dia alim kenapa ada unsur mistik juga?
ending was good. cuma tertanya-tanya what happened to antagonist after that? macam takde proper closure. apa kena mengena last scene tu? siapa suraya sebenarnya? maybe tok nak buat buku khas untuk suraya kot. kecewa sikit sebab watak suraya tu datang part last je tu yang macam ha? apa ni ?
plot twist after plot twist. satu demi satu. mana yang baik rupanya jahat. mana yang disangka baik lagilah jahat. haih - jangan percaya org yg paling rapat dengan kita ye semua.
Masuk tahun 2025, pembaca yang meminati genre thriller/seram kalau tidak mengenali nama Anuar Darwisy mungkin anda bukan peminat genre ini sebenarnya. Tahun demi tahun, penulisan Anuar Darwisy saya lihat semakin kemas tersusun dari halaman ke halaman. Tidak hairanlah peminat genre ini sangat menanti karya daripada beliau.
Kali ini, penulis kembali dengan elemen yang berjaya membuatkan nama beliau mula dikenali menerusi buku JBDM. Elemen mistik dan tarian dalam buku ini berjaya membuatkan saya tidak senang duduk membacanya sama juga semasa membaca buku JBDM. Dan penulis sempat juga menyelitkan watak dari buku JBDM dalam naskhah ini.
Keseluruhannya, buku ini cukup dari segala segi. Penjelasan kemas dan perwatakan dibentuk dengan baik, menjadikan antara asbab buku Aura Aku Akan Merasukmu perlu masuk dalam senarai buku wajib baca tahun 2025. Tahniah buat Anuar Darwisy. Tutup sahaja buku ini, saya percaya peminat anda menanti kesinambungan kisah Tajul dan juga kisah Suraya. Moga moga ada dua karya tahun depan.
Aura Aku Akan Merasukmu sesungguhnya berjaya merasuk diri sendiri bila dah mula membaca ye. Kenapa? Sebab cerita ni bukan cerita ringan malah, cerita yang padat dan sarat. Sekali dah baca leka tak nak berhenti! Penuh dengan saspen dan debaran. Boleh buat sama naik meremang ye! Paling berdebar bahagian2 mereka ni kena kacau. Imaginasi pun turut terbayang level seramnya. Penulis bagi padu2 gangguan yang dialami dalam watak ni. Serius!
Nak diringkaskan cerita ni susah sebenarnya. Yela ada 2 latar masa yang berbeza penulis selingkan. 1 latar masa pada zaman silam yang mana nak kenalkan pembaca dengan sejarah istana dibina dan punca ilmu sesat yang berlarutan hingga kini serta menceritakan pada kita asal usul makhluk lain yang diganggu tempat tinggalnya. 1 latar masa lagi tentang Lestari yang seperti diganggu benda mistik dan segala mcm ancaman yang dilalui oleh dia dan keluarga. Paling penting! Plot twist dia memang rasa nak twist la kepala watak tu😂 tak disangka sungguh! Mana dengan lelaki misteri lagi guys. Haha
Sis cuba berkongsi serba sedikit sebab memang ceritanya banyak dan bermacam kalau nak diluahkan. Pada sis, sis tak puas dengan cerita ni walau novel setebal 561ms. Rasanya macam ada lagi tak dikeluarkan penulis. Jeng jeng jeng
Tamat saja novel ni termenung jap nak cuba hadamkan situasi yang telah berlaku. Rasa macam terkena electric shock pun ada huhu. Anyway cerita ni ada dua zaman iaitu zaman moden dan zaman silam dan yang pasti kejahatan yang bermula pada zaman silam dibawa sehingga ke zaman moden bersama dendam yang tidak pernah terpadam.
Lestari mempunyai bakat dalam bidang tarian dan bakat serta minatnya itu turun daripada neneknya Delima yang merupakan bekas penari istana suatu ketika dahulu. Dengan bakat tersebut, Lestari berjaya mendapat peranan utama dalam persembahan teater yang diarahkan oleh pengarah terkenal Habsah Mendonia atau dikenali sebagai Kak Cah. Saingannya iaitu Kaisara sangat mencemburui Lestari dan sering mengejeknya tiap kali mereka bertemu namun Sharifah yang merupakan sahabat baik Lestari sering kali mempertahankan dia dalam apa jua keadaan pun. Malah Sharifah juga satu-satunya kawan Lestari yang mengetahui tentang rahsia Lestari iaitu kemampuannya untuk melihat sesuatu yang bersifat ghaib. Suka dengan persahabatan mereka yang sangat rapat sehingga Sharifah dianggap sebagai sebahagian ahli keluarganya. Takdir pertemuan Lestari dan Marga Jiwa atau MJ yang selaku penulis skrip membuka lembaran silam mengenai leluhur mereka. Mereka berdua semakin rapat setelah tahu mereka sebenarnya berasal daripada kampung yang sama. Namun beberapa peristiwa mistik yang kerap mengganggu sedikit sebanyak menyingkap rahsia besar tentang asal usul keluarga mereka.
Tengku Zahra is my most favourite character kerana dia bukan sekadar puteri raja biasa tetapi mempunyai aura seorang srikandi. Zahra tidak mudah mengaku kalah sekalipun terpaksa berdepan dengan musuh seperti Tok Rawa yang sangat kejam dan manipulative. Berlawan dengan orang tua yang belajar ilmu sesat ni tidak mudah namun Tengku Zahra tetap berjuang walaupun nyawanya menjadi taruhan.
Ada elemen seram, mistik dan jugak kelakar. Yep ada part kelakar okey. Contohnya scene di mana Sulong, Puteh dan Harun nak selamatkan Tengku Zahra dan penari-penari lain di balairung seri. Tempat tersebut dipenuhi oleh jembalang tapi boleh pulak jadi kelakar dengan ulah Puteh yang kuat mengusik Harun. Tak pasal “Cik Siti” betul-betul terpikat dengan Harun. Memang haru betul la.
Tiba ke pentas terakhir, rahsia pengkhianatan sebenar terbongkar. Sebuah pengkhianatan yang tidak disangka-sangka bukan saja memberi kesan kepada watak utama tetapi kepada pembaca jugak. Rasa macam hati tertusuk duri sembilu bila menyelak ke muka surat seterusnya. Paiti tok huhu. Apapun kesimpulannya cerita ini terasa hidup sampai diri sendiri juga seolah-olah berada dalam situasi yang sama. Macam biasa novel tok tidak kosong dengan pesanan-pesanan yang akan mengingatkan kita pada Maha Pencipta dan terasa menginsafkan. Selain itu, suka jugak dengan penggunaan bahasa terutamanya bila dimasukkan peribahasa yang jarang didengar. Satu ilmu baru. Pendek kata kalau dah start baca memang susah nak tinggal selagi belum sampai ke muka surat terakhir. Boleh dikatakan happy ending walaupun ada sedikit pahitnya disitu.
(p/s: hmm mungkinkah penamat cerita ni bakal menjadi bab baru dalam buku seterusnya?)
Alhamdulillah selesai baca novel seram mistik Aura aku akan merasukmu oleh Anuar Darwisy, terbitan Kakinovel 2025.
Fuh, tebal buku ni dalam 500++ muka surat. Isu dia, pada saya berat! Tapi tok ketua menyelitkan ayat-ayat kelakar/ random kepada beberapa watak. Kiranya, mengimbangi ketegangan/ keseriusan/ keseraman/ kemistikan peristiwa yang berlaku.
Ada setengah bahagian, macam lambat. Ada yang laju dan juga sederhana laju.
Tapi, dia punya babak seram memang tok ketua tak bagi chance! Baru nak bertenang, ehhhh ada lagi pula! Nasib baik ada babak-babak lawak lepas tu.
Iya, novel ini memang betul kata tok ketua dulu-dulu, "cerita kita wajah kita" ~ unsur tempatan seperti alat muzik dan tarian buatkan saya rasa 'kekitaan' itu (akrab dengan budaya tempatan).
Sebenarnya agak susah kalau saya nak cerita semua dalam ni sebab banyak babak/ peristiwa saling berkaitan dengan masa silam atau lebih tepat pada tahun 1852. Masa tu, ada pencarian penari istana yang bakal buat persembahan di depan sultan demi merasmikan istana baru di atas bukit. Tapikan, sejujurnya saya meremang ya babak tarian tu. Saya boleh bayangkan betapa suram/ gelapnya ketika itu. Babak ni buat saya teringatkan isu hangat di sesebuah negara membuat persembahan kepada 'mereka' yang tak terlihat dengan mata kasar.
Mengenai sesuatu yang membantu Lestari dalam tarian, saya terbayangkan cerita puteri satubong puteri sejinjang ... puteri yang berkelahi gitu. Tapi iyakah sama? Korang kena baca sendiri dalam novel ini.
Yang buat saya terlopong kekaguman ialah macam mana penulis ni mendapat ilham/ sumber rujukan yang begitu details lalu diolah menjadi sebuah novel.
Eh, lupa ada lagi tau kemunculan lelaki misteri bercermin mata tu. Yang tahu je tahu dia siapa 🫣
Ending tu macam ada hint untuk next manuskrip je 🫣 Saya tak terjumpa perkataan tamat 😭 Sudah overthinking saya kenapa tak ada perkataan tamat.
Betul kata penulis. Siapa yang minat kisah mistik dan ghaib korang akan suka cerita ni.
sebenarnya 🌟Infinity!🥹💞 🏹"Aura Aku Akan Merasukmu" bukan sekadar sebuah novel seram, ia adalah sebuah karya agung bagi saya, yang menggabungkan antara 🔥mistik tradisional 🔥mantera dan... 🔥kisah gelap jiwa manusia dalam satu penceritaan yang sangat memukau dan mendalam.
🏹Dari muka surat pertama, pembaca terus ditarik masuk ke dalam dunia yang penuh misteri dan aura yang tidak dapat dijelaskan dengan logik biasa. Ini bukan cerita hantu biasa, ini cerita ADANYA 'KEGELAPAN' DUNIA LUAR BIASA disebalik dunia yang kita sangkakan biasa-biasa🔥
🏹Penulis berjaya mencipta suasana seram yang seakan terasa hidup dengan elemen budaya dan kepercayaan Melayu yang dirangka begitu teliti dan mendalam. Penulis memang sudah bersedia 'berperang' menggarap kisah ini menjadi satu wadah bacaan hebat yang sangat membuatkan pembacanya ada perasaan turun naik🔥
🏹Setiap bab terasa macam masuk ke alam lain. Sekejap gelap, sekejap indah, tetapi penuh bahaya. Plot twist sangat menyakitkan dan meruntuhkan jiwaku😭💔 Hopefully Lestari will heal soon🥹💞
🏹Puitis, tajam dan menyentuh jiwa. Itu yang aku nak sampaikan. Ayat-ayat Tok Ketua itu sendiri kadang kala rasa seperti itulah mantera.🔥
🏹Guess what? Setiap watak ada keistimewaan dan rahsia yang buat kita nak tahu lebih. (Jangan tanya aku apa rahsianya, sila beli dan baca😂, aku tak nak lalui liku2 perasaan yang bercampur baur seorang diri😂)
🏹Cuma nak cakap, aku benci Tok Rawa! Semoga mendapat azab selamanya dalam neraka ye😌Terima kasih Tok Ketua sebab berjaya menghasilkan watak antagonis yang sangatlah "syaiton"! Eii geram😭
📚 Untuk siapa buku ni? Kalau kau peminat cerita seram, mistik, atau cerita yang ada unsur budaya dan spiritual Melayu, YES, buku ini wajib kau baca. Dan kalau kau jenis mudah terbawa mimpi, sila baca waktu siang🤭Aku baca waktu siang pun boleh terbawa dalam mimpi😂🔥
🏹Mohon Tok Ketua jangan berhenti menulis karya hebat🔥 Btw, kenapa rasa macam ada sambungan JBDM?🫣
Assalamualaikum semua,rasa macam dah lama tak buat review novel ,kali ni saya nak review novel terbaru tok ketua Anuar Darwisy berjudul Aura Aku Akan Merasukmu (AAAM) 🤗.
💃 A ~ Alhamdulillah, Segala Puji bagi ALLAH Yang mengurniakan ilham buat penulis sehingga mampu menghasilkan karya yg hebat.AAAM bukan sekadar fiksyen semata sebaliknya byk pengajaran yg terdapat dalam kisahnya.
💃 A ~ Apa yg menariknya kisah ini memaparkan 2 zaman y berbeza,pada awal kisahnya bermula pada sekitar era tahun 1840an ,dan juga masa kini.watak utama dlm cerita ini seorg gadis bernama lestari yg bukan shj cantik bahkan memiliki keistimewaan blh melihat sesuatu y tak terzahir pada pandangan mata kasar.Dia terpilih utk memegang watak utama dlm teater pengarah terkenal.pelbagai kejadian misteri menimpa dia dan keluarganya. Apakah hubung kait kejadian misteri dgn sejarah silam keluarga nya? Dan apakah perkaitan antara 2 zaman tersebut? Semuanya akan diketahui bila anda mbaca AAAM.
💃 A ~ Ayat² puitis gaya bahasa klasik dalam AAAM amat indah sehingga berulang kali saya membaca baris tersebut, antaranya adalah " habis akal baru tawakal.sesungguhnya perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. " " pada masa yg sama ,ada yg bertanam tebu di mulut,bertanam halia di hati." Bahkan byk lagi ayat² yg menarik perhatian saya.saya suka penggunaan bahasa klasik pada zaman 1840 an rasa macam tgk cerita melayu zaman kesultanan melayu.
💃 M ~ Mana kan boleh kejahatan itu diwarisi ,sebagaimana iman juga tak dapat diwarisi dr seorg ayah yg bertakwa,yg jahat belum tentu akan kekal jahat sebagaimana yg baik belum tentu akn kekal baik ,y hitam belum tentu hitam selamanya,bahkan y putih juga belum tentu putih selamanya.
P/s : Tok tahniah berjaya hasilkan AAAM yg menarik ,jika bukan kerana kekangan masa nescaya tak sampai 24 jam blh habis ,harap sangat ada sambungan ,AAAM 2 utk pbakl 2026 nanti 🥰🤭
Aura aku akan merasukmu - Anuar Darwisy 📚 rating - 4.8/5🌟
Buku ni 300 pages pertama tu seram jugak la, dengan penampakan, menyeringai, menyerupai, hantu kejar, jenglot.. cuma di pengakhiran tu dah kurang sikit seram sebb nk fokus pada penjelasan/rumusan cerita (for me that’s ok)
Dalam novel ni, I like character Lestari. Walaupun macam2 ujian dtg dia sangat la berani dan berdikari. Tak lemah. Character Nek Delima pon boleh rasa how soft/close she is dengan cucu dia Lestari (kalau boleh sebenarnya nk baca banyak scene Nek Delima dan Lestari lagi🤭)
Paling tak sangka lah cite ni berakhir dengan pengkhianatan seorang kawan. Kusangkan kan si teruna lah rupanya si dara yg jahat.
Buku ni ada pengajaran jugak, suka bila author selitkan zikir/doa yg secara tak langsung pembaca ikut baca sama.
Cuma adakah akan ada Book 2? Tajul tu mcm baru nk bermula je kisah dia. ‘Alkisah’ psal Suraya tu pun mcm ada sambungan jer 🤔
Anuar Darwisy memang tidak pernah mengecewakan. Pendapat saya, karya ini adalah yang terbaik berbanding dengan karya-karya sebelumnya. Tidak perlulah untuk saya menulis sinopsis ringkas cerita ini memandangkan ramai sudah menukilkannya. Gaya penceritaan tersusun rapi. Bahasa yang digunakan indah dan kena pada konteksnya. Plot twist yang dipersembahkan pada penghujung penceritaan sememangnya tidak diduga. Jika anda belum membacanya, cepat dapatkan karya ini. Takkan pernah menyesal!
Yang aku suka -penceritaan detail tapi mudah di fahami -plot twist yang tak di sangka2 -kisah sorg cucu yg sgt sygkn nenek dn klrga -ank gdis yg ade ktrunan penari istana -perbezaan zaman dan tahun yang tak peningkan kepala dan mudah di fahami
Kurg suka -ending agak rushing -ending yg trbuka -apa jd pd tajul yg jaga jenglot?? -apa jd pd nenen delima? -adakah busur emas tetap dlm jgaan kak cha? -apa jd pd sharifah?? -kenapa adenya watak suraya?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel Kali ini mmg best.jalan cerita menarik.Gaya Penulisan yang mempunyai sedikit kelainan.Seram jugk bila membayangkan bahana ilmu Rawa Rontek kepada pengamalnya..suka dengan ada unsur tarian dan peralatan Muzik yang digunakan
Jalan cerita yang sangat best, seolah-olah dibawa dari zaman ke zaman. Saya juga dapat menambah ilmu dari penggunaan peribahasa yang jarang digunakan. Terima kasih kepada penulis kegemaran saya.