Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mi Esposa #2

Mi Carino

Rate this book
Empat sahabat di Royal Noble Highschool :
Tengku Adrean Ruiz,
Tengku Daniel Louis,
Megat Hafiz,
Salsabella Irine.

Di sebalik persahabatan mereka yang kukuh, ada rahsia yang Megat Hafiz simpan. Rasa hatinya yang mendalam terhadap Salsabella terpaksa dipendam kerana tidak mahu merosakkan persahabatan.

Ketika Salsabella difitnah dan digantung sekolah, mereka semua terjerat dalam konspirasi yang lebih besar terutamanya dengan kemunculan Rodriguez Artiles Ruiz, datuk kepada Tengku Adrean, yang membawa ancaman kepada mereka semua.

Di saat mereka merasakan semuanya sudah tamat, Salsabella pula meninggalkan mereka tanpa jejak, meninggalkan luka dalam hati Megat Hafiz yang semakin menyesal kerana tidak pernah meluahkan perasaannya.

Tahun-tahun berlalu, bayang-bayang Salsabella terus menghantui Megat Hafiz. Satu janji yang pernah diungkapkan Salsabella saat kali terakhir mereka berjumpa.

“If we meet again, I have something to confess to you,” -Salsabella Irine.

Apakah yang sebenarnya terjadi pada Salsabella? Dan apakah akhirnya bagi cinta yang bermula dari sebuah persahabatan?
Sebuah kisah tentang cinta yang tertangguh, penyesalan yang tidak berkesudahan, dan persahabatan yang diuji waktu.

"It's so hard to find words to describe you. You're already a goddamn poem all on your own."- Megat Hafiz

340 pages, Hardcover

First published May 1, 2025

5 people are currently reading
101 people want to read

About the author

Hudanajwa

9 books171 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (49%)
4 stars
12 (21%)
3 stars
10 (18%)
2 stars
3 (5%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,057 reviews204 followers
October 23, 2025
okay dah lengkap review.... cukuplah F membebel

Korang tunggu jap.. review F belum lengkap lagi tapi F rasa macam dah takleh go gan buku ni

Diorang ni sekolah lagi tapi dah pandai bawa kereta mewah, cepat betul dapat lesen ya? 🤔

Satu lagi, sekolah elit @ private school… anak² orang kaya tapi cakap guna bahasa pasar. Macam pelik sikit... F dulu sekolah government, so tertanya jugak, memang budak private school sekarang cakap camtu? Sambil tengok kawan² anak tengah borak... sigh.

Pasal Kevin ni pun F pelik.. budak lagi tapi dah diajar menembak? Kanak² tapi gaya macam dah besar. Kanak² tu bawah 12 tahun kan? sambil google cari maksud kanak²

Lepas tu diorang ni sekolah lagi tapi dah plan nak buat sesuatu kat Datuk Adrean. F pun blur sikit dari kes Bella kena fitnah tiba² terus melompat ke Datuk Adrean? Pening weh. Korang nak cerita apa sebenarnya ni?

Lagi satu, Bella tu kena fitnah… tapi sekolah elit tu takde ke CCTV? Ni sekolah anak² orang kaya kot mesti ada sistem keselamatan, kan? Sambil pandang kamera CCTV depan sekolah anak sendiri... sigh lagi.

Honestly, F tak pasti la plot cerita ni. You can enlighten me a bit? Maybe I missed something.

Half way baca barulah kisah Bella dan Hafiz... lama betul ya. Special chapter tu okaylah buat F sengih² bila teringat masa preggy.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
990 reviews119 followers
September 19, 2025


Update 18 Sep 2025:
Baru perasan Mi Carino konsep sekolah dan students dia macam plagiat from an English series that I sedang baca.

Apalah yang Joy dah baca ni? 😅 1 star sebab cover cantik dan gaya penulisan sebenarnya not bad. Bukan takde positif aspek, ada actually. Joy rasa senang masuk cerita dengan gaya penulisan Hudanajwa tetapi ya Allah, ya Tuhanku the plot and characterization.

Another pujian is the action and fighting scenes were well done.

1. Jujur kata sudah 60% into the story but I still have no idea kenapa Salsabella diserap masuk dalam geng Tengku Adrean. Salsabella nie new student kat sekolah elit dimana Adrean, Daniel and Mega Hafiz belajar - and the school belongs to Adrean's family. Jadi pengetua and semua cikgu sana memang tunduk hormat kat dia sebab dia owner, Young Master lah. Then Tengku Daniel terlanggar Bella dari belakang and that was how she met the trio. Bella dibawa jumpa pengetua oleh the trio and Tengku Adrean - ketua Holy Dragon (mafia) - tiber je announce kat Bella and the rest Welcome to Holy Dragon. Titik.

2. Weak character development:
- Joy tak tau apa special sangat tentang Bella. There was nothing that could convince me that she is the heroine of this story or anything. Cerita dia macam pembaca kena terima je dia heroine, dia baik, dia cantik, etc...I tak tertarik langsung to read about her. Ada 1 scene yang mereka 4 nak cari pengkhianat dalam Holy Dragon and jatuhkan datuk Tengku Adrean as the current mafia leader. So, Bella nie jumpa this 1 Holy Dragon member Mikael yang macam tak berpihak to either side and nak convince Mikael nie untuk percaya kepada Tengku Adrean and tolong mereka cari pengkhianat. Masa tu pun 1st time mereka jumpa, tapi tiber bila Bella bawa Mikael jumpa Adrean tu, Adrean boleh kata pulak mereka boleh terus percayakan Mikael sebab Bella yang bawa & dia percaya orang yang rapat dengan Bella. Eh hello, dia baru kenal Mikael ke pun, apa yang sudah jadi rapat?

- FYI, mereka hanya budak senior and the characterization tak konsisten. Masa kat sekolah macam takde orang takut dengan depa pun and nak cari dalang di belakang kes fitnah Bella tu pun mcm auta je - sekolah elit takkan takde cctv? Sampai upah penyiasat hebat Holy Dragon pun tak dapat selesaikan kes fitnah Bella. I nak nangis tau.

- Lepas tu bila nak fighting dah dengan datuk Adrean and members dia, mereka semua dah macam professional assassins, siap ada gelaran lagi 🙄 Yang paling kelakar kematian datuk Adrean, kena tumbuk je dah boleh mati. Datuk Adrean bukan tua kerepot tau, dia leader of Holy Dragon for decades and badan tegap tu. Senang je mati mcm tu  🤣

- Kevin. Sebenarnya dia kanak-kanak ke atau dah remaja mcm mereka? Bab 3 clearly mentioned him as kanak-kanak and dia masih training menembak. Then few babs later sudah jadi lelaki and digelar sniper. Whatttttt?????????

- Joy also tak tau lah apa hebat or awhhhh sangat tentang Megat Hafiz. Tengku Daniel still ok lagi sebab dia banyak melawak. Tengku Adrean pun entahlah, every sentence yang sebut dia pasti repeat perkataan mata kelabu dan dingin. Ok, Joy tau dah dia orang yang dingin dan has grey eyes. Tak payahlah asyik repeat benda sama. I belum nyanyuk.


3. The worst is the plot. Plot was all over the place and so so so so messy.
- Apa niat penulis letak jalan cerita kes fitnah Bella kat skolah lepas tu diabaikan je and lompat kepada mereka serbu datuk Adrean kat markas dia? Stupid betul (the plot, not author kay')..maaf dah kasar sikit.

- Yang depa kan mafia? Faham tak cara mafia buat kerja? Mafia plans well before any attack or job yang depa nak buat - normally kalau boleh diselesaikan dalam diam better. All out war to last resort je, that also depa dah siap sedia with manpower, supporters and weapons untuk tumpaskan current ketua mafia. Ini tak, macam takde proper strategi and backup plan - main serbu je like local gengsters. Yang lebih convince Joy ialah datuk Adrean, sebab dia dah well prepared. Yang Adrean and team dia tu - God save me. Macam kids playing adults.



- Ok, Bella kena tembak sebab nak selamatkan Megat Hafiz. Deskripsi tulis darah keluar from sisi badan dia, bukan dada. Tapi after that on the same day dia transferred to overseas sebab tembakkan tu affected her heart. Macam mana eh? Kena sisi badan but jantung yang affected 🤔

- Oh ya, cerita nie pun rasanya suffering from Missing Parents sindrom. Dimana mereka semua ada parents yang berpengaruh dan kaya raya tapi macam takde function langsung. Please belajar from mak Gu Jun Pyo - itulah baru power!



Kesimpulannya, Holy Dragon ibarat jaguh kampung dalam dunia mafia. Ok, bye.

Profile Image for lvndrblue.
20 reviews
December 28, 2025
Afterthought. So-so. It didn’t impress me much. The storyline didn’t leave any lasting impression, I could barely remember it after finishing the book. Still, it was an okay read. I enjoyed it. However, not going to reread.

Anyway, props to the author for the imagination! That’s why it’s called fiction, right?
Profile Image for shvtaaa.
25 reviews1 follower
July 10, 2025
dia mcm bosan sikit la tpi atok rean tu weyy sumph jahat aku kata. beli yg hc so ada extra chapter, extra chapter tu sumpah best & comel. paling comel nickname yg rean bagi tu
Profile Image for Amutha.
776 reviews6 followers
September 20, 2025
Enjoyed this one. Please don't turn this into drama. Cukuplah dgn Thariq Ridzuwan...
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.