"2x darab 2xy jawapannya 4x²y! Mana datang q ni?" - AIRIL NAJMI
Pernah terfikir tak bila kau kena belajar Matematik dengan budak poyo lagikan sombong? Semuanya bermula apabila Ain Qaisara menerima keputusan yang teruk dalam subjek Matematik ketika peperiksaan pertengahan tahun. Tiba-tiba pula pelajar pintar + sombong, Airil Najmi diarahkan oleh cikgu untuk mengajarnya subjek tersebut. Haru!
Macam mana Airil, si dingin dan angkuh akan mengajar Ain, gadis ceria dan bersikap childish? Dalam kelas pun lelaki itu buka mulut apabila perlu saja. Inikan pula perlu melayan Ain yang mulutnya tak reti diam dan kepoh mengalahkan wartawan Mstar!
Apa pula reaksi teman lelaki Ain, Faizz Daniel, apabila mendapat tahu kekasihnya sering meluang masa bersama Airil untuk mengulang kaji pelajaran setiap kali selepas sesi persekolahan?
"Sara, you're not cheating on me, right?" - FAIZZ DANIEL
Dalam menghitung hari menuju peperiksaan SPM, pelbagai ragam dan dugaan hidup yang dilalui oleh Aind; dan Airil. Ada yang bertaut dan ada pula yang makin menjauh. Begitulah... sehingga tali persahabatan yang lama terikat kukuh mulai menegang dan terputus. Cinta yang lama disemai akhirnya layu disiram rasa prasangka dan racun cemburu.
Tetapi... Apa yang paling tak disangka, salah seorang antara mereka tanpa sedar mula menyimpan rasa. Yang dahulunya paling dia benci, kini ingin sentiasa berada dekat di sisi. Jadi, bagaimana kesudahan kisah mereka?
Berjayakah Airil, Ain dan Faizz mencapai impian dan cita-cita mereka?
"Teman datang dan pergi, begitu juga sahabat. Namun, sahabat akan selalu menemukan jalan kembali." - unknown
Bacaan ringan yang comel sangat untuk remaja especially yang tengah gigih struggle nak SPM! Cerita ni simple tapi relatable giler.
Ain ni lemah Math, jenis tengok nombor terus migrain. So cikgu pair-kan dia dengan Airil, student genius yang kalau study tu jenis tak tengok kiri kanan.
Nanti uols baca cara Airil ajar.. dengan F skali study Math 😅🤣. adoii penat asah otak. tu belum lagi peribahasa guna gambar. jem F
Airil ni nampak je acah annoying tapi sebenarnya hati dia dah lama cair dengan Ain. Sayangnya, Ain ni dah ada boyfriend kaya bernama Izz. Kenapa F cakap dia kaya? Yelah baru umur 17tahun dah bawa jaguar. Airil pun tak kurang hebatnya, dia drive bmw.
Mula² semua okay je relationship Izz dan Ain tapi bila Ain makin rapat dengan Airil sebab study Math... Izz mula tarik muka. Farah start cucuk jarum. Terus Izz rapat dengan Farah, BFF Ain sendiri yang memang dah lama geram tengok Ain bahagia. Haa, part ni memang boleh bikin F naik darah sikit.
Of course la kantoi. Drama pun meletup. Putus cinta. Muka bercalar.
Airil ni nampak je heartless tapi dia care.. dia nasihat Ain supaya move on... jangan berdendam. Ain pun forgive-lah jugak tapi hati dia? Masih ada ruang untuk Izz cuma Ain nak focus SPM dulu. Girl whyyy? Dia yang curang dulu kot! Banyak kali F jumpa ayat Ain masih ada hati lagi kat Izz.
Ain terpaksa duduk rumah Airil sebab family dia busy jaga nenek kat hospital. Maka bermulalah study session ala romcom mereka. Yang penting, dua-dua mula fokus pada apa yang paling penting iaitu SPM!
F confused gak family Ain takda jumpa family Airil ke minta tumpangkan Ain? Maybe culture orang kaya² gitu kot 🙈
Cerita ni sesuai untuk remaja yang suka baca kisah sekolah dengan konflik cinta tapi still ada pengajaran.
Note to semua pelajar : Tolonglah jangan bergaduh sebab lelaki. Fokus dulu beb kat future!
penulis: @_dearfloral penerbit: @aaideapublication genre: highschool romance | students life | friendship | grumpy ml x sunshine fl page: 591
𝐀𝐢𝐧 𝐐𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐀𝐢𝐫𝐢𝐥 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢
✨Ini kisah tentang Ain yang lemah Math terpaksa berguru dengan Airil yang dingin bak ais batu demi dapatkan A utk Math SPM nanti, fuh nak ajar Ain ni pun memerlukan tahap kesabaran yang tinggi yaa😮💨 Ain ni pulakk suka berubah2 perangai biasalahh emosii perempuan kann, tapi dalam si dinginnya Airil jangan tak tahu ada caringnya jugakk hehehe🫣🫣🫣
✨Time study diorang ni memang dah macam anjing & kucing, asyikkk bergaduh, Ain yang kuat merajuk Airil yang selalu bercakap kasar, tapiiii tapiii chemistry diorang i likeee sebabb ianya buatkan kita throwback balik zaman2 study and cinta monyet duluu. Arghhh how i miss that precious moments with my friends😭💗
✨ Penulisan author pun santai2 je but ada lah certain part yang sy rasa dialognya kurang sesuai. But overall untuk bacaan santai, yessss you guys can tryy thiss book lagi2 if u minat math, kat sini authors memang kasi detailsss terussss soalan2/ jawapan tentang math. Haaaa disamping membaca boleh perah otak sekalii gituu🤣🤣🤣
✨ Cumanyaa kann sy tak puas hati bethol dengan si Izz tu lahh, memangg takk matang ekkk🤏🏻💆🏻♀️🤦🏻♀️ pening kepalaku dengan perangai kamuu yinii yaaa!!! Tuan badan dah pandai tapi boleh pulak buat mcm tu dekat Ain, haihhh memang nak kena ketuk kepala bagi betul sikit😌😌 Nasib ada Airil walau kadang perangainya menyakitkan hati sikit.
✨ Last but not least, sy nak kasi suggestion sikit disebabkan buku ni author fokuskan kehidupan diorang time school, apa kata author buat buku kedua tentang diorang bila dah dewasa nanti, macam best pulakk kannn👀👀👀 hehehehe sy nak tengokk Airil blushingg lagiii, comell ajee lahh kamu nii!!!🥺🫶🏻