Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nuh & Iris What Lies Beneath?

Rate this book
Nuh Zulkarnain, HER SECRET HUSBAND

NUH DAN IRIS, walau hampir lapan tahun terpisah ikatan mereka tetap utuh. Nuh masih suami dan Iris masih isteri. Masing-masing tahu dan masing-masing sedar akan kenyataan itu.

Selesaikan urusan Iris dengan dia kalau Iris betul-betul nak mulakan hidup baru – PUAN ARIANA

KERANA desakan mama dan demi bahagia sendiri, Iris akur. Akhirnya setelah hampir lapan tahun lari dari kenyataan, dia kembali. Tetapi kembalinya selain atas tuntutan kerja, dia juga ingin menyelesaikan apa yang masih tergantung. Ikatan dia dan Nuh perlu dileraikan.

Fullstop!

Aku ingat aku tak akan jumpa kau lagi. Aku ingat kau akan terus lari dan tak akan kembali. – NUH
ARGHHH! Secepat itu Allah pertemukan dia dengan Nuh? Sangkanya dia akan lelah mencari tetapi tidak, Nuh sendiri yang muncul di hadapan pintu bilik hotelnya secara tiba-tiba. Dari mana Nuh tahu dia berada di Bumi Malaysia ketika ini?

It’s great to see you again Encik Nuh. But I don’t have time for unimportant things – IRIS
Oh! Jadi apa yang pentingnya bagi kau? – NUH

NUH, sejak Iris pergi puas dia mencari. Semua yang mengenali Iris, pasti akan menjadi sasaran serangan soalan demi soalannya termasuklah Raeez. Tetapi gadis seperti Iris, kenalannya boleh dikira dengan jari dan hal peribadi tetap dikunci rapi. Tiada satu maklumat pun tentang ke mana dan di mana dia berada sepanjang pelarian itu diperolehi. Nekadnya, jika dia bertemu Iris semula, hanya satu yang ingin dia tahu…

Iris… do you still love me? – NUH

No… Let bygones be bygones. I want to start a new life with someone who truly loves me – IRIS
Sebagai seorang suami, aku rasa aku ada hak untuk menuntut supaya isteri aku kembali taat kepada aku.

Bukan begitu Encik Raeez? – NUH
Aku tetap nak bercerai! – IRIS

TEGARKAH Nuh melepaskan? Atau dengan rela melafazkan demi meringankan beban yang digalasnya bertahun lamanya itu?

I know one day your heart will bloom once again, Iris! – NUH

597 pages, Paperback

Published May 1, 2025

13 people want to read

About the author

Ameera Ameer

25 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (41%)
4 stars
5 (41%)
3 stars
2 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,144 reviews212 followers
June 16, 2025
Korang tahu kan what happened between Nuh and Iris? Mereka kahwin sebab responsibility... not sebab cinta pun. Dari situ lah bermula segala rollercoaster emosi.

Honestly, Nuh is portrayed as someone yang tak tetap pendirian. Sekejap sayang Iris, sekejap confused dengan Vie. F rasa macam… bro, make up your mind please! 🤦‍♀️

At first, F ingat Nuh ni someone special. Mungkin sebab Elvina dok layan dia macam boyfriend gold standard. Tapi bila kenal betul-betul... hmm, biasa je. Zaf, kawan baik Nuh pun nampak jauh lagi mature and reliable. Kalau dia yang jadi hero, F tak kisah langsung 🤣

Nuh only started to accept Iris lepas Iris duduk kat rumah dia masa cuti semester. Tapi waktu tu pun dia still confuse. Iris pulak, bila dah fed up, dia buat keputusan besar... tinggalkan Malaysia. Tabik spring dekat dia. Tapi 8 tahun kemudian bila dia balik, perangai dua² still buat F lelah. Nuh suka sangat guna "kuasa veto"... Iris pulak stubborn tahap petala tujuh.

Honestly, F nak Iris dengan Raeez. That guy sabar and always ada untuk Iris. Tapi entah kenapa… toward the end bila Nuh and Iris finally soften up, chemistry tu terasa pulak. F pun jadi lembut hati. Eh, sweet jugak dorang ni, kata hati kecil F. 🤣 menyampah lak F dengan diri F 🙈

Cuma satu scene F tak boleh move on... Scene Vie tampar Iris. And that’s it? No comeback? No balas dendam? No drama queen slap back moment? Excuse me... I need justice. 😤 Vie tu punyalah mengada, dahlah aniaya orang, boleh pulak lepas macam tu je?
Profile Image for Monoe..
7 reviews
February 22, 2026
{ 1st Vol review }

Apa yang boleh Noe cakap untuk 1st part of the book, Nuh sangat tamak ye. Dua-dua perempuan dia nak. Vie dia nak. Iris pun dia nak. Bila Iris cakap pasal cerai atau perkataan 'lepas' , mesti Nuh macam terkesima. Like, he doesn't expect and couldn't imagine letting her go. But at the damn same time, he still loves Vie the same way he did before knowing Iris.

Noe tak tahulah Nuh ni nak apa. Sumpah cakap. Pendirian takde dan sangat-sangat tak matang nak fikir dengan betul.

Is he so stupid that he doesn't get the hint about who is being included in the plan to trap him with Iris in that room? Iris pun dah tunjuk kot mesej dari Vie. Terang-terang pulak tu mesej Vie tu cakap yang Vie dengan Nuh dah putus and the biatch needs Iris for comfort.

Ughhh, immature ass manchild. Dahlah stupid. Tamak pulak tu 🙄 Bila Nuh jadi lalang dalam situasi dia tak boleh nak decide, mesti Noe roll kan mata. Terangguk-angguk macam patung. Haih, kata bekas pelayar cemerlang? Kenapa waktu macam tu tak boleh nak fikir?

Sabor jelah. Hopefully vol 2 nanti Nuh ada perubahan. And kalau ada redemption arc, I’m setting my expectations high for the yearning and groveling parts. Kalau biasa-biasa, cikai, otw lompat masuk buku tarik rambut Nuh sampai dia botak.

— Saturday, 21 February —

...

( Sudden update )

What the heck do you mean by 'Merry Christmas' Iris? Kan haram ucap tu? Islam kan? Apakah? Mentang-mentang dah bertahun duduk dekat France, terus disapunya ucapan orang sana. Amboi amboi 👁👁

...

( Sudden update 2.0 )

Bila dah masuk second part ni mula lah Noe nak kesiankan dekat Nuh HAHAHAH ADUHHH 😭

Masuk je part baru, terus keadaan semasa dalam buku tu jadi lapan tahun kemudian. Iris dah berubah. Like literally. Appearance dia nampak more feminim, rambut pun dia simpan panjang sampai paras dada. Tapi dia punya matlamat bila balik Malaysia ni yang Noe bengkak sikit hati sebab dia nak tuntut cerai.

Okay, okay. She doesn't know the real stuff that happened in Malaysia while she was away, leaving Nuh behind because she was heartbroken! BUT UGHHHH!!! TANYA DULU NUH ITU INI BOLEH TAK? AND RAEEZ? WTH MAN? HELLO, MANA GAP ANTARA LELAKI BUJANG DENGAN WANITA YANG MASIH ISTERI ORANG? RUDE! And Iris berapa kali dah cakap sebelum tu yang dia anggap kau sebagai kawan je? Tak faham bahasa? Way too blind with love? Pastu mula nak cucuk jarum. The freaking audacity this guy 🙄

...

( Sudden update 3.0 )

Raeez ni penyondol. Geram pulak Noe dia jadi orang tengah. Serabut.

...

{ 2nd Vol review }

My thoughts untuk 2nd Volume ni is... Banyak benci ke Iris dah ni. And kali pertama Noe okey aje kalau heroine jadi janda. Nak sangat bercerai kan? Sampai anak sendiri pun siap sorokkan dari Nuh sebab konon taknak Nuh ambik dari dia. Ha gi bercerai jauh sana. Bawak hati keras batu berketul tu jauh-jauh. Geram aku.

But then again, dia jadi macam ni sebab rasa sakit dia dengan Nuh. Bertahun nyah dia bawak sakit tu. Bukan takat dia aje lah sakit, kepala otak Noe pun sakit baca kisah diaorang yang penuh dengan semua benda nak dirahsiakan.

CUBA JUJUR JE APA KE SUSAH SANGAT? MEMANG NAK NOE LOMPAT MASUK JADI KARAKTER GILA BONGKARKAN SEMUA KE? HAAA KANG TAK MEMASAL AKU PULAK YANG JADI HEROINE

Astaghfirullahalazim. Tenang. Fuhh....

...

{ Overall Review }

Bahagian belakang tu jujur Noe cakap dah rasa dragging. Dia punya rasa dragging tu sampai buatkan Noe macam nak skip je or malas dah nak sambung. Tapi tulah, lagi sikit aje kan nak habis so Noe pun habiskanlah.

Kat sini Noe boleh buat konklusi yang Iris literally jadi heroine pertama yang Noe penat nak bertoleransi dengan diri dia. Sure, she was hurt, but it doesn't mean she has a green card to be such a ughh!!! Kalau first part Nuh yang macam lalang, ni second part dia pulak yang jadi lalang.

Yang Raeez ni pun satu. Kau function untuk jadi orang ketiga je tau dalam buku ni. Semak acah bagus. Kalau tak disebabkan kau yang cinta buta kat Iris dan fikir dekat perasaan seorang lelaki yang bergelar SUAMI SAH kepada Iris, diaorang takdenya nak ada masalah panjang macam ni. Kau memang salah satu punca utama rumahtangga Iris dengan Nuh boleh ada jurang lah shiba-

I FREAKING HATE THE MOMENT OF IRIS GETTING HER PANIC ATTACK BECAUSE WHY THE HECK IRIS PERGI CALL RAEEZ TU?! HOI CALL SUAMI SENDIRI LA SHIBBABBBBB AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHDHGEGSGGSHSHSGHSHSHHAHAGHHHHHHHHHHHAHHAHSHCHHSHSHSHSHHHHHHHHHHHAHHHHHHHHAHAHAHHAHAHAHDHFJFHAHABJJHJCJXGAHHHHAGHGAHHHHGYYHGAUGAHAUHSHZUAOHXSKNSGAGAHHHHGHHHAHHHHHHJJHHGHNGHHJ_+;#("! $(:! 1_+2+*HDJWBCJJWGLWKQNBDBQHAHHHHHHHHHB SIOTLAH

Haihlah, nasib ada Zhakif. Baru betul function dia sebagai support character. Takde Zhakif memang tak kemana dah jalan cerita ni. Asyik stay dull and dumb je.

...

Last but not least, it was a half-lovely rollercoaster read for me. Why half? Sebab timing baca buku ni tak kena. Bulan puasa weh. Habis kacau-bilau emosi dengan perangai immature masing-masing.

Nasib ending dia okey kalau tak memang Noe—

Apa-apa pun terima kasih atas naskhah ini~ ✨
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
August 23, 2025
Nuh tu tamak, kanan nak kiri pun nak such a jerk. Geram jugak la tak habis-habis guna kuasa veto sebagai suami nak ugut si Iris dengan title aku suami dan kau isteri. Tak dengar cakap ke Melaka la jawapnya. Perlahan-lahan barulah nampak perubahan Nuh pada Iris, suka tapi tak ngaku. Dan selebihnya bermain dengan emosi, tarik tali kejar mengejar. As usual kalau penulisan AA memang akan hook kita sampai habiskan pembacaan. Me is sedih sebab no justice for Raeez, my man 🫠
Profile Image for Diniy Qistina.
191 reviews6 followers
December 13, 2025
Okay, nasib baik cerita ni happy ending. 😄

Ish, sejuk kaki & tangan aku membacanya.
Penuh debaran ya cerita ni. 😭🤌🏼Towards end tu ku dah mula gelisah dah kot jadi open ending. 🥹

Basically cerita tentang Nuh & Iris terpaksa berkahwin sebab diorang ditangkap basah. Of course lah diorang kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan. Yang tahu selain daripada diorang hanya orang pejabat agama, best friend Nuh dan girlfriend best friend Nuh. Dahlah Iris masih belajar je masa tu. Nuh pulak baru je nak mula kerja.

Yang jadi lebih complicatednya, Nuh tak boleh nak putuskan hubungan percintaan dia dengan girlfriend dia. Dia betul-betul cintakan Elvina! Elvina tu pulak kawan dan roommates Iris. Iris tahu dia tak patut cemburu tapi mustahil untuk dia tak cemburu. Nuh tak kasi dia berkawan dengan lelaki lain sedangkan Nuh tu elok je bercinta dengan girlfriend dia even lepas dah kahwin dengan Iris.

Senang cerita, kisah rumah tangga diorang sangat complicated, huru-haru dan sangat rapuh. Tunggu masa je nak rebah. Paling kesian dengan Iris sebenarnya. Huhuhu... 🤧
Profile Image for Bookworm93.
18 reviews1 follower
October 13, 2025
Alahai Nuh.. kalau pilih Iris awal awal kan senang. Takde la merana lama lama 🫢

Overall, saya suka. Boleh dikatakan gaya penulisan penulis masuk dengan jiwa saya.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.