Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapten Zubair Huwalid: Sang Penggempur

Rate this book
Seorang tentera. Seorang waris. Seorang anak bangsa yang sedang menjejak akar sumpah dan bayang khianat.
Kapten Zubair tidak pernah mendambakan pangkat. Dia tidak pernah meminta namanya diingati. Yang dia tahu — setiap kali tanah ini dipijak orang yang tidak berhak, ada darah yang perlu bersedia tumpah.

Namun perjuangan sebenar tidak bermula di medan terbuka. Ia bermula di dalam gelap , di celah bisik pengkhianat, dalam senyap fail rahsia, dan dalam sejarah yang cuba dipadam. Sumpah yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka menyebut bumi ini kaya emas yang bukan sekadar harta, tetapi lambang daulat dan harga diri bangsa.

Zubair menjejak rahsia itu sambil berperang bukan hanya dengan musuh dari luar, tetapi juga dengan mereka yang berdarah sama namun berpaling arah. Hinggalah takdir membawanya ke sebuah lokasi yang tidak tercatat dalam peta iaitu ladang buah naga di pedalaman Raub, yang menyimpan lebih dari akar dan tanah. Di bawahnya, bersemadi rahsia Naga Emas — sisa sumpahan lama yang dihimpit sihir, dijaga roh dan diburu rakus oleh kuasa luar sejak ratusan tahun.

Di sisi perjuangannya, hadir seorang wanita yang memegang seluruh jiwa pasukan. Leftenan Syifa, setiap sentuhannya mampu memberi penawar. Dalam diam, dia memikul cinta yang tidak pernah dilafaz.

Zubair Huwalid — Dia sang penggempur yang tidak gentar pada sihir, tidak tunduk pada harta, dan tidak berpaling dari sumpah.

Kapten Zubair – Sang Penggempur adalah kisah tentang negara yang dibina atas keringat dan pengorbanan, bukan sekadar slogan dan laungan. Ini kisah tentang lelaki yang memilih untuk tidak berpaling walau kebenaran itu sunyi. Ini kisah tentang tanah yang terlalu mahal untuk dijual, dan terlalu suci untuk dikhianati.

Dan ini kisah tentang seekor naga yang tidak pernah tidur kerana emas yang dijaganya masih terbenam.

650 pages, Paperback

Published June 1, 2025

1 person is currently reading
20 people want to read

About the author

Lily Haslina Nasir

48 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (77%)
4 stars
3 (13%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
Read
July 7, 2025
I sarankan buku ini hanya dibaca untuk orang yang tidak kisahkan 'kesempurnaan' & mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk sesebuah novel. Aaaaaaa geramnya! Well known author, well known publisher tapi editing sampah gila, the worst. I tak boleh nak tutup mata kalau dah banyak sangat kesalahan dalam ni. Salah ejaan satu dua boleh lagi pejam mata, tertukar panggilan sikit okay no hal. Tapi tidak ya, kesilapan yang tak sepatutnya berlaku (banyak).

1) Jarak antara huruf, ada satu baris tu hanya satu perkataan ada & di eja, contoh ‘M u s u h’. Bukan 1 bukan 2 tapi banyak boleh dikatakan setiap bab ada. Sehinggakan awal bacaan tu I beranggapan ejaan berjarak itu umpama 'penunjuk/klu'.
2) Perenggan. sekejap justify, sekejap align left, selang beberapa paragraf align right. Spacing antara ayat ada yang selang sekali ada yang selang 2 kali. Every chapters!
3) Ada satu bab tu semua tulisan italic . I ingatkan tu untuk flashback tapi takpun, entahlah. Pandai- pandailah pembaca nak fahamkan sendiri kan?
4) Paragraph berulang? Ehh mestilah ada. Ayat ditulis tak habis? Also ada. Ayat tiada tanda nokhtah? Mestila ada juga entah nak sambung entah nak tamatkan ayat pun I tak surelah.
5)Banyak lagilah, malas dah I nak menaip. Menyakitkkan hati. Cerita best pun jadi tak best bila baca editing teruk macam ni sebab my disappointment dah reached whole new level.

So, I beranggapan team ini tengah kejar dateline PBAKL’25 (?) Or langsung tak disunting sebab rasa ‘percaya’? Teruknya, pembaca bayar guna duit yang bukan dapat free turun dari langit, tahu? Tolonglah lepas ni check dulu. Dan, I bukan nak jadi ‘cikgu’ yang nak mencari kesalahan dalam satu buku tu ehh (tak kuasa I, banyak lagi kerja nak buat) tapi editing buku ni memang mengundang rasa sakit mata sakit hati sakit jiwa.

......
Story 4/5 ⭐
Maaf sedikit ralat, I tarik balik bila cakap cerita tak best (sebab editing yang teruk). Actually cerita ni best, bukan typical cerita tentera. Bukan hanya aksi semata-mata tapi mempunyai semangat patriotik tinggi yang ingin selamatkan tanah air bangsa sendiri, penuh dengan sejarah bangsa & warisan. Elemen mistik juga turut diceritakan agak seramlah kalau dibaca.

Disarankan untuk pembaca baca & nilai sendiri. Ini hanyalah I punya rants yang kecewa dengan team penyunting Karya Seni.
Profile Image for Mslvoe.
2,078 reviews200 followers
September 30, 2025
Sayangnya... cerita dah best tapi sebab few typo and jarak antara huruf tu buat F terganggu sampai F tergagap².. ehh merangkak baca

Tak pernah² F rasa terganggu. Apa dah jadi pada KS? jarang ada issue camni.

Karya kak Lina kalau menulis cerita mesti ada semangat patriotik tu yang F suka. Cerita dia mendalam

Element mistik tu buat F rasa uncomfortable. dah la baca waktu malam 🙈

Scene yang last tu best! Tersengih² F
Profile Image for Bang Christopher.
1 review
June 17, 2025
Kalau kau ingat cerita askar tu semua klise dan bosan makna kau belum kenal Kapten Zubair Huwalid.
Cerita ni bukan sekadar kisah seorang pegawai tentera yang cekap gempur musuh. Ini cerita pasal jiwa. Pasal kesetiaan.

Pasal luka lama yang masih berdarah. Dan pasal seorang lelaki yang dipilih untuk pikul rahsia besar tentang Emas Malaya iaitu warisan berdarah yang penuh sumpah dan pengkhianatan.
Zubair ni bukan wira tipikal yang menang gaya. Dia tenang, tapi bahaya. Jenis yang pandai simpan luka, tapi akan remuk bila yang dia sayang disentuh. Dalam cerita ni, dia bukan saja lawan musuh negara, tapi juga musuh dalam diri . Pembaca dapat rasa emosi dia. Hidupnya ada rasa bersalah, kehilangan, dan cinta yang dia tak pernah berani nak genggam habis-habis.

Dan Leftenan Syifa? Fuh. Bukan heroin yang tunggu diselamatkan. Dia sendiri racun, dia sendiri penawar. Chemistry mereka berdua tak over, tapi deep. Diam-diam makan dalam. Part paling best, banyak bab yang buat kita rasa macam kita ada sekali dalam operasi tu. Bacalah kauorang akan dapat rasa macam real. Ada bau peluh, ada hanyir darah, bunyi angin malam, bisikan mistik, bila musuh hampir... semua real gila.

Plot dia pulak? Macam main chess. Ada strategi. Ada kejutan. Ada silap langkah. Dan yang paling tak sangka sebab ada sihir. Tapi bukan sihir mengarut. Ini sihir yang terikat dengan sejarah. Dengan darah. Dengan bangsa. Sumpah Emas Malaya tu sendiri cukup buat kita fikir, apa harga kedaulatan kalau emas tu jadi rebutan dunia?

Nak baca novel ni, kau tak boleh malas fikir. Tapi bila dah masuk, confirm susah nak keluar. Ending dia? Kau akan diam sekejap. Dan mungkin termenung.

Kalau kau minat kisah patriotik yang bukan sekadar tembak-menembak, tapi ada roh, ada falsafah, dan ada cinta yang tersembunyi... ini novel wajib baca.
Profile Image for Atika Syahira.
1 review
June 18, 2025

Pertama sekali, tahniah dan tabik hormat buat penulis Lily Haslina Nasir dan penerbit Karya Seni kerana berani terbitkan sebuah karya yang bukan biasa-biasa.

Dalam lautan cerita cinta dan drama yang berlambak, Kapten Zubair: Sang Penggempur muncul sebagai satu suara perjuangan, penuh ilmu, penuh semangat, penuh jati diri bangsa. Ini bukan novel semata. Ini satu penghormatan buat mereka yang berdiri di barisan hadapan mempertahankan tanah air khususnya wira-wira yang jarang disebut iaitu Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) yang beroperasi di perairan Sabah, berpengkalan di Tawau.
Bukan ramai yang tahu kewujudan pasukan elit ni. Tapi melalui penulisan Lily, kita bukan saja kenal mereka tapi kita rasa perjuangan mereka. Kita hayati betapa sunyi dan senyapnya pengorbanan mereka. Dalam bayang-bayang, mereka menggempur. Mereka jaga sempadan laut negara dari anasir luar yang licik dan berbahaya.

Novel ni bukan sekadar aksi. Ia membawa kita menyelami jiwa tentera yang terluka, yang setia walau terpaksa menyimpan derita. Dan dalam setiap helaian, ada mesej. Kedaulatan ini bukan percuma. Ia dibayar dengan nyawa, air mata, dan sumpah yang tak terucap.

Jadi kalau kau jenis yang nak baca novel yang bukan sekadar sweet-sweet, tapi yang buat kau fikir, buat kau rasa patriotik, dan buat kau hargai tanah tempat kita berpijak, ini novel yang kau kena baca sekarang juga.

Dan buat Kak Lily, terima kasih sebab jadi suara mereka yang tak sempat menulis cerita sendiri. Moga karya ini jadi jejak abadi untuk generasi akan datang.

Rating: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (5/5 Bintang)
Sebab karya ini bukan saja menghibur, tapi membuka mata. Penuh fakta, penuh semangat perjuangan, dan penuh jiwa. Jarang kita dapat baca novel patriotik yang puitis tapi tetap ‘keras’ di medan. Serius, ini bukan sekadar bacaan, kak lily bawa kita rasai pengalaman bersama wira-wira negara.
Profile Image for Maizatul Hanani.
4 reviews
July 17, 2025
Cerita best, plot best, macam naik roller coaster. Banyak belajar bab ATB2, kalau tak memang tak tahu pun unit ni.

Isu emas yang dicerita daripada zaman kerajaan Melaka, bawa ke zaman sekarang, mind blowing. Aku dapat rasa Puan Lily dapat ilham menulis daripada kisah ladang duriang musang king di Raub, Pahang. Kalau siapa yang teliti baca, akan nampak baca kisah diolah daripada kejadian sebenar macam isu pendatang dan kubur besar di Wang Kelian.

Part seram tu memang scary. Kudos untuk Puan Lily sebab memang semangat pertahankan negara, terasa sampai ke otak aku. Real bila baca pasal operasi Kapten Zubair dengan geng dia. Cerita ni bukan biasa-biasa.

CUMA! AKU GERAM! AKU SAKIT MATA! AKU SAKIT HATI!

Aku benci betul kenapa layout novel ni hancur! Kenapa erkk novel Kak Lily ni teruk sangat layoutnya. Penerbit kot ya pun dapat penulis hebat, janganlah aniaya pembeli. Teruk giler presentation novel ni. Dah kenapa novel ni dalamnya ada dua saiz font? Ingat mata aku kero, rupanya memang betul. Saiz font mengecik kat belakang, Tak pernah baca satu novel ada dua font!! Ada satu bab tu semua italic. Berapa banyak page rongak berjarak, renggang, macam main taram je. Tunggang-langgang!

Come on, ni masalah teknikal kot. Bukan isu cerita tak best. Cerita ni memang aku suka. Tak semua penulis mampu tulis cerita macam ni. Same goes to kembar, Kapten Zubair, Kapten Khaidean by Rose Harissa. Aku salute dua penulis senior ni.

Tapi itulah, rasa nak hempas buku tapi mujuq cerita best kebabom. Aku bagi Puan Lily 5 bintang sebab cerita. Sebab idea tu, tapi untuk penerbit sorry!
Profile Image for Sumayyah Alias.
2 reviews
June 19, 2025
WOW. That’s it. That’s the word.
Kalau ada novel yang boleh buat kau rasa bangga jadi anak Malaysia, rasa nak terus berdiri tabik depan bendera. Inilah dia: Kapten Zubair Huwalid – Sang Penggempur.

Novel ni memang THE BOMB.

Dari page pertama sampai habis, rasa macam kau ikut sama turun operasi dengan Kapten Zubair dan pasukan elit ATB2, yang selama ni orang tak tahu pun kewujudan mereka. Baru sekarang kita dapat tengok perjuangan mereka yang sunyi, yang penuh risiko, tapi sangat bermaruah. Tabik!

Dan cerita ni bukan sekadar pasal cinta abang loreng.
Ada warisan. Ada sumpahan. Ada mimpi. Ada sejarah yang disorok sejak zaman Portugis. Bila bab Zubair diganggu mimpi. Fuh! terus bulu roma meremang. Bukan seram biasa, tapi seram yang bermakna. Seram yang datang dari darah, dari amanah turun-temurun yang Zubair sendiri tak minta… tapi dia kena pikul.
Profile Image for Danea Arabi.
1 review
June 19, 2025
Baru habjs baca semalam.

Aku bagi segala bintang yang ada di langit.
Sebab novel ni tak main-main. Aku termenung lepas baca novel ni. Banyak benda aku belajar tentang bangsa, tentang sejarah negara. Dan ia tinggalkan kesan dalam hati, lama lepas aku tutup buku. (Cehh ayat macam buku teks pula haha)

Nak rasa semangat? Nak rasa takut? Nak rasa cinta yang diam-diam dalam barisan?

Baca Kapten Zubair. Baru kau tahu.
Profile Image for Sofee.
1 review
June 25, 2025
First time guna goodreads ni sebab novel Kak Lily. Before this banyak baca lepastu baru tergerak hati nak pakai app ni haha.

Apa aku boleh kata is cerita ini padu sampai ke tulang!

Untuk korang yang belum baca, jangan tunggu lama. Ini bukan sekadar novel. Ini satu pengalaman sejarah yang dilukis dengan jiwa.
Profile Image for Yana.
2 reviews
July 1, 2025
Selaku pembaca tegar Kak LHN

Wonderful. Marvelous and WOW. Nampak macam cerita cinta askar yang cliche kan? Tapi bukan ya!

Kalian jangan mudah tertipu dengan nuansa cover yang ditayangkan. Selaku avid reader Kak Lily juga, yes cannot deny bahasa penulisan Kak Lily buatkan aku terus minat nak membaca karya ini. Well done Kak Lily.

Setia menanti karya-karya Kak Lily in the future ;)
Profile Image for Sufiah.
5 reviews
July 2, 2025
Lamanyaaa tak baca novel Kak Lily 😭

Kak Lily, teruskanlah buat novel genre-genre sebegini sebab memang love teruks. Biar orang kata novel akak novel pop yang berat. Saya tak kisah. Saya tetap baca dan belinya!

Memang recommend. Okay lepas ni nak sambung baca buku-buku yang aku tertinggal. Lagi-lagi siri Black Ghost dengan RH tu. :)
Profile Image for Kavi.
1 review
July 2, 2025
First review of the year and many more to come!

Tak menyesal beratur panjang beli buku ni masa bookfair hari tu dan parking jauh area pwtc hahaha. memang worth reading guys. siapa yang menang sejarah, taktikal dan ada element mystic memang korang kena baca this book.

a solid 5 for me.
Profile Image for Amir.
6 reviews
July 2, 2025
Typo sikit, and layout macam lari sikit tu aku pejam mata sajalah haha sebab aku tahu penulis Kak Lily always bagi cerita yang kebaboom !!!

Apa pun well done Kak Lily dan team KaryaSeni woot woot
Profile Image for Pavi.
1 review
July 13, 2025
As LHN’s beta reader i give this a solid 5 ⭐️
Profile Image for lvndrblue.
21 reviews
November 12, 2025
Finally dapat juga habiskan bacaan untuk buku Kapten Zubair Huwailid.

Coming from Karya Seni, all the typos and format errors membuatkan saya rasa sedikit kecewa. Tidak pasti kalau pihak penerbitan terlepas pandang akan masalah ini. Dan masalah ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan saya lambat untuk habiskan bacaan kerana sedikit terganggu.

Dari segi jalan penceritaan pula sememangnya mantap. Tidak cliche, dan tema penceritaan yang dibawa juga sangat berlainan daripada buku yang lain. Sebagai pembaca yang gemarkan genre aksi terutama epik ketenteraan, buku ni memang one of the best military action books. Boleh kata 99% action 1% romance. Cuma mungkin ada sebahagian cerita terlalu meleret membuatkan sedikit bosan.

Overall, another good piece of writing from the author!
Profile Image for Batrisyia.
1 review
July 2, 2025
Buat pengetahuan korang pembaca tegar Lily Haslina Nasir, novel ni sebenarnya berkembar dengan Kapten Khaidean – Sang Pelindung tulisan Rose Harissa. Dua-dua hebat. Nasib baik dah beli both books haha LOL

Dua-dua salute. Tapi kali ni kita bagi spotlight dulu kat Lily. Dia bawa kita menyelami sisi tentera yang bukan klise. Novel ini perlu ketekunan bila membacanya.

Kudos besar-besaran untuk Lily Haslina Nasir dan KaryaSeni.

Terima kasih sebab berani angkat tema militari dan patriotisme sebagai rencah utama karya. Dalam dunia yang sibuk dengan cinta korporat dan CEO tampan, datang Zubair yang darahnya penuh semangat juang dan tetap memilih untuk bertahan demi tanah air.

MEMANG MANTAP!
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.