Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapten Khaidean: Sang Pelindung

Rate this book
Blurb:

Apa yang bermula sebagai misi taktikal Serigala Negara (6RRD) di pedalaman Sabah, berubah menjadi pertarungan hidup dan mati apabila Leftenan Khaidean bin Mohd. Noor bertembung dengan ketua Al-Makhtura—militan paling berbahaya. Mereka menuntut warisan lama.

Lalu, dalam hutan yang dikatakan menyimpan emas, Kem Wira Rimba dibina atas nama Operasi Akar Emas. Tugas jelas—kawal kawasan pedalaman Sabah yang dipercayai menyimpan emas. Tapi bagi Kapten Khaidean dan Kompeni Serigala Borneo, misi ini bukan sekadar perlindungan dan pertahanan. Ini untuk masa depan negara.

Khaidean dipanggil ‘Sir’ oleh anak buahnya, bukan kerana pangkat—tetapi kerana naluri serigala yang semua tahu, mampu memburu atau diburu.

Namun, di tengah hutan yang menyimpan lebuh daripada emas dan rahsia peperangan silam, Khaidean berdepan dilema peribadi apabila gadis yang kekal dicintainya dalam memori sejak lapan tahun lalu, Aria Rafeilla—ketua pasukan geologi dan penerokaan emas—muncul kembali sebagai kunci kepada konspirasi yang lebih besar.

Benci bertukar kasih apabila Aria melihat cara Khaidean yang alpha.

“Kau bukan batu. Aku tahu kau ... simpan macam-macam dalam diam.”—Aria

“Ada benda yang aku tak simpan dalam dompet. Tapi aku simpan dalam hati. Dan aku bawa sampai habis jalan.”—Khaidean

Semakin dalam mereka masuk ke hutan, semakin dekat mereka dengan rahsia yang mampu mengubah peta negara. Dan seseorang—di luar, atau mungkin di dalam—mahu pastikan rahsia itu tidak pernah keluar.

“Sekarang baru saya sedar, alasan sebenar saya tinggalkan awak sebab saya takut awak lebih cintakan seragam tu daripada saya.”

“Bukan seragam yang aku cinta tapi tanah ini. Selagi aku hidup, aku tak akan biar sesiapa ambil.”

Ketika musuh semakin hampir kepada kebenaran, Kapten Khaidean kini jadi sasaran dalam permainan politik, pengkhianatan, dan konspirasi antarabangsa. Dia perlu memilih: serahkan warisan darahnya, atau pertahankan tanah air dengan nyawa?

Siapa yang benar-benar musuh? Dan apa yang tersembunyi di bawah tanah, sehingga Khaidean sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi sejarah yang disenyapkan?

Ini kisah sang pelindung yang sanggup berjuang demi nyawa pasukan, cinta yang telah lama hilang, dan kedaulatan negara. Ada suka duka kehidupan tentera yang bisa buat pembaca terpaku dan tabik hormat.

AGI IDUP AGI NGELABAN

“Selagi bernyawa, selagi itu aku berjuang!”

935 pages, Paperback

First published June 1, 2025

2 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (78%)
4 stars
6 (18%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews34 followers
July 7, 2025
Bencinya bila dah jumpa perkataan tamat untuk sebuah cerita yang best ni. Selalunya kan, kalau cerita berkaitan dengan unit beruniform memang penulis RH akan jadi benchmark I. 935 pgs langsung tak terasa tebal sebab I terlalu hooked dengan penceritaan (even it took me 2 weeks to finish,). Dan, baca cerita ni buatkan I teringat buku The Unsung Hero & The One by Melur Jelita. Bukan sebab plot yang sama tapi penceritaan yang penuh dengan rasa & ilmu.

I suka semua dalam ni. Kecuali bila kemunculan Aria (Ketua Geologi) dekat Part 2. Dia punya ego & sombong tu memang ya Allah kalau I jadi Khaidean tak payah tunggu sampai benda sama berulang banyak kali, I dah buat surat lapor hantar Aria balik. Tapi itulah dah namanya cinterr itu buterrr maka jadilah Khaidean seorang yg penyabar tahap langit ke-7.

Tapi dalam tak suka Aria (hanya bila dia tunjuk perangai bodoh sombong) sebenarnya dia genius. And kalau dia berdebat dengan Khaidean menggunakan logik akal & ilmu pengetahuan yang ada tu I memang tabik spring. Cumanya dia ni sejenis bodoh sombong tamau mengalah sebab Khaidean tu dianggap sebagai musuh disebabkan cerita 8 tahun lepas (padahal Aria yg buat onar & fitnah kenapa dia yang lagi emo? kalaulah I Khaidean mesti I yg lagi emo kan & nasib baik Khaidean bukan jenis manusia yang terhegeh hegeh dilayan Aria sama rata saja, good I salute).

Tapi, buku ini bukanlah berkisar semata-mata Khaidean Aria, tapi Khaidean as Renjer Hutan (Komando) yg menjaga amanah & rahsia tanah Lost World of Sabah. Banyak penggunaan ayat tactical yang kalau sekali baca memang idoklah nak faham tp mujurlah ada makna yang disediakan dibawah. Banyak ilmu hutan, mistik, emas, militan.

Selain kisah cinta Khaidean Aria (tak adalah banyak sangat) I suka bila penulis garapkan persahabatan dalam team Renjer Hutan (buatkan I teringat kisah masa dekat PLKN dulu nun, buddies foreverr). And Cemok 🥲 Eeee sedihnya I baca dekat nak habis tu. Setianya Cemok. Tak macam pengkhianat bangsa yang tamakkan harta & pangkat. Cemok lagi berakal daripada manusia. Ohh, cerita ni mestilah tak lari dari khianat bangsa, perebutan tanah warisan antara Malaysia & negara jiran.

Lastly, so bila cerita Kapten Hamizan nak terbit eiiii 🫣? Dari buku Black Ghost #UmarAlhaidar lagi I dah meratib nak Kpt Hamizan hshdhdh. Btw, dalam ni ada mention Mejar Kumbang! Cubalahhh korang baca kalau rasa nak baca cita action, thriller, romance (sikitttt). Bacalah cerita dari penulis ni.

Satu je nak tegur, I perasan banyak jugak kesalahan ejaan & ayat. Tertukar sekejap penggunaan saya - awak, aku-kau. Tapi sebab cerita best I pejamkan mata. Human error. Lol
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
November 23, 2025
Saya sikit punya TAK PUAS HATI YA. Saya ada MASALAH BESAR dengan novel ni.

Kenapa walaupun akak buat dah tebal tapi masih tak puas baca??? Masih rasa tak cukup. Saya perlukan sambungan! Saya ni tamak haloba tau 🤣.

Naskhah setebal 935 muka surat ini membawa kita jauh merentas ke rimba di bumi di bawah bayu. Di bawah tanahnya tersimpan satu khazanah yang menjadi rebutan kuasa-kuasa dunia. Andai khazanah itu jatuh ke tangan mereka yang gelap mata, nescaya bumi Borneo akan hangus tak tunggu masa!

Kapten Khaidean, callsign Raja Rimba ditugaskan untuk menjaga tanah itu. Bertahun-tahun dia tak pulang ke pangkuan keluarga. Darah, keringat dan perjuangan dia dan Serigala Rimba membuahkan hasil. Militan yang cuba-cuba menyelit segera dihapuskan tanpa jejak.

Kemasukan tiba-tiba pasukan geologi yang menjejak emas di kawasan itu membuahkan tanda tanya. Yang lebih berantakan, ketua kumpulan geologi itu ialah Aria! Seseorang yang pernah hadir di masa silam Khaidean sendiri.

Setelah 8 tahun:

Aria mendengar kata X
Aria makin ketegaq tu adalah ✓

Khaidean terpaksa usap dada. Nasib baik sayang. Tapi lelaki yang menjengkelkan di mata Aria itu dululah yang membuatkan hatinya di hutan bergoyang dumang, asik.

Tapi ini bukan sekadar kisah dua hati yang kembali. Ini kisah perjuangan renjer yang tak didendang dan tak dipandang tinggi sedangkan tugas mereka membawa dua takdir pasti; hidup atau mati.

Sejujurnya, novel kali ni sangat unexpected untuk Yam, kak. (Yam ni nama yang dah lekat masa zaman Kirah review dekat fb dulu-dulu ehek). Tak terfikir yang skop pekerjaan ini akhirnya diangkat dan didedahkan dalam bentuk fiksyen. Bagi sesetengah orang awam, alaa renjer duduk hutan je. Sampai masa keluarlah.

Tidak ya. Novel Kak Rose kali ni banyak buka mata kita tentang pahit manis seorang renjer yang tak dipapar dekat mana-mana berita. Yam suka juga skop kerja Aria. First time kita baca heroin kerja geologist! Fuh, macam Khaidean, bila dengar Aria cerita tentang batu, mineral tu semua kita sama naik kagum. Terpukau. Banyak term yang Yam sendiri tak tahu dan dapat belajar banyak benda daripada novel Kak Rose. Best! Interaksi dua orang renjer merangkap bodyguard sukarela Aria pun buat kita ketawa lepas.

Untuk penambahbaikan, mungkin daripada segi typo boleh diperbaiki sebab agak banyak. Apapun masih enjoy baca sebab buku ni best! Rasa macam kita duk hutan sekali dan belajar ilmu survival!

Rating: 4.5/5 bintang
Profile Image for Nik Natia.
69 reviews3 followers
June 22, 2025
Part 1, bab² awal dah bermain dengan emosi 😭😭.
Part 2, Pertemuan dgn bekas tunang aka ketua geologi selepas 8 tahun, membuatkan Kapt Khaidean haru biru dgn perangai cik geologi tu yg degil sombong..Ish ish
👍 terbaik brotherhood Kapt Khaidean dgn anak² serigala 🐺
Dan bab² akhir pun bermain dgn emosi jgk..
Karya kak Rose memang lain daripada yang lain..bnyk hal² baru kita dpt belajar dlm karya kali ini..
cutelah Cemok..🐯 setia dgn tuan dia..
ada cameo Harimau Putih aka Kapt Hamizan
hope soon dpt peluk baca Kapt Hamizan
Profile Image for Mslvoe.
2,131 reviews212 followers
September 28, 2025
People always say love is blind. But honestly, F don’t think it’s love that’s blind... it’s us.

Betul tak? Jangan salahkan cinta.

F still tak faham why Khaidean stays loyal and still has feelings for Aria. Apa yang Aria buat kat Khaidean tu teruklah. Aria once framed him sampai abang dia sendiri pukul Khaidean. Whylah Khaidean still syiok with Aria? That’s why F said... sometimes it’s us who choose to be blind in love.

Personally, F enjoy Khaidean and Cemok’s story more. The whole vibe between Khaidean as a ranger and Cemok under his lead feels way more interesting. I miss cemok. Hope diaorang boleh reunite.

ps : nanti ada ke cerita tentang Kapten Hamizan?
Profile Image for Cik.
214 reviews5 followers
July 28, 2025
Aku ni dah lah kedekut bintang,kalau ikutkan nak bagi 3 bintang je tau tapi disebabkan watak Khaidean ni green flag aku bagi lah 4 bintang.

Ada 2 benda aku tak puas hati.Pertama typo,kedua watak Aria.Sumpah aku menyampah gila dengan Aria ni,ego tinggi,degil,keras kepala.Tak faham kenapa dulu dia beria ria tak suka Khaidean sampai sanggup fitnah Khaidean sampai Khaidean kena pukul dengan abang Aria.Pastu senang2 je Khaidean terima Aria semula selepas apa yang Aria buat kat dia dulu.Aku macam "serious lah mat,kau suka perempuan macam tu?" haihh betul lah cinta itu buta,so takleh nak buat apa lah.Selain Khaidean,aku paling suka Cemok.Arghhh comel sangat2 Cemok ni,tapi sedih part Cemok selamatkan Khaidean.Watak anak2 buah Khaidean pun best,kuat mengusik pastu sengal haha.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 10, 2025
Best! Leftenan Khaidean bin Mohd Noor dan Aria Rafeilla.
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
July 8, 2025
Sebab Kapten Khaidean semangat Kakchik membaca buku fizikal kembali timbul, dah lama tak stay back ulit buku sampai 2-3 pagi, sanggup tak keluar lunch semata nak cepat temui perkataan tamat. Karya RH kali ni tebal ye, 935 ms tapi temui perkataan tamat, sedih la pula 🥹.

Kapten Khaidean, bagi Kakchik seorang yang penuh rahsia. Komited sebagai komander Kem Wira Muda di tengah rimba. 5 tahun tak pernah jejak balik ke semenanjung sepanjang dia diamanahkan kem tersebut. Betapa dia abadikan seluruh hidup demi tanah warisan.

Kisah tentera sebagai Renjer Hutan, banyak ye cabang dalam kerjaya tentera ni. Yang paling Kakchik kagum banyak sangat ilmu baru yang dicoret RH. Penceritaan jelas, plot lancar dan tak terulang-ulang.

Selepas kewujudan cik ketua geologist tu baru kita nampak ada plot tarik tali. Cik Aria yang ketegaq, Kapten Dean yang selalu tenang. Geng serigala yang setia, isu tikam belakang orang dalam dan Cemok yang setia. Cukup rencah buat karya ini menjadi satu karya kuat berdiri sendiri.

Yang pasti Kakchik masih setia tunggu kemunculan secara terhormat Kapten Hamizan.

Awal2 RH dah minta maaf sbb katanya byk typo, tapi Kakchik sedapkan hati zaman skrg ni kalau xde typo tu, orang kata AI pula yang buat keje. Jadi Kakchik tutup mata, cuma kalau ada cetakan seterusnya harap ada penambahbaikan.

P/S: Cepat sembuh SIR.

#kcbaca_2025
Profile Image for Syua.
35 reviews
September 9, 2025
Khaidean merupakan renjer hutan. Juga dikenali sebagai serigala rimba. Misi Khaidean untuk melindungi hutan yang mempunyai emas. Hutan 'lost world' yang tersimpan warisan yang sangat berharga. Gerakan Militan Al Makhtura yang paling berbahaya yang pernah bertempur dengan Kapten Khaidean menuntut warisan lama. Musuh menyelinap masuk hutan secara haram. Berdendam sehingga berlakunya pertumpahan darah yang mengorbankan banyak nyawa. Tiada sifat kemanusiaan.

Aria Rafiella seorang ahli geologi. Mengetuai satu kumpulan eksplorasi yang ingin meneroka emas.

Khaidean dan Aria yang mempunyai sejarah lama dipertemukan kembali di Kem Wira Rimba.Khaidean ditugaskan untuk melindungi Aria.Satu-satunya bunga yang ada di dalam kem.Pertemuan yang tidak dijangka. Setiap hari ada benda nak digaduhkan. Buatkan Khaidean hilang kesabaran tiap kali berhadapan dengan Aria.Aria yang sangat keras kepala dan sangat passionate dengan apa yang dilakukannya. Tetapi banyak halangan yang diberi oleh Khaidean. Api amarahnya semakin menyala-nyala. Melawan setiap arahan Khaidean. Ada saja yang nak benda diprotesnya.Khaidean pula sama naik kepala batu.Tetapi, dalam keras Khaidean ada sisi protective dia terhadap Aria. Oleh kerana pengalaman yang banyak as a geologist, Aria hanya ikut retak kepala sendiri redah masuk kawasan larangan. Perangai Aria memang mintak kena kaki. Patut pun kena gigit dengan semut api. Ingatkan dah dapat pengajaran, Aria dah insaf tapi tak juga sampai buat 'penjaga' hutan terjaga. Goosebumps dengan part sofian kena rasuk.
Aria melihat lelaki yang berada di hadapanya sangat lain daripada 8 tahun lepas. Terpukau aura Kapten Khaidean. Seorang kapten yang stoic mampu menggetarkan jiwa dan memecahkan tembok kebencian Aria.


Ini adalah antra karya yang paling epik pernah sy baca,setiap aksara yang kak rose karang,bagi rasa angker. Terasa kuat aura alpha Kapten Kaidean. Watak yang ditulis seakan ada 'roh'. Sampai ke jiwa. Semua perasaan dalam satu buku ini. Such a masterpiece!✨ Tergelak dengan keletah anak2 buah Khaidean.Suka dengan cara kepimpinan Khaidean. Khaidean ni tak romantic tpi dia ada side ke'sweet'an dia dengan cara tersendiri.
Oh,ada cameo Kapten Hamizan dalam ni!!🔥

Dulu saya dah terumar-umar , sekarang saya terkhaidean-khaidean pulak dek aura alpha kapten yang sorang ini. Tahap hijau hutan belantara Kapten Khaidean ni! Baca ni buat sy sedar tugas sebenar renjer hutan. Sangat berinfomatif,sarat dengan ilmu baru yang banyak sy pelajari. Sumpah tak boleh move on. Buku ni tebal, tapi bila terlalu syok sangat membaca tak sedar dah habis. Sedih betul bila lihat perkataan tamat. Tak puas baca! I really love this book so much! Really worth to read! Apapun, sy jatuh hati setiap karya yg ditulis oleh kak rose,
dan sentiasa menantikan karya baru dari beliau.🥹🌹✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for fiy.
100 reviews2 followers
January 1, 2026
Yang pertama sekali saya sangat sangat mixed feelings baca buku setebal kamus ni 😭😭 cerita yg sangat sangat best utk saya 🥹 dan review ini mungkin adalah review terpanjang yg pernah saya karang di sini 🤣😭

Okay kisah yg bermula dgn Khaidean pada asalnya hanya askar berpangkat leftenan muda telah ditugaskan ke kor rejimen renjer diraja diasah dan dilatih utk menjadi tentera yg mampu bergerak seperti bayang utk menentang musuh. Dengan prestasi yg sangat cemerlang, mampu bertindak dengan akal yg waras dan di luar jangkaan akhirnya Khaidean ditawarkan utk menjadi komander kem wira rimba.

Sir–rigala gelaran yg diberi oleh senior tentera yg paling rapat dgn Khaidean sejak kem wira rimba ditubuhkan melekat sehingga 5 tahun lamanya. Sir tidak banyak bercakap tapi setiap tindakan dia sangat jelas di mata renjer renjer. Bukan seorang komander yg hanya tahu memberi arahan tapi dia turun padang, turut serta bersama renjer renjer utk memastikan amanah yg menjadi tanggungjawab kekal selamat di bawah naungannya.

Di awal cerita saya ibarat duduk dalam hutan. Rasanya 80% buku ni mmg dalam hutan. Cuba bayangkan tengah tengah hutan belantara tu wujudnya kem tentera? Semua yg ada di kem tentera tu semua dibina dan dihasilkan oleh renjer renjer. Fuhhh seronok betul. Pembahagian tugas dibahagi sama rata dan hari hari mereka rasanya sama je macam dkt kem lain cuma dalam kem wira rimba ni perlukan survival skills yg lagi tinggi dan mencabar. Hubungan antara Sir dgn anak buah dia renjer renjer yg kekuatan hanya 150 orang tu pun on top! Macam biasalah kalau cerita askar ni confirm ada lawak terselit 🤣 mereka pun perlukan hiburan walaupun sedang bertugas. Paling renjer renjer ni suka buat mestilah mengusik Sir diorang HAHAHAAHAHAH. Sibuk mengusik sir padahal masing masing ramai single 😔 jadi mmg takkan bosan baca buku ni sebab ada lawak renjer renjer tu cuma adalah rasa mcm lamanya duduk dalam hutan HAHAAHAHAHAH 😔

Kehidupan RRD dalam kem wira rimba ni sangat terkawal sehinggalah kemunculan pasukan geologi. Bukan pasukan geologi tu je dah menjadi masalah tapi ketua pasukan geologi adalah punca segala masalah : ) Sir & Aria pada awalnya cuma berlagak professional di hadapan kawan sekerja masing masing tapi yg melihatnya tahu je ada sesuatu antara dua orang ni 🫵🏻 masalahnya sebelum aria tu sampai renjer renjer dah mula mengusik Sir. Sibuk nak kenenkan Sir dgn Aria sbb Sir dah bertahun tak jumpa awek HAHAHAAHAHAH Sir bagi arahan pada aria jaranglah aria nak mengikut dah tu sepatah Sir cakap doploh patah aria lawan.

Aria ni seorang wanita bekerjaya yg ada pendirian hidup, dia tahu tujuan dia, dia tahu apa yg dia buat dan dia tak mudah mengalah. Kalau dia mengalah takdenya dia boleh sampai dkt kem wira rimba tu. Act dari awal mmg dah anti dgn aria ni sbb senang cerita dia ni boleh kata bodoh sombong sbb dia manalah tahu sangat pasal hutan ni kalau nak dibandingkan dgn Sir tapi sibuk nak ikut kata hati sendiri haaa pastu mendapat lah akibatnya sendiri tapi dah dapat akibat tetap tak insaf 😭😭 nasib baiklah ada Sir yg sangat penyabar 🥹🫶🏻

Khaidean atau Khai atau Dean atau Kapten Khaidean atau Komander atau Sir–rigala ni pulak dari awal dah jatuh cinta dgn perwatakannya tapi bila kemunculan aria berganda jatuh cinta, berguling, meleyot dkt Sir 🥹🫶🏻🧎🏻‍♀️ ikutkan kisah Sir & Aria ni dah tamat bertahun lamanya tapi Sir adalah lelaki yg setia hujung nyawa 🥹 mulut dia je kata benci tapi dalam hati tetap ambil berat dgn Aria 😭😭 dkt mulut duk kata takde keistimewaan utk aria dkt hutan, semua komander layan sama rata tapi hakikatnya hati komander tu goyah ye. Dia tetap turutkan permintaan aria. Dalam bahaya ke apa mestilah Sir nak jadi orang pertama yg selamatkan aria 🥹 dah sayang kan sanggup buat apa sahaja demi yg tercinta. Sir dah tahu lokasi tu bahaya tapi dia tetap benarkan aria tu pergi alih alih dia lah yg kena jadi hero aria. Agaknya kapten ni suka jadi orang yg aria boleh bergantung, tu yg dia setuju je apa aria nak. Tapi peratusan setuju dgn permintaan aria tu ada lah 10% selebihnya aria ikut kepala batu terpaling nak selesaikan kerja dgn pantas tapi menyusahkan orang lain. Nasib baik yg disusahkan tu mmg masih simpan perasaan. Kalau tak tu dah gone aria 😔 Kapten Khaidean ni tak nak cakap banyaklah sebab dia on top & dia sangat setia 🥹 aria tu dah buat fitnah, dah hina askar pastu abang aria pun dah tumbuk Dean pun dia boleh setia dgn aria. Haihhhhh manalah kita tak cair 😭😭 tapi part Khaidean tunggu dalam hujan tu mmg sedih 🥹🥹

Ikutkan takdelah rasa mcm terlalu banyak aksi sbb byk je banter dua orang tu 🤣 cuma sebab diorang ni ada kisah silam, so tak nampak sangat romance tu sbb dialog diorang berdua tu mmg banyak lagi lagi si aria tu pulak kepala batu
😑 aria buat masalah, nak tak nak Sir mmg kena selamatkan, hadap dan perang mulut dgn aria. Tapi Sir ni dia tak kosong, ilmu dia sangat banyak, jadi setakat perang psikologi dgn aria tu easy sangatlah utk Sir 🤣

Hujung hujung bab pun best betullll sebab ada kemunculan sukhoi, toruk makto, hornet 🔛🔝 sebab dalam kisah ni RRD yg hebat pun tetap perlukan bantuan unit lain. Semak dooh lah airforce walau sikit je part diorang ni 🫵🏻

Dan jangan sangkakan cerita aksi tak perlukan air mata 😔 part cemok tu memang nangis 😭😭😭 tak sangka betul boleh nangis sebab haiwan. Sebab lain saya tak nangis tapi sebab cemok tu gugur jugak air mata 😔 cemok seekor harimau belang yg dibela oleh Sir, yg tidur dgn Sir, yg manja dgn Sir yg Sir berjaya jinakkan cemok macam kucing tapi dgn Sir jelah cemok macam kucing dgn renjer lain dia tetap harimau belang hahahahahaah. Di saat akhir cemok yg tolong Sir 😭😭😭 haih takleh lah mmg sedih part tu 😔

Semua dalam cerita ni sangat sangat realistik dan tak boleh disangkal lagi sebab penulisnya pun mmg berpengalaman. Watak sesuai dgn usia dan penulis berjaya ciptakan watak aria yg degil dan sir yg tegas bertempat tapi tetap ada lembutnya.

Cuma buku ni agak banyak typo dan campur aduk bahasa indo mungkin. Dan sekejap 8 tahun ke belakang, sekejap 9 tahun ke belakang. Lepastu mengikut perkiraan saya sepatutnya umur khaidean 31 selepas 5 tahun sebab awal dia jadi kapten kem wira rimba umur 26 tahun tapi sebabkan cerita ni best saya pejamkan mata semuanya. Bab typo tu mmg boleh pejam mata tapi bab umur tu saya kurang gemar sebab saya sebagai pembaca mmg akan kira umur MC sbb nak lagi feel dalam membaca. Harapnya pihak ks boleh baca keseluruhan cerita sebelum reprint. Mungkin sebelum ni mengejar tarikh pbakl tapi utk reprint saya sangat berharap team karya seni baca semula kandungan mss. Dan plus point utk ks, saya suka footnote berbanding glosari kerana lebih mudah tapi mungkin boleh letakkan sekali perkataan bahasa lain seperti bahasa indo yg kurang familiar. Sebagai pembaca yg sentiasa curious, kita buka chatgpt sbb nak tahu maksud 😔

Buku ni confirm penulis ambil masa yg lama utk siapkan sbb sangat terperinci. Tahniah penulis utk cerita yg sangat best, penuh dengan info tapi tetap terselit elemen persahabatan, keluarga dan cinta.
Profile Image for Nunaahmad.
11 reviews
July 19, 2025
"Agi Idup Agi Ngelaban" cogan kata yang dekat di hati kami sekeluarga. Terima kasih penulis kerana telah melahirkan sebuah karya hebat. Ketika membelek" cover "novel ini, terus teringat arwah abah saya yang merupakan pesara PW1 RRD (Al Fatihah). Kecintaan arwah dengan hutan sehinggalah akhir nafasnya. Saya sangat suka tatkala penulis berkongsi ilmu dan fakta berkaitan dunia ketenteraan, kesultanan sulu, agama dan emas.

Khaidean
- Seorang komander yang berilmu tinggi. Sentiasa berfikir sebelum bertindak. Sabarnya beliau menghadapi si keras kepala dengan cara yang unik. Tetapi galau bila bab perasaan dan cinta😜

Aria
- Pakar geologi yang bijak tapi degil dan sedikit angkuh pada mula wataknya dikarang. Kebijaksanaan yang hampir membunuh diri dan orang sekeliling. Tetapi personaliti diubah sedikit demi sedikit setelah jatuh hati semula dengan bekas tunang.

Kedua-dua watak disampaikan dengan begitu baik dan saling melengkapi satu sama lain. Saya kurangkan satu bintang sebab pengakhiran yang "open ending"dan tergantung serta pace yang agak laju. Masih banyak tanda tanya dan persoalan yang belum dijelaskan. Menurut penulis mungkin novel ini akan ada sambungan jika dilihat pada ruang "teaser'. Saya berharap dengan pengharapan yang begitu tinggi selaku penyokong sejak dari dulu novel2 karya penulis ini.

Semoga terus berjaya dan menghasilkan karya2 hebat lagi kak Rose Harissa 🥰🥰🥰
Profile Image for Yumi Teavee.
100 reviews1 follower
December 13, 2025
Buku ni memang best,banyak benda baharu yang saya dapat pasal ketenteraan, medical and geologi. Fakta yang menarik macam jadi banyak occupation.

Kapten Khaidean seorang askar yang berdedikasi, karisma dan tegas eventhough dia tegas tapi dia baik ngan anak buah dia. Bila baca part khaidean,sumpah rase macam dalam survival skills of soldier. Rase macam berlari dalam hutan buat survival skills.

Aria seorang geologi yang memang suka mengkaji batuan dan mineral yang berada dalam hutan tu. They met again after 8 years diaorang putus tunang.

The author banyak tekankan scene action walaupun ade sweet tpi still ade lawan-lawan.

Sebenarnya,saya dapat banyak knowledge dimana author mention pasal formasi tentera, batuan yang membawa kepada kekayaan macam emas dan juga darah yang dipanggil golden blood yang ada tapi jarang dan populasi yang ada darah tersebut pun agak sedikit.

Overall, this book memang lambat saya habiskan tapi it hooked me until the end. In end of 2025, this is the thickest book I read.
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
July 28, 2025
Seriously novel ni best sangat.. tapi sebab banyak sangat typo dan perkataan berulang cetak.. memang kena tolak 1 bintang. Walaupun memang tahu ini cerita aksi, tapi tetap terasa romantisnya cinta di antara Kapten Khaidean dengan Aira Rafeilla yang tersangatlah degil dan keras kepala. Itulah, jual mahal sangat dengan Khaidean, kan dah terkena sumpahan cinta Khaidean. Sekarang, Raja Rimba dah boleh berdiri sebaris dengan Kumbang.

Terima kasih kak Rose tulis cerita ni dan jangan sesekali berhenti menulis ya..
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
August 29, 2025
Mampu bagi 4 je la. Klu novel ni takde kesalahan typo dan tatabahasa. Aku bagi 5. Penat oi nk hbskan dgn banyak typo, perkataan tertinggal dlm ayat. Knp eh karyaseni ni buat kerja mcm mana. Tak check dulu ke sebelum print? Main print je. Lps ni saya mungkin akn berhati2 beli novel dari karyaseni.
2 reviews
November 15, 2025
Saya jatuh cinta dengan buku dan setiap watak dalam ni..Tahniah penulis..awak buat saya ada semua perasaan ketika baca novel ni.
Love Author..
Fly High ya.
Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
December 29, 2025
Kumbang di Hatiku ✅️
Arjuna dari Langit✅️
Kapten Khaidean Sang Pelindung ✅️

Karya genre unit beruniform author Rose Harissa memang on top! Rasa paling suka Khaidean. Umar & Nazran suka juga. Tapi suka Khaidean lebih sikit haha.

Antara watak FL novel RH, Aria FL yang paling saya kurang suka + menyampah. Tak faham kenapa khaidean still boleh terima dia lagi. Dengan fitnahnya, abang Aria belasah khaidean lagi. Why khaidean? Why you still can accept her?

Bagi 5 star sbb lagi suka baca brotherhood Khaidean dgn anak buah dia. Betapa respect renjer2 hutan dekat kapten diorang. Raja Rimba + Sir Rigala 🔥 Tak lupa juga Cemok, aaaaa Cemok part akhir tu 🥺

Baca teaser rasanya ada sambungan lagi, harap2 cemok, khaidean & renjer lain reunite balik 🥺🙏
Profile Image for lvndrblue.
23 reviews
February 3, 2026
4/2026

Bacaan kali kedua. Masih berpuas hati dengan jalan penceritaan Kapten Khaidean: Sang Pelindung.

2025

Fuhhh miss sangat berpuas hati dengan karya Rose Harissa kali ni. As expected.

Banyak info baru yang dapat diperolehi daripada buku ni, terutama ilmu berkaitan emas, hutan, mistik dan of course la yang berkaitan dengan taktikal. Kalau genre action, karya Rose Harissa memang miss letak sebagai benchmark. Padat dan tak meleret langsung!

Both main characters ada aura dan ego tersendiri. Watak Kapten Khaidean digambarkan sebagai seorang ketua yang sangat bertanggungjawab, penyayang, disegani dan dihormati oleh anak buahnya. Aria pula, seorang wanita yang cintakan ilmu terutama ilmu geologi, tapi sangatlah degil. Tahap kedegilan Aria ni memang buat miss geram sangat2. Nasib baik berubah, kalau tak haih beremosi la miss baca buku ni sebab perangai Aria.

Aria dan Khaidean pernah bertunang namun ditakdirkan untuk berpisah sementara. Kemudian, mereka bertemu kembali. Pada awal pertemuan tu, memang asyik bertekak macam anjing dengan kucing. Yela, masing-masing ada ego tersendiri. Aria, sebagai ketua pasukan geologi dan Kapten Khaidean, sebagai ketua yang bertanggungjawab menjaga perimeter kem agar kekal selamat daripada sebarang ancaman. So, kepada peminat enemies to lovers trope, silakan baca buku!

Di hujung penceritaan pula, ada beberapa perkara yang menyentuh hati miss. Antaranya, semangat pasukan yang dipamerkan oleh Kapten Khaidean dan anak-anak buahnya, kasih kepada binatang (Cemok comel sangat!!), dan pengorbanan seorang ketua. Tak mudah nak galas tanggungjawab sebagai seorang ketua. Banyak aspek yang perlu difikirkan.

Overall, buku ni memang best. Babak aksi semua memuaskan!

((Miss harap pihak editor lebih peka terhadap beberapa kesalahan format yang sepatutnya dapat dielakkan.))
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.